Calon DUN Paya Rumput janji selesai masalah lesen penjaja 

Calon N13 Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menjanjikan penyelesaian lesen perniagaan kepada penjaja di Taman Krubong Jaya, DUN Paya Rumput.

Katanya, sekiranya beliau diberi mandat sebagai ADUN beliau akan memperjuangkan pemberian lesen kepada penjaja ketika dalam situasi ekonomi sukar sekarang ini.

“Saya turun ke Taman Krubong Jaya dan meninjau gerai-gerai menjual sarapan serta makanan tengah hari di bahu jalan.

“Antara isu dibangkitkan berkenaan lesen. Gerai-gerai di sini kebanyakannya telah pun berniaga agak lama.

“Saya berikan jaminan kepada peniaga yang majoritinya orang-orang Melayu, tentunya terkesan pandemik Covid 19 dan inshaAllah kita beri janji, kalau saya diberikan mandat dan menang sebagai ADUN itu antara perkara pertama saya lakukan.

“Iaitu memastikan mereka berniaga di bahu jalan terbela dengan memberikan lesen supaya tiada mana-mana pihak yang boleh mengambil kesempatan mengganggu mereka dan perniagaan.

“Kita tahu perniagaan kecil ini untung tak seberapa tetapi cukup menampung keperluan harian mereka. Salam no. 2 (kertas undi) dari Krubong, N13 Paya Rumput,” katanya.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/calon-paya-rumput-janji-selesai-masalah-lesen-penjaja

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: