2021 penuh derita, tempuhi 2022 dengan penuh semangat, harapan baharu

Tahun 2021 akan diingati sebagai tahun bencana. Pandemik Covid 19 yang tidak ‘kebah’ kesan ekonominya ditambah pula banjir luar biasa yang melanda Selangor dan Pahang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit, melibatkan harta persendirian dan insfrastruktur.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, semua pengalaman buruk itu diharap akan menjadikan jiwa rakyat menjadi lebih cekal menghadapi cabaran tahun 2022.

“Ketika negara kita sibuk mengawal wabak yang melanda, diuji pula dengan bencana banjir yang berlaku di beberapa tempat. Sayu hati melihat keadaan mangsa-mangsa banjir. Tak tertahan airmata setiap kali saya sebagai wakil rakyat menziarah mereka.

“Pelbagai kisah, pelbagai cerita. Kehilangan orang tersayang, rumah hancur, hilang pekerjaan, hilang segalanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tapi saya percaya kita diuji kerana kita mampu (menghadapinya),” kata Shamsul dalam perutusan tahun baharu beliau.

Bagaimanapun, Shamsul yang merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berharap telah melakukan yang terbaik untuk penduduk kawasannya dalam membantu mangsa banjir dan mangsa Covid-19

Menurut beliau, sepanjang 2021 pejabatnya telah memperuntukkan lebih 300,000 bekalan bantuan makanan asas kepada penduduk Hang Tuah Jaya. Ada yang dihantar sendiri ke rumah, ada diambil di Pusat Khidmat Masyarakat.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu juga pejabatnya telah mengadakan program E-tuisyen percuma agar anak-anak tidak ketinggalan. Begitu juga pelbagai bantuan lain sewaktu perayaan dan sebagainya.

“Harapan saya cuma satu, setiap bantuan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh saya ataupun pasukan sukarelawan saya, dapat menambah semangat dan meringankan sedikit sebanyak bebanan penduduk

“Apapun, yang berlalu biarkan berlalu. Tutup buku 2021, buka buku baru. Mari kita melangkah dengan semangat yang lebih menggelora.

“Tekad yang lebih membara dalam memulakan tahun baru 2022. 365 hari bersamaan dengan peluang yang baru. Pasti ada hari untuk kita. Permulaan baru, azam baru dan harapan baru,” katanya.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/2021-penuh-derita-tempuhi-2022-dengan-penuh-semangat-harapan-baharu

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: