Ceramah Pasca #901 di Hulu Kelang

Ceramah Pasca 901: Anwar Bebas

Lokasi: Dewan AU5, Lembah Keramat, Hulu Kelang, Selangor.
Tarikh: 12 januari 2012
Masa: 9.00 malam (Selepas Isyak)

Penceramah:

1) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin – Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia
2) YB Saari Sungib – ADUN Hulu Kelang, Timbalan YDP PAS Selangor.
3) Sdr. Hanipa Maidin – AJK PAS Pusat, Peguam

*Dijemput hadir beramai-ramai bagi mendengar hal berkaitan isu-isu semasa

4 Hari Menjelang #BebasAnwar901: DSAI Jelajah Pantai Timur

Berikut adalah jadual jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hari ini:

5 Januari 2012 (Khamis):
1) Bentong, Pahang – 9.30 pagi
2) Balok, Indera Mahkota, Pahang – 12.00 tgh hari
3) Dungun, Terengganu – 2.30 ptg
4) Kuala Terengganu, Terengganu – 4.30 ptg
5) Pondok, Pasir Putih, Kelantan – 8.30 mlm
6) Machang, Kelantan – 10.00 mlm

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

#BebasAnwar901 – 5 Hari Lagi: Malam ini DSAI di Melaka

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Sebaran

3 Januari 2012

Ceramah Perdana Anwar malam ini (4 Jan) di Bukit Baru, Melaka

Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan turun ke Melaka pada 4 Jan (Rabu) untuk memberi penerangan tentang kes fitnah liwat dan isu politik nasional terkini.

Ceramah perdana ini akan berlangsung pada jam 9 malam bertempat di No.9397 Taman Sin Hoe, Bukit Baru.

Naib Ketua Biro Penerangan KeADILan Meleka Freddie Lim dalam satu sidang media semalam menyeru agar orang ramai dialu-alukan hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Turut hadir dalam sidang media adalah Exco Angkatan Muda Pusat Farhan Ibrahim dan Ginie Lim, Naib Bendehari KeADILan Melaka Gue Teck.

Farhan Ibrahim mengatakan bahawa KeADILan juga akan melancarkan kempen “Lawan Fitnah, Tolak Konspirasi” pada malam tersebut bagi mobilisasi penyokong dan orang awam untuk hadir ke mahkamah di Kuala Lumpur pada Isnin depan, 9 Jan.

Ginie Lim turut mengecam tindakan keganasan polis menzalimi mahasiswa UPSI baru-baru ini dan menyeru agar masyarakat menolak pemerintahan Barisan Nasional sebagai tanda sokongan kepada kumpulan mahasiswa yang berani memperjuangkan demokrasi dan kebebasan akademik ini.

KeADILan Melaka di bawah pimpinan Shamsul Iskandar pada Ahad lalu (1 Jan) telah mengedarkan risalah kes fitnah liwat di sekitar kawasan Bukit Baru dan mengajak agar orang ramai turun ke ceramah perdana pada Rabu ini. Respon orang awam menggalakkan dan dijangka ramai orang daripada pelbagai lapisan masyarakat akan hadir bersama pada malam itu.

—KEADILAN MELAKA

Ceramah Isu Semasa 30 Disember 2011

Ceramah Perdana Isu Semasa #BebasAnwar901

Tarikh: 30 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Dewan Orang Ramai Blok A, Taman Melati (Cabang Wangsa Maju)

Penceramah:
YB Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang, Ketua Wanita PKR)
Sdr. Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK) Malaysia)
Datuk Dr. Tan Keek Kwong (Penyelaras PKR Cabang Wangsa Maju)
Sdr. Ishak Surin (YDP PAS Batu)

Semua dijemput hadir untuk mendengar hal berkaitan isu-isu semasa dan isu DS Anwar

—Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

Jadual Program #BebasAnwar901

Jadual Program #BebasAnwar901

“Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi!”

27 Disember 2011 (Selasa):
Ceramah penerangan di Sungai Petani, Kedah (AMK)

28 Disember 2011 (Rabu):
Pelancaran kempen #BebasAnwar901 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur

29 Disember 2011 (Khamis):
Ceramah penerangan:
1) Langkawi, Kedah (PKR Cabang)
2) Bagan Datoh, Perak (PKR Cabang)

30 Disember 2011 (Jumaat):
Ceramah penerangan:
1) Dewan Serbaguna, Block A1, Taman Melati, KL (Berhampiran LRT) (AMK Wilayah)
2) Petaling Jaya Selatan, Selangor (AMK Selangor)

Countdown #BebasAnwar901 di seluruh negara

31 Disember 2011 (Sabtu):
Ceramah penerangan:
1) IOI Mall, Puchong, Selangor (AMK Selangor)
2) Kota Raja, Klang, Selangor (Dr. Aziz Bari, Chegubard, Prof Dr. Abu Hassan)

2 Januari 2012 (Isnin):
Forum (Live Streaming) bersama pimpinan dan NGO (akan diumum kelak)

3 Januari 2012 (Selasa):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Ledang, Johor – 9.00 mlm
2) Muar, Johor – 11.00 mlm

4 Januari 2012 (Rabu):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Tampin, Negeri Sembilan – 9.00 mlm
2) Bukit Katil Melaka – 11.00 mlm

5 Januari 2012 (Khamis):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Bentong, Pahang – 9.30 pagi
2) Balok, Indera Mahkota, Pahang – 12.00 tgh hari
3) Dungun, Terengganu – 2.30 ptg
4) Kuala Terengganu, Terengganu – 4.30 ptg
5) Pondok, Pasir Putih, Kelantan – 8.30 mlm
6) Machang, Kelantan – 10.00 mlm

6 Januari 2012 (Jumaat):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Lembah Pantai, Kuala Lumpur – 9.00 mlm
2) Kelana Jaya, Selangor – 11.00 mlm

Demo(Selepas solat Jumaat):
Masjid Kg Baru

8 Januari 2012 (Ahad):
1) Program solat hajat dan doa di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Rapat Umum Gergasi di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur

*Sebarang pertukaran jadual program akan dikemaskini dari masa ke masa


— Team Mobilisasi #BebasAnwar901 dan Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK)

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

“Tegas berjuang untuk Rakyat!” – DSAI kepada Mahasiswa

Dari: Keadilan Daily

23 Disember 2011

Mahasiswa perlu tegas perjuang hak rakyat- Anwar

KUALA LUMPUR 23 Dis: Mahasiswa perlu tegas, bebas dan lantang memperjuangkan hak rakyat, menegur pemimpin yang rasuah serta salahguna kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bercakap di depan kira-kira 100 hadirin pada sesi ‘Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim’ di kediamannya malam tadi, Anwar memulakan bicaranya dengan membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, bertajuk ‘Takut 66, Takut 98′.

“Saya mula aktif dalam gerakan mahasiswa, dan biasa dengan demonstrasi. Justeru, gunakan sebaiknya era mahasiswa itu untuk menyatakan yang benar.

“Kamu boleh tidak bersetuju dengan (perdana menteri) Najib. Kamu juga boleh tidak bersetuju dengan Anwar. Tidak salah berhujah dan melawan dengan fakta,” kata Anwar, pemimpin mahasiswa yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong mogok petani miskin di Baling, Kedah pada 1974.

Menurut Anwar, berbanding Datuk Seri Najib Razak, bapanya lebih bersikap terbuka dengan tuntutan mahasiswa ketika menjadi Perdana Menteri.

Tun Abdul Razak kerap mengadakan pertemuan bersama mahasiswa, menjamu mereka dan berbincang di kediaman rasmi Perdana Menteri, sedangkan pada siangnya mahasiswa berdemonstrasi di tengah ibu kota.

“Manakala mahasiswa berani dan bersedia untuk bertanya (kepada pimpinan negara),” kata Anwar mengimbau zaman sebagai pemimpin pelajar.

Merujuk tuntutan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan kes pelajar Adam Adli- Anwar berkata kerajaan hari ini gagal mendengar pandangan mahasiswa, apabila ugutan pihak tertentu terhadap gerakan itu dan isu yang dibangkitkan mereka dipandang sepi.

“Mereka memperbodohkan kritikan (mahasiswa). Sedangkan mahasiswa ialah pemangkin untuk memecahkan permasalahan. Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan, tanpa gagal setiap tahun saya pusing setiap kampus di seluruh negara,” katanya.

Beliau memberikan contoh, ‘Great Economic Debate’ yang dianjurkan mahasiswa di Universiti Malaya selama tiga malam sebagai acara debat tahunan pada zamannya, kini tidak lagi diteruskan.

“Ribuan hadir. Ada wakil (mahasiswa penyokong) kerajaan, ada wakil pembangkang dan ada wakil akademik. Kenapa sekarang tidak boleh? Itu (budaya) yang mesti kita kembalikan,” katanya.


—Keadilan Daily

Bersama Anwar, Meet Anwar 22 Disember 2011

Dari Anwar Ibrahim Club

16 Disember 2011

Program Dialog Bersama DSAI | 22 Disember 2011

Satu Program Dialog bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/Ketua Pembangkang Malaysia) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim: 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, Segambut Dalam, Segambut Dalam 51200 Kuala Lumpur

Pendaftaran: Sila isi borang kehadiran di http://aicmalaysia.blogspot.com

Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.

Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 20 Disember 2011 (Selasa).

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel di aicmalaysia@yahoo.com atau aic.msia@gmail.com


—AIC

Malaysia Lebih Korup Di Bawah Pemerintahan Rejim Najib Razak?

Kerajaan PM Najib ‘bertungkus-lumus’ memerangi rasuah, namun hakikatnya Malaysia terus menjunam dalam indeks persepsi rasuah seperti dalam kajian Transparency International. Apakah program-program transformasi yang dicanang kerajaan hanya retorik atau hanya sekadar pengumuman? Jikalau begitu, Najib layaklah digelar Bapa Pengumuman bukan Bapa Transformasi.

Dari Free Malaysia Today

5 Disember 2011

Malaysia paling korup di bawah Najib

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan program transformasi kerajaan untuk memerangi rasuah hancur lebur dengan pendedahan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI CPI) 2011 Khamis lalu.

Menurut beliau, Transparency International Malaysia (TI-M) berkata Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun – jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah 4.3.

“Ini bermakna Malaysia 2 1/2 tahun di bawah Najib adalah paling korup berbanding lima tahun di bawah mantan perdana menteri Tun Abullah Ahmad Badawi dan 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya ketika berucap pada Rapat Rakyat di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Namun begitu kata Lim, kenyataan TI-M itu tidak tepat. Malahan, ranking Malaysia menurut TI CPI 2011 adalan terburuk dalam tempoh 17 tahun sejak Transparency International memperkenalkan CPI tahunan pada 1995.

Menurutnya, dari tempoh sembilan tahun (1995-2003), ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri kedudukan CPI Malaysia berligar di antara 4.8 pada tahun 2000 hingga 5.32 pada 1996 manakala ranking CPI jatuh 14 anak tangga dari No. 23 tahun 1995 kepada No. 37 pada 2003. (10 ialah markah paling bersih manakala 0 ialah markah paling korup).

“Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Abdullah, ranking TI CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga dari 37 pada 2003 kepada 47 pada 2008 manakala CPI berligar di antara 5.0 hingga 5.1,” katanya.

Najib pula katanya, dalam tempoh 2 1/2 tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI terburuk; jatuh sembilan anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari No. 47 pada 2008 kepada No. 56 pada 2009.

Pada tahun 2011 pula, ranking TI CPI Malaysia jatuh 13 anak tangga dari No. 47 kepada No. 60 di bawah Najib berbanding ketika Abdullah, Malaysia jatuh 10 anak tangga dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 dan sembilan tahun di bawah Dr Mahathir, Malaysia jatuh 14 anak tangga dari No. 23 pada 2007 kepada No. 37 tahun 2003.

“Tidak pula disentuh oleh para pemimpin dan perwakilan Umno ketika perhimpunan mereka. Pada hal, keputusan ini diumumkan pada hari yang sama ketika Najib menyampaikan ucapan dasarnya iaitu pada hari Khamis lalu,” sindir Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Skandal lembu, kondominium

Ujar beliau, keadaan menjadi lebih buruk, apabila pemimpin Umno dan perwakilan menyokong dan berdiri teguh di belakang Ketua Wanita dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam isu skandal lembu dan kondominium melibatkan RM250 juta dana awam.

Bagi Lim mesej dari Perhimpunan itu adalah jelas. Perang terhadap rasuah, kroni, penyalahgunaan kuasa dan reformasi yang diperlukan segera untuk memastikan kebertanggungjawaban, ketelusan dan intergriti tidak wujud dalam DNA Umno apatah lagi kemampuan dan kesungguhan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

“Malaysia hanya boleh diselamatkan dari rasuah dengan memulakan era baru dengan membawa kemakmuran kepada semua rakyat, mewujudkan daya saing di peringkat global, memastikan kerajaan yang efisyen, keadilan dan demokrasi.

“Oleh itu, negara ini mesti diselamatkan dari Umno-BN dan peluang terakhir ialah dengan rakyat melakukan perubahan pada pilihan raya umum ke 13 nanti,” jelas beliau.


—Free Malaysia Today

Sila hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2011 (Khamis) dan 9 Disember 2011 (Jumaat) ini.

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!

Lebih Baik Diperkuda dari Diper-LEMBU-kan

Dari Malaysian Insider

5 Disember 2011

Lebih baik diperkuda dari diperlembukan, Pakatan jawab Umno

SHAH ALAM, 5 Dis — Selepas berhadapan dengan serangan bertubi-tubi Umno ketika perhimpunan mereka hujung minggu lalu, Pakatan Rakyat pula menggunakan platform rapat rakyat malam tadi untuk melawan pesaing politiknya dengan mendakwa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah gagal memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia.

Malah, dengan menggunakan sepenuhnya dakwaan salah guna dana dan penyelewengan dalam projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kemerosotan indeks persepsi rasuah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyerang balik Umno yang hujung minggu lalu melemparkan siri tuduhan, dakwaan dan tanggapan negatif mengenai mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, tanpa ragu-ragu Umno telah bertindak secara tidak bermoral dengan menyalahgunakan dana yang dikhususkan bagi projek NFC dan kemudian mempertahankan Ketua Wanitanya Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Projek NFC diuruskan oleh keluarganya Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Isu berkenaan dengan masalah dalam NFC pertama kali terdedah menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Kemudian, kepimpinan PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Mohamed Salleh Ismail telah menggunakan berjuta-juta ringgit dari dana NFC dalam urusan dalam termasuk pembelian dua unit kondominium mewah bernilai RM13.8 juta dan perbelanjaan peribadi.

“Hanya mereka yang tidak bermoral boleh melemparkan kata-kata penghinaan (ke atas Pakatan Rakyat), boleh mencuri RM250 juta, dan kemudian mempertahankan diri mereka.

“Kesalahan pertama adalah salah guna dana dan kedua ialah mempertahankan tindakan mereka,” kata Anwar di Stadium Malawati di sini malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKr Azmin Ali.

Turut hadir Sasterawan Negara Datuk Samad Said, yang muncul ikon baru dalam arena sosiopolitik negara ketika perhimpunan Bersih 2.0 menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, Julai lalu.

Hadi juga menyentuh skandal NFC dengan menafikan segala tuduhan dilemparkan oleh Umno ketika perhimpunan agung tahunannya.

Sepanjang hujung minggu lalu, Umno mendakwa PAS dipergunakan oleh DAP manakala MCA pula mengatakan bahawa DAP berada dalam telunjuk PAS.

“PAS diperkudakan oleh DAP. DAP diperkudakan oleh PAS… Umno diperlembukan,” katanya.

“Lebih baik diperkuda daripada diperlembukan kerana kuda untuk perjuangan, lembu untuk disembelih,” kata beliau.

Nik Aziz pula mendakwa Umno mengabaikan prinsip-prinsip Islam ekoran desakan MCA, rakannya dalam BN.

“Umno dipaksa menolak Islam sebab ia mahu memuaskan MCA,” katanya lagi.

Dengan merujuk kepada Indeks Persepsi Rasuah terbitan Transparency International, Lim berkata, negara telah merosot 13 tempat ke kedudukan ke-60 sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009.

“Apakah Umno boleh berubah? Apakah Umno boleh berubah? Kita perlu mengubah Umno. Dan, untuk membawa perubahan, kita perlu memastikan bahawa Datuk Seri Najib menjadi ketua pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13.

“Kita boleh memulakan sekarang, bab (dalam sejarah negara) di mana akan ada keadilan, kebebasan dan kemakmuran bagi semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat memulakan siri majlis rapat umum dengan yang pertama di Shah Alam malam tadi.

Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin, Anwar merupakan antara individu yang dihentam kuat oleh pemimpin dan perwakilan Umno termasuk oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Perhimpunan Umno itu juga seolah-olah menjadikan Anwar sasaran utama ‘balas dendam’ parti itu sepanjang persidangan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno menuduh PAS diperkudakan oleh DAP dan tidak lagi memperjuangkan Islam.

DAP pula dilabel sebagai parti cauvinis Cina yang sedang menggugat kuasa orang Melayu di negara ini.

Selain di Shah Alam malam tadi, majlis seumpama itu juga akan diadakan di Perak pada 10 Disember ini dan di Pulau Pinang pada 18 Disember.


—Malaysian Insider

Sila hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2011 (Khamis) dan 9 Disember 2011 (Jumaat) ini.

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!

Perhimpunan Umno Terakhir Sebagai Pemerintah – DS Anwar

Dari Keadilan Daily

5 Disember 2011

Ini Perhimpunan Umno terakhir sebagai parti berkuasa – Anwar

KUALA LUMPUR: Umno kini sudah bersedia untuk disingkirkan dalam pilihan raya umum akan datang apabila tanpa segan silu menyelewengkan wang RM250 juta dan kemudian mempertahankan tindakan tersebut dalam perhimpunan agungnya yang lalu.

Menurut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu menggambarkan moral Umno yang sudah buruk tetapi masih mahu mengaku mempertahankan Melayu.

“Hanya mereka yang tidak bermoral boleh melemparkan kata-kata penghinaan (ke atas Pakatan Rakyat), boleh mencuri RM250 juta, dan kemudian mempertahankan diri mereka.

“Kesalahan pertama adalah salah guna dana dan kedua ialah mempertahankan tindakan mereka,” kata Anwar sewaktu berucap di Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 5 ribu rakyat yang hadir ke ‘Rapat Rakyat Datuk Menteri Besar Selangor dan para tetamu khas’ di Stadium Malawati malam tadi.

Beliau merujuk kepada skandal NFC melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menerima RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk menternak lembu.

Wang itu sepatutnya digunakan untuk memenuhi keperluan pasaran lembu tempatan tetapi sebaliknya ia digunakan NFC untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, bercuti ke luar negara, menunaikan umrah, dan membeli kereta Mercedes-Benz.

Justeru, kata Anwar, masanya sudah tiba untuk Umno disingkirkan kerana pimpinannya tergamak mempertahankan salah guna kuasa mereka pada perhimpunan yang sepatutnya membincangkan hal ehwal semasa orang Melayu.

“Ini Perhimpunan Agung Umno terakhir sebagai parti berkuasa. Pemimpinnya mempertahankan jenayah dan kuasa.

“Itu pun tanpa segan dan malu mereka menjerit ‘Kami Selamatkan Melayu’.

“Melayu begini harus dihumbankan,” kata Anwar tegas dan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang khusyuk mendengar ceramahnya.

Turut hadir pada majlis rapat umum itu adalah pimpinan utama Pakatan Rakyat yang lain seperti penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Mursyidul Am Pas, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat, dan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.


—Keadilan Daily

Sila hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2011 (Khamis) dan 9 Disember 2011 (Jumaat) ini.

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!