Laporan Ketua Audit Negara Masih Belum Dibekal, Wujud Muslihat? – DSAI

Dari KeadilanDaily

17 Oktober 2011

Oleh Sidiqin Omar

Ada muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara – Anwar

KUALA LUMPUR 17 Okt: Selepas masuk minggu kedua Belanjawan 2012 dibentangkan pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat masih belum dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, terdapat usaha untuk menyorokkan kandungan laporan berkenaan supaya ia tidak dibahaskan.

“Bila Dewan mahu menyerahkan? Apakah ini muslihat untuk menyorok dan menangguhkan supaya kandungannya tak dapat dibahaskan?,” soal Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru itu beliau mahu Speaker Dewan Rakyat memberi jaminan bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara diserah dan dibentangkan secepat mungkin.

Ini kerana menurut Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua.

“Speaker perlu memastikan perjalanan mesyuarat. Laporan Ketua Audit Negara mesti disediakan,” tegas beliau.

Sementara itu, Timbalan Speaker II Dewan Rakyat, Tan Sri Ronald Kiandee turut mengakui Dewan Rakyat masih tidak menerima Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan meski pun telah dua minggu perbahasan Belanjawan 2012 berlangung.

“Saya pun senasib dengan Yang Berhormat sekalian, masih belum terima Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.

Hal ehwal Parlimen adalah dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang dimaklumkan kini sedang berada di luar negara.

Sementara itu, difahamkan Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan kerana dibimbangi memberi persepsi berbeza terhadap pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai rekod cemerlang.

—KeadilanDaily

Occupy Wall Street ke Seluruh Dunia

Dari MalaysianInsider

15 OKtober 2011

Kempen Occupy Wall Street merebak, demo global protes ‘golongan kaya tamak’

MILAN, 15 Okt — Penunjuk perasaan di seluruh dunia mula membuat persiapan menggerakkan protes besar-besaran terhadap bank, pembiaya kewangan dan ahli-ahli politik yang dituduh menguruskan ekonomi global sambil mendakwa menyebabkan berjuta-jta orang diselubungi kemiskinan ekoran ketamakan mereka.

Dirangsangkan oleh gerakan Occupy Wall Street yang berlarutan sejak sebulan lalu – dari bandar-bandar New Zealand sehingga ke Alaska — dari London, Frankfurt sehingga New York sendiri.

Pasukan polis antirusuhan mula bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkina — bandar-bandar seperti London dan Athens telah menyaksikan konfrontasi-konfrontasi tahun ini, tetapi mustahil untuk mengatakan berapa ramai yang sebenarnya akan menyertai meskipun sudah ada panggilan ke arah itu menerusi laman-laman media sosial.

“Saya sudah lama menunggu protes ini, sejak 2008,” kata Daniel Schreiber, 28, seorang editor di Berlin.

“Saya tertanya-tanya mengapa orang ramai tidak marah dan mengapa tidak berlaku apa-apa dan akhirnya, selepas tiga tahun ia berlaku,” kata beliau.

Protes dilabelkan sebagai satu tindakan aman.

Bagaimanapun dikhuatiri isyarat awal apa sahaja kemungkinan akan berlaku, satu kumpulan pelajar menyerbu pejabat-pejabat Goldman Sachs di Milan, Itali semalam.

Pelajar-pelajar telah dapat pecah masuk ke dalam bangunan Goldman Sachs di tengah-tengah daerah kewangan Milan.

Penunjuk perasaan dengan cepat bersurai tetapi conteng warna merah, yang membawa mesej “Beri kami duit” ditinggalkan pada dinding bagi menunjukkan kemarahan terhadap Perdana Menteri Silvio Berlusconi.

Penunjuk-penunjuk perasaan juga menyerbu ibu pejabat bank terbesar Itali UniCredit.

Polis Itali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi perarakan melibatkan beribu-ribu orang di Rom berhubung pendekatan berjimat-jimat yang dirancang oleh kerajaan Berlusconi.

Di London, penunjuk perasaan bercadang untuk membanjiri bandar raya London – pusat kewangan antarabangsa utama – di bawah kain rentang “Occupy the Stock Exchange”.

“Kami ada orang ramai dari semua lapisan masyarakat yang akan menyertai kami setiap hari,” kata Spyro, salah seorang yang menulis pada laman sosial Facebook di London, yang telah menarik 12,000 orang pengikut hanya dalam beberapa minggu.

Spyro, seorang pelajar berusia 28 tahun yang mempunyai kerja dengan gaji yang baik dan tidak mahu memberi nama penuh berkata, sasaran utama protes global berkaitan dengan “sistem kewangan.”

Marah dengan tindakan menyelamatkan bank-bank menggunakan wang pembayar cukai sejak 2008 tetapi masih membayar bonus dalam jumlah yang besar sedangkan pengangguran menjejaskan kehidupan ramai orang muda Britain, dia berkata: “Orang ramai dari seluruh dunia, kami berkata, ‘Cukuplah’.”

Penunjuk-penunjuk perasaan yang cenderung kepada gerakan Indignant Sepanyol mahu mengadakan perarakan antipendekatan berjimat-jimat di dataran Syntagma, Athens hari ini – lokasi bagi demonstrasi ekoran kegawatan kewangan Greek.

“Apa yang berlaku di Greek sekarang adalah mimpi buruk yang menanti negara-negara lain pada masa akan datang. Solidariti adalah senjata rakyat,” kata kumpulan Real Democracy dalam satu kenyataan mempelawa orang ramai menyertai protes.

Protes ini selain memfokus elemen “ketamakan dan rasuah” di kalangan golongan yang kaya-raya, juga mahu bank-bank membayar lebih dan kerajaan-kerajaan yang dipilih pula tidak mendengar suara rakyat.

“Ini masa bagi kami bersatu; ini masa bagi mereka mendengar; rakyat dari seluruh, bangkit!”, demikian mesej laman web United for #GlobalChange.

“Kami tidak dilayan dengan baik oleh ahli-ahli politik dan bank-bank, yang tidak mewakili kami… kami akan berdemonstrasi secara aman, bercakap dan menguruskan sehingga memastikan ia (perubahan) berlaku,” katanya.

Di Jerman, di mana simpati ke atas masalah hutang selatan Eropah masih bercapuk-capuk, pusat kewangan Frankfurt dan European Central Bank khususnya dijangka menjadi fokus perarakan yang hendak diadakan oleh gerakan Real Democracy Now.

Di Amerika Syarikat, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di Zuccotti Park, Manhattan dan mahu lebih ramai orang menyertai mereka. Langkah mereka itu menggerakkan usaha mengadakan tunjuk perasaan sedemikian di bandar-bandar utama yang lain di negara itu mulai hari ini.

Di Houston, penunjuk perasaan dijangka memperlihatkan kemarahan mereka ke atas syarikat-syarikat minyak besar.

Pun begitu beberapa penganalisis berpandangan bahawa momentum protes di beberapa negara seperti Greek dan Sepanyol berlalu dengan perlahan.

“Ramai orang bersetuju dengan protes daripada mengambil bahagian,” kata Profesor Mary Bossis dari Universiti Piraeus.

Katanya, meskipun ramai marah dengan pendekatan memotong gaji dan pencen manakala beratus-ratus pula kehilangan kerja, masih kekurangan pencetus bagi tindakan protes.

“Ada kemarahan, ada berang… tetapi apa yang perlu untuk mengubah situasi semasa masih keciciran,” katanya lagi. — Reuters 

—MalaysianInsider

Jelajah AMK Seluruh Malaysia; Penerangan Kes Fitnah, Scorpene, Buku Jingga dan Isu Semasa

Dari KeadilanDaily

14 Oktober 2011

AMK jelajah Malaysia pertahan Anwar, bongkar Scorpene

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) akan menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Dalam siri jelajah yang dinamakan ‘Jelajah Untuk Muafakat & Penyebaran Maklumat’ atau ‘Jumpa Rakyat’ itu, AMK akan membongkar pelbagai isu semasa termasuk perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan skandal Scorpene.

Perbicaraan Fitnah II menyaksikan terbaru, pakar tulang belakang Jerman, Dr Thomas Hoogland, dan bekas teman sekampus Mohd Saiful Bukhari-pengadu dalam kes itu- memberi keterangan di mahkamah.

Selain isu itu, AMK juga dijangka mendedahkan rasuahScorpene, membabitkan pemberian komisen berjumlah lebih RM500 juta yang kini sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Perancis.

Manakala belanjawan yang dikemukakan Pakatan Rakyat serta agenda yang terkandung dalam Buku Jingga, juga akan dikupas dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.

“AMK akan memastikan maklumat dan penerangan disampaikan kepada setiap anggota seperti perkembangan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar dan kelebihan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang diciplak oleh Belanjawan kerajaan Barisan Nasional.

“Begitu juga isu skandal rasuah kapal selam Scorpene dan manifesto Buku Jingga perlu diperjelaskan kepada rakyat,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip.

Menurut Rozan, program Jumpa Rakyat yang dikendalikan Biro Penerangan AMK itu akan menumpukan fokus kepada lebih 90 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang bakal ditandingi KEADILAN bermula November ini.

Justeru satu rangka lanjutan tersusun bagi meneruskan kerja tersebut melalui siri program telah pun bermula di Sik dan Padang Besar di Kedah pada Jumaat, 14 Oktober lalu.

Maklumat program ‘Jumpa Rakyat’ dan perkembangan terkini Angkatan Muda KEADILAN boleh diperolehi dengan melayari laman web http://www.angkatanmuda.net

—KeadilanDaily

RM 84 juta Duit Rakyat Digunakan Untuk Menutup Imej Buruk Najib

Dari Keadilan Daily

Oleh: Nabihah Hamid

Najib bazir RM84 juta untuk tutup skandal Altantuya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikecam apabila menghabiskan RM83.88 juta wang rakyat, hanya semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan di luar negara.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof berkata, Najib terpaksa berbuat demikian akibat imejnya yang buruk di peringkat antarabangsa, termasuk kaitannya dalam skandal Scorpene dan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

“Imej Najib terjejas, jadi terpaksa melonjakkan imejnya semula dan ia bukan saja dalam negara, malah di luar negara.

“Kita tahu Najib dikatakan terlibat dengan banyak skandal seperti Scorpene, dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya serta kehakiman yang tidak bebas,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Skandal Scorpene melibatkan komisen 114 juta Euro yang dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Kes pembunuhan Altantuya- orang tengah dalam transaksi berkenaan- mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring Najib pada 2006.

Pembelian Scorpene dari syarikat Perancis, DCNS, membabitkan pemberian  komisen itu kini failkan di mahkamah tinggi Perancis.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan membayar FBC Media untuk menaikkan imej, juga dilihat  tidak bertanggungjawab ketika rakyat menderita dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang keperluan.

“Najib tidak bertanggungjawab kerana menggunakan duit rakyat bagi menutup kesilapan, ketidakcekapan dan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran beliau,”

“Rakyat membanting tulang mengisi perut mereka dengan kos hidup yang tinggi tapi terpaksa menanggung beban kerana wang rakyat digunakan hanya untuk  menanggung kos membaikpulih imej Najib,” katanya.

Semalam, dalam jawapan bertulis yang dikemukakan perdana menteri di parlimen memberitahu, kontrak selama setahun kepada FBC Media telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada 2010.

Nilai kontrak sejak 2008 itu pula didedahkan sebanyak Euro 19.6 juta atau bersamaan RM83.88 juta yang boleh digunakan untuk tujuan lebih berfaedah kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, perkara paling penting yang perlu ditimbulkan ialah tindakan kerajaan membayar perunding tersebut tanpa pengetahuan rakyat.

“Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

“Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?,” soalnya lagi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Kerajaan sebelum ini dilapor melantik FBC- Firma penerbitan TV dan Komunikasi Strategik Britain- untuk menerbitkan program TV berkaitan kerajaan Malaysia yang ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

BBC telah menggantung semua program FBC, syarikat produksi berpusat di London itu, kerana pembayaran yang dibuat kerajaan Malaysia menyalahi undang-undang Britain dan etika media.

–Keadilan Daily

Penyelidikan RHB menganggarkan pertumbuhan ekonomi 2012 rendah berbanding anggaran kerajaan Najib.

Dari The Malaysian Insider

Oleh Lee Wei Lian

October 12, 2011

RHB: Risiko kemelesetan tinggi, pertumbuhan Malaysia 2012 dijangka ‘perlahan’

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan kemungkinan perlahan setakat 3.6 peratus berbanding paras 4.3 peratus dianggarkan tahun ini ekoran risiko kemelesetan global berganda yang mendalam, kata RHB Research Institute.

Anggaran pertumbuhan unit RHB yang dikeluarkan semalam jauh lebih rendah berbanding anggaran lima hingga enam peratus diramalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 dengan dana RM232 bilion Jumaat lalu.

Unit itu juga berkata bahawa risiko kemelesetan global berganda yang mendalam sangat tinggi dan semakin meningkat memandangkan kedua-dua Amerika Syarikat dan Eropah tidak boleh menerima satu lagi kejutan meskipun boleh mengelakkannya jika pemimpin-pemimpin mereka bertindak dengan segera untuk menangani krisis hutang dan menghindari penularan yang boleh menjejaskan terus keyakinan.

Malah penyelidikan itu juga menjangkakan sektor bisnes akan memotong perbelanjaan ekoran persekitaran tidak menentu, meskipun sebahagian pertumbuhan akan datang hasil pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka menurun lagi sehingga 4.6 peratus pada 2012 selepas perlahan ke paras anggaran 5.7 peratus tahun ini, kata laporan itu lagi.

Dalam pada itu, eksport dijangka akan mengalami pertumbuhan sekitar 1.1 peratus berbanding 3.4 peratus tahun ini ekoran penurunan permintaan luar bagi barangan elektrik dan elektronik.

Permintaan domestik dianggarkan akan mengalami pertumbuhan pada kadar rendah 5.1 peratus pada tahun depan berbanding anggaran 5.8 peratus pada 2011.

Bagaimanapun RHB berkata bahawa perbelanjaan pengguna dijangka kekal pada kadar mudah pulih yang munasabah dan bertumbuh sekitar 5.3 peratus pada 2012 berbanding enam peratus tahun ini ekoran simpanan yang tinggi, peningkatan penggunaan dan kenaikan gaji. Kebanyakan unit penyelidikan telah menurunkan anggaran pertumbuhan tahun depan masing-masing bagi Malaysia meskipun Najib yakin menerusi cadangan bajetnya, yang pengkritik berkata ia disediakan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

—The Malaysian Insider

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 oleh YB Azmin Ali

Teks ucapan perbahasan Belanjawan 2012 Ketua Whip YB Azmin Ali.

11 Okt 2011

BAB PERTAMA: BELANJAWAN TANPA PELABURAN

Tan Sri Yang diPertua

1.Kualiti sesebuah belanjawan dan perencanaan ekonomi dinilai dari beberapa aspek utama; iaitu:

§ Kemampuan negara membiayai perbelanjaan dan pelaburan yang dirancang secara sihat dan berterusan;

§ Kesejahteraan ekonomi dan kemakmuran yang dicapai oleh negara dan diagihkan secara adil dan saksama kepada rakyat tanpa mengira darjat dan latar belakang;

§ Keberkesanan pelaburan masa depan yang dibuat melalui perbelanjaan pembangunan untuk membina kapasiti dan kemampuan ekonomi yang menggunapakai semaksima mungkin potensi tenaga kerja, produktiviti dan kepandaian rakyat; dan

§ Nilai-nilai yang diperjuangkan melalui belanjawan dalam menegakkan yang benar dan membanteras yang salah; “amal maaruf nahi munkar” melalui pelbagai cukai dan langkah yang boleh diambil.

2.Umumnya, berdasarkan keempat-empat kriteria ini Belanjawan 2012 adalah hambar, tidak realistik, tidak bertanggungjawab dan mengundang masalah kewangan negara di masa akan datang.

3.Oleh kerana Ketua Pembangkang telah memfokuskan kepada perincian makro ekonomi dan membuktikan bagaimana Belanjawan 2012 tidak lebih dari angka-angka unjuran yang dimanipulasi, saya memohon izin untuk menyambung dengan memberi fokus kepada kegagalan Belanjawan 2012 membina pelaburan masa hadapan terutamanya di dalam sektor-sektor strategik.

4.Keseluruhan Belanjawan 2012 berkisar kepada gula-gula dan rasuah kepada rakyat sehinggakan perbelanjaan mengurus mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM181 bilion, berbanding RM51 bilion yang diperuntukkan bagi tujuan pelaburan masa hadapan dan pembangunan.

5.Oleh yang demikian, dengan jumlah agihan yang terlalu berat kepada perbelanjaan operasi dan meminggirkan pelaburan masa hadapan sebegini, Belanjawan 2012 tidak akan berupaya untuk mewujudkan kesan berganda (multiplier effects) yang diperlukan oleh ekonomi negara khasnya dalam sektor-sektor baru.

6.Sedang saya menerima hakikat bahawa perlu ada bantuan langsung yang diberikan kepada rakyat dalam masa yang sukar ini, ia perlu diimbangi dengan pelaburan yang tepat dalam sektor-sektor strategik; untuk membangunkan sektor-sektor masa hadapan yang bersesuaian dengan kelebihan kita sebagai sebuah negara.

7.Ada beberapa sektor dan pelaburan yang seharusnya diangkat mendepani senarai keutamaan negara.

8.Pertama, bidang pendidikan terutamanya pelaburan di dalam latihan kemahiran dan teknikal untuk menaiktaraf kemampuan tenaga kerja di masa hadapan serta pelaburan di dalam research and development (R&D) yang sangat-sangat diperlukan.

9.Kedua, sektor mendesak seperti bioteknologi dan industri hijau sebagai langkah proaktif menyediakan negara berhadapan dengan ketiadaan sumber minyak dan gas dalam sedekad akan datang.

10.Sewajarnya, Belanjawan 2012 menyenaraikan peruntukan-peruntukan bagi tujuan-tujuan ini serta mengangkat sasaran nasional untuk membangunkan sektor-sektor ini. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mempercepatkan kadar pelaburan di dalam R&D misalnya, supaya ia sampai ke satu sasaran yang menyamai negara-negara maju? Angka-angka sebeginilah yang sewajarnya dihurai dengan mendalam.

11.Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu industri baru yang strategik yang wajib diberi tumpuan oleh negara, tetapi Perdana Menteri langsung terlepas pandang dan tidak menyebutnya langsung di dalam Malaysia.

12.Syarikat-syarikat milik anak Malaysia sekarang sedang giat menjalankan usaha R&D untuk mengkomersilkan penghasilan minyak pyrolisis. Untuk pengetahuan Dewan, minyak pyrolisis adalah minyak bio (biofuel) yang dihasilkan dari bahan bio kering (dried biomass) melalui proses kimia di dalam sebuah reaktor yang menyerupai proses penapisan minyak.

13.Ia boleh digunakan untuk menggantikan petroleum sebagai minyak jet dan beberapa jenis minyak yang lain.

14.Malaysia sangat berpotensi untuk menjadi jaguh dunia di dalam bidang ini memandangkan kedudukan kita sebagai sebuah pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia. Malaysia mengeluarkan kira-kira 70 juta ton biomass setiap tahun, kira-kira 28 juta ton adalah dalam bentuk tangkai kelapa sawit (empty fruit bunch) yang berpotensi diproses menjadi minyak bio.

15.Saya sebut perkara ini untuk memberi gambaran kepada Dewan bagaimana industri dan teknologi yang sepenting ini tidak pula disentuh di dalam Belanjawan 2012. Tidak ada sebarang insentif khusus dalam bentuk pelepasan cukai khas untuk mempercepatkan pembinaan loji pemprosesan, atau insentif untuk menggalakkan minyak pyrolisis. Atau Perdana Menteri boleh sahaja mengarahkan PETRONAS dan FELDA melalui anak-anak syarikatnya bekerjasama untuk mengkomersilkan teknologi ini.

16.Sebaliknya, Perdana Menteri mengumumkan pelepasan cukai terbesar pernah diberikan kepada pemaju hartanah bagi projek yang ada kaitan dengan kroni-kroninya iaitu Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) yang tidak menjamin kesan gandaan kepada ekonomi di dalam jangka masa panjang; atau membina sektor strategik yang mendesak akibat ketiadaan sumber minyak. Pelepasan cukai yang diumumkan kepada pemaju hartanah di KLIFD dianggarkan berjumlah RM1.3 bilion.

BAB KEDUA: MASALAH DEFISIT TIDAK TERKAWAL

Tan Sri Yang diPertua

17.Saya kesal kerana ada yang berhujah di dalam Dewan bahawa Belanjwan defisit yang besar dan hutang negara yang tinggi adalah perkara biasa kerana ia disebabkan faktor luaran. Ini adalah jalan singkat untuk memberi justifikasi kegagalan pentadbiran ekonomi dunia dengan menyalahkan cuaca di negara lain atau masalah-masalah ekonomi dunia. Kalau begitulah keadaannya, maka tidak perlulah kita mempunyai dua orang Menteri Kewangan kerana prestasi ekonomi negara kononnya di luar kawalan mereka.

18.Saya mohon ruang untuk membidas kenyataan yang dangkal ini kerana ia bertujuan memberi gambaran yang salah kepada rakyat. Masalah defisit negara dan hutang negara yang tinggi adalah disebabkan kelemahan pentadbiran ekonomi Barisan Nasional dan tabiat berbelanja boros yang tidak terkawal. Mana-mana Menteri Kewangan yang bertanggungjawab boleh sahaja memberi fokus untuk mengurangkan masalah defisit ini.

19.Kalau ada yang menyalahkan cuaca di Thailand sehingga menyebabkan kos import beras negara meningkat, ini mendedahkan kegagalan kerajaan menghapuskan pergantungan kepada import makanan, sedangkan puluhan bilion ringgit telah dicurahkan sepanjang 10 tahun yang lepas untuk mengurangkan import makanan.

20.Misalnya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan
telah memperuntukkan RM11.4 bilion untuk Dasar Jaminan Makanan (food security program) untuk mengurangkan kebergantungan kepada import makanan, melalui pelbagai program dan peruntukan yang mahal-mahal belaka.

21.Jika dicampur dengan peruntukan dari RMK8 bagi tujuan ini, sejumlah RM20 bilion telah dibelanjakan dalam tempoh 10 tahun.

22.Malangnya, matlamat program ini untuk mengurangkan import telah gagal. Sebaliknya, import makanan telah meningkat hingga mencecah RM30 bilion dalam tahun 2010, sedangkan sasaran pengurangan adalah kepada RM14.3 bilion menjelang tahun 2010 seperti terkandung di dalam RMK9.

23.Lebih membimbangkan apabila import makanan ini meningkat pada kadar 10.2% setiap tahun iaitu RM17.7 bilion (2005), RM26.7 bilion (2009) dan RM30 bilion (2010).

24.Malaysia mempunyai tanah yang subur, cuaca yang baik, pengairan yang mencukupi dan seharusnya dengan peruntukan RM20 bilion itu, kita tidak mempunyai masalah untuk mengurangkan import makanan.

25.Tetapi akibat penyelewengan apabila peruntukan ini diagihkan kepada kaum kerabat menteri sehingga meninggalkan projek-projek terbengkalai, akibat tiadanya tata kelola baik sehingga ketirisan berleluasan, negara kehilangan RM20 bilion wang rakyat tanpa ada hasil yang munasabah.

26.Jadi jika ada yang ingin menyalahkan cuaca di Thailand atau banjir di India, saya mohon beliau menyemak kembali kesemua dokumen kerajaan kerana jelas kebergantungan negara kepada import makanan adalah berpunca dari kegagalan Barisan Nasional menjaga wang amanah rakyat.

27.Kalau ada pula yang lain ingin menyalahkan ketidaktentuan ekonomi global sebagai punca masalah defisit negara, mereka perlu insaf bahawa masalah defisit negara telah berlanjutan selama 14 tahun berturut-turut. Sejak tahun 1998 hingga 2011, ekonomi dunia turun naik. Ada ketika ekonomi dunia berkembang baik, tetapi Malaysia masih lagi mengalami belanjawan defisit. Pada kala ekonomi dunia surut sedikit, Malaysia tetap mengalami belanjawan defisit.

28.Maknanya, faktor ekonomi global ini bukanlah faktor yang dominan yang mengikat tangan kita untuk menangani masalah defisit, apatah lagi apabila sumber pendapatan kita bergantung kepada hasil minyak yang melindungi pendapatan negara daripada ketidaktentuan ekonomi global.

29.Saya mohon Dewan merujuk kepada statistik pendapatan negara bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan unjuran pendapatan negara bagi tahun 2011. Jelas bahawa sumber dari hasil petroleum – baik dari cukai pendapatan petroleum, dividen PETRONAS, duti import dan eksport adalah penyumbang utama kepada pendapatan negara.

30.Pendapatan dari sumber petroleum dan peratusan dari keseluruhan pendapatan negara bagi tahun-tahun tersebut adalah seperti berikut:

§ 2008 – RM65 bilion (41% dari keseluruhan pendapatan)

§ 2009 – RM74 bilion (46% dari keseluruhan pendapatan)

§ 2010 – RM67 bilion (41% dari keseluruhan pendapatan)

§ 2011 – anggaran RM64 bilion (39% dari keseluruhan pendapatan)

31.Harga minyak mentah sepanjang tahun 2011 adalah antara yang terbaik dalam sejarah. Minyak mentah gred Tapis yang dikeluarkan negara berada pada harga purata sekitar USD$119 setong dalam tempoh Januari hingga September 2011 yang menjamin keuntungan besar PETRONAS dan syarikat-syarikat minyak dalam tahun 2011 dan 2012; bermakna pendapatan negara yang akan terus stabil dalam tahun 2012 dan 2013 dari hasil minyak walaupun ada ketidaktentuan ekonomi dunia.

32.Ini menyanggah alasan mudah yang cuba diberikan oleh Barisan Nasional bahawa masalah defisit negara adalah diluar kawalan kita kerana faktor luaran. Malaysia mempunyai sumber kewangan yang stabil dari hasil minyak.

33.Punca sebenar masalah defisit adalah kegagalan urus tadbir ekonomi Barisan Nasional yang boros, keterlaluan, menyelewengkan wang rakyat dan tidak berhemah.

34.Sebab itu rakyat menuntut disiplin fiskal yang baik, pengurusan harta negara yang lebih bertanggungjawab dan pengurusan perbelanjaan yang berhemah dengan memberi nilai tambah kepada wang rakyat. Kalau kerajaan beli komputer riba, pastikan harganya seperti harga pasaran – satu komputer riba bukannya RM40,000 seperti yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, satu komputer riba sepatutnya hanyalah RM3,000.

35.Dalam konteks ini juga, Dewan perlu memberi perhatian kepada keruncingan sumber kewangan negara jika pentadbiran wang negara tidak berdisiplin dan telus seperti sekarang.

36.Walaupun sumber pendapatan negara adalah stabil dalam masa terdekat kerana hasil petroleum, ia tidak akan kekal selama-lamanya. Rizab minyak negara adalah terhad dan dalam masa sedekad rizab ini akan turun mendadak.

37.Daripada RM186 bilion pendapatan negara yang diunjurkan di dalam Belanjawan 2012, sumbangan dari sektor petroleum mencecah purata 40% iaitu RM74.4 bilion. Maka hipothesisnya, jika negara tidak mempunyai hasil petroleum, pendapatan sebenar negara dari semua aktiviti ekonomi yang lain hanyalah RM112 bilion, sedangkan perbelanjaan mengurus kerajaan adalah RM181 bilion.

38.Daripada RM181 bilion ini, RM52 bilion diperuntukkan untuk gaji dan RM129 bilion bagi tujuan kos operasi kerajaan.

39.Tanpa sumber petroleum, dengan pendapatan sekitar RM112 bilion sahaja, kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awam, mahupun menjalankan operasi kerajaan.

40.Oleh yang demikian, tuntutan kita supaya amalan berbelanja boros dihentikan, proses perolehan kerajaan dijalankan secara adil dan hentikan rasuah dan penyelewengan – bukanlah cakap-cakap politik sahaja. Ia berasaskan kepada keadaan ekonomi negara yang runcing dan kucar kacir yang bakal diwariskan oleh Barisan Nasional kepada rakyat, sekiranya tabiat defisit dan berhutang ini berterusan dalam keadaan sumber pendapatan dari petroleum akan mula berkurangan di masa akan datang.


BAB KETIGA: GAJI MINIMA

Tan Sri Yang diPertua

41.Mewakili golongan pekerja yang banyak menghubungi saya selepas Belanjawan 2011 diumumkan, saya ingin melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi Barisan Nasional membelakangkan kepentingan pekerja apabila tidak memperkenalkan gaji minima.

42.Perjuangan menuntut gaji minima ini telah berlangsung sejak 4 dekad yang lalu di dewan yang mulia ini. Pelbagai janji telah ditaburkan oleh kerajaan kononnya untuk akur dengan tuntutan pekerja, tetapi setiap kali belanjawan diumumkan, perkataan “gaji minima” tidak pernah dimasukkan. Tidak pernah ada komitmen untuk melaksanakan gaji minima.

43.Saya juga ingin menegur ahli Dewan yang salah faham tentang konsep gaji minima. Ada suara-suara sumbang yang menuntut kononnya gaji minima perlulah dilaksanakan dengan jaminan peningkatan produktiviti oleh pekerja, seolah-olah selama ini pekerja Malaysia curi tulang dan tidak membantu perkembangan ekonomi negara.

44.Konsep gaji minima bukanlah dibina berasaskan pertimbangan produktiviti. Gaji minima mengambil kira kos sara hidup di dalam sesebuah negara dan menetapkan gaji paling rendah untuk menjalani kehidupan secara bermaruah dan adil. Oleh itu, perkiraan gaji minima mengambil kira faktor kos sara hidup dan kemampuan majikan untuk membayarnya. Misalnya berapakah kos rumah sebulan, berapa kos makanan, berapa kos pendidikan anak, berapa kos perubatan dan lain-lain.

45.Berdasarkan konsep yang betul inilah, Pakatan Rakyat mencadangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 bahawa gaji minima boleh dilaksanakan pada aras RM1,100 kerana jumlah ini adalah jumlah purata yang munasabah untuk semua pekerja di seluruh negara hidup dalam keadaan bermaruah dan adil.

46.Ada perbezaan yang ketara di antara pengenalan gaji minima yang akan melonjakkan gaji pekerja di semua sektor, termasuklah swasta dan awam berbanding dengan pengumuman kenaikan gaji yang hanya melibatkan sektor awam. Belanjawan 2012 menidakkan hak 10 juta pekerja rakyat Malaysia untuk turut sama menikmati kemakmuran ekonomi hasil dari usaha mereka sebelum ini, apabila kerajaan tidak berani melaksanakan gaji minima.

47.Data-data sedia ada jelas menunjukkan bahawa golongan pekerja di negara ini telah ditindas bila mana peningkatan produktiviti yang diusahakan mereka tidak berpadanan dengan kenaikan gaji.

48.Saya telah meneliti laporan Bank Dunia bertarikh 19 Julai 2011 yang dipersembahkan kepada kerajaan Malaysia mengenai impak pelaksanaan gaji minima di negara ini.

49.Rujuk mukasurat 11 dalam ringkasan laporan, mengenai produktiviti yang diukur melalui nilai tambah setiap pekerja, berbanding dengan kadar gaji sejam. Geraf menunjukkan bahawa tidak ada korelasi (correlation) atau perkadaran langsung di antara produktiviti pekerja dan gaji yang dibayar kepada mereka.

50.Contohnya bagi pekerja di restoran dan kantin – purata gaji sejam hanyalah RM3 tetapi produktiviti mencecah RM20,000 setahun. Begitu juga dengan sektor perkilangan IT, purata gaji sejam adalah RM4 sejam sedangkan produktiviti adalah RM35,000 setahun.

51.Ini menyangkal dakwaan sesetengah ahli Dewan yang seolah-olah menghina golongan pekerja apabila mengaitkan tuntutan gaji minima dengan kenaikan produktiviti.

52.Selama ini pun, golongan pekerja telah menunjukkan peningkatan produktiviti yang tidak diberi pampasan berpadanan dari segi kenaikan gaji. Oleh sebab itulah, kerajaan sewajarnya campur tangan dengan melaksanakan gaji minima untuk membela golongan pekerja dan memperbetulkan mekanisme penetapan gaji di negara ini.

BAB KEEMPAT: HAD HUTANG NEGARA

Tan Sri Yang diPertua

53.Dewan seharusnya memberi perhatian serius kepada masalah beban hutang negara yang semakin meruncing. Dewan ini bertanggungjawab menggubal beberapa rang undang-undang yang bertujuan mengawal paras hutang negara agar tidak membebankan rakyat. Tanggungjawab wakil-wakil rakyat pula adalah untuk sentiasa berwaspada dan memantau tabiat berbelanja negara agar paras hutang negara kekal di bawah had yang ditentukan undang-undang.

54.Saya merujuk kepada Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 yang menghadkan gabungan jumlah hutang dalam negeri terkumpul kepada 55% daripada KDNK, khusus untuk perbelanjaan pembangunan. Akta Pinjaman Luar Negeri 1953 pula menghadkan hutang luar negara kepada RM35 bilion sahaja.

55.Dalam keadaan hutang negara telah mencecah kadar RM437 bilion pada akhir Jun 2011 seperti yang diumumkan Bank Negara Malaysia, ini bersamaan dengan 53% dari KDNK negara dan sudah hampir mencecah paras 55% dari KDNK bagi had hutang terkumpul dalam negara seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

56.Dengan defisit yang berterusan bagi tahun 2012 sehinggalah 2015, sudah tentu hutang terkumpul negara melangkaui paras 60% menjelang tahun 2015.

57.Mana-mana ahli parlimen yang bertanggungjawab akan menyokong usaha-usaha untuk mengingatkan kerajaan supaya mengambil langkah drastik untuk mengurangkan hutang dan berterus-terang dengan rakyat.

58.Oleh yang demikian, saya memohon Dewan mendesak Menteri Kewangan memperincikan perkara-perkara berikut:

§ Daripada jumlah RM437 bilion hutang negara sehingga Jun 2011, berapakah jumlah yang digunakan bagi tujuan pembangunan dan peratusannya berbanding dengan had 55% dari KDNK yang ditetapkan?

§ Dengan perbelanjaan defisit yang berterusan, apakah unjuran bila had 55% jumlah hutan berbanding KDNK akan dilepasi, supaya negara mengambil langkah drastik mengatasinya dari sekarang.

59.Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius oleh dewan dan seluruh negara. Janganlah kita umpama pepatah “sudah terhantuk baru terngadah”, seperti negara-negara di Eropah yang kini bergelut dengan krisis hutang negara akibat sikap pemerintah yang alpa dan cuai dengan hutang negara.

BAB KELIMA: MONOPOLI HARGA

Tan Sri Yang diPertua

60.Kenaikan harga barang adalah isu nasional yang mempunyai kesan kepada setiap rakyat Malaysia. Saban hari harga barang terus naik dan bakal menjadi warisan kerajaan BN yang akan diingati oleh rakyat selama-lamanya.

61.Belanjawan 2012 tidak mempunyai sebarang cadangan yang akan mengubah struktur harga barang dan berupaya mengekang kenaikan harga barang dalam jangka panjang. Ia dipenuhi dengan pelbagai janji manis dan gula-gula yang bakal menggalakkan lagi kenaikan harga barang.

62.Pakatan Rakyat konsisten bahawa salah satu sebab utama kenaikan harga barang ini adalah sistem ekonomi naungan yang didokong Barisan Nasional memberi laluan kepada beberapa monopoli utama mengherot harga barang.

63.Dalam konteks ini jugalah, saya ingin menyentuh mengenai perjanjian kerjasama yang dinamakan Comprehensive Collaboration Framework (CCF) di antara MAS and AirAsia, yang menjadi isu nasional kebelakangan ini.

64.Kebimbangan rakyat dan kakitangan MAS adalah bertempat. Pertama, MAS adalah sebuah institusi nasional yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kerajaan telah melakukan pelbagai rombakan sejak penglibatan Tan Sri Tajuddin Ramli, kemudian diikuti oleh penstrukturan wide asset unbundling (WAU) yang diterajui oleh Tan Sri Azman Mokhtar, dan diikuti pula oleh kempen perang harga dengan AirAsia oleh Dato’ Seri Idris Jala.

65.Sepanjang tempoh 15 tahun ini, pelbagai janji ditabur oleh rakyat dan pelbagai pengorbanan dibuat oleh kakitangan MAS, namun keadaannya tetap sama. Oleh itu, kita harus faham kenapa seluruh rakyat Malaysia menyambut pengumuman CCF ini dengan sinis.

66.Sementara saya ingin memberi peluang kepada pengurusan baru MAS melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan melalui CCF, saya juga ingin mempersoalkan kenapa perlunya Dato’ Seri Tony Fernandez diberi permaidani merah untuk memiliki MAS melalui pertukaran saham ini?

67.Banyak syarikat-syarikat gergasi dunia memeterai perjanjian kerjasama dengan saingan mereka tetapi ia tidak melibatkan perpindahan hak milik seperti mana yang berlaku di antara MAS dan AirAsia.

68.Sebab itu, sentimen kakitangan MAS dan rakyat Malaysia yang mahukan integriti dan warisan MAS sebagai tonggak penerbangan Malaysia dikekalkan wajib dihormati oleh kerajaan.

69.Mengambil kira perkara-perkara ini, saya menuntut supaya Menteri memberi jaminan berikut:

§ Penstrukturan MAS di bawah CCF ini tidak boleh mengambil jalan pintas membuang pekerja sementara rompakan-rompakan lain melibatkan kroni tidak dihentikan;

§ Untuk mengelakkan wujudnya monopoli penerbangan domestik yang dikawal oleh AirAsia, kerajaan mesti memberi hak kepada MAS untuk menentukan harga tiketnya mengikut kesesuian kepentingan komersilnya, termasuklah untuk terus menawarkan harga-harga tiket rendah yang mampu ditanggung oleh rakyat walaupun MAS beroperasi sebagai sebuah penerbangan premium; dan

§ Pengurusan baru MAS diberikan sepenuh kebebasan untuk melakukan semua reformasi pentadbiran dan perniagaan untuk menghentikan semua kontrak atau campur tangan politik yang tidak menguntungkan MAS.

70.Saya yakin jika ketiga-tiga jaminan ini dilaksanakan, ia akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan MAS khususnya.

*YB Azmin Bin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Timbalan Presiden PKR dan Ketua Whip PKR di Dewan Rakyat

Lawatan Najib ke Kazakhstan Menelan Belanja Lebih RM 1 Juta!

Dari: KeadilanDaily

11 Oktober 2011

Lawatan Najib ke Kazakhstan lebih RM1 juta

KUALA LUMPUR: Ketika negara mengalami defisit 14 tahun berturut-turut, jumlah hutang negara meningkat dan rakyat dibeban kenaikan kos sara hidup, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula sewenang-wenangnya menghabiskan lebih RM1 juta untuk melawat Kazakhstan.

Kementerian Luar Negara hari mendedahkan perbelanjaan lawatan dua hari perdana menteri ke negara itu di dewan rakyat hari ini.

Jumlah keseluruhan kos lawatan singkat tersebut berjumlah RM1,072,213.22 yang dibelanjakan Najib dan rombongannya ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam pada Jun lalu.

Lawatan itu kononnya berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan kritikan apabila ia digunakan bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan kos tersebut ketika menjawab soalan bertulis ahli parlimen Batu, Tian Chua, lapor Malaysiakini.

Tian dalam soalannya bertanya mengenai jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth, Australia pada hari kemerdekaan lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos hingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Namun Dewan Rakyat minggu lalu diberitahu kos sewa sebuah pesawat yang digunakan ketika lawatannya ke Perth menelan belanja sebanyak RM9.1 juta.

Tahun lalu, Dewan Rakyat dimaklumkan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008.

— KeadilanDaily

Dari: Malaysiakini

11 Oktober 2011

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta

Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

—Malaysiakini

(Artikel Pilihan) Belanjawan: Antara Moral dan Ideologi

Oleh:Megat Rizuan bin Megat Abdul Hamid

10 Oktober 2011

Dari: http://jalantelawi.com/

”Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan perbelanjaan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). Al-Haysr: ayat 7

Belanjawan

Setiap Kerajaan sesebuah negara di dunia pasti akan membentangkan belanjawan mereka pada setiap tahun. Elemen penting dalam setiap Belanjawan Negara ialah Pendapatan dan Perbelanjaan kerajaan. Sumber pendapatan kebiasaannya datang daripada hasil cukai. Manakala perbelanjaan pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Belanjawan Negara juga sudah pastinya tidak dapat dipisahkan daripada ideologi politik serta ekonomi setiap kerajaan yang memerintah.

Belanjawan 2012 telahpun dibentangkan oleh Perdana Menteri. Namun begitu, sejauh manakah peranan ideologi mempengaruhi keberkesanan belanjawan tersebut? Apakah belanjawan tersebut dilihat Islamik apabila mukadimahnya dimulai dengan Surah Quraisy ayat 3-4? Apakah ianya kelihatan cukup Liberal apabila diumumkan bahawa 17 subsektor perkhidmatan akan diliberalisasikan dalam usaha ‘Meligat Pelaburan’? Atau apakah ianya dilihat sebagai mengutamakan Modal Insan apabila yuran sekolah dihapuskan dan banyak bantuan yang diumumkan dalam sektor pendidikan? Apakah belanjawan itu kelihatan cukup Berkebajikan dan Sosialis apabila bantuan RM500.00 diumumkan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3000.00 dan ke bawah? Apakah ini satu bentuk belanjawan yang mengutamakan Ideologi Campuran untuk mencapai matlamat belanjawan terbaik?

Kepentingan Hak Rakyat dan Kerajaan

John Stuart Mill pernah mengungkapkan “the struggle between Liberty and Authority is the most conspicuous feature in the portions of history.” Mill menyatakan bahawa perjuangan antara Hak Rakyat dan Pihak Berkuasa adalah ciri yang paling mudah untuk dilihat di dalam setiap bahagian sejarah. Sudah pastinya dalam setiap Belanjawan Negara, pasti kelihatan ada perbezaan kepentingan di pihak rakyat dan kerajaan. Setiap belanjawan juga pasti tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak. Namun begitu, keperluan asas rakyat dan negara mestilah diutamakan oleh kerajaan. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan dan rakyat untuk meminimumkan setiap perbezaan kepentingan yang timbul.

Teruskan membaca “(Artikel Pilihan) Belanjawan: Antara Moral dan Ideologi”

Coming Soon: Budget 2012 (But What Happened To Budget 2011?)

25 May, 2011
By Adrian Ng
Revisiting Budget 2011 and wondering what’s happened since it was announced in October 2010.

Prime Minister Najib recently announced that Budget 2012 will be tabled on 7 October. But before we move on to discuss Budget 2012, let’s take a step back and revisit Budget 2011, which was tabled on 15 October 2010.

Budget 2011 was tabled with the intention of leading Malaysia into a developed and high-income nation which contains high profile and big ticket infrastructure projects to spearhead the Malaysian economy. The Budget 2011 was presented as a “budget by the rakyat”, incorporating key public financial concerns, amongst other employment and rising of living as well as setting the pace to make Malaysia a high-income nation.

The total amount allocated for Budget 2011 was RM212 billion, where RM162.8 billion (77% of the budget) was allocated for operating expenditure, while the balance of RM49.2billion was allocated for development expenditure.

Some favorable proposals for the ordinary man on the street from Budget 2011 includes extension of tax relief, stamp duty relief for first-time house buyers, freeze on toll increase; while the good news for civil servants include 90 day fully-paid maternity leave and increase of allowances for certain groups etc.

While there were some favorable proposals in Budget 2011, there were some that were questionable, most notably the following:

RM5 billion 100-storey Warisan Merdeka tower.
RM40 billion Mass Rapid Transit (MRT).
RM50 million for construction of shaded walkways in the KLCC-Bukit Bintang vicinity.
RM10 billion mixed development project in Sungai Buloh to be funded by EPF.
RM26 billion Kuala Lumpur International Financial District.
Construction of a 300MW Combined-Cycle Gas Power Plant in Kimanis Sabah.
RM3 billion eco-nature resort in Nexus Karambunai Sabah.
Much has been written / commented / criticised in relation to the above projects since these big and huge projects were made known during the budget speech. A barrage of questions ranging from rationale of projects, its benefits, funding process, tendering process to issues and effects of these projects were raised in various media, blogs etc. The government tried to provide additional information, or rather, countering claims on criticism of these projects; some projects have received tremendous public backlash (to the extent that a Facebook page was set up and garnered more than 295,000 supporters to date).

Explanations provided are rather vague, some contradictory to initial information that was made during the speech and some were simply explained as miscommunication, misunderstanding or misinformation etc. Suffice to say the information and explanation provided is not so informative after all i.e. it does not address the issues that were raised by various parties. Which makes one wonder how reliable all these information are if there are “mistakes”, given that it is being presented by the leader of the country and how taxpayers can trust the government to manage the country’s finances well.

There were also some big-bucks projects that were announced but up till today, there have been no news of their progress, most notably the following:

RM100 million in support of the tourism industry.
RM2.1 billion and RM696 million for upgrading of rural roads in Sabah and Sarawak and Peninsular Malaysia respectively.
RM1.5 billion and RM556 million for development of rural electricity and water supply in Sabah and Sarawak and Peninsular Malaysia respectively.
RM857 million for local Electrical & Electronic companies to compete at international level.
RM850 million on infrastructure support to accelerate corridor and regional development.
RM93 million for Sarawak Corridor of Renewable Energy.
RM133 million for Northern Corridor Economic Region.
RM178 million for East Coast Economic Region.
RM339 million for Iskandar Malaysia.
Additionally, about RM57 billion was allocated to various ministries:

RM15.86 billion for Prime Minister’s Department.
RM29.3 billion for Education Department.
RM10.2 billion for Higher Education Department.
RM1.2 billion for Ministry of Women, Family and Community Development.
RM627 million for Ministry of Human Resource.
RM111 million for Permata (Pusat Anak Permata Negara) — I still do not know what the hell is this!
There is no avenue to check how the above “allocated” money is being spent, where is it being spent, what has and what has not been delivered, what are the results of such spending, who are the service providers / contractors, whether they have been evaluated independently, what is the criteria for awarding contracts etc.

There is clearly a lack of transparency as far as it is concern and also a lack of accountability on how taxpayers’ money is being spent, as we are all in the dark of what is happening. Do you know what is happening?

Despite all these mega projects from Budget 2011, it is also not sure how the effects from these projects, if any, have trickled down to benefit Malaysian taxpayers. Has the rakyat felt the effect of the huge spending?

Not to forget, the Prime Minister recently also announced the 1Malaysia Email initiative, which again received significant backlash from the public. Again, the government resorted to firefighting with contradicting statements (again from miscommunication to the initial speech made by the Prime Minister) to changing information on Pemandu website, going on air to clarify matters and to the extent of undertaking advertorials (which was again a waste of taxpayers’ money).

And again, the explanations do not provide justification on the rationale of such a project; and this goes to show that most projects and deals are happening without knowledge of the public, provided if it is announced.

We will never be able to hold our government accountable so long as we do not receive quality information. No matter how much discussion and open debate is allowed, all these efforts will be futile and bound to fail if the government operates in secrecy. The nature and quality of public discussion would be significantly impoverished without quality information from the government.

The Budget 2012 Consultation is currently on-going. And the theme set out by the Prime Minister for the budget is again “inclusive and people-centric”, with the focus of accelerating transformation efforts towards enhancing growth and sustaining the well-being of the people.

Looking back at Budget 2011, I wonder how Budget 2012 will pan out to be. We shall wait “anxiously” this coming 7 October.

Adrian is a confused accountant who has a heart of a Care Bears, lived in the Smurf Village, while defending the Universe like a Thunder Cat. He tweets at @AdrianNCF.

Kerajaan dolak dalik kenaikan harga RON95, bahan api

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kerajaan berdolak dalik dalam isu kenaikan petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), sehari selepas membuat pengumuman tidak akan menaikkan harga bahan bakar itu.
Ini kerana semalam, Menteri Perdagangan dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tidak ada sebarang kenaikan bahan api, kononnya kerana mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun hari ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata kerajaan akan mengkaji semula subsidi sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong.

Ia berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini.
Shamsul berkata, dua kenyataan itu jelas bercanggah antara antara satu sama lain, yang menunjukkan bahawa kerajaan Umno- Barisan Nasional gagal membuat keputusan yang penting untuk rakyat.

“Pengumuman yang bercanggah ini menunjukkan hala tuju ekonomi Barisan Nasional yang tidak jelas.

“Penangguhan kenaikan petrol Ron 95 sebelum ini pun hanyalah tindakan untuk mententeramkan rakyat tetapi bersifat sementara. Ini kerana dijangkakan pilihanraya umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat. Selepas pilihan raya tidak ada jaminan pengekalan harga,” kata Shamsul ketika dihubungi.

Malah lebih teruk katanya, kerajaan mungkin memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disifatkan lebih membebankan kerana melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia.

“Ketika kerajaan mempertimbangkan untuk menarik semula subsidi, apakah kerajaan mempertimbangkan juga untuk menarik semula rancangan projek mega seperti pembangunan menara 100 tingkat, projek di Sungai Besi dan sebagainya?” soal Shamsul.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter, manakala harga LPG pula ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG dinaikkan ialah pada Disember tahun lalu.

www.keadilandaily.com