‘Jika tidak bersalah apa masalahnya disiasat?’ – Shamsul Iskandar

Penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam sidang media semalam tidak menyelesaikan isu pembelian saham terkait dirinya pada persepsi awam.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, ungkapan Azam dalam sidang media tersebut bahawa beliau tidak membuat sebarang kesalahan seharusnya memudahkan lagi siasatan dijalankan sebagaimana dikehendaki rakyat.

“Siasatan dilakukan bukan semata mata untuk mencari kesalahan. Siasatan perlu untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

“Hasil siasatan (jika dilakukan) akan menambah integriti Azam ketika beliau sendiri mengaku tidak lakukan sebarang kesalahan

“Tetapi dengan berkata telah memberikan penjelasan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, persepsi umum tidak akan berubah menjadi lebih baik

“Azam tidak sepatutnya mensia siakan peluang membersihkan namanya dan SPRM,” kata Shamsul.

Azam dalam sidang media semalam, setelah didesak wartawan menjawab beliau hanya bertanggungjawab memberi penjelasan kepada LPPR SPRM dan bukannya pihak awam.

Beliau juga ditanya mengapakah mengambil masa begitu lama sebelum memberikan penjelasan.

Sebaliknya, Azam menjelaskan adiknya telah membeli saham menggunakan akaun miliknya dan pindah milik saham telah lama berlaku.

Bagaimanapun, menurut Shamsul, beberapa isu lain masih diperkatakan di media sosial berhubung penjelasan Azam tersebut, terutama berkaitan sumber kewangan membeli sejumlah besar saham terbitan awam terbabit.

“Ada beberapa isu yang masih perlu dijelaskan, terutama sumber kewangan pembelian saham

“Semua akan menjadi lebih telus dengan adanya siasatan. Tanpa siasatan maka rakyat akan terus memperkatakan apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka,” katanya lagi.

Laporan tahunan Excel Force Bhd pada 2015 sebelum ini mendedahkan Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu Azam adalah pengarah bahagian siasatan SPRM.

Namun pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang dalam sidang media semalam menjelaskan saham berkenaan telah pun dipindah milik kepada Nasir Baki, adik Azam pada tahun berkaitan.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/jika-tidak-bersalah-apa-masalahnya-disiasat-shamsul-iskandar

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: