Tahniah Zabidie dan AMK Johor

Mersing Girang Ketemu Anwar Ibrahim

Ribuan rakyat Mersing sambut Anwar

Walaupun bukan ‘lautan manusia’ tetapi kehadiran malam tadi di Mersing sekitar 10,000 orang hadir diprogram Datuk Seri Anwar Ibrahim membukti beliau lebih berpengaruh dari Najib Razak.

Ini adalah kali pertama Anwar menjejaki Mersing sejak berstatus Mantan Timbalan Perdana Menteri.

Sambutan luarbiasa tersebut menolak dakyah keji media pro UMNO bahawa Anwar sudah tiada pengaruh dikalangan rakyat terutama luar bandar.

Pencatat yang diberi amanah sebagai Ketua Cabang Penaja PKR Mersing agak kaget dengan kehadiran malam tadi. Sebelumnya pelbagai cara digunakan oleh UMNO untuk mengagalkan program tersebut.

Kerinduan mereka terhadap Anwar Ibrahim masih membara walaupun telah ‘berbicara 1 jam 30 minit’ dengan Anwar. Selepas 30 minit ‘perbicaraan’ tamat ,tetapi majoriti pengunjung masih enggan pulang.

Meraka mahukan Anwar Ibrahim ‘bersembang’ lagi di Mersing. Insyallah pencatat akan berusaha lagi.

Rakan-rakan petugas memberitahu pencatat ramai yang hadir majoritinya bukan pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat. Pemimpin tempatan dan ahli UMNO juga ramai kelihatan disitu.

Ia menunjukkan usaha media pro UMNO gagal dalam usaha mengaibkan dan menfitnah mentor Pakatan Rakyat itu. Malah mereka tidak menyorok, seperti ditempat lain, mereka duduk dikelompok utama dihadapan.

Berita di Kota Tinggi agar mendukacitakan. Selain berita kemalangan YB Tian Chua, perjumpaan Anwar dengan 800 orang terganggu sementara disebuah restoran. Dalam 5 minit Anwar berceramah, TNB memutuskan bekalan elektrik.

Belum sempat juruteknik TNB keluar dari kerja khianat, mereka diserbu oleh petugas Pakatan Rakyat. Akhirnya dalam 3-4 minit mereka akur dan menyambung bekalan elektrik.

Terima kasih juruteknik TNB. Jasa anda membelakangkan agenda-arahan busuk UMNO amat disanjung tinggi.

Sumber: amkj.blogspot.com

Pejabat Ketua AMK

Risalah ‘Saiful tak diliwat’, anggota AMK ditahan !

Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Menurut Timbalan ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed, kedua-dua ahlinya, – Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis.

Zainol Abidin berkata kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Taman Melawati sebelum dihantar ke ibupejabat polis daerah Ampang, Taman Dagang.

Beliau yang kini di IPD itu berkata beberapa pemimpin PKR termasuk ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin juga ada bersama.

Menurut Zainol Abidin, pada taklimat khas malam semalam oleh setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, ahli PKR diarahkan mengedarkan risalah tersebut ke masjid-masjid sekitar Gombak.

“Arahan adalah supaya 10,000 risalah diedarkan di 10 masjid di Gombak. Di setiap masjid, kami tempatkan dua petugas,” katanya.

Zainol Abidin berkata kedua-dua Muhammad Hafiz dan Arie Yudistira sempat mengedarkan lebih 500 risalah itu manakala selebihnya dirampas polis.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Sebelum ini, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

Sumber: Abdul Rahim Sabri, www.malaysiakini.com

Pejabat Ketua AMK

Umno Edar VCD Fitnah Tanda Kehabisan Modal

KUALA LUMPUR 11 Mac – Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa rakaman VCD yang menunjukkan beliau sedang berjalan dan berdiri semasa beliau di Penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001 adalah satu fitnah.

“Gerombolan upahan Umno ternyata kehabisan modal. Isu pokok adalah bahawa kecederaan saya akibat dipukul oleh Ketua Polis Negara dan pimpinan Umno cuba menafikan itu seperti yang terjadi ke atas kes A. Kugan, Beng Hock dan lain-lain. Bukti MRI, dokumen rawatan dan pembedahan tulang belakang di Munich merupakan jawapan ampuh melawan fitnah murahan ini.

“Sepanjang di mahkamah 1998-2004, saya juga tidak membawa masuk kerusi roda ke dalam mahkamah. Saya mampu berjalan perlahan dan berdiri. Namun sekarang, diulang siar foto dalam simpanan polis yang pernah ditunjukkan ketika kursus Biro Tata Negara yang mempertikai tahap keuzuran saya sekaligus melindungi jenayah Ketua Polis Negara”, tegas Anwar yang dipetik daripada laman blog beliau.

Sebelum itu Malaysiakini melaporkan pengedaran VCD oleh kumpulan misteri yang dipercayai dimuatturun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan ke rumah sekitar Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.

Susulan pengedaran VCD fitnah itu, Mohd Arshad Ishak yang mewakili Gerakan Anti Liwat atau GELI membuat laporan polis kelmarin selepas beliau juga turut menjumpai VCD tersebut yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya yang juga terletak di Bandar Baru Bangi.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

AMK Hantar Fatwa Dr Yusuf Al Qaradawi Kepada PM

SHAH ALAM 9 Mac – Angkatan Muda KEADILAN akan menghantar salinan VCD Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2009 Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung fatwa beliau dalam kes fitnah dan pertuduhan liwat yang dihadapi Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya esok.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata salinan VCD itu akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

VCD berjudul “Fatwa Mutakhir Yusuf Al Qaradawi” mengandungi rakaman sidang video fatwa ulama tersohor dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi Anwar.

“Tujuan kami menghantar salinan VCD ini agar PM mendengar fatwa yang dikeluarkan ulama yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2009 dan supaya ia menjadi panduan kepada beliau untuk mengambil tindakan dan bukan hanya berdiam diri.

“Kita mendesak Najib supaya menghormati undang-undang syariah dan fatwa dari ulama besar ini. Jika Najib gagal mematuhi fatwa ini kami cabar beliau menarik balik anugerah yang diberikan kepada Sheikh Yusuf Al Qaradawi,” tegas beliau.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari lalu di kediaman Sheikh Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK

Sumber: Suara-Keadilan