
Dari Keadilan Daily
4 Disember 2011
AMK berterima kasih dengan kritikan dari akar umbi
KUALA LUMPUR: Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN, Julailey Jemadi memuji anggota akar umbi AMK yang berani melontarkan pandangan membina kepada pimpinan tertinggi AMK sewaktu kongres sehari di Pulai, Johor 25 November lalu.
Menurutnya, segala teguran itu membantu merapatkan hubungan di antara pimpinan AMK dan ahli-ahli di peringkat akar umbi. Ia juga merupakan satu cerminan jelas semangat reformasi menyeluruh yang sentiasa ditekankan parti.
“Tahniah kepada pembahas yang melontarkan teguran dan pendangan serta kritikan membina kepada pimpinan AMK. Inilah keterbukaan yang kita harapkan agar kesinambungan dan ukhwah di antara pimpinan dan ahli disetiap peringkat bertambah kuat.
“Ini adalah pandangan anak muda yang begitu mengharapkan mekanisma baru yang boleh merubah landskap negara.
“Oleh demikian, kongress ini berjaya menyuntik kembali semangat anak-anak muda untuk terus melaksanakan reformasi total. Malah anak-anak muda inilah yang mengimbangi perjalanan parti agar tidak pincang,” kata Julailey.
Beliau juga yakin dan percaya anak-anak muda AMK benar-benar bersedia berbakti untuk parti dan peranan mereka juga tidak boleh diambil oleh pihak lain.
“Semangat anak-anak muda yang hadir dari seluruh cabang benar-benar memberi impak. Anak muda sekarang sudah bersedia dengan apa sahaja cabaran, kerana anak muda sekarang ini tidak lagi boleh di pandang enteng,” kata Julailey.
Kongres Nasional AMK berlangsung pada 25 November lalu di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru, sehari sebelum Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kelapan berlangsung selama dua hari di tempat yang sama.
—Keadilan Daily
Sila hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2011 (Khamis) dan 9 Disember 2011 (Jumaat) ini.Reformasi!
*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!