Fariz Musa Ditahan Polis

Sumber BuletinOnline

Kuala Terengganu – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis pada jam 5.10 pagi, Isnin 5 Januari.

Timbalan Ketua AMK Terengganu, Muzafeq Muhammad berkata demikian ketika menghubungi Buletinonline pada jam 5.30 pagi.

“Saya berada di Balai Polis Kuala Terengganu, Fariz telah ditahan dan kini sedang disoal siasat oleh Tuan Azmi dari cawangan Khas,”katanya.

Menurutnya Fariz telah ditahan bersama lima orang skuad AMK ketika sedang menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

AMK akan gempur habis-habisan PRK Kuala Terengganu

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Hrkh) – Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan mengadakan gerak gempur menyeluruh di Kuala Terengganu sebagaimana dilakukan ketika menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dahulu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Teruskan membaca “AMK akan gempur habis-habisan PRK Kuala Terengganu”