Laporan rasuah di ICAC, Hong Kong

Saya bersama Ketua AMK Cabang Semporna, Sabah tiba di Lapangan Terbang Hong Kong pada jam 9 malam. Saya mempunyai jadual yang agak padat di Hong Kong sebermula esok 2/10/2009. Selain ke Independent Commission Against Corruption (ICAC), North Point, Hong Kong pada jam 10 pagi, saya juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Hong Kong. Saya juga akan bersolat jumaat di Islamic Kasim Tuet Memorial College yang dipimpin oleh saudara Imam Yusuf C.W. Yu.

Pada 14 Ogos 2008 yang lalu, semasa kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan penahanan seorang rakyat Malaysia bernama Michael Chia, confidante Musa Aman yang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah RM 16 juta. ICAC kemudiannya telah membuka kertas siasatan terhadap Michael Chia. Melalui sumber dalaman, ICAC sedang menunggu maklumat tambahan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibawa oleh seorang individu warganegara Malaysia.

Beberapa siri pendedahan telah dilakukan oleh pimpinan AMK Sabah mengenai bagaimana Michael Chia boleh memperolehi kekayaan seperti itu. Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat kemudiannya telah membuat laporan polis terhadap Michael Chia mengenai salah laku beliau yang telah disyaki memalsukan pelan kawasan pembalakan dan kemudiannya mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit. Laporan lanjut boleh didapati di www.sabahkini.net.

Oleh kerana tiada tindakan susulan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beberapa pimpinan AMK Malaysia dan juga Sabah telah mencadangkan supaya laporan lanjut dikemukakan kepada ICAC. Saudara Khairul aka Jonah, Naib Ketua AMK telah mencadangkan untuk saya sendiri membuat laporan di ibu pejabat ICAC di North Point, Hong Kong. Pada hemat saya, sudah sampai masanya kita mengambil tindakan yang drastik untuk mencegah rasuah sehingga ke akar umbi walaupun terpaksa menggunakan agensi pencegahan rasuah daripada luar Malaysia !

Saya dimaklumkan oleh beberapa orang pegawai MAS, Musa Aman dan kroni-kroninya turut berlepas ke Hong Kong dan juga ke Australia jam 9 pagi tadi. Hari ini juga menyaksikan kes rasuah Michael Chia dibicarakan di Mahkamah Sesyen Sandakan, Sabah.

Walaupun kami agak bimbang dengan keselamatan diri, namun kami percaya sesuatu mesti dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menyelamatkan wang yang sepatutnya dipulangkan semula ke pangkuan rakyat Sabah. Insya Allah, isu ini tentunya akan saya bangkitkan di dalam kempen pilihanraya kecil di Bagan Pinang nanti.

Selamatkan wang rakyat !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Kowloon, Hong Kong

Jenaka bersama Sahibussamahah Prof Dr Mustafa Ceric

Saya, Prof Dr Mustafa, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dr. Farouk Musa
Saya, Prof Dr Mustafa, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dr. Farouk Musa

Semalam telah diadakan satu syarahan mini mengenai perkembangan pemikiran Islam di rantau Eropa oleh Prof Dr. Mustafa Ceric di kediaman Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Prof Dr Mustafa efendi Cerić dilahirkan pada tahun 1952 di Visoko, Bosnia Herzegovina dan merupakan Mufti Besar (reis-ul-ulema) negara Bosnia-Herzegovina. Beliau pernah berkhidmat sebagai Professor di International Institute of Islamic Thought and Civilization atau lebih dikenali sebagai ISTAC.

Di dalam syarahan tersebut beliau berpendapat terdapat dua aliran pemikiran yang dominan di dalam dunia moden ini. Pertamanya aliran pemikiran sekular dan yang keduanya aliran pemikiran yang diistilahkan sebagai reislamization (pengislamisasian semula). Walau bagaimanapun, pada beliau, aliran pemikiran yang kedua ini sekarang sedang mendapat tempat di hati masyarakat barat khususnya Eropa. Beliau memberikan contoh seperti Turki di mana rakyat jelas menolak faham sekular dan lebih menerima faham “reislamization” yang berasaskan kepada prinsip keadilan dan kebebasan.

Di akhir syarahan, beliau berkongsi satu jenaka. Kata beliau, ada satu cerita hikayat di akhirat nanti yang membabitkan dua orang, satu ke syurga dan satu ke neraka. Yang menarik kata beliau, manusia yang terpilih ke syurga ialah pemandu teksi manakala pendakwah pula ke neraka. Oleh kerana tidak berpuas hati, pendakwah ini bertanya kepada Malaikat. Maka jawab Malaikat, kamu ini memang benar pendakwah dan penceramah tapi bila kamu ceramah ramai yang tidur dan terlelap. Pemandu teksi ini pula kebiasaannya akan memandu teksi dengan laju menyebabkan penumpang akan sering berdoa kepada Allah supaya selamat dalam perjalanan. Justeru, perbuatan pemandu teksi ini telah mendekatkan ramai manusia kepada Allah dan melayakkan beliau mendapat balasan syurga !

Kalau Perdana Menteri Ke 6 agak-agak masuk mana ?

Jadual Program Shamsul Iskandar, Ahad 19 April 2009

Berikut disertakan jadual program Ketua AMK Malaysia, Ahad 19 April 2009:

10 pagi : Perasmian Mesyuarat Agong Penubuhan Angkatan Muda
Keadilan (AMK) Bahagian Subang

3 petang : Pertemuan tertutup dan diskusi bersama pimpinan AMK
Negeri Johor di Johor Bahru

7 malam : Solat Maghrib berjemaah di Gelang Patah

9 malam : Ceramah Umum bersama YB Ketua Pembangkang Negeri
Johor di Pasir Gudang

12 malam : Program tamat

Sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Hasmuzair, Setiausaha Pengelola AMK Malaysia di talian 014.8422155.

Pejabat Ketua AMK

Ke Istanbul, Turki menelaah pilihanraya kerajaan tempatan (23-30 Mac 2009)

Saya, YB Norazan dan Saudara Zakaria Hamid akan berangkat ke Istanbul, Turki malam ini. Kami akan pulang pada 30/3/3009 sehari selepas penamaan calon untuk pilihanraya kecil. Walaupun di tanah air kempen untuk pilihanraya kecil sedang rancak, di Turki juga parti-parti politik sedang berkempen untuk pilihanraya kerajaan tempatan (municipal election).

Berikut adalah laporan akhbar Zaman Today yang memberikan gambaran kepada kita tentang pilihanraya tersebut. Mungkin ilmu yang akan dipelajari di sana boleh dikongsi dengan rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan pula pilihanraya kerajaan tempatan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Beberapa pembahagian tugas telah dibuat sempena lawatan kerja saya ke Istanbul. Operasi Angkatan Muda Keadilan bagi pilihanraya kecil di Bukit Selambau akan dipimpin oleh Saudara Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Malaysia, manakala di Bukit Gantang pula akan dipimpin oleh Saudara Khairul Anuar aka Jonah, Naib Ketua AMK Malaysia.

Saudara Zulfikar Ali Ariffin, Setiausaha AMK Malaysia pula akan membantu mengendalikan jentera pilihanraya AMK di Batang Ai. Kepada saudara-saudaraku selamat berjuang. Lawan tetap lawan !

TURKEY 29 Mar 2009 Municipal election a test for governing party’s platform

The party of Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, the Justice and Development Party (AKP), is expected to take its national lead into the municipal election, which will be seen as a referendum on national issues. The campaigns in 81 provinces, among which there are 16 metropolitan municipalities to be won, can be expected to reflect the Islamist-secularist divide in Turkey, which is a constitutionally secular country with a population overwhelmingly composed of Muslims.

The AKP’s main rivals are the secularist center-left Republican People’s Party (CHP) and the pro-Kurdish Democratic Society Party. The CHP is the oldest political party in Turkey. The Islamists defeated the CHP-Democratic Left Party alliance in the 2007 general election, turning the country away from its secular roots.

According to Turkey’s Zaman Today in Sep 2008, the AK Party holds 12 metropolitan and 58 regular municipalities. The CHP, which is the main opposition party, holds eight, two of them metropolitan (Izmir and Mersin). The DTP holds the Diyarbakir Metropolitan Municipality and the Batman, Sirnak, Hakkari and Tunceli municipalities. The Nationalist Movement Party (MHP) holds the Kastamonu, Gümüshane, Igdir and Nigde municipalities. The DSP holds the Eskisehir Metropolitan Municipality and two other cities, namely Ordu and Bartin. The True Path Party (DYP) holds only Elazig, while the Felicity Party (SP) holds Mardin and the mayor of Ardahan is an independent.

Zaman Today noted that recent public opinion polls that put the incumbent AK Party in first place with around 50 percent popular support.

Kuala Terengganu: AMK kesan pengundi hantu

Semalam saya, Fariz Musa Timbalan Ketua AMK dan beberapa rakan telah mengesan beberapa lokasi pengundi hantu di Kuala Terengganu.

Antaranya, apa yang mengejutkan saya ialah kewujudan 20 pengundi di sebuah pasaraya yang bernama pasaraya Hock Kee Seng di Pekan Kuala Terengganu.

Ketika menemui ‘boss’ pasaraya berkenaan, beliau mengatakan pasaraya berkenaan tidak mempunyai penghuni yang bermaustautin didalam berkenaan. Apabila ditunjukan senarai nama yang dicetak, beliau langsung tidak mengenali nama-nama yang dicetak didalam senarai pengundi berkenaan.

Lagi yang mengejutkan apabila di kediaman nenek Fariz sendiri yang mempunyai seorang pengundi yang berumur 82 tahun berdaftar di rumah berkenaan.

Siapa pengundi berkenaan? Fariz telah mendapat pengesahan dari keluarga beliau bahawa beliau berketurunan melayu. Namun pengundi yang berusia 82 tahun yang berdafta di kediaman nenek Fariz ialah seorang bernama dari bangsa cina.

Pelik dan ajaib!

berita yang berkaitan:

AMK kesan Dua Lokasi Disyakki ‘Port’ Pengundi Hantu

Jadual Lawatan Ke Sarawak!

KETUA Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, akan melakukan lawatan kerja ke negeri Sarawak bermula 9 Januari ini.

Berikut adalah diantara program yang telah diaturkan;

9 Januari 2009:
Malam
-Majlis Makan Malam di Batu 4, Luar Bandar Kuching

10 Januari:
Pagi
-Mesyuarat AMK Bahagian Petrajaya dan Satok, Restoran DD, Kuching
-Ceramah Kelompok di Kg Jaya Bakti, Santubong
-Lawatan ke Kg Buntal, Santubong

Petang

-Perjumpaan bersama pemimpin dan rakyat di Bandar Baru Samarian, Santubong

Malam
-Ceramah Kelompok di Lot Bako, Santubong

11 Januari:

PAGI

– Ceramah di Kampung Pendam, Batang Sadong
– Ceramah Kelompok di Kampung Serpan, Asajaya

PETANG
-Ceramah dan Perasmian Jawatankuasa AMK Samarahan di Pinang di Kota Samahan
-Ceramah Kelompok di Kampung Pinang

Untuk segala maklumat atau perubahan, sila hubungi Ketua AMK Sarawak Rahamat Idil Latif di talian 0168746100

Ayuh kita bawa angin perubahan di Bumi Kenyalang!
Sekian
Pejabat Ketua AMK Malaysia
http://www.shamsuliskandar.com