Politik Melaka: PKR tolak PRN dan darurat, desak Kabinet nilai keputusan pembubaran DUN – Shamsul Iskandar 

KUALA LUMPUR: PKR berharap Kabinet yang akan bermesyuarat esok, dapat melihat kembali keputusan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri, yang disifatkan tergesa-gesa.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin berkata, terdapat beberapa peristiwa pertukaran Menteri Besar seperti Perak dan Kedah, serta pertukaran Perdana Menteri, yang tidak memerlukan pembubaran DUN atau Parlimen, sehingga menyebabkan pilihan raya.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, sehubungan itu PKR menegaskan parti itu enggan menerima cadangan darurat namun pada masa sama menolak pilihan raya negeri (PRN) kerana ia membahayakan kesihatan rakyat, ekoran negeri itu masih dalam pemulihan daripada pandemik COVID-19.

“Kita tahu keadaan sekarang ini, amat tidak sesuai untuk mengadakan PRN dan PKR telah katakan dengan tegas, dari segi prinsip kita tidak setuju dengan PRN.

“Itu pertama, keduanya terdapat juga cadangan yang saya fikir cadangan separuh masak daripada Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) yang mencadangkan supaya dibuat darurat.

“Kita tahu darurat ini tentu akan beri kesukaran kepada rakyat Melaka sekarang in… (lebih-lebih lagi) kerana apabila pembubaran (DUN) itu berlaku, tidak ada lagi kerajaan, tidak ada lagi wakil rakyat.

“…Yang ada hanya hanyalah Ketua Menteri Caretaker (Datuk Seri Sulaiman Md Ali)… dan Bajet Negeri pun belum dibentangkan lagi.

Ini sudah tentu menyukarkan rakyat Melaka, dan dari segi prinsip, PKR dan Pakatan Harapan (PH) sentiasa konsisten tidak setuju dengan darurat ini,” katanya kepada media di Petaling Jaya, malam ini.

Turut bersama beliau ialah Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad; dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Difahamkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga ADUN Sungai Udang sepatutnya menyertai sidang media berkenaan, namun beliau tidak muncul.

Sebelum ini, Pakar Perlembagaan Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata, walaupun PRN Melaka perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran DUN berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, namun di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, darurat boleh diisytihar bagi kawasan berkenaan untuk mengelak daripada penggunaan Perlembagaan secara normal.

Mengulas lanjut, Shamrahayu yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata mengikut Perlembagaan Negeri Melaka, ia tidak mensyaratkan untuk Yang Dipertua Negeri berbincang dengan mana-mana pihak bagi pembubaran DUN selain daripada permintaan Ketua Menteri.

“Jadi pada saya, sekiranya ada permintaan daripada ketua menteri yang telah kehilangan kepercayaan majoriti, maka berpandukan kepada Fasal (2) Perkara 8 Perlembagaan Negeri Melaka yang menyatakan bahawa Yang Dipertua Negeri bertindak mengikut budi bicara dalam pelaksanaan kuasa di bawah iaitu melantik seorang ketua menteri, untuk tidak memberi perkenan atau memberi perkenan untuk pembubaran dewan sekiranya ada permintaan dilakukan.

“Jadi tidak timbul soal sama ada Yang Dipertua Negeri hendaklah berbincang dengan mana-mana pihak. Kalau nak berbincang pun, ia terserah kepada Yang Dipertua Negeri. Jadi pendekatan yang diambil oleh peringkat Persekutuan sebelum ini adalah berbeza daripada pendekatan yang diambil oleh Yang Dipertua Negeri Melaka,” katanya.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/politik-melaka-pkr-tolak-prn-dan-darurat-desak-kabinet-nilai-keputusan-pembubaran-dun-shamsul-iskandar-324155

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s