Keadilan Untuk Ahmad Sarbani !

Keadilan Untuk Sarbani

Wujud percubaan tutup kes kematian Ahmad Sarbani

KEADILAN merasakan wujud percubaan oleh pihak tertentu untuk menutup kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, allahyarham Ahmad Sarbaini.

Ini kerana selepas hampir 2 bulan, tiada sebarang dakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak, sedangkan kes itu melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Justeru KEADILAN menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mendesak pihak polis melakukan siasatan segera.

Hadir menyerahkan memorandum berkenaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran serta Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

N Surendran berkata, sehingga kini polis gagal menyiasat insiden kematian itu, meskipun laporan polis dibuat isteri Allahyarham.
Manakala penyiasat dari SPRM sendiri mendedahkan bahawa kakitangan dalamannya terlibat dalam insiden kematian itu.

“Bahkan laporan polis telah dibuat oleh balu mangsa, Maziah Manaf pada 2 Mei lalu bahawa pegawai penyiasat dari SPRM membuat pengakuan bahawa ‘orangnya’ terlibat dalam kematian tersebut.

“Selepas hampir 2 bulan masih tiada tindakan atau tangkapan oleh polis. Keadaan ini seperti pengulangan kes yang berlaku kepada mendiang Teo Beng Hock. Besar kemungkinan ada ‘foul play’ dalam kematian ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Dalam memorandum tuntutan yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara hari ini, KEADILAN menuntut tindakan mengikut undang-undang dan prosedur jenayah dilakukan ke atas anggota SPRM yang bertanggungjawab.

Kandungan memorandum itu menuntut siasatan segera ke atas laporan polis yang dibuat balu mangsa dan perkembangannya dimaklumkan segera kepada keluarga Ahmad Sarbani dan rakyat Malaysia.

“Ketua Polis Negara dituntut memberi akujanji bahawa kesemua kes berprofil tinggi yang disiasat secara adil, cepat dan telus walaupun melibatkan agensi kerajaan lain,” jelas kenyataan tersebut yang dipetik.

Seorang lagi Naib Presiden KEADILAN Tian Chua menegaskan, pihak berkuasa seperti tidak berperikemanusiaan apabila memandang ringan kes ini dengan melengah-lengahkan prosedur siasatan.

“Sedangkan dalam kes melibatkan ahli politik pembangkang, polis kelihatan ada tanggungjawab sosial. Mereka secara konsisten akan memaklumkan kepada media setiap perkembangan, tetapi tidak bagi kes ini. Walhal, kes ini lebih serius,” katanya kepada Keadilandaily ketika ditemui i perkarangan Balai Polis Bukit Aman.

Sementara itu, Nurul Izzah Anwar mendakwa kelewatan kes ini adalah bukti bahawa pihak berkuasa melakukan penyiasatan terpilih.
“Tidak ada petanda yang jelas dalam perkembangan siasatan. Persepsi masyarakat bahawa setiap aduan adalah serius. Untuk hal seperti ini perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Izzah menuntut kerjasama pihak media menyebarluas tuntutan keluarga Sarbani seperti terkandung dalam laporannya kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menuntut jawapan dan siasatan terbuka punca kematiannya.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan, polis perlu menangani kes ini sebagai kes jenayah, dan bukannya politik.

“Ini adalah isu kematian seorang pegawai kerajaan yang merupakan aset dan telah berkhidmat kepada negara. Apatah lagi, siasatan dilakukan terhadap Sarbani oleh SPRM merupakan usaha kerajaan untuk membasmi rasuah ke peringkat akar umbi,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada ahli Parlimen untuk membangkitkan perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang bakal berlangsung bulan ini.

Terdahulu sebelum itu, memorandum 3 muka surat diserahkan kepada Ketua Polis Negara melalui pegawainya, ASP Rajvinder Kaur.

http://www.keadilandaily.com/?p=14493

Himpunan Belia Dieksploit Menjadi Majlis Menyokong BN

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

30 Mei 2011

Himpunan Belia Dieksploit Menjadi Majlis Menyokong BN

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengeksploitasikan aktiviti Himpunan Sejuta Belia 2011 sebagai platform untuk mempertahankan kuasa memerintah yang penuh dengan agenda politik sempit. Himpunan belia yang berlangsung di Putrajaya telah menjadi majlis menyokong BN yang membazirkan dana awam (public fund)

Tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi semasa di Mesyuarat Agung UMNO. Kini, beliau telah menggunakan Himpunan Belia sebagai alat untuk menyerang parti pembangkang.

Keadaan ini telah menunjukkan PM tidak memahami fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Di bawah konteks sebuah negara yang demokrasi, Putrajaya adalah dimiliki rakyat Malaysia dan ia merupakan kawasan pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa Pilihanraya. Putrajaya bukan dimiliki mutlak oleh mana-mana parti politik.

AMK amat kesal dengan Himpunan Belia yang telah dijadikan sebagai majlis menyokong BN. Kebanyakan anak muda dipercayai tidak mengetahui bahawa perhimpunan tersebut merupakan rapat umum BN untuk mempertahankan Putrajaya. Akan tetapi, terdapat juga pemimpin-peminpin anak muda dalam NGO menyatakan bahawa NGO tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik selepas mengambil bahagian dalam program tersebut.

Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib Razak seharusnya menjadi satu teladan yang baik kepada anak muda dan bukan semata-matanya melaungkan bahawa hendak mempertahankan Putrajaya bersama-sama dengan pemuda-pemudi.

PM perlu membersihkan sistem pilihanraya yang tidak adil, kotor dan ketidaktelusan terlebih dahulu sekiranya ingin disokong oleh rakyat. Sebagai satu negara yang demokrasi, PM perlu memberi ruang dan peluang kepada rakyat khasnya anak muda untuk memilih kerajaan yang dilihat sebagai berupaya memimpin rakyat.

Sehubungan itu, PM juga tidak patut menyalahgunakan jentera negara seperti polis, media, penjawat awam dan juga NGO-NGO demi mempertahankan kuasa memerintah sendiri.

Oleh itu, AMK menyeru Kerajaan Persekutuan supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan sokongan pada pilihanraya yang akan datang. Sebaliknya, Kerajaan harus sokong Himpunan Bersih pada 9hb Julai yang dianjurkan oleh NGO untuk melaksanakan satu pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

AMK juga menyeru kepada anak muda supaya melibatkan diri dalam politik dengan lebih aktif serta pemikiran yang bebas dan kritis. Dengan penglibatan aktif anak muda barulah sistem dua parti yang sihat dapat diwujudkan dan tidak membiarkan parti politik yang monopoli dan kerakusan kuasa.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia
012-2258607

Ugutan Polis terbaru: Jangan sampai jadi macam SPRM !

Stop threats against lawyers, and IGP must investigate and discipline rogue police

The Malaysian Bar is outraged to learn of the police’s recent coercive and strong-arm tactics, whereby police personnel threatened a Member of the Bar, and impeded her from executing her professional duties effectively.

According to the lawyer, Fadiah Nadwa Fikri, when she finally gained access to meet her client at the Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak in Selayang, police officers there refused to allow her to speak with him in private. Furthermore, while she was asserting the right to meet her client alone, a police officer stood near the window in the room, pointed at her and said threateningly, more than once, “Jangan sampai jadi macam SPRM”. This outrageous statement was presumably a reference to the well-known deaths of a witness and a suspect that have occurred at the Malaysian Anti-Corruption Commission (“MACC”)’s premises. The lawyer claimed that when she responded, “Are you intimidating me? Are you trying to push me out of the window?”, the police did not refute her.

Such blatant police harassment of lawyers is intolerable, and amounts to a reprehensible and inexcusable menace against the physical safety of the lawyer. It is also a grave incursion on the independence of the Bar and the freedom that a lawyer must have to advise and act for clients without fear or favour. Given that lawyers act as officers of the court when they act for their clients, any interference with their rights and duties is an affront to the dignity of the courts and the administration of justice.

Furthermore, the denial of an accused person’s right to speak to his or her counsel of choice, in private, is a breach of the provisions of section 28A of the Criminal Procedure Code, and an appalling and unacceptable violation of the solicitor-client privilege. It contravenes the right of an accused person to legal representation without any harassment of, or threat against, his or her legal counsel.

It is internationally recognised that lawyers perform a vital function when they act for their clients in the pursuit of justice, and that they must be permitted to carry out these functions freely. For example, Article 16 of the United Nations Basic Principles on the Role of Lawyers provides that “Governments shall ensure that lawyers (a) are able to perform all of their professional functions without intimidation, hindrance, harassment or improper interference; (b) are able to travel and to consult with their clients freely both within their own country and abroad; and (c) shall not suffer, or be threatened with, prosecution or administrative, economic or other sanctions for any action taken in accordance with recognized professional duties, standards and ethics.”

The Malaysian Bar calls on the Inspector General of Police to put an immediate halt to the repeated cases of lawyers being harassed and/or menaced by the police, and to take stern action against police officers guilty of such behaviour. Bullying tactics must not go unchecked.

We also call on the police to respect the Rule of Law and to move away from a “police state” mindset of intimidation and impunity, to the practice of respect for human rights. We urge that more effective and holistic human rights education and practical training be conducted for the police, with a view towards changing law enforcement attitudes and methods in relation to detention and arrest, and treatment of detained/arrested persons.

Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar

13 May 2011

Lagi Saksi Sahkan Kenyataan Azamuddin

MALAYSIAKINI – Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemilik kenderaan yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, telah bertemu denganya dan menceritakan peristiwa sebelum remaja itu ditembak mati oleh polis pada 26 April.

Khalid berkata, ahli perniagaan tersebut tampil menemuinya kelmarin (Selasa) dan meminta pandangannya berhubung tindakan lanjutnya yang patut diambil.

“Dia asalnya tidak mahu campur. Dia takut direman,” katanya yang enggan mendedahkan indentiti pihak terbabit buat masa ini.

Bagaimanapun, selepas dinasihatkan, Khalid menambah, pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.

Pada 27 April lalu – sehari selepas insiden kematian Aminulrasyid, Khalid (kiri) dilaporkan telah mendedahkan butiran kandungan laporan polis saksi utama kes itu, Azamuddin Omar, yang berada dalam kereta bersama arwah, pada malam kejadian tersebut.

Dalam aduanya, Azamuddin antaranya mendakwa kenderaan yang dipandu arwah telah bergesel dengan sebuah kereta, menyebabkan beliau dikejar oleh tiga penunggang motosikal, dipercayai rakan kepada pemilik kenderaan itu.

Menurut aduan itu lagi, ketika melarikan diri, mereka telah memotong sebuah kereta polis yang kemudiannya turut mengejar mereka. Azamuddin juga dilaporkan mendakwa, tembakan terhadap Aminulrasyid dilepaskan selepas kejadian tersebut.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, beliau difahamkam seorang penunggang motosikal tersebut turut membuat laporan polis sejurus selepas kejadian tersebut, juga di IPD yang sama.

Menurut Khalid lagi, pemilik kereta tersebut memberitahunya, pada malam kejadian tersebut, keretanya digunakan oleh seorang rakannya dan keluar minum di seksyen 7 bersama tiga penunggang motosikal terbabit.

Tambahnya, kedua-dua laporan tersebut bertepatan dengan apa yang diceritakan oleh Azamuddin dalam laporan polis dan sidang medianya sebelum ini.

Menjawab soalan, Khalid berkata, walaupun kedua-dua pihak terbabit tidak menyaksikan peristiwa ketika Aminulrasyid ditembak, laporan tersebut didakwa dapat membuktikan “konsisten dan tepatnya” versi yang diceritakan kembali oleh Azamuddin.

“Kalau di bahagian awalnya (cerita itu) tepat, takkanlah di akhirnya tidak betul?” soalnya kembali.

Sehubungan itu, Khalid mempersoalkan kenapa “laporan yang telah berada dalam simpanan polis” itu tidak didedahkan kepada umum ketika kerajaan menjamin satu siasatan yang telus akan dilaksanakan dalam kes itu.

“Ketelusan bukannya bermaksud telus terhadap jawatankuasa (pemantau) sahaja, tetapi juga kena telus kepada rakyat,” tambahnya.

Sementara itu, Khalid juga menyuarakan kebimbingannya terhadap perkembangan siasatan kes Aminulrasyid di mana Azamuddin telah tiga kali dipanggil memberikan keterangan oleh pihak polis.
Beliau berkata, tindakan itu – terakhir petang semalam – dikhuatiri boleh mendorongnya tersilap membuat kenyataan dan tidak konsisten memberikan jawapan.
“Berapa kali dia (Azamuddin) perlu menceritakan perkara ini? Apa tujuan dia diminta menceritakan perkara yang sama berulang-ulang kali?” soal Khalid.
Pejabat Ketua AMK Malaysia