Undi PH, kembalikan mandat rakyat – Shamsul

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi ujian getir kepada rakyat negeri itu sama ada ingin kekal di bawah Kerajaan Negeri ‘haru biru’ dan bergaduh sesama sendiri atau memberi semula mandat kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang terbukti mentadbir dengan baik sepanjang 22 bulan.

Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, rakyat Melaka seharusnya turun beramai-ramai pada hari mengundi pada 20 November ini dan memangkah PH untuk memastikan kestabilan politik dan kemajuan yang berterusan di negeri bersejarah itu.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan Parti Keadilan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai calon N.13 DUN Paya Rumput. Mohon doa dan sokongan dari teman-teman semua.

“Ayuh turun dan undi PH. Kembalikan mandat rakyat,” katanya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN sejurus selepas dicalonkan semalam untuk mencabar PN dan BN dalam PRN Melaka.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/undi-ph-kembalikan-mandat-rakyat-shamsul

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: