Siapa untung di sebalik penyahsenaraian AAAN, Astro

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Usaha menjadikan Astro All Asia Network Plc (AAAN), pengendali tunggal penyiaran televisyen langganan Malaysia sebagai sebuah syarikat persendirian dengan tawaran harga RM4.30 sesaham atau atau RM 8.5 bilion bagi keseluruhan kepentingan dipersoalkan.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar), AAAN perlu menjelaskan motif di sebalik transisi tersebut.

“Sekian lama disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia, mengapakah baru sekarang Datuk Badri Masri (Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif AAAN) mahu melakukan transisi penyahsenaraian ini,” soal beliau.

“Adakah (transisi penyahsenaraian) ini dibuat setelah AAAN puas mengaut keuntungan ketika menjadi syarikat penyiaran yang diberi lesen tunggal oleh kerajaan (iaitu) setelah diberi monopoli oleh kerajaan Barisan Nasional.”

Beliau berkata, dengan mengeluarkan kepentingan AAAN dari Bursa Saham Malaysia (BSM), membolehkan beberapa pemegang syer utama dalam syarikat penyiaran langganan nasional itu mengaut kepentingan berganda.

“Kalau disenaraikan dalam Bursa Saham (Malaysia), kepentingan dan keuntungan itu boleh dikongsi oleh banyak pihak, kalau keluar (dari) BSM, beberapa pemain, yakni pemegang syer yang boleh menggandakan kekayaan,” jelasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Dalam pada itu, walaupun ada beberapa pihak mendakwa, transisi penyahneraian itu disebabkan AAAN tidak yakin dengan prestasi pentadbiran ekonomi kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahfuz secara peribadi tidak menganggap demikian.

Menurut Mahfuz, transisi penyahsenarian ini turut membabitkan nasihat secara langsung adik kepada Najib sendiri, iaitu Datuk Seri Nazir Tun Razak.

Selaku Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Holding Berhad, Mahfuz berkata, Nazir tentu mempunyai sebab-musabab yang kuat sebelum membuat pengumuman tawaran pengambilalihan dalam dagangan saham-saham AAAN tersebut.

Selain Nazir, Mahfuz berkata, Ananda Krishnan, pemilik syarikat telekomunikasi persendirian Maxis terbabit dalam menjadikan AAAN sebagai syarikat persendirian sekarang.

“Seperti transisi penyahsenaraian Maxis (pada tahun) 2007 lalu, mula-mula Ananda menggunakan lesen penyiaran Astro ini sebagai langkah pertama beliau di dalam industri ini.

“Dari Malaysia, beliau kemudiannya membuka penyiaran yang sama di beberapa negara jiran seperti Indonesia,  juga Astrolia.”

Kata beliau lagi, Astro dijadikan batu loncatan untuk beliau berkembang maju dalam bidang tersebut.

Dengan erti kata lain, kata Mahfuz, lesen Astro adalah pemangkin kepada Ananda dalam meneroka pasaran antarabangsa.

“Sekarang, apabila sudah menikmati pulangan yang baik daripada AAAN, AAAN pula hendak dijadikan syarikat persendirian,” beliau menambah.

Sehubungan itu, beliau mempersoal tentang hak Malaysia sendiri dalam memperkukuh AAAN sehingga tahap sekarang.

“Adakah ini adil untuk Malaysia,” soal Mahfuz.

“Malaysia yang memberikan landasan ini, adakah tindakan ini ibarat kacang lupakan kulit.”

Sekiranya tindakan penyahsenaraian tersebut sebagai langkah korporat, menurut Mahfuz, kerajaan Malaysia juga boleh mengambil inisiatif lanjutan demi memecah monopoli AAAN dan Astro dalam industri penyiaran berbayar domestik dan global.

“Kalau begini, kerajaan Malaysia patut membuka syarikat ini kepada syarikat-syarikat lain, tidak perlu membiarkan Astro memonopoli penyiaran langganan domestik lagi,” tegas beliau.

Demi memulihara hak tanah air secara korporat, Mahfuz bercadang mengetengahkan isu penyahsenaraian AAAN dari BSM tersebut ke Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

“Insya Allah saya akan bertanya sendiri isu penyahsenaraian ini kepada (Datuk Seri Utama) Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan) di Dewan Rakyat kelak,” jelasnya.

Di Dewan Rakyat, beliau juga menasihatkan kerajaan supaya membuka lesen-lesen penyiaran langganan yang baru demi memecah monopoli AAAN dan Astro, selain melebarkan industri penyiaran langganan sebagai sumber ekonomi negara.

Dari segi yang lain, beliau turut mempersoal penyahsenaraian AAAN tersebut kerana menganggap usaha itu seolah-olah mengulangi sejarah penyahsenaraian Maxis di BSM pada 2007 yang lalu.

“Dulu pun Ananda tarik diri (Maxis) dari BSM, kemudian senaraikan semula Maxis dengan hanya syarikat operasi Maxis sahaja dalam BSM.”

“Selepas syarikat Maxis yang beroperasi (di) luar seperti di Indonesia tidak lagi disenaraikan dalam BSM, adakah ini langkah yang sama yang hendak dilakukan ke atas AAAN?” soal beliau.

Kelmarin, dilaporkan Nazir turut berkata, Astro Holdings tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian AAAN dan penyahsenaraian mungkin akan berlaku pada pertengahan  Jun tahun ini.

Tambah Nazir lagi, Astro Holdings turut berkeyakinan bahawa langkah transisi penyahsenaraian itu mampu meningkatkan pertumbuhan domestik dan antarabangsa AAAN.

Dalam pada itu, CIMB Investment Bank Berhad dilantik sebagai penasihat Astro Holdings untuk tawaran perdangan penyahsenaraian tersebut, manakala AAAN menerima konsultansi dari Kadir Andri & Partners, RHB Investment Bank Berhad dan UBS Securities Malaysia Sendirian Berhad.

Sumber: Harakahdaily

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

PM must clarify link between 1Malaysia and 1Israel

KUALA LUMPUR, March 19: Pakatan Rakyat leaders have poured scorn on a bid by Umno lawmakers to suspend Opposition Leader Anwar Ibrahim over a statement linking Prime Minister Najib Razak’s prized 1Malaysia slogan with Ehud Barak’s 1Israel electoral alliance.

They said no matter how much his minders tried to cover up, Najib needed to explain why he as a leader of a predominantly Muslim nation had chosen a platform that mimicked the one created by the Zionist politician a decade ago.

“It is clear that Umno-BN has embarked on an all-out war to stop Anwar including this latest attempt to keep him out of Parliament ,” PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man told Harakahdaily.

“But no matter what they do, they cannot hide the fact that 1Malaysia is a failed project. The parties in Umno-BN are hardly united and even right now are fighting within themselves. How can they unite to form an effective ‘one’ government?”

Muslims want to know why

Earlier this week, Anwar told Parliament that Apco Worldwide – an international communications consultancy engaged by Najib – had played a similar advisory role in conceptualizing Ehud’s 1Israel.

The israeli leader is a former premier and the current Defence Minister of his country. He had put together an electoral coalition called One Israel in the run-up to the 1999 Knesset elections.

Both the 1Malaysia and 1Israel platforms have underlying similarities in that they aim to unite various groups through the use of centrist rather than elitist or rightist policies.

“Najib’s advisers are now very worried that this will spread and his 1Malaysia will be linked to 1Israel. And this is a big no-no because Najib himself is a Muslim leader,” PKR MP for Batu Tian Chua told Harakahdaily.

“It is difficult for him to explain why he chose to hire a firm with alleged Zionist links. Apco may deny involvement but Najib still has to convince Malaysian Muslims why he picked 1Malaysia when it is so familiar with 1Israel. Surely, there were more sensible choices.”

Protecting Najib

Indeed, Apco has since issued a written denial that it was involved in developing either the Malaysian or Israeli platforms.

That paved the way for Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz to immediately threaten referring Anwar to the parliamentary Rights and Privileges Committee.

However, Nazri later also said he would put the matter up for the Cabinet to decide before proceeding with the complaint to the House.

“This is a serious allegation. We will have to decide whether action should be taken against Anwar for making a false statement in the House,” Nazri told reporters.

“The accusation was made against the leader of the House (Najib). So of course the accusation against the prime minister will involve the Executive. So, the committee has to decide.”

Sumber: Harakahdaily

Office of Keadilan Youth Chief(AMK)

Isu Fatwa Ulama Tersohor Dunia Ditolak

KUALA LUMPUR 18 MAC – Pertanyaan jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkenaan dengan fatwa yang  dikeluarkan oleh Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi telah ditolak dari dibincangkan di Dewan Rakyat pada hari ini dengan alasan ia bersifat subjudis.Yusmadi menyifat Perdana Menteri dan Menteri Agama Barisan Nasional (BN) perlu menjawab soalan ini bagi mengetahui pendirian yang di ambil oleh Kerajaan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama tersebut.

Beliau yang kecewa dengan penolakkan itu kerana kerajaan tidak pernah mengambil berat tentang masalah Syariah yang berlaku di dalam negara ini.

“Saya mengesa kerajaan Malaysia menjawab dan membuat pendirian tentang fatwa tersebut. Angkatan Muda KEADILAN telah menghantar salinan VCD kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan juga kepada Menteri Agama pada 11 Mac yang lalu tetapi sehingga sekarang kita tidak mendapat maklum balas dari tindakan tersebut,”.

“Kenapa mereka perlu takut untuk mengeluarkan pendirian mereka. Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa yang dikurniakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, kenapa kita nak sangsi dengan fatwa yang beliau keluarkan.

“Saya mencabar Perdana Menteri jika tidak mahu mengambil pendirian menarik balik gelaran tersebut dan perlu di umumkan di dalam dewan yang mulia jika alasan yang mereka berikan tindakan ulama tersebut mencampuri urusan dalam negara,” jelasnya.

Pendirian yang diambil oleh Barisan Nasional dalam membincangkan soal sedemikian dilihat ketidakseriusan kerajaan dalam memperjuangkan soal agama dalam negara ini.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Orang Asal Layak Dapat Status Bumiputera

KUALA LUMPUR, 18 MAC – Orang Asli di negara ini berhak mendapat status Bumiputera kerana mereka bukan sahaja orang Asal di negara ini, tetapi juga merupakan golongan yang paling miskin dalam strata masyarakat.


Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku kerana hanya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja mendapat keistimewaan berdasarkan peruntukkan dalam perlembagaan.

Perkara ini persoalkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN Datuk Zaid Ibrahim yang menjelaskan bahawa Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, tidak memberikan hak kesitimewaan bumiputera kepada Orang Asli di negara ini.

“Orang Asli bukan dikategorikan sebagai Bumiputera, hanya ‘Malays and the Natives of Sabah and Sarawak’ dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” tulis Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat.

Pada 17 Mac lalu, kira-kira 4,000 orang Asli berarak ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berhubung penganiyaan yang dilakukan kerajaan terhadap mereka selama lebih 50 tahun.

Mereka berhadapan dengan tindakan kejam kerajaan yang merampas tanah nenek moyang mereka untuk tujuan pembangunan yang dilakukan tauke-tauke besar BN.

“Selalu kedengaran permasalahan Orang Asal tidak diberi perhatian yang wajar. Malah kenyataan Menteri Undang-Undang Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen semalam (17 Mac 2010) menunjukkan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib mereka,” ujar Zaid.

Zaid turut membidas kenyataan Nazri ketika menjawab soalan di parlimen mengenai pengiktirafan status Bumpitera terhadap orang asal dengan menjawab ‘tidak perlu’ kerana Orang Asli termasuk dalam tiga kategori status bumiputera seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan.

“Saya terkejut. Bila pula Orang Asli ini dimasukkan dalam golongan ‘Bumiputera’? Saya terus merujuk kepada Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Tak ada pula Orang Asli diberi keistemewaan sebagai Bumiputera.

“Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya. Hanya ‘pendatang’ yang terpilih oleh Umno sahaja mendapat keistemewaan.

“Saya harap rakyat Malaysia dapat ‘bangkit’ bersama Orang Asal dan sama-sama kita bergerak dengan Pakatan Rakyat untuk membela nasib Orang Asal dan juga anak anak Sabah dan Sarawak yang selama ini telah diketepikan dan tidak diberikan layanan yang sewajarnya,” tegas beliau.

“Dalam Model Ekonomi Baru yang konon mendapat pujian itu kita harap nasib mereka yang terpinggir mendapat perhatian, bukan tertumpu hanya kepada mereka yang suka menjual nama bumiputra mereka,” tulis Zaid.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Rayuan Keputusan Kes Salah Guna Kuasa Bekas Pengarah JSJ Ditolak

KOTA KINABALU, 18 Mac (Bernama) – Mahkamah Tinggi hari ini mengenepikan rayuan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepas dan membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Yusoff terhadap dakwaan menggunakan pesawat polis untuk tujuan peribadi hampir tiga tahun lalu.


“Selepas menyemak bukti yang berkaitan dan asas penghakiman oleh hakim mahkamah sesyen, saya mendapati hakim (mahkamah sesyen) itu tidak silap. Oleh itu kami mengenepikan rayuan ini,” katan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli.

Sebelum ini dalam hujah untuk mengenepikan keputusan mahkamah sesyen itu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache berkata hakim mahkamah sesyen gagal menilai permohonan di bawah undang-undang di mana Ramli, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, didakwa.
Pada 27 Julai lepas hakim Supang Lian berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan Ramli, 57, wajar dilepas dan dibebaskan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kevin Morais dan Joyce Blasius, memanggil 75 saksi dalam perbicaraan yang berlangsung selama 59 hari antara 13 Mei 2008 dan 6 Julai tahun lepas.

Ramli, yang ketika itu diwakili oleh Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan James Tsai, didakwa pada 19 Nov 2007 atas tuduhan menyalahguna kuasanya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk perolehan kewangan dengan mengarahkan dan  menggunakan pesawat Cessna Caravan Polis Diraja Malaysia untuk membawanya melakukan pengawasan dari udara terhadap dua lot di Ulu Tungku, Lahad Datu, di mana syarikat hartanahnya Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7.50 pagi pada 15 Jun 2007 di Unit Udara Polis Sabah, Tanjung Aru dekat sini.

Ramli mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum RM10,000 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah, dan telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

-Bernama

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Isu Musa: Tiada Tindakan Terhadap China Press

PUTRAJAYA, 18 MAC – Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat akhbar China Press berhubung laporannya perletakkan jawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Sehubungan itu, tiada tindakan akan dikenakan terhadap akhbar itu.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz berkata, akhbar itu juga bebas dalam megambil sebarang tindakan dalaman ke atas pengarang yang bertanggungjawab terhadap laporan berkenaan.

Katanya, China Press juga bersedia mengemukakan permohonan maaf.

Sabtu lalu, akhbar itu menyiarkan laporan bahawa Musa telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Hishamuddin dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun  Musa dan Hishamuddin segera menafikannya selepas beberapa jam laporan akhbar itu diterbitkan.

Malah Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press bagi menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.

Bagaimanapun keesokannya, selepas perasmian Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Hishamuddin mendedahkan bahawa rombakan barisan pimpinan tertinggi pasukan polis akan dilakukan.

Katanya, rombakan berkenaan bukan sahaja akan membabitkan KPN tetapi juga pegawai kanan yang lain, termasuk empat pengarahnya.

-TvSelangor

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Dialog Royalti Minyak Malam Ini Diteruskan

KUALA LUMPUR, 18 MAC — Dialog royalti minyak anjuran Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Kuala Terengganu malam ini diteruskan sebagaimana telah dirancang dengan komitmen akan disertai oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

“Setakat ini, dialog ini diteruskan dan Tengku Razaleigh juga sudah menyatakan komitmen untuk menyertai dialog,” kata Setiausaha Bersama Gegar Zaidan Abdullah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketika ditanya mengenai laporan bahawa tiada permit diberikan, Zaidan yang juga Setiausaha Mampat berkata, majlis tersebut diadakan dalam dewan kawasan persendirian iaitu di Terengganu Ekuestrian Resort sendiri dan biasanya tidak memerlukan permit pihak berkuasa.

“Mengikut amalan-amalan masa lalu, majlis yang diadakan dalam dewan dalam Terengganu Ekuestrian Resort tidak diperlukan permit, cuma kami memaklumkan pihak polis.

“Dalam hal ini, kami juga akan memaklumkan pihak polis mengenai dialog ini,” kata beliau dengan mengharapkan tidak akan timbul sebarang masalah.

Pertemuan malam ini merupakan forum kedua dihadiri oleh Tengku Razaleigh selepas ceramah di Kota Baru akhir Januari lalu.

Pada pertemuan di Kota Baru, beliau yang juga pengasas dan bekas pengerusi Petronas menegaskan bahawa Kelantan juga layak menerima wang royalti hasil pengeluaran minyak, bukannya wang ihsan.

Laporan Bernama semalam menyebut polis Terengganu member amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak aman di negeri itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ia termasuk mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram bagi menyerahkan memorandum berhubung royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini.

“Saya ingin menasihatkan pihak-pihak berkenaan bahawa itu bukanlah tempat yang sesuai untuk menyerahkan memorandum atau mengemukakan bantahan kerana Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Terengganu di atas urusan-urusan tertentu.

“Saya tidak mahu mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan di atas kehadiran Tuanku untuk melakukan sesuatu yang di luar program yang telah ditetapkan oleh pihak istana,” katanya.

Mampat dan Gegar dilaporkan bercadang untuk menghimpunkan kira-kira 10,000 orang bagi menyerahkan dua memorandum berhubung tuntutan royalti minyak kepada Tuanku Mizan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Mengulas mengenai program ceramah dan dialog yang akan dianjurkan di Terengganu Ekuestrian Resort malam ini, beliau berkata pihaknya belum menerima permohonan permit daripada pihak berkenaan untuk berbuat demikian.

“Setakat ini saya tidak ada menerima sebarang permohonan permit. Kita akan ambil tindakan kepada mereka yang kita rasakan akan menimbulkan masalah keselamatan,” katanya yang menasihatkan penganjur supaya tidak meneruskan program itu bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

-Malaysian Insider

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Umno-BN Hipokrit Guna Khidmat Yahudi-Zionis

KUALA LUMPUR 17 Mac – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keras sikap hipokrit Umno dan Barisan Nasional yang menuduh beliau menjadi ejen Yahudi dan Cina tetapi pada masa yang sama secara senyap-senyap mengunapakai khidmat syarikat perunding imej pro-Zionis, APCO International.

Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang Dipertuan Agong, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif  ektremis, Jack Abramoff.

Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Apabila perkara itu dibongkarkan oleh pembangkang Dr Mahathir menafikan bahawa bayaran tersebut adalah daripada dana kerajaan.

Ahli Parlimen itu mendedahkan Abramoff bukan sahaja berfahaman ektremis Zionis tetapi juga telah didakwa serta dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah di Amerika dan kini dipenjara kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah tercatat dalam nota kongres Amerika.

“Saya nak tanya ustaz, ustazah dan Menteri Agama Umno apa pandangan mereka Najib guna pelobi yahudi yang bukan sahaja tauke judi tetapi juga didapati menipu kaum Red Indian di Amerika dengan tujuan merampas tanah mereka untuk membina kasino.

“Tentang konsep 1Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri kita tak payah pertikailah tetapi saya ingin ingatkan bahawa APCO yang diguna oleh Datuk Seri Najib ditunjangi oleh dua bekas pemimpin Israeli iaitu satu bekas duta ke Amerika Syarikat dan satu legi bekas duta ke Jerman.

“Ini wakil rakyat Umno semua sokong dan amin kepada semua tindakan pemimpin mereka.

“Bagaimana kerajaan Umno-BN boleh menyokong syarikat ini yang mendokong fahaman Zionis yang dunia ketahui menindas dan membunuh rakyat Palestin.

“Bagaimana Perdana Menteri boleh mengguna khidmat APCO yang menasihati Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 1999 dengan slogan 1Israel dan sepuluh tahun kemudian syarikat yang sama menasihati Najib dengan gagasan 1Malaysia,” kata Anwar dalam nada yang tegas.

Anwar secara tegas mengkritik 1Malaysia kerana menunjukkan sikap dwi standar dalam perlaksaan walaupun secara luaran konsep itu mengkagumkan.

“Cakap pasal 1Malaysia tapi kes kematian Kugan tak selesai, bila tanya Kugan mati sendiri, begitu juga dengan Teoh Beng Hock, bila tanya dia terjun sendiri dan mati, Altantuya pun begitu, kenapa mati Altantuya sendiri letupkan diri dan saya pula mengapa mata lebam, sendiri pukul!

“Lihat sahaja kes saya untuk menggugurkan hakim, belum lagi buat rayuan hakim dah tetapkan tarikh awal-awal lagi. Tapi kes rayuan Azilah dan Sirul sudah setahun fail rayuan tetapi sampai sekarang tarikh belum ditetapkan. Inikah 1Malaysia?

“Dalam hal bidang kuasa Raja, apabila undang-undang itu berpihak kepada Umno maka Raja tidak ada kuasa tetapi di Perak Sultan ada kuasa mutlak. Hukum mana dan perlembagaan mana yang Umno pakai?

“Semua ceramah dan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat disiasat polis sampai YB Bukit Gelugor ada 130 laporan polis terhadap dirinya dan saya pun ada empat. Kenyataan perkauman melampau Umno satu pun tak siasat. Apa jenis 1Malaysia ni – satu hukum untuk penguasa dan satu hukum lain untuk pembangkang,” kata Ketua Pembangkang lagi.

Beliau berkata sekiranya 1Malaysia mahu berlaku adil sistem pentadbiran mestilah bertunjangkan kepada negara hukum dan bukannya membeza-bezakan tindakan mengikut agenda politik.

Anwar seterusnya mempersoalkan “conscience” pemimpin Umno dan BN yang sanggup mendokong sebuah pentadbiran korup yang membiarkan komisyen RM540 diambil oleh beberapa kerat kroni individu yang berkepentingan tetapi pada masa yang sama membiarkan rakyat menderita tanpa pembelaan.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Anwar Berucap Di “Anwar Ibrahim London Lecture” 18 Mac

PETALING JAYA 17 Mac – Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama pada siri syarahan yang dikenali sebagai “Anwar Ibrahim London Lecture” dengan tajuk “Religion & Pluralism in a Divided World” (Agama & Pluralisma dalam dunia yang tidak bersatu” yang akan diadakan di kotaraya London pada 18 Mac.

Anwar yang baru-baru ini dilantik sebagai Presiden Kehormat Kumpulan Kebertanggungjawaban yang berpusat di London dan juga Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan yang berpangkalan di Beirut, Lebanon akan menyampaikan syarahan tersebut di Sheikh Zayed Theatre, London School of Economics and Political Science (LSE).

Sejak tahun 2004 Anwar telah memberi syarahan di Kolej St. Anthony di Oxford, Fakulti Pengajian Antarabangsa Lanjutan di Universiti John Hopkins dan Fakulti Perkhidmatan Luar Negeri di Universiti Georgtown.

Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 – 1998.

Beliau turut berperanan sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1991-1998.

Anwar juga pernah menjawat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983, Menteri Pertanian pada 1984 serta Menteri Pendidikan pada 1986.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa pada tahun 1998.

Dalam tempoh tersebut Anwar berperanan beliau menyokong penuh inisiatif pembatalan dan penangguhan hutang terutamanya bagi negara-negara miskin di benua Afrika.

Majlis ini adalah percuma dan dibuka kepada umum tetapi penyertaan adalah terhad. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila emel kepada events@lse.ac.uk atau menalipon 020 7955 6043.

Bagi pertanyaan media sila hubungi Pejabat Media untuk tempahan tempat duduk atau emel kepada pressoffice@lse.ac.uk

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Scorpene: Penilai Bebas Antarabangsa Perlu

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kenyataan Menteri Pertahanan bahawa negara tidak memerlukan penilai bebas antarbangsa bagi memastikan perjalanan dan ujian yang dilakukan terhadap kapal selam tersebut mengikut piawaian yang betul disangkal oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan pandangan penilai bebas antarabangsa itu amat perlu.

“Penilai ini sangat perlu kerana mereka lebih dahulu menggunakan kapal selam, jika kita menggunakan penilai dalam negeri pengetahuan kepakaran dalam kapal selam terlalu sedikit, sebab itu perlunya penilai antarabangsa.

“Kos proses pembaikan yang tidak sama antara RM270 juta dengan RM600 juta dan kita lihat kepada jawapan yang diberikan Menteri terbabit menyata RM270 juta adalah unjuran manakala RM600 juta adalah had maksimum harga tersebut, jadi itu perlunya penilai antarabangsa,” kata Mahfuz.

Perbahasan yang tertumpu kepada masalah teknikal yang dihadapi kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh menyelam di bawah air disifatkan kegagalan Kerajaan dalam memastikan keupayaan sebenar kapal selam tersebut sebelum sebarang urusan dilakukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendirian tiada keperluan untuk kerajaan mendapatkan khidmat penilai bebas antarabangsa bagi menjamin keselamatan kapal selam negara.

Katanya, masalah teknikal yang dialami kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman telah diatasi dan ujian keselamatan telah dilaksanakan.Mahfuz menyifatkan jawapan yang diberikan Menteri terbabit bahawa kos bagi menyelenggara kenderaan lama adalah lebih tinggi berbanding dengan kenderaan baru adalah tidak masuk akal.

“Kapal selam yang kita beli itu adalah yang baru mengapa perlu kos yang tinggi jadi sebab itu perlu penilaian antarabangsa bagi memastikan nilai tersebut adalah munasabah

“Proses penilai harus di lihat bagaimana barang yang dibekal mengikut harga yang sepatutnya dan kalau kos terlalu tinggi siasatan perlu dilakukan bagi mendapat jawapan yang sebenar tanpa ada sebarang penyelewengan. Apa yang penting perlu penyiasatan bebas dalam hal tersebut,” tegas beliau.

Sebelum itu Ahmad Zahid memberitahu anggaran kos penyelenggaraan kedua-dua kapal selam tersebut berjumlah RM270 juta setahun tetapi tidak menyatakan jumlah kos pembaikan sebenar sebaliknya menyifatkannya sebagai jumlah kecil.

Namun Ahli Parlimen Selayang William Leong berkata jumlah kontrak yang ditawarkan kerajaan kepada kontraktor adalah RM600 juta.

Menjawab persoalan ini, Ahmad Zahid berkata ia merupakan jumlah maksimun di mana kemungkinan kos anggaran yang dibuat kerajaan akan meningkat bersesuaian dengan usia kapal itu, kerajaan juga masih belum melantik kontraktor berkenaan kerana ia masih diperingkat rundingan.

Selain itu Ahmad Zahid menyatakan kerajaan sudah mempunyai perjanjian penyelenggaraan antara pembekal dan tidak mempunyai masalah jika timbul masalah teknikal terhadap kapal tersebut.

“Kita bersetuju dengan kenyataan tersebut tetapi kita perlu menilai apa yang terkandung di dalam perjanjian tersebut adakan ia menguntungkan kita atau tidak, disinilah perlunya kepakaran dan penilai bebas dalam memastikan kita tidak tertipu dengan perjanjian tersebut,” katanya lagi.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia