Banjir Ibu Kota: Samy Vellu Bertanggungjawab Penuh!

sa

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) memandang serius dengan bencana banjir yang melanda ibu negara lewat semalam, dan berpendapat ini adalah berpunca daripada kegagalan perencanaan projek SMART yang dikelola oleh Kementerian Kerjaraya.

Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Seri S. Samy Vellu, kementerian telah menetapkan bahawa harga tol untuk laluan SMART adalah pada kadar RM2 sehala. Ini bertepatan dengan pendedahan yang sebelum ini pernah dibangkitkan oleh pimpinan AMK mengenai isu konsesi tol SMART ini melalui beberapa pendedahan yang telah dibuat dan didedahkan kepada umum. Jelas terbukti bahawa pendedahan AMK mengenai konsesi tol SMART ini adalah benar dan segala dakwaan Samy Vellu berkenaan kesahihan pendedahan ini adalah jelas terbatal.
Teruskan membaca “Banjir Ibu Kota: Samy Vellu Bertanggungjawab Penuh!”

SK.Com : Perlantikan Jawatankuasa AMK Diumum, Fokus Gerakerja Pilihanraya

Sila rujuk berita lanjut mengenai Angkatan Muda KeADILan dan PKR di Suara Keadilan Online.Tahniah atas kewujudan laman web ini,dan semoga ia menjadi pemangkin kepada penyediaan sumber berita parti yang kredibel!

Kuala Lumpur, 10 Jun – Mesyuarat pertama Angkatan Muda KeADILan (AMK) pada hari ini menyaksikan perlantikan beberapa muka lama dan muka baru di dalam saf kepimpinan AMK untuk sesi 2007-2010 dengan meletakkan gerak kerja Pilihanraya Umum ke-12 sebagai fokus utama pergerakan itu dalam tempoh terdekat.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, bekas Ketua Penerangan KeADILan Selangor, Ahmad Zaki Yamani dilantik sebagai Setiausaha AMK yang baru manakala bekas Ketua AMK Negeri Kelantan, Zamakhsari Ibrahim dilantik sebagai Bendahari AMK.
Teruskan membaca “SK.Com : Perlantikan Jawatankuasa AMK Diumum, Fokus Gerakerja Pilihanraya”

Perubahan SPR Perlu Mencerminkan Reformasi Sistem, Bukan Sekadar Kosmetik Pilihanraya

Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) ingin menyatakan maklumbalas positif kami terhadap kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abd. Rahman yang menyatakan kesediaan SPR untuk memperkenalkan penggunaan dakwat tidak boleh padamke atas jari pengundi seawal-awalnya di dalam pilihanraya yang akan datang.

Kesediaan ini menggambarkan SPR sudah sedar dan maklum mengenai keperluan asas pilihanraya ini demi menjaga integriti pilihanraya itu sendiri dan juga kredibiliti SPR di dalam menyelenggara sistem pilihanraya yang telus dan adil bagi semua pihak yang bertanding. AMK tidak melihat pendekatan ini adalah pendekatan yang ketinggalan zaman sebagaimana yang disebut oleh Tan Sri Rashid, tetapi pendekatan penggunaan dakwat ini telah terbukti berkesan di dalam menjamin kelicinan perjalanan pilihanraya di kebanyakan negara sebagaimana yang telah terbukti di India,Indonesia, Pakistan, Mesir dan Yemen di mana kaedah ini telah berjaya mengelakkan berleluasanya pengundi hantu untuk mengundi.

Dan kesediaan ini menggambarkan satu kemenangan rakyat untuk melihat satu proses pilihanraya yang adil dan telus dapat dilaksanakan di dalam sistem kenegaraan Malaysia yang sewajarnya bergerak ke hadapan.
Teruskan membaca “Perubahan SPR Perlu Mencerminkan Reformasi Sistem, Bukan Sekadar Kosmetik Pilihanraya”

SPR, Tolong Jawab!!

Saya melihat links yang diberikan oleh Sdr Arif Abdull, dan juga capaian ke analisis Raja Petra Kamaruddin di Malaysia-Today. Fakta ini bukan cobaan, tetapi betul-betul!

Ahad lepas, 22 April 2007, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam temubual dengan Mingguan Malaysia menafikan tanggapan umum bahawa SPR tidak adil, tidak bebas dan tidak telus dalam mengendalikan pilihanraya.

Saya kira ini bukan lagi zon selesa buat rashid untuk terus menipu. YB Lim Kit Siang di dalam kenyataan akhbarnya di portal Malaysiakini telah mendedahkan betapa rasuah politik pilihanraya yang menular di Machap berterusan di Ijok. Dan pendedahan terkini RPK jelas menjadi paku terakhir buat keranda kareer Rashid dan SPR!

SPR harus jawab isu ini..dan saya pasti kalau ini adalah kebenaran, Ijok bakal mencipta rekod dunia, kawasan paling ramai warga emas di dunia!

Khir Terus Membisu,BN Terus Mengganas!

                                      

Melalui siri pendedahan yang dibuat melalui blog ini,ternyata ia tidak meninggalkan sedikit kudis pun buat Dr Khir Toyo.mungkin beliau tegar dengan tuduhan rasuah,maklumlah, dah biasa sangat dituduh.Jadi kesannya pun ‘sedang-sedang’ saja.

Pun begitu ini bukan isunya,isunya ialah penyelewengan wang rakyat.Wang pembayar cukai yang dikutip dari segenap lapisan masyarakat yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia! Bukan soal menyerang peribadi, ini persoalan integriti, persoalan akauntabiliti. Di Blog DS Anwar Ibrahim ada menyatakan yang andai mereka melempar fitnah, kita lempar fakta untuk dijawab! saya bersetuju dengan kenyataan pengunjung-pengunjung blog DSAI yang mengatakan itu adalah slogan tepat untuk kita menepis tohmahan BN.

Saya berkesempatan bersama-sama dengan rombongan melawat pengundi, menemani Tan Sri Khalid bersama-sama Tian Chua, Jayathas, dan teman-teman yang lain.Sokongan diberikan dalam keadaan yang amat memberangsangkan.Pun begitu doa kita biarlah sokongan itu dimanfaatkan dalam bentuk undi,insyaAllah.

BN mula bermain kotor. Khairy sudah mua memalu gendang perkauman dengan mengatakan yang KeADILan memainkan sentimen perkauman. Apakah perobohan kuil yang berleluasa di Selangor satu sentimen perkauman? Ini fakta!

BN juga turut mengedarkan VCD-VCD yang berunsurkan fitnah ke atas DSAI, yang nyata sekali adalah satu mainan politik kotor dan jumud yang wajar dipandang serius oleh SPR. Laporan lanjut dilaporkan oleh Malaysia-Today.

[1 Hari 1 Pendedahan] – Siri Keenam

Pendedahan Keenam:

Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.80. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih
menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

Macam mana ni Khir? Boleh jawab?

[1 Hari 1 Pendedahan] – Siri Kelima

Pendedahan Kelima:

Pada April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

Hari terus berganti, Khir terus membisu….

‘Satu Hari Satu Pendedahan’ – Dedikasi Buat Khir Toyo

Atas kapasiti Pemangku Ketua AMK Malaysia, saya mengambil rasa tanggungjawab untuk melancarkan kempen ‘Satu Hari Satu Pendedahan’ yang akan bermula pada 19hb April depan, khusus sempena Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Ijok yang bakal berlangsung pada 28hb April 2007.

Pendedahan yang dimaksudkan adalah pendedahan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor Maju, Dr. Mohammad Khir Toyo sepanjang beliau menjawat jawatan MB Selangor.

Kita tidak bertindak menuduh,yang kita pinta cuma jawab setiap persoalan yang kian membuat rakyat sesak dan marah dengan tiap-tiap persoalan yang timbul tanpa dijawab dengan sempurna.

Dr. Khir Toyo, sila bersiap sedia!

Jadikan Ijok Sebagai Lunas Kedua!

Semalam Angkatan Muda KeADILan Malaysia telah berjaya melancarkan Jentera Pilihanraya AMK dan juga Skuad Angkatan Muda Negeri Selangor. Kehadiran masyarakat sekitar Ijok memberikan ‘tanda-tanda awal’ bahang pilihanraya Ijok makin hangat dan ada cahaya buat KeADILan di hujung jalan.

Penubuhan Skuad Angkatan Muda yang juga bertujuan sebagai pasukan gerak gempur pilihanraya dimulakan di Bahagian Gombak beberapa bulan yang lalu, dan kini disusuli di peringkat Negeri Selangor. Keahlian awal menjangkau 100 orang dan ini memberikan semangat buat kita untuk terus bergerak dan menggempur BN di Selangor.

Acara semalam yang dianggarkan kehadiran seramai 2000 orang turut diserikan dengan sesi ceramah oleh Sdr Azmin Ali, Naib Presiden KeADILan yang Juga Pengarah Pilihanraya KeADILan Pusat; dan Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung KeADILan yang juga Pengerusi Perhubungan di Selangor. Pimpinan AMK Pusat terdiri daripada Sdr Jonah, Amir Sari dan juga Tan Seng Toh juga turut berucap. Semalam juga adalah merupakan ucapan sulung Tan Sri Khalid sempena pengisytiharan kempen rasmi yang dimulakan oleh KeADILan untuk PRK DUN Ijok ini. Laporan rasmi boleh dibaca di Laman Web AMK.

Saya menegaskan betapa perlunya Ijok menjadi medan buat rakyat kembali menilai prestasi kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah. Sedari 31hb Oktober 2003 sehinggalah hari ini, tidak ada satupun dasar-dasar yang menguntungkan rakyat di bawah pemerintahan Pak Lah. Isu kenaikan harga minyak, isu tol, inflasi berleluasa, penindasan masyarakat peneroka bandar melalui penghapusan setinggan, rasuah di peringkat tertinggi pimpinan kerajaan dan pentadbir awam, Islam Hadhari yang langsung tidak ada unsur-unsur Hadharah di dalam perlaksanaannya, semua kecelaruan ini berlaku di saat Pak Lah menjadi PM.

Dengan memberikan kemenangan kepada BN, ia akan turut memberikan signal kepada Pak Lah yang rakyat sentiasa bersama menyokong dasar-dasar ‘mesra rakyat’ beliau. Saya tidak fikir rakyat Ijok khususnya mudah diperlekeh oleh Pak Lah! Justeru, inilah medan terbaik buat rakyat menterjemahkan protes mereka kepada Kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah.

Ijok berpotensi untuk menjadi medan manifestasi gelombang rakyat. KeADILan sentiasa berusaha untuk merealisasikan semangat agar Ijok bakal mengulangi kejayaan Lunas.

Kejayaan di Ijok bukan semata-mata buat KeADILan..sebaliknya untuk rakyat. Anda bakal menentukannya!

AMK Kesal Menteri Saran Penulis Blog Didaftarkan

Angkatan Muda KeADILan (AMK) kesal sekali dengan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyarankan supaya penulis blog di Malaysia didaftarkan.

Kami kesal kerana ini menunjukkan Timbalan Menteri Kementerian sendiri mempunyai pemahaman yang begitu cetek sekali tentang teknologi komunikasi.AMK juga hampa dengan niat di sebalik cadangan ini, iaitu untuk menumpaskan suara rakyat dan mencabuli hak rakyat untuk bersuara berkenaan isu-isu kepentingan rakyat, khasnya dalam masa menjelang Pilihanraya Umum.

Kami berpendapat bahawa cadangan ini berasal dari rasa takut di kalangan kerajaan kerana penulis-penulis blog telah berjaya mendedahkan kemerosotan dan kerakusan yang berleluasa dalam kerajaan Barisan Nasional.

Ini termasuk tuduhan-tuduhan rasuah dalam hal pembelian kapal selam Scorpene, jet Sukhoi dan kapalterbang terbaru kerajaan, kuasa Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri membebaskan tahanan di bawah Ordinan Darurat dan peruntukan RM 600 million yang akhirnya menguntungkan ketua-ketua bahagian Umno.

Dengan contoh-contoh tersebut, sudah tentu kerajaan akan cuba mengambil langkah untuk mendiamkan rakyat daripada menyebarkan kebenaran mengenai penindasan kerajaan Barisan Nasional.

Komen-komen Datuk Shaziman juga pasti akan mengakibatkan rasa tidak yakin di kalangan pengguna internet untuk mengguna perkhidmatan ‘hosting’ yang bertapak di Malaysia serta menggurangkan nombor pengguna yang mengguna domain yang berakhir dengan “.my”. Ini seterusnya melemahkan industri internet di Malaysia.

AMK mendesak kerajaan supaya tidak menapis internet dan mengekalkan kebebasan internet.

Shamsul Iskandar
Pemangku Ketua
Angkatan Muda KeADILan