‘Nama Besar’ Seperti Halim Diperlukan Di Paya Rumput – Shamsul 

MELAKA – Apabila PKR mengumumkan barisan calonnya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ada satu nama yang tertinggal iaitu Pengerusi PKR Melaka.

Datuk Halim Bachik, yang mengetuai parti di Melaka sejak 2018, tidak tersenarai sebagai calon oleh Pakatan Harapan meskipun pengerusi untuk parti gabungan lain iaitu DAP dan AMANAH, masing-masing menyenaraikan Datuk Tey Kok Kiew dan Adly Zahari sebagai calon kali ini.

Halim difahamkan telah mula bergerak di peringkat akar umbi di Paya Rumput sejak pilihan raya lalu dan atas sebab itu nama beliau disebut-sebut untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ini.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar berkata, Halim tidak diletakkan sebagai calon kerana PKR diberikan jumlah kerusi yang terhad.

Shamsul dalam temubual eksklusif dengan The Vibes mendedahkan keputusan itu dibuat oleh pucuk pimpinan parti dengan strategi meletakkan seseorang dengan `nama besar’ bagi menentang penyandang kerusi, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.  

“Pada masa itu, parti terpaksa menyusun strategi meletakkan calon untuk menentang penyandang Perikatan Nasional. Di Paya Rumput, ia adalah Rafiq.

“Jadi, dari segi strategi, parti berpendapat untuk meletakkan seseorang yang memiliki kekuatan setaraf dengan Rafiq.

“Setakat yang saya tahu, dengan jawatan saya sebagai Ketua Penerangan, mereka fikir saya mempunyai kekuatan yang sama untuk menentang Rafiq yang juga Naib Presiden Bersatu,” kata Shamsul, yang merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selama dua penggal.

Bagaimanapun, Rafiq tidak akan bertanding di Paya Rumput sebaliknya PN meletakkan beliau di Telok Mas, selepas Datuk Noor Effandi Ahmad dipecat dari parti.

Selepas mengambil kira beberapa faktor – umur, bangsa dan jantina – dan meneliti kemungkinan calon, Shamsul berkata Halim perlu “dikorbankan” bagi memberikan keutamaan kepada parti dan agenda merampas Melaka.

“Halim dan saya telah bergerak di Paya Rumput selama beberapa tahun. Saya berada di sini sejak 2013. 

“Ada cadangan supaya Halim bertanding di tempat lain. Namun Halim menyatakan beliau telah berkerja di Paya Rumput dan adalah tidak wajar untuk beliau bertanding di kawasan lain di mana orang lain telah bekerja di kawasan terbabit.

“Juga bukan mudah untuk parti itu menggugurkan penyandang seperti Lim bagi kerusi Machap Jaya. Dia seorang ADUN yang sangat rajin dan disenangi oleh pengundinya. Tetapi kami terpaksa membuat keputusan  yang sukar ini,” katanya.

Penjelasan ini adalah susulan terdapat suara-suara tidak puas hati di kalangan akar umbi Paya Rumput yang mahu Halim bertanding di situ.

“Saya rasa ia bukan isu yang besar memandangkan Halim adalah pengerusi PKR negeri dan kerana beliau tidak bertanding, dia boleh memberi perhatian penuh kepada semua 11 (PKR) yang dipertandingkan. Daripada 11 kerusi, hanya saya dan Datuk Gue Teck yang mempunyai pengalaman bertanding. Yang lain tidak.

“Bantuan Halim boleh meningkatkan strategi kempen mereka. Dan sudah tentu, apabila kami menang, kami akan membuat perjanjian dengan Halim untuk memastikan dia turut menyumbang kepada negeri.”

Sumber: https://www.getaran.my/artikel/politik/14509/nama-besar-seperti-halim-diperlukan-di-paya-rumput?fbclid=IwAR0g1-zSIs_mfwjXqa5M-RyiRTORaFmlDv7ojVW_aedKNTnNOPsRoFd6cpU#.YYzeV0jL81g.facebook

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: