Jelajah AMK di Sabah mulai 15 Nov Akan Dedah Skandal Musa Aman.


Dari KeadilanDaily

11 November 2012

AMK jelajah Sabah dedah skandal RM40 juta Musa Aman

PETALING JAYA 11 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan menjelajah seluruh Sabah bagi mendedahkan skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan ketua menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, jelajah ‘Kembalikan RM40 juta Hak Rakyat Sabah’ itu akan dilancar Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali di Sungai Sibuga dalam parlimen Libaran yang diwakili Musa, 15 November ini.

“Kami juga akan membuat laporan polis di setiap 22 kawasan Parlimen yang kami singgahi agar siasatan dijalankan dari mana datangnya RM40 juta ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan AMK di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi.

Menurut Shamsul, jelajah selama 5 hari itu akan berakhir di Parlimen Labuan pada 19 November.

Turut hadir sidang media itu Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Ketua Penerangan AMK Lee Khai Loon, Ketua AMK Sabah Mohd Serman Hassnar dan pimpinan lain.

Shamsul berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) ada menghubunginya dan memaklumkan kes itu selesai dengan alasan tiada kes.

“Sebagai pengadu dalam kes ini sejak 2009, saya tidak puas hati kerana terdapat percanggahan kenyataan di Malaysia mengenai kes ini di mana Datuk Seri Nazri Aziz kata ‘kes selesai kerana ICAC tidak teruskan dengan siasatan’

“Manakala ada pula yang kata ‘kes ini selesai kerana ia wang Umno, jadi mana satu (yang betul),” soalnya.

Katanya, beliau akan menulis surat rasmi kepada ICAC Hong Kong untuk mendapatkan penjelasan dan sudahpun melantik peguam untuk mengendalikannya.

Katanya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull 5 Oktober lalu turut menyatakan agensi itu memerlukan lebih banyak bukti mengenai skandal itu.

“Kenyataan ini juga membawa maksud kes ini belum ditutup dan masih disiasat. Sebab itu, kami berpegang pada kenyataan Shukri Abdull selain menuntut penjelasan dari ICAC,” tegasnya.


— Keadilandaily

Jadual Program Ketua AMK 8-11 Mac 2012

Program Jelajah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia (JEJAK-KeADILan)

8/3/2012 (Khamis) – Pahang

7.30 malam:

Solat Maghrib di Masjid Kuala Krau

8.30 malam:

i) Jamuan Rakyat
Lokasi: Markas Keadilan Kuala Krau

ii) Syarahan Perdana dan Sesi Bersama Peneroka Felda
Lokasi: Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Pahang

9/3/2012 (Jumaat) – Negeri Sembilan

8.30 malam:

Pertemuan dengan jentera AMK Jempol dan Felda Palong

9.30 malam:

Syarahan Perdana dan Sesi Bersama Peneroka Felda
Lokasi:Felda Palong 2, Jempol, Negeri Sembilan

10/3/2012 (Sabtu) – Johor

9.00 malam:

Ceramah Perdana bersama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: KM 18, Kg Parit Haji Salleh Ros, Jalan Kluang, Batu Pahat.

11/3/2012 (Ahad) – Melaka

2.00 petang:

Perasmian program “Field Coaching” kepada jentera kempen Keadilan Melaka

5.00 petang:

Forum Wanita sempena Hari Wanita
Lokasi: Pejabat Keadilan Melaka

8.00 malam:

Tazkirah Maghrib anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia Melaka
Lokasi: Markas ABIM Melaka.
Tetamu Undangan: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan wakil Hamas.

9.30 malam:

i) Ceramah Umum Pertama bersama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: Lot 8031 KM 29, Kampung Sebatu 77400 Sg Rambai Melaka (rumah Borhan Mat)

ii) Ceramah Umum Kedua bersama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: No. 188 Solok Baroh, Pasir Puteh, Bachang, Melaka (rumah Pak Bakar)


—Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

Program Ketua AMK (3/2/2012 – 6/2/2012)

Jadual Program Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

3/2/2012 (Jumaat):

8.00 mlm – 12.00 tgh mlm:

Program bengkel pidato peringkat negeri Melaka
Bersama: Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin

4/2/2012 (Sabtu):

10.00 pagi:

Gerak gempur risalah
Lokaasi: Felda Meggong, Machap

3.00 ptg:

Rapat rakyat bersama Orang Asal
Lokasi: Bukit Putus, Machap, Melaka

5.00 ptg:

Sesi dialog isu Felda
Lokasi: Felda Bukit Putus, Machap, Melaka
Bersama: Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda Kebangsaan KEADILAN)

Hj Suhaimi Said, Sdr. Shamsul Iskandar

8.00 mlm:

Sambutan Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Chai) Peringkat Negeri Melaka
Lokasi: Perkarangan Bilik Gerakan Parti KeADILan Rakyat (PKR), No 7, Jalan MJ 36, Taman Merdeka Jaya, Melaka
Tetamu:
1) Dato’ Chua Jui Meng (Naib Presiden PKR & Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor)
2) YB Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan & Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR)

YB Hee Loy Sian, Dato' Chua Jui Meng, Sdr. Shamsul Iskandar

5/2/2012 (Ahad):

2.00 ptg:

Rakaman Video Klip PRU 13 Pakatan Rakyat Melaka
Lokasi: A Famosa, Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

7.30 mlm:

Sambutan Maulidur Rasul; Selawat dan Ceramah Maulid
Anjuran: Persatuan Kebajikan Ibnu Sina
Lokasi: Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka

8.00 mlm:
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Chai)
Anjuran: DAP Melaka
Lokasi: Taman Pandan Mawar, Lorong Pandan, Melaka

6/2/2012 (Isnin):

9.00 mlm:

Ceramah Rakyat
Lokasi: Tasman Tanah Merah Jaya, Pantai Kundor, Melaka
Penceramah:
1) YB Dato’ Kamarul Baharin Bin Abbas (Ahli Parlimen Teluk Kemang & Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) N.Sembilan)
2) YB Azan Bin Ismail (Ahli Parlimen Indera Makhkota & Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu)
3) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia & Pengerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPN) Melaka)

YB Datuk Kamarul Baharin, YB Azan Ismail, Sdr. Shamsul Iskandar

11.00 mlm:

Ceramah Umum
Lokasi: Kg. Guan, Kg. Sungai Baru, Melaka
Penceramah:
1) YB Ng Suee Lim (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan (Selangor))
2) Haji Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka)
3) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia & Pengerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPN) Melaka)

Hj. Adly Zahari, YB Ng Suee Lim, Sdr. Shamsul Iskandar


— Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

Program Ketua AMK & PKR Melaka (28/1 – 31/1)

28/1/2012:

Ketua AMK (KL & Terengganu):

12.00 tgh hari:
Mesyuarat di Ibu Pejabat, Tropicana

8.00 malam:
Bersama Angkatan Muda KeADILan (AMK) Cabang Kemaman, Terengganu

10.00 malam:
Ceramah Umum:
Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Kawasan Kemaman, Terengganu:
Lokasi: Dataran Mak Chili, Kemaman, Terangganu
Penceramah:
1- YB Ustaz Che Abdullah Mat Nawi (ADUN Kelantan yang mewakili Menteri Besar Kelantan)
2- Sdr Shamsul Iskandar (Ketua AMK PKR)
3- YB Mohd Abdul Wahid Endut (Ahli Parlimen Kuala Terengganu)

29/1/2012:

PKR Melaka (Melaka):

9.30 pagi:
Program Bersama Rakyat
Lokasi: Pasar Tani Taman Seri Teluk Emas, Melaka

11.00 pagi:
Program Gerak Gempur
Lokasi: Felda Kemendor, Jasin, Melaka

8.00 malam:
Kenduri Rakyat Sempena Bebas Anwar 901 (Felda Kemendor, Jasin)
dan
Ceramah Umum (Solok Bukit Pulau, Bukit Baru Melaka)
Penceramah:
1- Dato’ Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)
2- Hj. Suhaimi Shafie (ADUN Sri Muda)

Ketua AMK (KL & Indonesia):

2.00 petang:
Mesyuarat MPP

8.00 malam:
Lawatan ke Bandung, Indonesia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim

30/1/2012:

Lawatan Kerja DSAI dan Ketua AMK (Indonesia)

9.00 pagi:
Syarahan Imadudin Memorial
Lokasi: Institut Teknologi Bandung, Indonesia

8.00 malam:
Makan Malam bersama Penegerusi DPD RI, Pak Irman Gusman

9.00 malam:
Pidato Kebudayaan
Lokasi: Taman Ismail Marzuki, Cikini

31/1/2012:

Pulang

—Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

20 Januari 2012: Ketua AMK di Jakarta

20 Januari 2012

Program Ketua AMK Di Jakarta 20/1/2012

Butiran:

3.00 petang (4.00 petang Malaysia):

Wacana Perkembangan Politik Malaysia Pasca Pembebasan Anwar

Panelis:
1) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin – Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia
2) Sdr. Syed Shahir – Bekas Presiden Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC)

Anjuran:
Bidang Luar Negeri Perhimpunan Keluarga Besar Pelajar Islam Indonesia (Perhimpunan KB PII)

5.30 petang (6.30 petang Malaysia):

Forum Siaran Langsung di JAK TV
Tajuk: Sistem Pemilu Yang Terbaik (Sistem Pilihanraya Umum Terbaik)


—Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

3 Hari Menjelang #BebasAnwar901: DSAI di Lembah Klang

Berikut adalah jadual jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hari ini:

6 Januari 2012 (Jumaat):

1) Solat Jumaat di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang, Selayang

2) 8.30 malam: Lembah Pantai (Dewan Gasing Indah, Petaling Jaya)

3) 10.30 malam: Kelana Jaya (Stadium 3K, Subang Jaya – Berhampiran Sunway Lagoon)

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Program #JUMPARakyat Ketua AMK 29 dan 30 Oktober 2011

29 Oktober 2011, Sabtu (Sarawak):

Jam 10.00 pagi:
Sidang Media Program JUMPA Rakyat di Sarawak

Jam 11.00 pagi:
Program JUMPA Rakyat di Lambir (Parlimen Sibuti)

Jam 1.00 petang:
Program JUMPA Rakyat di Kampung Pasir, Senadin (Parlimen Miri)

Jam 3.00 petang
Dari lapangan terbang Miri bertolak ke Kuching

Jam 9.00 malam:
Ceramah Perdana JUMPA Rakyat di Petra Jaya

30 Oktober 2011, Ahad (Sarawak dan Melaka):

Sebelah siang:
Program JUMPA Rakyat di Satok

Jam 10.00 pagi:
Mesyuarat AMK Negeri Sarawak

Jam 9.00 malam:
Ceramah Perdana & JUMPA Rakyat di Bukit Katil, Melaka

b/p:
Shamsul Iskandar Mat Akin
Ketua Angakatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

Lim Guan Eng Ketuai Delegasi Ke Filipina

Kenyataan Akhbar

27 Oktober 2011

Penang CM leading state delegation to Manila

The Penang Chief Minister YAB Lim Guan Eng is leading a state delegation to Manila, Philippines from 26th October till 28th October 2011. The purpose of the trip is to visit and study the successful story of the City of Manila which has been named the second top Business Process Outsourcing (BPO) destination in the Asia-Pacific region by the International Data Corporation (IDC).

Philippines was also named as the ‘Off Shoring Destination of the Year‘ by the United Kingdom’s National Outsourcing Association. In the IDC report Manila was ranked second after Bangalore, India.

The Chief Minister’s visit will include meetings with main Shared Services & Outsourcing (SSO) players in the Philippines who are involved in contact centers, BPO services, data transcription, animation, engineering and software development. This investment trip is in line with the State’s objectives of having a BPO, SSO and Shared Information Outsourcing (SIO) hub for leading global SSO (BPO-KPO) companies to invest or expand their current operations in Penang.

While in Manila, the Chief Minister will meet up with the senior executives of Asian Development Bank (ADB) to discuss facilitation by the ADB on public and socio-economic projects undertaken in Penang; Alliance Global Group, Inc, and Manila Broadcasting Company. During this visit, the Chief Minister and delegation will also tour the Cyberpark sites.

The Chief Minister will be accompanied by YB Tuan Hj. Abdul Malik – State Executive Councilor of the Penang State Government ; YB Senator Tunku Abdul Aziz and YB Tuan Koay Teng Hai – Board Members of InvestPenang;Pn Hafidzah bt Hassan -Deputy Director Makro UPEN; Dato‘ Rosli Jaafar – General Manager of PDC ; Miss Loo Lee Lian – General Manager of InvestPenang; Mr. Ooi Kok Seng – KPMG Penang (Program coordinator); Ms Anna Ong – Senior Manager InvestPenang; Ms Lim Chiew Boey -Special Assistant to the Chief Minister and MissTun Qurratul Ain – Senior Executive InvestPenang.

Special Assistant to
Chief Minister of Penang

Tan Sri Khalid Ketuai Delegasi Pelaburan ke Iran

Kenyataan Akhbar

27 Oktober 2011

MENTERI BESAR KETUAI DELEGASI PELABURAN KE IRAN

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berlepas ke Iran pada Rabu lalu bagi menyertai misi pelaburan selama tiga hari ke Wilayah Gazvin.

Kunjungan ini bagi memenuhi undangan pemerintah wilayah berkenaan yang antara lain bertujuan mengukuhkan hubungan perdagangan antara Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Gazvin.

Sepanjang lawatan tiga hari ini, Menteri Besar yang mengetuai 16 delegasi akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor dan Pegawai Kanan Wilayah Gazvin (Bahagian Sektor Awam dan Swasta) selain perbincangan perniagaan bersama Dewan Perdagangan dan Perindustrian Wilayah Gazvin.

Beliau juga dijadual mengadakan lawatan ke MAPNA’s Gas & Electric Turbine and Locomotive Plant, Universiti Antarabangsa Imam Khomeini dan Taman Sains dan Teknologi Qazvin.

Misi pelaburan ini disertai EXCO Negeri Selangor YB Rodziah Ismail, YB Dr Halimah Ali, YB Yaakob Sapari, YB Ronnie Liu di samping pegawai-pegawai kanan Jabatan Pertanian, PKNS, Universiti Selangor (UNISEL), Tourism Selangor, KDEB dan SSIC.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor ini dijangka kembali ke tanah air pada Isnin ini.

Dalam tempoh Januari hingga Julai 2011, jumlah pelaburan Iran di Selangor hanyalah RM1 juta dan Kerajaan Selangor berharap jumlah pelaburan ini dapat ditingkatkan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Politisi Malaysia Berikan Apresiasi Muktamar PPP

Politisi Partai Islam Malaysia memberikan apresiasi terhadap pelaksanaan Muktamar VII Partai Persatuan Pembangunan atau PPP, di Bandung, 3-7 Juli 2011 yang dinilai menyuarakan umat Islam.

Ketua Angkatan Muda Partai Keadilan Rakyat Malaysia, Shamsul Iskandar Mohammad Akin, di Bandung, Senin, mengatakan, tema Muktamar VII PPP yakni menjadikan PPP sebagai rumah besar umat Islam, sangat simpatik. “Saya sangat terkesan dan memberikan apresiasi terhadap tema yang diusung PPP pada muktamar di Bandung ini,” katanya.

Shamsul Iskandar Mohammad Akin dan temannya Wakil Ketua Angkatan Muda Partai Islam Se-Malaysia Aminullah Rasyid hadir pada pembukaan Muktamar VII PPP di Gedung Sabuga, Bandung, Minggu (3/7).

Sejumlah politisi muda Islam dari Malaysia diundang oleh Gerakan Muda Pembangunan Indonesia (GMPI) yakni salah satu Ormas PPP.

Menurut Iskandar, dari tema tersebut tidak hanya mengakomodasi umat Islam di Indonesia tapi sampai ke kawasan Asean, karena bangsa Indonesia dan bangsa Malaysia serta bangsa di negara tetangga lainnya masih serumpun sebagai bangsa Melayu. Pada kesempatan tersebut, Iskandar juga memuji iklim demokrasi di Indonesia yang dinilai sudah terbuka dan dewasa. “Saya melihat Ketua Umum PPP ketika menyampaikan pidatonya secara terbuka, termasuk mengkritik pemerintah. Di Malaysia hal itu tidak bisa dilakukan oleh pimpinan parpol,” katanya.

Wakil Ketua Angkatan Muda Partai Islam Se-Malaysia Aminullah Rasyid juga memuji pidato yang disampaikan Ketua Umum PPP, Suryadharma Ali. Aminullah menilai, pidato Suryadharma Ali menyampaikan berbagai persoalan secara kritis. “Pidato Pak Suryadharma juga menghilangkan dikotomi antara Islam dan nasionalis. Ini sangat menarik untuk dikaji lebih jauh di Malaysia,” katanya.

Ketua Umum GMPI, Hilman Ismail Metareum, mengatakan, GMPI mengundang politisi muda Islam Malaysia karena di antara polisiti muda partai Islam se-Asean telah membentuk kaukus, yang sasarannya saling bertukar pengalaman dan saling belajar sisi baik dari partai-partai politik di negara lainnya di Asean.

Kaukus Pemuda Partai Islam se-Asean, kata dia, juga peduli terhadap persoalan masyarakat Islam di negara-negara lainnya di luar Asean.

www.harianbhirawa.co.id