Tawaran Jingga Untuk Rakyat Malaysia! – Pakatan Rakyat

Dari: Keadilan Daily

11 Januari 2012

Tawaran Jingga untuk rakyat 14 Januari ini

(Oleh: Nabihah Hamid)

PETALING JAYA 11 Jan: Manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan dikemukakan pada konvensyen Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di Alor Setar, Kedah 14 Januari ini.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat di sidang media hari ini mendedahkan bahawa manifesto berkenaan akan dibentangkan melalui beberapa kertas kerja yang memfokuskan isu rakyat.

“Konvesyen ini adalah konvesyen yang penting dalam memberitahu rakyat tentang tawaran pakatan melalui Tawaran Jingga yang akan dilancar dalam manifesto,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah mengenai pembaharuan memulihkan perkhidmatan awam oleh exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan isu ‘Federalisme’, oleh Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula akan menyampaikan kertas kerja mengenai anti-monopoli dan Pengerusi Biro Felda Kebangsaan KEADILAN, Suhaimi Said akan membentangkan kertas kerja tentang reformasi Felda.

Menurut Mahfuz, dengan tema ‘Bersihkan Malaysia’, konvensyen kali ini lebih memfokuskan gerak kerja dan strategi bersama tiga parti dalam persediaan pilihan raya umum akan datang

“Konvensyen ini akan memberikan rakyat Malaysia gambaran bagaimana Pakatan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu dalam negara untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, iaitu satu keluarga yang berbilang kaum,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Manakala Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Konvensyen ini akan mengumpulkan dan menampil pelbagai pendapat terutamanya dari badan NGO dan Mahasiswa.

“Ini merupakan satu tempat di mana kelompok-kelompok yang datang dari badan bebas serta mahasiswa untuk menyuarakan pendapat mereka,” kata beliau.

Menurut Ketua Pemuda Dap, Anthony Loke Siew pula, Pakatan akan bekerja keras mengatur strategi bersama dalam konvesyen ini untuk persediaan pilihanraya.

“Kita akan lebih kuat dan mengaturkan lebih strategi. Tawaran jingga ini banyak memfokuskan kepada isu-isu masalah rakyat seperti Felda, monopoli, penjawat awam dan sebagainya.

“Ini akan memberi rakyat apa yang kita mampu tawarkan untuk rakyat dalam menawan Putrajaya,” atanya pada wartawan.


—Keadilan Daily

ETP Gagal?

Oleh: Datuk Seri Anwar Ibrahim

26 Disember 2011

K’jaan elak isu ETP yang dibangkitkan

Saya meneliti jawapan kerajaan Datuk Seri Najib Razak terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15 Disember 2011.

Ucapan tersebut yang berjudul “Debunking ETP: Widening Income Gap” menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar.

Jumlah ini merangkumi sehingga 51 peratus tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56 peratus bagi tahun 2009. Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak, malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat.

Persoalan utama ini wajar dijawab dengan berkesan oleh perdana menteri sendiri. Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan.

Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6 peratus setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 – yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6 peratus setiap tahun.

Inflasi

Manakala kos sara hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah.

Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja. Laporan tersebut menyatakan 33.8 peratus dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM700 sebulan.

Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34 peratus dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan.

Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6 peratus adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8 peratus setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3 peratus.

Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan per kapita sebanyak RM48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8 peratus untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4 peratus setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009.

Jurang miskin-kaya

Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6 peratus setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat terbanyak dipinggirkan.

Perdana menteri langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40 peratus (tahun 2009) kepada 33 peratus sahaja (tahun 2020).

Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP.

Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.


Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Malaysia, Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat(PKR), Ahli Parlimen Permatang Pauh

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Aliran Wang Haram Negara Cecah RM 15,000,000,000.00 Pada 2009!

Dari Malaysiakini

15 Disember 2011

Aliran wang haram cecah RM150b pada 2009

Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.

Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).

azlanPada Januari, GFI dalam laporannya “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun” meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar.

Bagaimanapun, dalam laporan terkini – dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 – GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.

Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama – China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).

Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

_____________

M’sia hit by RM150bil in illicit outflows in 2009

Malaysia saw a whopping RM150 billion (US$47 billion) in illicit money siphoned out of the country in 2009, making it the top four countries suffering the highest illicit capital flight.

This amount is in addition to the staggering loss of RM927 billion (US$291 billion) over a period of nine years – between 2000 and 2008 – says the latest report by Washington-based financial watchdog Global Financial Integrity (GFI).

azlanIn January, GFI sparked an uproar when its ground-breaking report, ‘Illicit Financial Flows from Developing Countries’, ranked Malaysia at No 5 among the countries with massive outflow of illicit capital.

In an update to its earlier report – this time supplemented by figures from 2009 – GFI said Malaysia, which has suffered a cumulative lost of RM1,077 billion (US$338 billion) over the past decade, maintains its No 5 spot.

TNONEhe rankings of the top four countries remain relatively the same – China (with a loss of US$2,500 billion) is ranked No 1, followed by Mexico (US$453 billion), Russia (US$427 billion) and Saudi Arabia (US$366 billion).

The latest GFI report, ‘Illicit Financial Flows from Developing Countries Over the Decade Ending 2009′, is penned by economists Sarah Freitas and Dev Kar (right), who is a former senior economist at the International Monetary Fund.

Bribery, theft, kickbacks, tax evasion

According to the authors, the estimates are based on balance of payments, bilateral trade and external debt data reported by member countries to the IMF and the World Bank.

“Unrecorded capital leakages through the balance of payments capture illicit transfers of the proceeds of bribery, theft, kickbacks and tax evasion,” says the report.

azlanAsia accounted for almost half the global share of illicit financial outflows (45 percent), driven largely by China and Malaysia.

However, GFI found that there was a dip in illicit capital outflows in 2009, but this was attributed to the global financial crisis instead of systematic improvements in governance or economic reform in these countries.

“This is a breathtakingly large sum at a time when developing and
developed countries alike are struggling to make ends meet,” said GFI
director Raymond Baker.

“This report should be a wake-up call to world
leaders that more must be done to address these harmful outflows.”

GFI pointed out that the financial flows from Malaysia have more than tripled from US$22.2 billion (RM71 billion) in 2000 to US$68.2 billion (RM218 billion) in 2008.

“This growth rate, seen in few Asian countries, may be a result of significant governance issues affecting both public and private sectors,” it lamented.

Bank Negara launches probe, but…

Following the release of the report in January, Prime Minister Najib Razak, who is also the finance minister, pushed the ball to Bank Negara’s court, saying that it would provide an explanation on the findings.

“There can be many reasons, but let Bank Negara provide more specific comments on that,” Najib told journalists when quizzed about the matter.

Soon after, Deputy Finance Minister Donald Lim announced that Bank Negara has launched a probe.

But to date, Bank Negara has yet to announce the result of its investigations nor explain the massive illicit capital flight, despite offers of help from top GFI economists.

NONEHowever, Deputy International Trade and Industry Minister Mukhriz Mahathir (left) has dismissed GFI claims as “bizarre”.

“We do not see the need to look into it. If you go through the report, they have made quite a few bizarre claims against several countries,” Mukhriz said.

“Going by Bank Negara’s figures, we know how much exactly is going out, so you can hardly consider those figures (from GFI) as factual.”


—Malaysiakini

GST Zalim!

Dari KeadilanDaily

21 November 2011

GST zalimi golongan miskin

AMPANG 22 Nov: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menzalimi golongan miskin.

Itu antara kesimpulan dalam Forum GST yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, GST secara teorinya nampak baik kerana setiap peringkat perniagaan dari pengilang hingga pembeli dikenakan cukai.

Namun dari segi praktikalnya, kata beliau, ia sebenarnya zalim kepada golongan berpendapatan rendah yang terbeban sekiranya cukai itu dilaksanakan.

“Bagaimana golongan miskin hendak membayar cukai dalam keadaan pendapatan mereka rendah,” soalnya.

Selain beliau, turut hadir dalam forum berkenaan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Petaling Jaya Utara, Tony Phua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Izzah pula memberi contoh mudah pelaksanaan GST dengan membandingkan pendapatan RM1,000 bagi golongan miskin dengan gaji golongan berpendapatan tinggi.

“Apabila cukai sebanyak empat peratus dikenakan kepada dua kumpulan ini, nampak macam adil. Tetapi hakikatnya, golongan miskin secara automatik pendapatannya semakin rendah dari segi peratusan selepas GST dilaksana.

“Berbanding golongan kaya bergaji RM20,000 sebulan, mereka hanya terjejas sedikit akibat pelaksanaan GST,” katanya.

Tony pula mencadangkan agar sistem monopoli diubah kepada sistem persaingan jika Pakatan Rakyat diberi mandat membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

“Kerajaan (Umno BN) kata GST dilaksana kononnya untuk menambah pendapatan kerajaan bagi menangani defisit belanjawan. Tetapi mengapa wang rakyat sewenangnya dibazir dengan mengekalkan sistem monopoli dan rundingan terus,” katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana harga beras di negara ini mahal kerana ia dikawal Bernas, yang dulunya milik kerajaan tetapi kini dikuasai syarikat swasta yang juga kroni Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Sementara itu, Dr Dzulkefly mengakui GST adalah suatu cukai yang agak kompleks kerana sehingga kini masih ada golongan profesional yang tidak memahaminya dengan betul.

“Kita sudah rangka penerangan untuk diedar sehingga ke akar umbi dengan sasaran utama memahamkan rakyat diluar bandar.

“Penerangan ini kita bentang dan jelaskan dalam bahasa yang paling mudah difahami untuk setiap peringkat masyarakat,” katanya menjawab soalan hadirin.

Bagi Zuraida pula, beliau mengingatkan jentera Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi yang hadir dalam forum itu memberi maklumat mengenai GST kepada rakyat sebelum berlangsungnya PRU-13.

“Cabang dan ranting Pakatan Rakyat di seluruh negara perlu memperkemas dan memperkukuhkan penerangan dengan memastikan risalah GST ini sampai kepada sasaran demi memastikan rakyat faham apa itu GST demi kebaikan semua,” katanya.


—Keadilan Daily

Najib dan Noh Omar Berbohong Dalam Isu Fidlot – Rafizi

Dari KeadilanDaily

8 November 2011

Projek Fidlot: Najib, Noh Omar bohong pinjaman RM250 juta

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa tindakan tata tertib dikenakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kerana berbohong di Parlimen.

Menurut Rafizi, pembohongan itu berhubung peruntukan RM250 juta wang rakyat menerusi projek National Feedlot Corporation (NFC) yang diberikan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Sementara Noh Omar pada 31 Oktober lalu berkata, RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Sedangkan kata Rafizi, rekod kewangan NFC menunjukkan semua RM250 juta itu disalurkan sepenuhnya kepada Shahrizat sebelum 31 Mac 2009 lagi.

“Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

“Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC,” kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

NFC sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia dikendalikan syarikat Agro Science Sdn Bhd yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh.

Syarikat itu sepatutnya membekalkan 60 ribu ekor lembu dalam masa lima tahun di bawah RMK 9 namun dalam tiga tahun pertama operasinya, ia hanya mampu membekalkan 8,016 ekor lembu.

Menurut Rafizi, kerajaan BN dijangka melupuskan hutang syarikat Shahrizat dengan kerajaan kerana operasi ternakan lembu syarikat itu rugi besar dan tidak mampu membayar kembali pinjaman yang diberikan Kerajaan Pusat.

“Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009),” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

“Jika ini berterusan, kerajaan pusat tidak ada pilihan lain kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC seperti amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain,” kata Rafizi.

Kerugian besar itu juga berpunca tindakan Shahrizat memberikan diskaun besar kepada restoran mewah milik keluarganya sendiri yang membeli daging lembu daripada NFC.

“Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri,” kata Rafizi.

—Keadilan Daily

Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur-2 (LPT-2)

Kenyataan Media

Oleh Abd Rahman Yusof

Ketua PKR Cabang Dungun/Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat

3 November 2011

Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur-2 (LPT-2)

1.Saya ingin menarik perhatian perbahasan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 2 November 2011 berhubung perkara diatas.

2.Saya telah melawat sebahagian tapak pembinaan Lebuhraya LPT-2 ini dan mendapati apa yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang adalah benar.

3.Disisipkan gambar2 keadaan pembinaan LPT-2 ini.

4.Saya minta kerajaan Negeri Terengganu, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan pihak-pihak yang bertanggongjawab menjawab segala perkara yang dibangkitkan seperti berikut:

i.Projek LPT-2 dari Jabor ke Kuala Terengganu dijanjikan kepada rakyat Terengganu menjelang pilihanraya 2004. Mula dibina pada 2007 dan dijangka siap pada 2010.

ii.Harga asal RM3 billion tetapi sekarang sudah mencecah hamper 5 billion. Difahamkan peruntukkan tambahan diperlukan untuk menyiap projek ini yang tarikh siapnya entah bila.

iii.Projek ini dibiayai melalui Dana Khas (iaitu wang royalty) dan hanya sebahagian kecil pengurusan dibayar oleh Kerajaan Pusat. Ini bermakna hamper keseluruhan pembinaan LPT-2 ini dibiayai oleh wang rakyat Terengganu.

iv.Setelah siap projek ini akan di serah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan tidak Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bermakna Negeri Terenganu sedia tanah dan menanggong kos pembinaan nya tetapi tidak akan memiliki lebuhraya ini.

v.Siapa yang akan mengendali kutipan tol? Siapa akan memperolehi hasil kutipan tol ini?

vi.Pembinaan dibahagi kepada 16 pakej dimana hanya 4 sudah atau hamper siap dan 12 lagi belum.

vii.Antara pakej bermasaalah termasuk:

a)Pakej 7 – Pembinaan Jambatan Sungai Bagus, Bandar Baru Kerteh Daerah Kemaman-
-Jambatan dibina atas Daratan!!!!
-Sebuah jambatan dibina atas daratan dan tidak melintasi anak Sungai Bagus yang sepatutnya tujuan jambatan ini dibina.
-Harga asal kontrak – rm 174 juta. Harga semasa – rm 210 juta. Perlu tambahan – rm 70 juta.
-Jambatan ini hamper siap tanpa sebarang halangan atau larangan dari JKR yang mengawasi kerja pembinaannya.
-Bayaran juga dibuat mengikut kemajuan kerja.
-Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? SIAPA YANG CUAI???
-Konsultant? Kontraktor? JKR? Atau Kementerian Kewangan?
-Pakej ini telah diserah balik oleh kontraktor kepada JKR untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini.
-Antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.
-Proses tender sedang dirangka dan dijangka tambahan rm70 juta diperlukan untuk mengatasi masaalah pembinaan jambatan ini.
-Pohon Jabatan Audit dan SPRM menyiasat perkara yang dibangkitkan ini.

b)Pakej 8 – Kontraktor Bermasaalah dipilih semula dalam Re – tender
-Kontraktor asal telah menyerah kontrak kepada JKR kerana menghadapi masaalah untuk menyiap pakej ini.
-Bayaran “Wang Pendahuluan” sebanyak rm20 juta telah dibayar.
-Pakej ini di tender semula dan yang mengejutkan kontraktor yang sama berjaya memperolehi pakej ini dengan harga yang lumayan.
-Kontraktor merupakan seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.

c)Pakej 5A – Jalan Bahaya
-Permukaan tanah tidak diselenggara mengikut spesifikasi
-Pasir tidak diletakkan di permukaan tanah paya dan amat membahayakan pengguna.
-Tidak ada halangan dan larangan dari JKR dan bayaran dibuat mengikut jadual kerja.

Abd Rahman Yusof
Ketua PKR Cabang Dungun
Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat

AMARAN TERAKHIR! Malaysia Mungkin Muflis Sebelum 2019

Dari Malaysia Chronicle

Oleh Maclean Patrick

3 November 2011

Amaran Terakhir: Malaysia mungkin bangkrap sebelum 2019

Loceng haruslah dibunyikan sekarang, namun pemimpin-pemimpin negara masih berkeras bagi menampakkan keadaan masih baik dan indah. Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010 telah menunjukkan sejauh mana Malaysia telah pergi jatuh.

Mesti diperhatikan bahawa apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, pihak British telah meninggalkannya dengan bentuk pentadbiran yang kukuh. Namun, selepas lebih 50 tahun diprintah oleh Barisan Nasional (BN), bentuk pertadbiran tidak diperbaiki. Malah, ia telah jatuh menjunam; diganti oleh satu bentuk kerajaan yang menggalakkan penipuan dan rasuah dalam semua bentuk.

Malaysia mempunyai penduduk sebanyak 28 juta dan perkhidmatan awam kira-kira 1.3 juta. Daripada 28 juta, hanya satu peratus membayar cukai pendapatan. Ini jelas menunjukkan bahawa 99% sama ada di bawah kurungan cukai pendapatan atau mempunyai pendapatan terlalu sedikit untuk perlu membayar cukai. Dengan inflasi dan harga barangan yang terus meningkat, dijangkakan lebih kurang orang bagi membayar cukai pendapatan dalam masa terdekat.

Sikap optimis yang meragukan

Namun, matlamat pentadbiran Najib bagi 2012 adalah untuk memberi faedah kepada perkhidmatan awam dan memberi buah tangan kepada ahli masyarakat yang bukan berkhidmat dalam sikap optimis yang meragukan bahawa ini akan meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan dan sebagainya. Terdapat banyak harapan, tetapi seperti biasa, tiada mekanisme sebenar yang boleh memberi kesan. Laporan Ketua Audit Negara jelas menunjukkan bahawa walaupun terdapat peningkatan berbanding tahun lepas, bilangan besar kesilapan yang dikesan menunjukkan bahawa kerajaan masih jauh lagi sebelum menjadi sebuah pentadbiran bertaraf dunia.

Sebagai perbandingan, Taiwan mempunyai penduduk seramai 24 juta dan perkhidmatan awam hanya 400,000. Namun, Taiwan terus muncul sebagai watak utama di pentas ekonomi global. Boleh tahan bagi sebuah pulau kecil yang mempunyai sumber asli yang begitu sedikit dan pada satu masa telah ditegur kerana mengeluarkan produk palsu dari barang-barang elektronik Jepun. Jelas sekali, sebuah keajaan yang bersih dan cekap membolehkan negara yang semakin berkembang dan semakin meningkat, tanpa mengira saiznya.

Tetapi bukan sahaja disahkan bahawa ekonomi dan sistem Malaysia yang penuh dengan rasuah yang berleluasa, ketidakcekapan meluas dan am, negara telah mencapai akhir garisan. Kebankrapan boleh dilihat dan terdapat jangkamasa yang boleh ditentukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, yang mengejutkan negara tahun lalu dengan amaran muflis menjelang 2019 jika kerajaan terus dengan corak perbelanjaan semasa, telah mengulangi pendapat beliau pada hari Selasa.

Dalam mengumumkan kemas kini pelaburan yang terbaru bagi program transformasi ekonomi kerajaan (ETP), Idris berkata, “Jika ekonomi kita meningkat kurang daripada empat peratus … dan kita tidak mengurangkan perbelanjaan pengurusan kami, jika kita meminjam pada 12.5 peratus, jika hutang tahunan kami meningkat kepada 12.5 peratus dan hasil kita tidak berkembang, maka ia akan berlaku. “

Kebankrapan berlaku apabila seseorang terlebih belanja atau membuat pelaburan kurang bijak

Mari kita meneliti kenyataan Idris. Sebenarnya, apa akan berlaku dan bagaimana ia akan berlaku? Jawapannya, Malaysia akan muflis dan ia mungkin berlaku lebih awal daripada 2019 melainkan jika para pemimpin membetulkan perbuatan mereka bersama. Tanda-tanda besar keadaan itu adalah apabila negara ini lewat dalam pembayaran balik hutang atau di dalam servis kepentingan.

Ini berlaku kerana tiadanya aliran tunai yang mencukupi . Hasil daripada cukai pendapatan dan korporat ditambah pulangan daripada pelaburan dalam semua sektor-sektor produktif adalah tidak cukup untuk menampung aliran keluar. Mengapa? Kerana kerajaan BN yang lalu membazirkan pinjaman bagi projek-projek dan usaha yang terlalu mahal, tidak produktif atau yang merugikan!

Menurut Laporan Peguam Negara, hutang negara Malaysia meningkat sebanyak 12.3 peratus kepada lebih RM407 bilion tahun lepas, dan walaupun ekonomi berkembang sebanyak 7.2 peratus pada tahun 2010, defisit fiskal tahun lepas mengekalkan hutang awam pada lebih 50 peratus daripada KDNK untuk tahun kedua. Kerajaan berhutang 53.1 peratus daripada KDNK, kurang sedikit daripada 53.7 peratus tahun lepas.

Ini tidak baik bagi rakyat Malaysia yang kini berdepan dengan cukai tambahan seperti GST, semata-mata untuk meningkatkan pendapatan kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi seperti subsidi. Namun, walaupun kerajaan bergelut dengan idea mengurangkan subsidi dan pelaksanaan GST, ia juga perlu membetulkan perbuatan sendiri.

Keputusan berdasarkan motif politik, bukan pertimbangan yang munasabah

Berita terbaru mengenai anak perempuan dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menggunakan perbelanjaan lain di Australia pasti tidak membantu menyebabkan rakyat Malaysia untuk menekan perut dan hidup dengan sederhana.

Kemudian terdapat penipuan makanan RM3. Najib telah membayar RM3 untuk makanan apabila beliau singgah di restoran 1Malaysia, tetapi pelanggan lain terpaksa membayar sebanyak RM4-6 untuk makanan yang sama dengan Perdana Menteri.

Dan manakala makanan dan membeli-belah adalah perihal hari ini, laporan Ketua Peguam Negara juga menunjukkan sifat kerajaan rusuhan. Dakwaan rasuah yang tidak pernah berakhir terhadap BN melibatkan Perbadanan PemakananKebangsaan, projek berjuta ringgit yang bertujuan untuk mendapatkan pengeluaran daging lembu tempatan untuk memenuhi 40% daripada penggunaan negara.

Bukan sahaja dikatakan terdapat tipu muslihat dalam pengurusan projek, terdapat juga dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pinjaman kerajaan persekutuan sebanyak RM250 juta kepada syarikat projek daging lembu tersebut. Dan lebih menarik lagi! Syarikat tersebut dimiliki oleh suami Menteri Kabinet Shahrizat Jalil!

Usahawan juara, bukan kroni

Tetapi Najib, yang juga Menteri Kewangan, memilih untuk mempertahankan perbuatan yang boleh dipersoalkan. PM berkata dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen bahawa syarikat tersebut – Agroscience Sdn Bhd – telah dipilih untuk mengendalikan projek NFC untuk mewujudkan Malaysia “Beef Valley” selepas proses tender yang melibatkan lima buah syarikat lain.

Bagaimanapun, sebagai pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, 6 firma menjadi wakil sulit kepada kerajaan pada projek yang tidak diumumkan kepada orang ramai tidak boleh dianggap sebagai tender terbuka atau awam. Untuk mengeruhkan lagi keadaan, Laporan Ketua Peguam Negara juga mengkritik projek itu, dan menegaskan bahawa ia kini “dalam keadaan kucar-kacir”.

Mungkin projek “Beef Valley” menyatakan semuanya. Satu projek berkepentingan negara kerana bekalan makanan dengan harga munasabah sebenarnya keutamaan teratas, juga merupakan keselamatan negara.Tetapi wang yang diperuntukkan dan ‘bakat’ yang diberikan kepada projek tersebut, tidak berasaskan merit, kemampuan atau rekod prestasi.

Mana-mana orang awam pun boleh melihat konflik kepentingan urusan ini tidak kemas, tetapi Najib seolah-olah menjadi buta. Mungkin, PM harus melihatnya dalam konteks calon-calon juara bahawa dia sentiasa menggalakkan calon-calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang!

Ia benar-benar semudah itu. Pilih calon yang salah, dan BN akan kalah. Pilih usahawan yang salah, dan Malaysia akan jatuh. Ini adalah keadaan Negara sekarang, dan kebenarannya, semua tanda-tanda amaran akhir adalah jelas – Malaysia benar-benar boleh muflis lebih awal daripada 2019.

—Malaysia Chronicle

Malaysia Boleh Muflis atau Bangkrap

Dari MalaysianInsider

1 November 2011

Idris Jala: Malaysia masih ada risiko jadi muflis

KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan.

“Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku,” kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau (gambar) mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi.

Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu.

Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut.

Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global.

Bagaimanapun kata beliau, Malaysia tidak akan melalui kemelesetan tetapi akan melalui perkembangan ekonomi yang perlahan ekoran merebaknya krisis kewangan di Eropah.

Katanya, jangkaan beliau tidak bermakna Putrajaya akan berhenti daripada membuat pinjaman.

“Kita harus membuat pinjaman dengan syarat wang itu digunakan untuk pelaburan berbanding untuk perbelanjaan operasi,” kata beliau lagi.

“Kita harus memastikan pinjaman kita sepadan dengan pelaburan,” katanya lagi.

—Malaysian Insider

Projek Pusat Fidlot tidak masuk akal mahalnya

Dari The KeadilanDaily

1 November 2011

Projek Pusat Fidlot oleh keluarga Shahrizat 22 kali ganda mahal

KUALA LUMPUR 1 Nov: Kos Projek Fidlot Kebangsaan yang bernilai RM141 juta adalah 22 kali ganda mahal dari kos sebenar, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.

Projek ternakan lembu yang dijalankan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu diterajui keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selain itu, KEADILAN juga mendedahkan jualan daging lembu berkenaan- yang kurang dari sasaran ditetapkan- turut dijual kepada restoran mewah milik Shahrizat.

Rafizi berkata, setakat ini RM6 Juta geran peruntukan dan RM135 juta pinjaman berkadar rendah telah diberikan kepada pusat itu.

Menurutnya, kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri menggariskan anggaran kos RM6.37 juta untuk mengusahakan ladang ternakan bagi 9,000 ekor lembu dengan pulangan 27.59 peratus setahun.

“Ini bermakna RM141 juta dibahagi RM6.37 juta setahun, menunjukkan kos yang 22 kali ganda lebih tinggi,” kata Rafizi dalam sidang media di parlimen hari ini.

Semalam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mempertahankan projek tersebut yang diberikan kepada keluarga Shahrizat.

Rafizi membidas kenyataan Noh Omar bahawa projek itu tidak gagal kerana syarikat Agro Science- salah sebuah syarikat daripada dua syarikat yang dianugerahkan projek itu- berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

“Datuk Seri Noh Omar seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat apabila mengumumkan (ternakan) lembu 8,000 ekor selama 3 tahun adalah satu kejayaan negara,” katanya.

Ini kerana katanya, kementerian itu melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar menetapkan sasaran rasmi supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun.

Sekaligus katanya, sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian itu adalah lebih tinggi daripada yang diumumkan oleh Noh Omar.

Mengikut RMK9, projek itu perlu menternak sekurang-kurang 60,000 ekor lembu, membina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga membina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun bagi setiap ladang.

“Lalu menimbulkan persoalan sama ada menteri berkenaan berbohong untuk mengelirukan rakyat atau tidak menyemak angka-angka bersabit Pusat Fidlot,” katanya sambil menambah, maklumat tersebut boleh diperolehi dengan melayari laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Rafizi berkata, ekoran sikap membisu Shahrizat berhubung isu itu, KEADILAN akan menganjurkan satu rombongan melawat Pusat Fidlot berkenaan Khamis ini.

—Keadilan Daily

Ayuh Bersama MTUC Berpiket Tentang Pindaan Akta Kerja 1955

Kenyataan Media

30 Oktober 2011

Piket Kebangsaan Bantahan Pindaan Akta Kerja 1955

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Merujuk kepada perkara diatas, pihak MTUC akan mengadakan piket kebangsaan berkaitan bantahan pindaan akta kerja 1955 yang telah diluluskan oleh sidang Parlimen yang telah diadakan pada 6 Oktober 2011.Pindaan akta kerja yang telah diluluskan ini akan membawa impak yang buruk kepada kaum pekerja dan Kesatuan Sekerja.Sebilangan MP Pakatan Rakyat telah membahas untuk tidak bersetuju pindaan akta Kerja 1955 ini diluluskan, namun begitu keputusan majoriti MP BN telah meluluskan akta tersebut.

Sehubungan dengan ini Biro Pekerja Muda AMK akan turut serta dalam menjayakan piket tersebut dan meminta agar makluman disampaikan kepada semua peringkat MP AMK dan AMK Negeri bagi turut serta menjayakan piket yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 November 2011
Masa : 5.00 petang ~ 6.30 petang.
Lokasi : Seluruh Malaysia mengikut Negeri seperti lampiran.

Segala kerjasama pihak Tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Mohd Faisal bin Abu Bakar
Pengarah Biro Pekerja Muda AMK

Berikut adalah lokasi piket mengikut negeri dan daerah bersama pagawai-pegawai MTUC yang berada di lokasi tersebut:

Selangor:
Shah Alam (Seksyen 1) – Sdr Awang Ibrahim
Teluk Panglima Garang – Sdr A.Balasubramaniam
Lebuhraya Persekutuan
PJ, Jalan Barat – Sdr Abdul Halim Mansor, Sdr Samuel Devadasan, Sdri Siti Mahfudz
Rawang – Sdr Mohd Faisal

Pulau Pinang:
Depan Pearl View Hotel, Prai – Pegawai-Pegawai Bahagian

Melaka:
Air Terjun, Air Keroh, Jalan Bukit Beruang (Dekat Majlis Perbandaraan Melaka & Jusco) Sdr Jimmy Tong

Negeri Sembilan:
Padang Majlis Perbandaraan Seremban – Pegawai-Pegawai Bahagian

Perak:
Depan Bangunan MTUC Negeri Perak – Sdr Zainal Ismail

Pahang:
Padang Masjid Negeri Kuantan – Sdr Mohd Khir Mansor

Kelantan:
Depan Kota Bharu Trade Center (KTC) – Sdr W.M Naim

Johor:
Batu 5, Jalan Skudai Depan Masjid Jamek Kg. Pasir – Pegawai-Pegawai Bahagian

WP Kuala Lumpur:
Jalan Raja Laut (Berdekatan Bangunan KWSP) – Sdr Mohd Khalid Atan, Sdr Robert, Sdr Subramaniam, Sdr Abdul Razak, Sdr Sivananthan

Sabah:
Di tepi jalan diantara lampu traffic depan Hotel Tang Dynasty dan lampu traffic Centre Point (Jalan menuju ke Wisma Merdeka) – Pegawai-Pegawai Bahagian

Kedah:
Depan Sime Tyres International, Mergong, Kedah – Pegawai-Pegawai Bahagian