4 Tokoh Profesional Sertai KEADILAN Dialu-alukan – Presiden KEADILAN


Kenyataan
Presiden Pari KEADILAN Rakyat (PKR)

24 Mei 2012

Empat tokoh profesional masuk PKR

KEADILAN dengan berbesar hati ingin mengumumkan penyertaan empat orang tokoh profesional sebagai anggota KEADILAN. Mereka adalah Koh King Kee, bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Brigadier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khatcab, Praba Ganesan, bekas Pengarang laman portal berita internet The Malaysian Insider dan Dr.Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah undang­-undang di Universiti Antabangsa Malaysia (UIAM).

Koh King Kee yang merupakan graduan lepasan Universiti Malaya, pernah menjadi tahanan ISA pada Disember 1974 disebabkan beliau bergiat aktif memperjuangkan KEADILAN sosial. Beliau seorang tokoh korporat yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air walaupun pada ketika beliau menyambung pelajaran di University of Wisconsin dan berkhidmat di syarikat swasta di Beijing. Atas kepakaran dan pengalaman beliau, KEADILAN telah melantik beliau sebagai Penyelaras Penyelidikan bagi membantu usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat memenangi kerusi-kerusi dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Brigadier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khattab pula merupakan bekas pegawai tertinggi Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) yang pernah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM di Sungai Besi. KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Perundingan Keselamatan KEADILAN.

Manakala Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru telah dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Parti KEADILAN Rakyat yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial Parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal menjelang.

Penyertaan Dr. Abdul Aziz Bari sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan karismatik beliau begitu menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam usaha me-“MERDEKA”-kan RAKYAT dari rejim UMNO dan Barisan Nasional.

KEADILAN sangat mengalu-alukan penyertaan empat tokoh profesional ini dan membuka seluas-luas pintu kepada mana-mana tokoh atau individu yang ingin turut serta bersama KEADILAN dalam memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan untuk masa depan Malaysia yang cerah.


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti KEADILAN Rakyat (PKR)

Jelajah DSAI: Siaran Langsung di Portal Selangorku Malam ini.

Malam ini ceramah Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim “Merdeka Rakyat” di Lembah Pantai akan disiarkan secara langsung di http://www.selangorku.com/

24hb Mei

Diskusi: Halatuju Politik & Ekonomi Negara

Masa Siaran: 9.00 mlm – 11.30 mlm

Lokasi: Pantai Permai, Pantai Dalam

Penceramah:
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) YB Nurul Izzah
3) YB Tian Chua
4) Sdr. Shamsul Iskandar

— Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Saham FGVH (Felda): 2 Bank Tarik Diri


Dari Malaysiakini

24 Mei 2012

ANAK: 2 bank tarik diri beri pinjaman beli saham FGVH

Dua buah bank yang dikatakan terbabit dalam memaksa peneroka Felda menandatangani borang pinjaman untuk pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), telah bersetuju untuk membatalkan permohonan yang telah dikemukakan kepada mereka, dakwa NGO berkaitan PAS – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Kedua-dua institusi kewangan itu bersetuju untuk membatalkan
borang pinjaman yang diserahkan oleh kira-kira 153 peneroka, yang juga plaintif dalam kes permohonan injunksi yang didengar di Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini, kata Presiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) semalam.

Menurutnya, salah sebuah daripada bank tersebut menulis kepada peguam plaintif di Pahang untuk memaklumkan keputusannya untuk menarik diri daripada skim pinjaman tersebut, manakala yang satu lagi “dijangka berbuat demikian sedikit masa lagi”.

Mazlan berkata, penarikan diri bank-bank tersebut membuktikan bahawa asas tuduhan mereka adalah betul, iaitu memang terdapat unsur penipuan dalam meminta peneroka menandatangani borang pinjaman.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama kedua-dua buah bank berkenaan sementara menunggu respons kepada soalan kami.

Mazlan memberita demikian kepada pemberita selepas mesyuarat antara ANAK dengan pegawai jabatan maklumat Bank Negara semalam.

Dalam pertemuan tersebut, ANAK mengemukakan memorandum kepada Bank Negara berhubung dakwaanya mengenai perjanjian pinjaman yang dipaksa ke atas lebih 80,000 peneroka Felda yang telah menandatanganinya tanpa pemahaman sepenuhnya, dan turut menamakan tujuh buah bank yang menawarkan pinjaman tersebut.

Mereka ialah Bank CIMB Bank, AmBank Bhd, Maybank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Bhd, Affin Bank Bhd dan OCBC Bhd.


— Malaysiakini

Program Ketua AMK Di Melaka Pada 30 Mei 2012

Perasmian Bilik Gerakan Dan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAKATAN RAKYAT Parlimen Bukit Katil

Ceramah Umum Dan Persembahan LIVE Nyanyian Lagu Tema Pilihanraya PAKATAN RAKYAT PRU Ke 13

Penceramah:
-YB Nga Kor Ming(MP Taiping & ADUN Pantai Remis)
-YB DR. Mohd Hatta Ramli(MP Kuala Krai)
-YB DR.Yaakob Sapari(Ahli Exco Selangor)
-YB Goh Leong San(ADUN Kesidang)
-SDR. Shamsul Iskandar(Ketua AMK)
-SDR. Adly Zahari(Pesuruhjaya PAS Melaka)

Tarikh:30-05-2012 (Rabu)
Masa:8.00pm
Tempat:Pusat Servis DAP DUN Ayer Keroh
Alamat:63-2,Jalan BBI 1,Taman Bukit Beruang Indah,Bukit Beruang,75450 Melaka.

—Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Esok: Ketua AMK di Jelajah DSAI ke Lembah Pantai

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Parlimen Lembah Pantai

Merdeka Rakyat

24 Mei 2012 (Khamis)

1) 7.15 mlm

Solat & Tazkirah Maghrib:
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut

2) 9.00 – 12.00 mlm –

Ceramah Perdana:
Hala Tuju Ekonomi Dan Politik Tanahair
Lokasi : Perkarangan Flat Pantai Permai, Pantai Dalam (Jln Bukit Angkasa)

3) Penceramah :

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Nurul Izzah Anwar
iii. YB Tian Chua
iv. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pertahan Hak Golongan Pendidik, Selamat Hari Guru! – AMK


Kenyataan
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

16 Mei 2012

AMK tekad pertahan hak golongan pendidik

Setiap tahun pada 16 Mei adalah hari bersejarah untuk para guru. Di kesempatan ini, Angkatan Muda KEADILAN ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas segala bakti dan usaha yang para guru telah sumbangkan.

Namun begitu budi dan segala tunjuk ajar para guru dan pendidik ini tidak boleh kita perlekehkan. Kita dibimbing mengenali Alif hingga Ya, A hingga Z dan dari sekecil angka 0 hingalah kiraan berjuta.

AMK melihat para guru dan pendidik ini adalah simbol keperibadian bangsa yang amat bernilai. Justeru hari ini adalah hari yang perlu kita raikan agar pengorbanan guru selama ini yang membentuk budaya dan masyarakat sosial dapat kita kongsi bersama.

Semoga guru-guru terus tabah dalam menerusi perjuangan mendidik anak bangsa seterusnya memartabatkan mutu pendidikan negara.

Dalam mendepani era kemajuan dan teknologi, AMK yakin dan percaya bahawa golongan guru-guru ini sudah bersedia mengekori perubahan dan peredaran zaman.

Selari dengan perkembangan sosial dan ekonomi. Maka adalah tidak menjadi satu permasalahan kiranya para guru ini sering melontarkan pandangan dan pendapat mereka mengenai isu-isu yang melingkari negara yang kita cintai. Kerana mereka ini insan berilmu, sudah tentulah pandangan mereka ini punyai asas dan teori yang boleh rakyat pertimbangkan dan nilai.

Oleh yang demikian, bagi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), kami adalah pewaris muda kepimpinan negara dan kami bertekad akan pertahankan hak para guru untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa sesuai dengan keupayaan mereka mendidik anak-anak bangsa. Ayuh anak muda! Sayangilah Guru Kita.

Selamat hari guru!


Julailey Jemadi
Setiausaha
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Mansuh Tol Untuk Meringankan Beban dan Perjuang Hak Rakyat – Ketua AMK


Dari: Sinar Harian

14 Mei 2012

AMK: Tuntut mansuh tol bukan modal PRU13

SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tuntutan agar dimansuhkan kutipan tol Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, melibatkan laluan Lebuh Raya Persekutuan di sini, bukan modal politik meraih undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

“Kami buat tuntutan ini adalah semata-mata untuk meringankan beban rakyat dan memperjuangkan hak rakyat,” kata beliau selepas menyertai demonstrasi yang diadakan di hadapan Plaza Tol Batu Tiga anjuran AMK Selangor, bagi menuntut pemansuhan kutipan Batu Tiga dan Sungai Rasau.

“Sudah lebih 18 tahun, sejak 1994 rakyat terpaksa menanggung beban membayar tol, bohong kalau kerajaan masih memerlukan tol untuk menampung kos pembinaan lebuh raya ini,” kata Shamsul Iskandar lagi.

Sempena demonstrasi hari ini, Ketua AMK itu menyerahkan pelekat kenderaan “Hapuskan tol demi rakyat” kepada kenderaan yang melalui Plaza Tol Batu Tiga.

Dalam pada itu, Ketua AMK Selangor, Azmizan Zaman Huri berkata, “sesiapa yang akan mansuhkan tol akan diberi undi oleh golongan muda, yang boleh meringankan beban mereka.”

“Saya juga akan bagi tarikh kepada kedua-dua parti iaitu pembangkang dan kerajaan untuk mengumumkan pemansuhan tol di dua kawasan tersebut pada masa terdekat,” katanya kepada media petang ini.

Tinjauan menunjukkan usaha itu mendapat sokongan pemandu-pemandu kenderaan yang melalui plaza tol tersebut.


— Sinar Harian

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melaka

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melaka
12 Mei 2012 (Sabtu)

4.00 Ptg – Rim, Jasin bersama YB Ronnie Liew (High Tea)
5.00 Ptg – Tmn Merdeka, Batu Berendam (High Tea)
7.00 Ptg – Tadika ABIM, Bkt Baru (Tazkirah Maghrib)
9.00 Mlm – Bkt Rambai, Tangga Batu (Ceramah Umum)
11.00 Mlm – Kg Paku, Kelemak, Alor Gajah (Ceramah Umum)

Penceramah lain:

YB Ronnie Liew
YB Johari Abdul
Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pimpinan PAS dan DAP Melaka

Semua dijemput hadir!

[Video]: Ceramah Jelajah AMK di Rembau, N. Sembilan – 5/5/2012

Ketua AMK Malaysia:

Naib Ketua AMK Malaysia & Ketua AMK Negeri Sembilan, Sdr. Nazree Yunus:

Exco AMK Malaysia, Hj. Ramlan Roes:

*Ceramah di pengerusikan oleh Exco AMK Malaysia, Sdr. Fendi Malik

ceramah merupakan acara kemuncak untuk Jelajah AMK Melaysia di Negeri Sembilan. Diadakan di Rembau. Jelajah AMK Malaysia di N.Sembilan di Ampangan. Kemudian bergerak ke Rantau untuk program edaran risalah dan kenduri rakyat dan kemudiannya menziarahi keluarga arwah Bob Kuman. Pada sebelah petang bergerak ke Port Dickson berriadah bersama penduduk tempatan sebelum malam bergerak ke Rembau untuk ceramah.

— Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Terima Tawaran La Rue – AMK


Dari Malaysiakini

7 Mei 2012

AMK gesa kerajaan terima tawaran La Rue

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata kerajaan perlu menerima tawaran daripada seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menyiasat dakwaan keganasan yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Katanya, penyertaaan oleh pelapor khas itu, Frank La Rue, akan meningkatkan lagi kredibiliti panel siasatan yang diumumkan perdana menteri sebelum ini.

Selain penyertaan La Rue, panel berkenaan juga perlu dilihat tidak berpihak dan turut menyertaan wakil daripada organisasi media dan MP Pakatan Rakyat, kata peguam itu.

Katanya lagi, keengganan kerajaan untuk berbuat demikian akan memberi gambaran tidak baik ke atas kredibiliti jawatankuasa berkenaan, kata Shamsul lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

“Kita mengalu-alukan panel bebas seperti yang dikatakan. Anggota mesti dalam kalangan jawatankuasa BERSIH, Ahli Parlimen Pakatan, Wakil Suhakam, wartawan dan juga pelapor khas dari PBB itu,” katanya.

La Rue hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa beliau sedia menawarkan diri untuk menyiasat insiden yang berlaku dalam perhimpunan 28 April itu sekiranya kerajaan menjemput beliau untuk berbuat demikian.

Peguam yang berpengkalan di Geneva itu mengikuti rapat laporan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.


— Malaysiakini