Jadual Program 25 Oktober – 31 Oktober 2010

Jadual Program Mingguan
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

25 Oktober – 31 Oktober 2010

Hari / Tarikh Aktiviti Tempat / Masa
Isnin

25 Oktober 2010

Persiapan PRK Parlimen Batu Sapi
Selasa

26 Oktober 2010

Penamaan Calon PRK Parlimen Batu Sapi
Rabu

27 Oktober 2010

Program Jelajah & Ziarah AMK Kelantan

 

Kempen PRK DUN Galas
Khamis

28 Oktober 2010

Dialog bersama AMK Perlis
Kenduri Doa Selamat Cabang Kuala Kedah dan Kubang Pasu
Jumaat

29 Oktober 2010

Program Jelajah Pulau Pinang
Sabtu

30 Oktober 2010

Majlis Kenduri Kesyukuran Cabang Bentong, Paya Besar, dan Temerloh

*Tempat dan Masa akan dikemaskini kemudian. Terima Kasih.

Adun Bkt Selambau Letak Jawatan, Praya bakal diadakan

Petikan dari Malaysiakini


Arumugam letak jawatan Adun, p’raya di Bukit Selambau

Selepas beberapa jam melepas jawatan exco kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan malam ini bahawa V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.

Awal bulan lalu, Arumugam telah membuat satu laporan polis mengenai ugutan yang diterima oleh beliau.

Berikut adalah laporan yang dikeluarkan Suara Keadilan.

Adun Selambau diugut, buat laporan polis

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI (SK)- Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, V Arumugam mendedahkan bahawa keselamatan beliau dan keluarganya telah diancam oleh pihak Barisan Nasional semenjak pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu.

Menurutnya dalam satu kenyataan media yang diterima Suara Keadilan, selain dari ancaman yang diterima oleh keluarganya, pegawai dan bekas pegawainya turut diugut supaya beliau melompat parti.

Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik beliau pada 17 Oktober lalu, mengugut pegawainya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31 Mac 2008, mengugut keselamatan keluarganya.

ayuh nyatakan sokongan kepada kerajaan perak!

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:”Pertahankan Kuasa Rakyat – Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan.”Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.

Berita Panas: ADUN BN Bota Sertai KeADILan!

YB Dato Nasaruddin Hashim
YB Dato Nasaruddin Hashim

Alhamdulillah, tsunami politik 8 Mac 2008 kembali menghempas kepimpinan Umno-BN tanpa sudah.

Terkini, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim dan juga penyokongnya di dalam kawasan Parlimen Parit telah mengisytiharkan penyertaan mereka ke dalam KeADILan.

Polemik kian lama timbul mengenai penyertaan Datuk Nasaruddin ke dalam KeADILan sejak Disember lepas. Tetapi kini, alhamdulillah semuanya telah direalisasikan dengan baik. Pastinya penyertaan Datuk Nasaruddin akan memantapkan KeADILan Perak dan Pakatan Rakyat di Perak khususnya.

Nah, dahulu Tajol Rosli begitu bising mahu menumbangkan Pakatan Rakyat 31 Ogos 2008. Kini, mari lihat siapa yang kian terkena!

Shamsul Iskandar

Ucapan Dasar Ketua AMK Sempena Kongres Nasional Tahunan KeADILan 2008

MEMIMPIN HARAPAN RAKYAT

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Bagi pihak Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Malaysia saya mengalu-alukan para tetamu, wakil-wakil Majlis Pimpinan Tertinggi, para perwakilan dan pemerhati, rakan-rakan seperjuangan, ke Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan Malaysia kali kelima ini. Selamat datang!

Kita berkongres kali ini dalam suasana yang sangat berbeza berbanding kongres-kongres sebelum ini. Dahulu program-program kita, termasuk kongres, berhadapan dengan pelbagai hambatan dan halangan. Kali ini kita berkongres di negeri yang ditadbir oleh kita bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Ini natijah usaha keras para aktivis, pendokong dan penyokong keadilan yang berjuang dan berkorban sedari hari pertama kita turun ke kancah perjuangan membela rakyat melalui gerakan Reformasi. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen dan kerja keras saudara semua. Syabas!

Kita rakamkan ucapan terima kasih kepada Angkatan Muda Keadilan Selangor dan Parti Keadilan Rakyat Selangor atas komitmen dan kesungguhan sebagai tuan rumah kongres tahun ini. Ucapan terima kasih juga kepada Urusetia Kongres yang telah bertungkus lumus menjadikan acara tahunan penting ini satu kejayaan.

Kita telah melalui sepuluh tahun yang panjang. Penuh cabaran dan dugaan. Melalui liku dan ranjau. Kita bersyukur atas kejayaan yang kita capai setakat ini, namun masih terlalu awal untuk kita rayakannya. Kita mesti sentiasa insaf bahawa kemenangan rakyat yang kita pimpin belum tuntas. Masih banyak yang perlu dilakukan. Jalan perjuangan yang harus kita tempuhi jauh terbentang. Harapan rakyat mesti terus kita pimpin.

Kemenangan terhad yang kita capai kini seharusnya dijadikan pemangkin dan landasan bertolak untuk kemenangan rakyat yang lebih besar. Tetapi hati-hati, jangan terlebih yakin. Bisa saja kita tergelincir dan rosot ke belakang.

Suasana kini berbeza. Namun semangat juang, rasa muhibbah dan persaudaraan antara kita terus hangat dan bertambah mantap. Ini dapat saya rasai. Ia dekat di hati saya. Semoga persaudaraan kita di dalam wadah perjuangan ini terus menjadi sumber kekuatan dan pembakar semangat yang mendorong aktivisme kita membela rakyat.

Teruskan membaca “Ucapan Dasar Ketua AMK Sempena Kongres Nasional Tahunan KeADILan 2008”

Tahniah Buat AMK Pahang

Saya berada di Hotel Seri Malaysia, Temerloh pada 12/7/07 kerana menghadiri latihan kepimpinan Angkatan Muda KeADILan peringkat negeri Pahang. Program latihan ini merupakan inisiatif ketua AMK Pahang yang baru, Sdr Rizal yang turut memberikan pengisian di dalam latihan ini.

Saya telah memberikan pandangan tentang realiti-realiti baru parti dan juga ‘a way forward’. Penting untuk AMK muncul sebagai gerakan anak muda yang mempunyai asas ilmu dan idea yang kuat di samping memperkasa kegiatan dan aktiviti bersama rakyat.

Pada keesokan harinya, saya menghadiri mesyuarat AMK negeri. Ramai muka-muka baru yang hadir dan mereka didokong oleh kepimpinan awal. Syabas kepada pimpinan negeri yang memberikan komitmen tinggi untuk berpartisipasi secara aktif di dalam setiap pengisian program termasuk kuliah Subuh dan riadah.

Tahniah kepada sdr Rizal, Zulfikar dan rakan2 lain.