Kereta Ketua Polis Selangor Yang Dicuri Dijumpai

MALAYSIAKINI – Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu berjaya dijumpai semula hari ini.

Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui di tepi jalan Prima Damansara, Sungai Buloh pada jam 8.45 pagi oleh anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Sebuah nota ditinggalkan di atas dashboard kertea yang berbunyi: Sorry PDRM tesilap sapu.”

Kereta itu dan kandungannya, termasuk beberapa topi polis berada dalam keadaan yang sama sebelum dicuri.

Menurut timbalan pengarah, jabatan siasatan jenayah Selangor, Asst Comm Khaw Kok Chin, polis masih menyiasat sama ada sindiket mencuri kereta terbabit dengan kehilangan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin ketika dihubungi Bernama berkata kereta itu kelihatan ditinggalkan dalam keadaan baik, malah nombor pletnya pun tidak diubah. Menurutnya kereta itu akan dibawa kembali e Shah Alam.

Pada 6 Mei lalu, kereta itu dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam. Ketika kejadian, pemandunya yang membawa kereta berkenaan sedang bersarapan di sebuah restoran manakala Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

AMK Gesa Najib Pecat Musa Hassan

SUARA-KEADILAN – SHAH ALAM 1 Mei – Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri memandang serius kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminulrasyid Amzah beberapa hari lepas.

Dalam kenyataan beliau yang dilaporkan oleh beberapa media internet dipetik sebagai berkata jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen.

Menurut Shamsul, kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

“Persepsi rakyat ke atas polis sekarang berada di tahap yang mendukacitakan, rentetan pelbagai salah laku dan salah tindakan yang diambil, sekecil kes rasuah jalanan sehinggalah sebesar
penglibatan Asiasoft, sebuah syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv, Israel yang mempunyai akses ke dalam sistem maklumat Polis DiRaja Malaysia.

“Kes yang melibatkan A.Kugan (mati dalam lokap), A Gnanapragasam (mati dalam lokap), Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis), Norizan Salleh (tersalah tembak),dan terbaru Aminulrasyid, menggambarkan berlaku kepincangan kepimpinan yang serius di dalam PDRM.

“Apa yang lebih mendukacitakan, kesemuanya berlaku dibawah kepimpinan Musa selaku Ketua Polis Negara dan kenyataan tersebut jelas menggambarkan bahawa beliau gagal menjulang aspirasi rakyat untuk dijamin keselamatan mereka sepenuhnya,” jelas Shamsul lagi dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh AMK.

Dalam pada itu, AMK juga katanya percaya sekiranya Perdana Menteri masih serius dengan Program Transformasi Kerajaan dan juga NKRA yang dilaung-laungkan di bawah slogan “rakyat didahulukan”, maka langkah pertama untuk menjayakan NKRA mengurangkan kadar jenayah, ialah memperkemas pengurusan dan kepimpinan polis dengan memecat Musa.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Dakwaan Polis Aminul Penjenayah Tidak Bertanggungjawab

SUARA-KEADILAN – KUALA LUMPUR 3 Mei – Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius dakwaan penjenayah yang dilemparkan polis terhadap remaja Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis 26 April lalu sambil menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu satu memorandum telah diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini yang diwakili Angkatan Muda KEADILAN, Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) serta beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Memorandum yang diserahkan kepada Setiausaha Suhakam, Hashimah Jaafar mendesak tindakan segera Suhakam untuk menyiasat dan meneliti tingkah laku polis yang bertindak menembak mati remaja 14 tahun itu.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Pemuda Pakatan memandang serius insiden yang menimpa mangsa termasuk tuduhan polis yang mendakwa mangsa seorang penjenayah.

“Pihak polis dalam kenyataan awal mendakwa Aminulrasyid terlibat dalam dalam kes samun dan dituduh sebagai penjenayah sehingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

“Polis juga mendakwa menjumpai sebilah parang dalam kenderaan tersebut,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Suhakam.

DPPP diwakili oleh ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi sementara Dapsy, oleh Anthony Loke merangkap Ahli Parlimen Rasah.

Menurut Shamsul, berlaku percanggahan fakta hasil beberapa laporan media sebelum ini di mana mengikut seorang saksi utama kejadian apa yang berlaku ialah saksi mendakwa beliau dan mangsa telah memotong kenderaan polis dengan laju yang mana kemudiannya mereka dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Beliau juga berkata, saksi mendedahkan tembakan mengenai kepala mangsa sehingga mangsa terkulai layu, membuatkan saksi mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Saksi juga mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang sementara anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Kes ini nyata memberikan impak negatif kepada Polis DiRaja Malaysia di bawah Tan Sri Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara termasuk rentetan beberapa kes tembakan seumpama ini berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.

Antaranya kes tembakan membabitkan Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (program Bersih, Batu Buruk) dan Tawfiq Noorzan (Perlis).

Lebih menjelekkan lagi apabila Musa mengugut untuk mengarahkan anggota polis supaya jangan memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen.

“Kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, malah lebih malang ianya keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Mereka ingat institusi polis ini milik mereka,” tegas Shamsul lagi.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan meragui dua perkara yang berlaku di sebalik insiden ini yang mana seharusnya menjadi asas kepada Suhakam untuk meneliti kes ini secara menyeluruh.

“Pertama apakah tembakan boleh dilepaskan sewenangnya oleh polis hanya dengan alasan “mempertahankan diri”, sedangkan dalam beberapa perakuan saksi utama menunjukkan bahawa tiada sebarang tindak balas diambil oleh mangsa melainkan cuma melarikan diri berikutan suasana panik.

“Dan kedua apakah arahan tetap Ketua Polis Negara memberikan justifikasi yang longgar kepada mana-mana anggota polis sama ada beruniform ataupun preman untuk melepaskan tembakan sewenangnya tanpa sebarang amaran diberikan terlebih dahulu?,” katanya.

Pemuda Pakatan juga menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan panel khas siasatan adalah sesuatu yang tidak memadai memandangkan wujud “clash of interest” apabila PDRM adalah agensi di bawah KDN.

“Lagipun panel khas tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa, hanya bertindak sebagai pemantau dan hanya melaporkan balik kepada KDN, bukan kepada rakyat secara terbuka,” jelas Shamsul lagi. Hadir sama Ahli Dewan Negeri Batu Caves, Amirudin Shari, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

APCO Dibayar Hampir RM80 Juta, Bukan RM28 Juta

KUALA LUMPUR 13 APR: Angka sebenar yang dibayar kerajaan Umno Barisan Nasional untuk perkhidmatan Apco Worldwide bukan RM28 juta seperti sangkaan ramai selama ini, sebaliknya jumlah  hampir RM80 juta, dedah Ahli Parlimen Batu Tian Chua.


Pada sidang media di lobi Parlimen, beliau menyatakan angka yang disebut  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai jumlah bayaran kepada firma yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu, diputar belit.

Beliau mengulas demikian dengan merujuk laporan MalaysianInsider yang mewawancara Nazri berhubung jumlah bayaran kepada APCO dengan menyatakan angka ini: RM28 juta.

Namun, jawapan bertulis dari Jabatan Perdana Menteri kepada Tian Chua pula amat berbeza.

Dalam jawapan bertulis itu, jumlah bayaran kerajaan Umno BN kepada APCO ialah USD 24juta bersamaan  RM80 juta dalam nilai ringgit malaysia, sekali gus berbeza dengan angka yang diberi Nazri iaitu RM28 juta.

“Menteri tidak menyatakan kebenaran berkali-kali. Sehingga sekarang, baru kita ada jawapan bertulis dari Jabatan Perdana Menteri. Ini satu perbelanjaan yang besar.

“Bagaimana mereka menilai perkhidmatan APCO Worldwide ini. Bayar hampir kepada RM1 bilion? Mungkin angka lebih lagi.

“Menteri menyatakan RM28 juta dibayar kepada APCO. Saya minta penjelasan dan dapat jawapan bertulis. Dalam jawapan ini, tidak mengandungi program Satu Malaysia, ini hanya APCO.

“Kita dapati ada dua perkhidmatan dibayar untuk perkhidmatan APCO. Satu ialah  public affair dan public government affair services. Dan satu lagi ialah strategic communication and public relation and press outreach,” kata Tian Chua.

Kata Tian, Pakatan Rakyat mendesak kerajaan Umno BN menamatkan kontrak APCO Worldwide kerana khuatir dengan pembaziran puluhan juta ringgit sedangkan konsultan tempatan boleh dilantik.

(sumber gambar: Malaysiakini)

Sumber: TvSelangor

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

BERITA PENUH: Anwar Kemuka Bukti Tambahan, Tulis Surat Kepada Agong

KUALA LUMPUR 8 APR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ni mengemukakan bukti tambahan terhadap pembabitan Apco Worldwide dan sekutunya dengan  polis dan kerajaan Umno-Barisan Nasional sehingga menggugat keselamatan negara.

Sehubungan itu, Anwar mengesahkan beliau memohon perkenan Yang di Pertuan Agong untuk menasihati Perdana Menteri Najib Razak membatalkan kontrak dengan Apco dan Asiasoft yang dikaitkan dengan pegawai-pegawai Yahudi dan perisikan Israel.

“Saya menulis surat atas nama Ketua Pembangkang, menyusuri langkah yang diambil oleh Ahli-ahli Parlimen PAS beberapa hari lalu untuk memohon perkenan Tuanku menasihati Datuk Seri Najib membatalkan kontrak dengan Apco dan Asiasoft.

“Ia sebenarnya mencemar maruah dan menggugat keselamatan Malaysia,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Anwar berkata, pembabitan Apco secara langsung dalam menasihati Najib dan kerajaan pimpinan beliau serta hubungan Asiasoft dengan polis Diraja Malaysia (PDRM) di sahkan sendiri oleh sumber-sumber rasmi kerajaan.

“Laporan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Logistik surat kepada Ketua Pengarah BPR yang dulu menyebut kaitan dengan Israel, menyebut pemegang saham Asiasoft.

“Ketua Cawangan Khas PDRM mengesahkan syarikat ini ada kaitan dengan perisik Israel,” katanya lagi.

Anwar berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hanya perlu merujuk laporan di pejabatnya sendiri untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai pembabitan unsur-unsur Yahudi dalam urusan PDRM.

Di peringkat kerajaan, katanya, wujud bukti jelas bahawa kalangan pimpinan Umno sendiri mempertikaikan tindakan najib mengupah APCO.

Sumber: TvSelangor

Saya jawab Musa Hassan tentang isu Asiasoft

Mr. Izhak Naskar dan Dr. Ido Schechter (siapa mereka ?) ketika pelancaran bursa saham syarikat TIS di Bursa Saham Tel Aviv pada 3 Disember 2006

Semalam didedahkan di dalam Parlimen oleh YB Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa wujudnya perisik-perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tentunya pendedahan ini telah menggemparkan rakyat dan juga negara setelah isu perlantikan syarikat milik zionis Israel, APCO Worldwide Sdn. Bhd. dengan bayaran sebanyak RM 23 juta oleh PM Najib dibongkar.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008. Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

“Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel,” katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut. Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

“Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

“Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.
Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

“Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan,” katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

Apa yang menarik ialah respons awal daripada Musa Hassan. Beliau dilaporkan berkata kalau ada bukti, tolong berikan kepada saya. Pada saya ini jawapan politik. Sepatutnya beliau mempunyai perasaan bertanggungjawab dengan mengarahkan segera perkara ini disiasat. Saya cadangkan Musa Hassan membaca tulisan ini yang telah diletakkan di dalam blog pada 21/8/2008 lagi. Mungkin maklumat ini belum lagi diketahui oleh Musa atau beliau buat-buat tidak tahu !

The Royal Malaysian Police (PDRM) is in the process of computerising its operations so that it is better-equipped to solve and reduce serious crimes such as Bloggers slandering the Deputy Prime Minister’s wife and whatnot. The computerisation program entails various phases as the two-page chart below shows.

Three companies have been short-listed to undertake this work — Master Plan Consulting Sdn Bhd, System Protocol Information Sdn Bhd and D. G. Kom Sdn Bhd. But these three companies were given different phases of these contracts on condition that they all sub-contract the work to Asiasoft (M) Sdn Bhd.

Who are the people behind Asiasoft and how come they wield immense power in the police force? And what is the Israeli link? Let us examine the facts.

Master Plan Consulting Sdn Bhd (357303-V)

The company is owned by Raja Azlina Binti Raja Abdul Jalil (3 million shares) and Ahmad Firdaus Bin Abdul Halim (2 million shares). They are both Directors of the company. The company has RM26 million in assets and RM6.6 million in liabilities with a paid up capital of RM5 million.

System Protocol Information Sdn Bhd (603787-M)

The company is owned by Aswadi Anuar Bin Shamsudin (350,000 shares) and Mohd Supardi Bin Abdul Majid (150,000 shares). The Directors are Aswadi and Raziah Binti Sidek who share the same residential address and therefore could be husband and wife. The company has about RM2.3 million in assets and RM1.8 million in liabilities with a paid up capital of RM500,000.

D. G. Kom Sdn Bhd (87537-V)

The company is owned by Saki Almahdaly Holdings Sdn Bhd (6,075,000 shares), WYN Resources Sdn Bhd (1,215,000 shares), PFB & Anak-anak Holdings Sdn Bhd (405,000 shares) and Prodaya Sdn Bhd (405,000 shares). The Directors are Syed Abd Kadir Bin Ibrahim, Dato’ Mohammad Radzi Bin Salleh and Nor Azman Bin Abdul Karim. The company’s assets are RM26 million against liabilities of RM19 million with paid up capital of RM7.6 million.

Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H)

The company is owned by Bees System Sdn Bhd (350,000 shares) and Asiasoft (Singapore) Pte Ltd (15,000 shares). The Directors are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Lim Tze Kuang and Lim See Hui. The assets of the company are RM4 million against liabilities of RM1.8 million with a paid up capital of RM500,000.

Bees System Sdn Bhd (422358-V)

The company is owned by Lim See Hui (12,500 shares) and Lim Tze Kuang, Lim Mee Yoke, Lim Moi Lan, Lim Mooi Kim and Lim Mee Chin (who own RM2,500 shares each). The Directors are Lim Mooi Kim, Lim Mee Yoke, Lim See Hui, Lim Mee Chin and Seow Bee Ching @ Chee Bee Ching. The company’s assets are RM7.7 million against liabilities of RM4.8 million with a paid up capital of RM25,000.

Asiasoft (Singapore) Pte Ltd

Toh Kian Hong, the Singaporean Director of Asiasoft (M) Sdn Bhd, is also a Director of Asiasoft (S) Pte Ltd. The other Directors are Izhak David Nakar (Israeli), Ido Schechter (Israeli) and Shoshani Eliahou Moshe (Israeli with Singapore PR). The company is wholly-owned by Asiasoft Global Pte Ltd.

Asiasoft Global Pte Ltd

The Directors of the company are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Izhak David Nakar (Israeli) and Ido Schechter (Israeli). The shareholders are Toh and Top Image System Limited (Israel).

Top Image Systems Limited

You can read about the company in the following link: http://www.topimagesystems.com/

Izhak David Nakar (Israeli passport number 10902695)

Izhak David Nakar founded Top Image Systems Limited and served as Chairman of the Board and CEO from inception until May 2001. In 2005, he was re-elected as the Chairman of the Board and in this position is responsible for TIS’s strategic M&A activity.

Mr. Nakar served in the Israel Air Force from 1970 to 1987, where he led various large-scale highly technical development projects, including leading a development team that worked in cooperation with the U.S. Air Force. He received his B.Sc. in Computer Science from Bar Ilan University in 1982, and an MBA from Tel-Aviv University in 1984. Mr. Nakar is a recipient of the “Israel Defense Award,” bestowed annually by the President of Israel, for the development of high-tech systems in the field of intelligence for the Israeli Defense Force. He also received the “Man of the Year Award” in Business and Management (‘95-’96) in recognition of his business accomplishments and contributions to the growth and development of Israeli high-tech companies.

In 1998, Mr. Nakar founded NIR4YOU Capital, a privately held investment company specializing in early stage investments in high–tech companies. NIR4YOU Capital has 14 companies on its portfolio including: ForesCout, e-mobilis, TopGuard, Matearis, Video Codes, SundaySky, Secur DI, MomSense, etc. Three of the 14 companies were sold to large enterprises, including SAP and Microsoft. In 2004 Mr. Nakar was elected as a Board member of the Israel-Japan chamber of Commerce.

(http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )

Ido Schechter (Israeli passport number 56626252)

Dr. Schechter has been with Top Image Systems Limited for 9 years and is serving as the Company’s CEO since January 2002. Prior to that, Dr. Ido Schechter was the Company’s Vice President of Sales and Marketing from August 1996. From January 1995 until August 1996, Mr. Schechter served as General Manager of Super Image, an affiliate of the Company; which operates a form processing service bureau.

From August 1993 to December 1994, Mr. Schechter oversaw the start-up of automatic form processing services at Israel Credit Cards, Ltd. From 1991 to 1993, Mr. Schechter was a research scientist at the Horticultural Research Institute of Ontario, Canada. Mr. Schechter is the recipient of eight Honors and Scholarships, has published or presented more than twenty-five articles and is a Captain in the Israeli Air Force. Mr. Schechter received his Ph.D. and M.Sc. in Plant Physiology from the University of Guelph in Ontario, Canada and his B.Sc. from the Hebrew University in Israel.

sumber : www.tranungkite.net

Pejabat Ketua AMK

1 Malaysia = 1 Israel

Ketua pembangkang, YB Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman. Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu. Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel. Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing. Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.“Tak iktiraf israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam,” katanya.

APCO: Pemuda PKR mahu Najib, Khairy disiasat

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 6 April — Isu APCO Worldwide berlarutan dengan sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan mendesak polis menyiasat pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam mendapatkan khidmat firma itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa penglibatan kedua-dua Najib dan Khairy sama ada secara langsung ataupun tidak telah memberi impak amat besar kepada negara terutamanya dari segi keselamatan.

“Ini kerana sebagai pemimpin negara, Perdana Menteri seharusnya sedar akan risiko yang diambil dengan membenarkan APCO sebagai penasihat beliau dalam hal ehwal komunikasi dan membentuk imej.

“Begitu juga dengan slogan 1 Malaysia yang mewujudkan polemik berpanjangan apabila wujud acuan Zionis dalam gagasan yang disiulkan beliau setiap hari.

“Selain itu, kita juga mahu polis menyiasat hubungan Khairy dengan Pengarah Ethos & Company, Omar Mustafa yang dahulunya Penasihat kepada Datuk Najib.

“Ini kerana Khairy dilihat bermati-matian mempertahankan pengarah firma perunding tempatan itu yang sebelum ini bertanggungjawab menghubungkan kerajaan Malaysia dan APCO,” kata beliau selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Semalam ahli-ahli Parlimen PAS menyerahkan memorandum meminta Majlis Raja-raja Melayu campur tangan meminta Najib membatalkan kontrik dengan APCO juga atas aspek keselamatan dan kedaulatan.

Beliau berkata, laporan itu turut mahu satu siasatan terperinci terhadap Najib dan Khairy mengenai satu perjanjian di antara kerajaan Malaysia dan APCO.

“Kita mahu polis menyiasat perkara ini yang dibuat pada 4 Ogos 2009 mengenai perjanjian perkhidmatan … to provide service on public relation, daily management and goverment relation outreach for Government in United States.

“Daripada perjanjian itu, kita percaya APCO mempunyai hubungan dengan kerajaan Israel iaitu satu kerajaan yang banyak menindas orang Islam di Palestin,” kata beliau.

Shamsul Iskandar menambah dengan wujudnya kontrak antara Malaysia dan APCO, isu keselamatan negara adalah diragui memandangkan hubungan APCO dengan Israel.

“Kita bimbang sekiranya kerajaan Malaysia sama ada secara langsung ataupun tidak memberikan maklumat-maklumat sulit terutamanya dalam isu keselamatan negara kepada APCO,” katanya.

Turut hadir ketika membuat laporan polis itu Timbalan Ketua AMK Faris Musa, Ketua Penerangan AMK Lee Khai Loom, Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar dan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Shamsul Iskandar memberitahu, tindakan Najib dan Khairy menunjukkan seolah-olah isu keselamatan negara tidak penting.

“Jadi kita harap polis dapat menjalankan siasatan terperinci bagi memastikan apakah tujuan sebenar kedua-dua individu ini dalam mempertahankan kontrak yang dimeterai dan apakah kepentingan mereka dalam perjanjian tersebut.

“Justeru, melihat kepada keadaan ini kita mencabar Datuk Najib dan Khairy Jamaluddin berdebat mengenai perkara ini.

“Kita mahu mereka menjelaskan secara terperinci dalam perkara ini supaya rakyat faham apa sebenar yang berlaku,” katanya.

www.themalaysianinsider.com

Pejabat Ketua AMK

Ayuh Nyahkan Pengaruh Zionis Dari Malaysia

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
6 April 2010

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dua individu berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 30 Mac lepas bersabit perkaitan Apco Worldwide Sdn Bhd dengan pimpinan Zionis, Israel.

Kedua individu tersebut ialah Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Umno, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Keterlibatan kedua individu ini secara langsung ataupun tidak memberikan impak yang sangat besar buat negara, dalam konteks keselamatan khususnya. Apatahlagi pembuktian konkrit di Parlimen mengenai perkaitan tokoh Zionis di dalam Apco yang dilantik sebagai perunding komunikasi Malaysia langsung tidak dinafikan secara imperikal oleh mana-mana pihak daripada kerajaan Malaysia khususnya Umno.

Dato’ Sri Najib sebagai pemimpin negara seharusnya sedar akan risiko yang diambil dengan membenarkan Apco terlibat untuk menasihati beliau dalam hal ehwal komunikasi dan image building, pun begitu kelihatan obsesi ke atas slogan 1Malaysia hanya mencetus polemik yang berpanjangan apabila wujud ‘acuan Zionis’ di dalam gagasan yang sedang dicanangkan saban waktu oleh beliau.

Hubungan baik Khairy dengan Omar Mustapha, Pengarah Ethos & Company yang dahulunya merupakan Penasihat kepada Najib (sewaktu menjawat Timbalan Perdana Menteri) boleh memberi petunjuk mengapa Khairy bermatian mempertahankan Ethos dan Omar yang bertanggungjawab menghubungkan kerajaan Malaysia dan Apco. AMK percaya bahawa hubungan baik sama sekali tidak boleh diguna pakai untuk menghalalkan susupan masuk puak Zionis di dalam pentadbiran negara.

AMK mengulangi gesaan Ketua Pembangkang betapa wujud keperluan untuk sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat keterlibatan ini, demi menjamin keselamatan negara tidak digolok gadai demi melampiaskan nawaitu politik Umno semata-mata.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia