Parlimen Hang Tuah Jaya dilanda banjir, perlu derma, sukarelawan

Banjir besar yang melanda Melaka sejak semalam menyebabkan kawasan rendah di Parlimen Hang Tuah Jaya ditenggelami air

Berbeza dengan kawasan lain di Melaka, sebahagian kawasan Hang Tuah Jaya acap kali dilanda banjir kilat akibat kurangnya sistem saliran sempurna dan tebatan banjir

Menurut Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, banjir kali ini agak buruk dan menenggelamkan banyak kawasan yang biasanya tidak menghadapi masalah banjir kilat.

Beliau yang telah dua hari membekalkan makanan bermasak kepada mangsa mangsa banjir, semalam bergegas membeli barang barang keperluan untuk mangsa banjir yang bermalam di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dalam video tular berdurasi 42 saat, Shamsul turut merayu bantuan kepada mangsa banjir di kawasannya yang telah dilanda musibah berpanjangan.

“Ini untuk rakan rakan yang terpaksa beralam di PPS dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.

Kalau ada sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi saya di talian 019 3413312,” katanya.

Beberapa video lain menunjukkan beliau melawat mangsa banjir sehingga paras lutut, dan menyerahkan bekalan makanan kepada mangsa yang enggan berpindah ke PPS.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/parlimen-hang-tuah-jaya-dilanda-banjir-perlu-derma-sukarelawan

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: