PRN Melaka: Untuk apa adakan pilihan raya jika tidak boleh kempen?

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak wajar berjalan tanpa kempen dan penerangan kepada pengundi yang akan membuat keputusan pada hari pembuangan undi, 20 November ini.

Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tanpa pengundi diberi maklumat lengkap maka tentunya mereka tidak akan mampu membuat keputusan yang tepat pihak manakah palik layak dilantik sebagai kerajaan.

Oleh itu, beliau yang membantah peraturan larangan ceramah oleh Kementerian Kesihatan melakukan ceramah di hadapan pengamal media sosial malam tadi, di taman Sri Krubong, DUN Paya Rumput.

“Malam ini kita agak istimewa kerana di hadapan kita ini kosong tetapi kita minta kepada bakal pengundi DUN Paya Rumput stay at home, berada di tempat masing-masing dan mendengar ceramah ini dengan berada di rumah kerana kita berhadapan dengan peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, kita tidak boleh berkempen. Kalau nak ceramah tidak boleh ada yang datang dengar ceramah.

“Saya tidak faham kenapa kita ada PRN tetapi tidak boleh diadakan program kempen, penerangan untuk menyampaikan maklumat kepada bakal pengundi.

“Ingin saya katakan kalau ikut Fasa yang disusun oleh Majlis Keselamatan Negara jelas Melaka dalam Fasa 4. Kita tengok ramai orang makan di restoran, pergi ke tempat pelancongan ikut SOP namun dalam kita nak berhadapan dengan PRN, kita tidak boleh berkempen ikut SOP

“Kita akan terus mendesak kerajaan Ismail Sabri menyatakan pendirian apa maknanya PRN, apa makna mereka nasihatkan Yang Dipertua Negeri Melaka bubarkan DUN kalau dalam suasana pilihan raya kita tidak boleh berkempen,” katanya.

Pada masa sama Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga mempersoalkan tindakan bekas Perana Menteri Najib Razak yang berpergian di beberapa tempat di Melaka sepanjang hari, yang mungkin boleh melakukan kempen bertemu rakyat.

Katanya, jika Najib boleh melakukannya pembangkang juga akan melakukan hal serupa.

“Kita lihat hari ini Najib turun di banyak tempat. Apakah ini satu bentuk kempen? Kalau dia dibenarkan, tiada kompaun diberikan maka kita akan buat perkara yang sama. Kerana kita tidak mahu double standard oleh Kementerian Kesihatan.

“Apakah selepas ini program rasmi menteri yang turun di DUN Paya Rumput bukan satu bentuk kempen? Ini semua helah untuk mengelakkan maklumat sampai kepada para pengundi yang akan membuat keputusan penting pada 20 November ini,” kata Shamsul.

Beliau turut mengingatkan pengundi bahawa PRN bukanlah Pilihan Raya Kecil (PRK) tetapi pilihan raya untuk memilih kerajaan negeri 5 tahun sekali dan setiap rakyat Melaka harus mengundi pada kali ini.

“Rakan-rakan boleh kongsikan di Facebook kerana pilihan raya ini penting untuk 5 tahun. Selepas ini kalau ada PRU maka negeri Melaka tidak ada pilihan raya DUN.

“Ini bukan PRK, kerana bila DUN atau Parlimen dibubar maka mereka akan pilihan raya sekali lagi. Ini merupakan PRN yang mana terpaksa diadakan apabila kerajaan pimpinan Sulaiman dan Raof ini hilang sokongan maka mereka memperjudikan nasib rakyat dengan meminta Yang Dipertua Negeri bubar DUN.

“Ini tak boleh kita terima dalam berdepan cabaran mengurus negeri pasca Covid.

“Dua bulan lalu kita hadapai peralihan kuasa di peringkat Persekutuan. Muhyiddin hilang sokongan. Bertukar tangan dengan Ismail Sabri, tidak ada PRU. Sebelum itu berlaku perubahan di peringkat negeri, hanya pimpinan tidak bertanggungjawab yang suka melihat pandemik ini tidak boleh dikawal (yang tega) mengadakan PRN.

“Namun saya yakin kita semua pengundi berdisiplin dan tahu menjaga diri sendiri. Kita berdepan dengan Covid sejak 2020.

“Saya merayu kita masing masing berikan kempen kita tersendiri, mengajak orang keluar mengundi mengikut SOP yang ditetapkan. Kalau kita tidak keluar menundi, kita dapat kerajaan yang dipimpin oleh Umno BN yang tidak bertanggungjawab dalam 19 bulan kita beri mereka peluang mentadbir Melaka,” katanya lagi.

Selain itu, Shamsul juga membariskan beberapa skim bantuan yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan sewaktu memerintah Melaka seama 22 bulan lalu, dan pastinya akan disambung sekiranya diberi mandat sekali lagi dalam PRN kali ini.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/prn-melaka-untuk-apa-adakan-pilihan-raya-jika-tidak-boleh-kempen

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: