Shamsul, Adly ‘cool’ edar risalah kempen guna skuter

Menjelang minggu terakhir kempen, calon DUN Paya Rumput Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama calon DUN Bukit Katil Adly Zahari kelihatan ‘cool’ menaiki skuter kaki mengedar risalah ke rumah pengundi.

Menurut Shamsul, beliau hampir ‘berlumba’ dengan Adly ketika menaiki skuter pada petang semalam.

Di kawasan DUN Raya Rumput Shamsul lebih senang menggunakan motorsikal untuk mengedar risalah sambil singgah di warung bertanya masalah pengundi.

Sepetang berskuter bersama rakan seperjuangan, calon Ketua Menteri Adly Zahari

Shamsul berjanji akan menyelesaikan beberapa masalah, terutama jalan-jalan kampung yang tidak diperbaiki, masalah perparitan dan pembaikan kemudahan awam.

“Isu utama yang diperjuangkan di Paya Rumput adalah masalah banjir, perparitan dan saliran, peruntukan penyelenggaraan yang dikurangkan serta jaringan internet yang lemah,” katanya.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan KEADILAN tersebut menyeru agar pengundi keluar beramai-ramai pada 20 November ini bagi mengundi calon nombor 2, memangkah Pakatan Harapan.

“Ayuh kita sama-sama mengambil langkah terbaik dengan mengundi. Demi memastikan demokrasi negara yang lebih adil dan mantap pada masa akan datang,” katanya lagi.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/shamsul-adly-cool-edar-risalah-kempen-guna-skuter

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: