Lawatan dari Pasukan Angkatan Muda Indonesia

Hari ini, Ketua AMK Shamsul Iskandar menerima kehadiran delegasi daripada kumpulan parti-parti politik Indonesia yang hadir bagi melihat perkembangan politik tanah air. Bersempena dengan sidang khas Parlimen Malaysia mengutuk keganasan rejim teroris Israel, Shamsul Iskandar turut membawa delegasi berkenaan menemui Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Presiden PAS di pejabat.

Kesemua delegasi yang hadir ialah, Ketua Angkatan Muda Tariqat Islam Indonesia Bapak Mukhlis, Ahli Dewan Perwakilan Pimpinan Pusat (MPT) Partai Persatuan Pembangunan (PPP) Bapak Hilman, yang juga merupakan calon kerusi Parlimen Acheh bagi pilihanraya umum (Pemilu) Indonesia, Naib Ketua Dewan Pimpinan Pemuda Pusat Parti Bulan Bintang (PBB) Sdr Mustaqim, yang merupakan calon untuk Pemilu bagi kerusi Dewan Permesyuaratan Daerah (DPD) Depok (lebih kurang kerusi DUN di Malaysia) dan Ketua Biro Internasional Dewan Pemuda Pusat Parti Bulan Bintang Sdr Fathurrahman Mahfudz.

Perbincangan berlangsung selama 1 jam dan berkisar mengenai perkembangan Pemilu di Indonesia, pilihanraya kecil Kuala Trengganu dan juga keganasan di Semenanjung Gaza.


Pejabat Ketua AMK Malaysia