SOP PRN Melaka memperolok-olokkan demokrasi – Shamsul Iskandar 

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak melambangkan demokrasi yang subur dengan Prosedur Operasi Piawai (SOP) diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Khairy Jamaluddin semalam.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, meskipun negara masih dalam situasi Covid 19 namun dengan lebih 90% warganegara dewasa telah divaksin dan majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi dibenar dianjurkan dengan SOP ketat, tidak munasabah kerajaan tidak membenarkan kempen terbuka pada PRN kali ini.

“Pengumuman KJ (Khairy) dilihat ‘memperolok-olokkan’ sistem demokrasi yang dipaksikan dengan pilihan raya yang bebas, adil dan pengundi yang mendapat maklumat secukupnya.

“Apa manfaat pilihan raya negeri diadakan di mana mandat yang akan diberikan adalah untuk lima tahun di dalam keadaan semua parti dihalang untuk berkempen secara biasa yang difahami oleh rakyat di atas nama Covid-19,” katanya dipetik Malaysiakini.

Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, larangan perhimpunan atau majlis sosial yang berkuatkuasa pada 25 Oktober 2021 hingga 27 November 2021 itu amat menghadkan potensi calon mendekati rakyat dan menawarkan manifesto.

Namun, katanya, KEADILAN akan beralih menggunakan media sosial dan saluran digital alternatif lain untuk berkempen berikutan cara kempen konvensional yang disekat dan diperketatkan.

“Namun dengan perkembangan terkini, tentunya KEADILAN akan memberikan tumpuan kepada kempen yang bernuansa baru memanfaatkan sepenuhnya platform digital dan strategi kempen cara tradisional seperti selebaran risalah dan kempen bergerak,” katanya lagi.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/sop-prn-melaka-memperolok-olokkan-demokrasi-shamsul-iskandar

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: