PKR Youth To Gun For Sarawak

KUALA LUMPUR, Mac 9: PKR Youth is setting its sights on Sarawak where it is confident of being able to make a mark when state-wide elections take place, most likely within the next few months.

“There is an air of excitement in Kuching and when you travel to the rural areas, people come out and shake our hands and the first question they ask is when? The next one is will you be taking part,” PKR Youth chief Shamsul Iskandar Akin told Harakahdaily in an interview.

Indeed, the 35-year old Shamsul found it hard to contain his own enthusiasm. In the 2006 election, PKR Youth was not ready to take on the Land of the Hornbills.

It had not set up sufficient branches or built enough networks yet. But four years hence, it is a very different story.

Young Sarawakians

According to Shamsul, Sarawakians have been watching the political developments in the peninsula very closely, especially since the landmark March 8, 2008 national polls.

“The young people in Sarawak especially the professionals have been very keen to join PKR. Our recruitment rate is very healthy and this is why PKR Youth will push the top party leadership to give the young candidates in Sarawak a chance,” Shamsul said.

“Like many other Malaysians, they were inspired by the Pakatan Rakyat victory in the five peninsula states. They have been monitoring the way we run Selangor, Penang and Kedah and the difference that Khalid Ibrahim, Guan Eng and Azizan have made.

“They felt the same injustice when Umno-BN snatched Perak away from Nizar. They can empathize with the oil royalty issue and with people of Kelantan who like them have been kept backwards because of deliberate policies by the federal government to sanction corruption.”

Seat allocations

Shamsul will be meeting Sarawak chief Baru Bian soon. He plans to get 30 percent of the seats allocated to PKR reserved for Sarawak Youth candidates, who will focus on urban and suburban areas.

Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff has been specially tasked to spearhead operations and get them spruced up for electoral battle.

The Sarawak state assembly has 71 seats. The Pakatan needs to win at least 36 seats to wrest the state government from BN’s Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, led by Chief Minister Taib Mahmud.

In the last state election in 2006, PKR fielded 25 candidates, DAP 12 and PAS one. Twenty independents also tried their luck. Negotiations for seat allocation within the Pakatan are in the last lap and hopes are high that there will be a satisfying conclusion.

“I am sure we won’t have the problem of overlapping seats this time around. Dissatisfaction and infighting made us lose badly in 2006. But the stakes are higher now and everyone in Sarawak knows we have to rally together under the Pakatan umbrella if we are to oust Taib Mahmud,” Shamsul said.

Ending Taib’s stranglehold

The scandal-hit Taib has already asked BN members to prepare for polls although he declined to give any hint of when that will be. The latest is by May 2011. His PBB holds 35 of the 62 seats held by the BN.

Nonetheless, the 74-year old Taib’s stranglehold on Sarawak has been slipping, with Sarawakians increasingly unhappy at the large-scale corruption openly taking place in their state.

Despite being one of the country’s richest states in terms of natural resources, Sarawak remains one of the poorest and least developed.

“We are happy that Taib retained the presidency of PBB. He is the symbol of everything that has gone wrong in Sarawak,” said Shamsul.

“If in the past, the folk here voted for him and PBB over gifts of RM20-30, they now know better. Their sense of injury and anger against him and the BN for taking so much from them and giving back so little will drive the reform movement in East Malaysia.”

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KeADILan Youth Chief(AMK)

Sumber: Harakahdaily

Umno Pening Kepala Nak Jatuhkan Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 7 Mac – Kebobrokan serta nafsu serakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur sudah sampai ke tahap keterlaluan serta melampaui batas dengan pelbagai asakan bertubi-tubi semata-mata bertujuan hendak menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan rakus pimpinan rejim Umno-Barisan Nasional ini seolah-olah tidak berpenghujung kerana sebanyak mana sekalipun asakan yang datang selagi itulah Pakatan Rakyat akan terus menentang.

Menurut beliau perjuangan dan hala tuju KEADILAN bersama dua gergasi DAP dan PAS tidak pernah luntur disebabkan rintangan dan cabaran yang mendatang malah kekuatan yang dimiliki ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat membuatkan Najib dan kuncu-kuncunya tidak lena tidur.

“Kita memang tahu Umno hidup dalam keadaan resah, gelisah. Tak duduk diam fikir macamana nak gaduhkan sesama Pakatan Rakyat.

“Dalam mimpi pun keluar cara macamana nak lagakan kita,” katanya dalam ucapan perdana pada Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau turut mengulas usaha kotor rampasan kuasa BN ke atas negeri-negeri kerajaan Pakatan Rakyat bermula dengan merampas

kerajaan negeri Perak secara haram dan kemudian taktik yang sama dilakukan juga dicuba ke atas Selangor, Kedah dan kini Pulau Pinang.

“Kita lihat Apa yang mereka cuba lakukan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Mereka mainkan isu agama dan maruah orang-orang Melayu di sana. Tak cukup itu, Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pun turut jadi mangsa si pengkhianat (Najib) ini.

“Tok Guru sudah 20 tahun jadi Menteri Besar, mana ada rasuah, tak ada tender. Dia pergi selongkar dan buat cerita yang kononnya Tok Guru pakai duit rasuah pergi ke Makkah. Siapa yang nak percaya semua ini,” tegas Anwar lagi.

Sehubungan itu, Penasihat Ekonomi Selangor ini juga menegaskan dengan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat khususnya di Selangor, beliau memberi jaminan kerajaan korup Umno-BN mampu ditewaskan.

“Saya jamin dengan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakayat Selangor, kita akan sungkurkan mereka, lawan tetap lawan,” katanya sambil disambut laungan “Reformasi” serta tepukan bersemangat daripada lebih 2,000 peserta.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua AMK

Umno Perlu Cermin Diri Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 3 Mac – Isu permasalahan Melayu dan kepimpinan kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan menjadi faktor Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng meninggalkan perjuangan parti, sebenarnya merupakan dakwaan tidak tepat.

Sebaliknya pelbagai isu yang didakwa berlaku di Pulau Pinang berpunca dari kesilapan politik Umno-Barisan Nasional yang gagal menguruskan negeri itu dengan baik selama lebih 50 tahun.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf berkata bukan sesuatu yang mudah untuk membawa perubahan di Pulau Pinang selepas Pakatan Rakyat mengambilalih segala kebobrokan yang ditinggalkan rejim BN.

“Sebagai pemimpin Balik Pulau, isu yang ditimbulkan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng menggambarkan bahawa cabaran mengurus kepimpinan politik Pulau Pinang amat sukar, bagaimana dalam masa 50 tahun pelbagai usaha, sumber, dana dan politik digunakan tetapi Umno gagal membela hak orang Melayu contohnya,’ujar beliau.

Sebaliknya kata Yusmadi Umno dan BN kini menunding jari kepada Pakatan Rakyat dengan mendakwa kerajaan Pulau Pinang gagal membela nasib melayu di negeri itu.

“Saya ingin beritahu pemimpin Umno di Pulau Pinang terutama Ketua Perhubungan Umno, Zahid Hamidi supaya cermin diri sendiri. Bagi saya jangan tipu orang Pulau Pinang, kerana orang Pulau Pinang telah cukup menderita. Sekarang mereka memberi ruang kepada kepimpinan baru dan inilah tanggungjawab saya.

“Gabungan BN telah gagal menyelesaikan masalah Melayu di Jelutong, di Balik Pulau, hari ini saya mendepani. Bagi saya apabila Umno bangun menempelak Pakatan Rakyat yang dikatakan gagal dalam masa dua tahun, itu ibarat menepuk air di dulang, terkena muka sendiri.

Menyifatkan Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri yang bekerja kuat dan berpegang kepada asas Pakatan Rakyat yang berlandaskan prinsip keadilan, Yusmadi memberi sokongan yang tinggi kepada kepimpinan Guan Eng.

“Dalam kerencaman cabaran hari ini saya masih menaruh harapan Lim Guan Eng mampu melakukannya kerana kita tidak diasosiasikan dengan isu rasuah, isu urustadbir dan sebagainya,”katanya.

“Dengan sikap rendah diri saya Ahli Parlimen baru yang tak ada pun “track record” sebagai orang politik, saya perlu belajar kerana cabaran di Pulau Pinang itu hebat. Saya yakin di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, insyaAllah saya boleh melakukannya,” tambah beliau.

Menurut Yusmadi, dalam membawa agenda perubahan, adalah menjadi suatu perkara biasa apabila sesebuah organisasi politik berhadapan dengan masalah pimpinan dan pengurusan.

Beliau menyifatkan kedua-dua pemimpin seperti Zahrain dan Tee Beng telah “terkorban” dalam memenuhi sebuah citra politik baru.

“Sebagai seorang yang faham tentang perjuangan politik, adalah munasabah untuk sebuah parti baru selama 10 tahun dengan pencapaian sebegini hebat dan harapan rakyat yang menggunung tinggi, mengalami dan perlu sedikit pelarasan,”katanya.

“Adalah munasabah isu pengurusan lebih baik berbanding isu Umno-BN yang mengalami isu dasar, isu perkauman, isu agenda ekonomi dan sosialnya, agenda pendidikannya, yang mana telah ditolak dan memerlukan satu reformasi baru,”

“Tetapi kita di sini masih teguh dari segi dasarnya, bagi saya kalau saya mahu meyakinkan rakyat antara dua pilihan ini, pilihlah parti yang jelas dari segi dasar. Saya yakin pilihan raya akan datang rakyat boleh faham dan saya memberi keyakinan penuh untuk rakyat membuat pilihan,” katanya.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Melaka

Jom turun pada 5 Mac 2010 (Jumaat)

8.00 – 8.45 Malam –
Tazkirah dan Makan Malam

Pejabat AMK Negeri Melaka
Taman Sin Hoe Garden,
Bukit Baru, Melaka

9.00 – 12.00 Malam
Ceramah Perdana I – “Selamatkan Malaysia”
Markas PAS Pulai,
KM 16, Jalan Serkam Pantai, Pulai, Melaka

Penceramah
1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Tey Kok Kiew
3) Ybhg Mejar (B) Haji Jasme Tompang
4) YB Azmin Ali

9.00 – 12.00 Malam

Ceramah Perdana II – “Selamatkan Malaysia”

Pulau Gadong, Klebang, Melaka

Penceramah
1) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin
2) Ust. Kamaruddin Sidek
3) YB Khoo Poay Tiong
4) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Pejabat Ketua AMK

Perhimpunan Besar-Besaran Bantah GST Dianjur

Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian f Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Sumber: Malaysiakini

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

DAP, PAS Mahu Anwar Terus Jadi Ketua

Persoalan sama ada DAP akan terus menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang tidak timbul sama sekali.

Sebaliknya menurut tokoh utama parti itu, Lim Kit Siang, DAP sentiasa memberikan sokongan padu kepada Anwar berhubung kepemimpinannya dalam Pakatan Rakyat, sebagai ketua pembangkang dan sebagai bakal perdana menteri apabila mereka menumbangkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Lim lagi pada kenyataan medianya, hari ini, Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang meskipun jika ahli parlimen PKR kurang daripada 28 ahli – jumlah yang kini dimiliki oleh DAP.

Dengan pengumuman keluar parti oleh ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng semalam, PKR kini mempunyai 28 MP. Jumlah itu menyamai dengan kerusi yang dimiliki oleh DAP.

Menurut Lim, apa yang berlaku di PKR adalah proses pembersihan yang dilihat perit dan pedih tetapi amat diperlukan bagi menjamin kredibiliti dan masa depan PKR dan Pakatan Rakyat.

Menurut Lim, “perbezaan ketara antara PR dan BN ialah sampah-sarah PR adalah permata BN”.

Sekretariat DAP juga mengeluarkan kenyataan media yang ditandatangani olehi 28 ahli parlimennya dan dua senator yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Anwar.

Dalam pada itu, sekretariat PAS juga dalam satu kenyataan media menyatakan semua ahli parlimennya menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Anwar sebagai ketua pembangkang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat PAS, ahli parlimen parti itu, sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu.

NONEPAS yang mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat berkata ahli parlimen mereka sedar bahawa rakyat mengundi kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

“Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

“Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini,” menurut kenyataan itu lagi.

PAS juga menyeru kepada masyarakat untuk bersama menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN untuk menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh 23 ahli parlimennya dan dua ahli dewan negara PAS.

Sumber: Malaysiakini

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Pemuda UMNO Pengecut – Shamsul Iskandar Mohd Akin

Tranungkite Online

Oleh alohai

Tindakan Umno Pulau Pinang yang hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai isu kepentingan orang Melayu sedangkan menolak cabaran Pemuda Pakatan Rakyat, adalah helah orang pengecut.

Umno negeri itu dilihat berdolak dalik dan cuba lari dari cabaran sebenar kerana tidak berani berdepan dengan realiti dan fakta dengan berselindung melalui cabaran terhadap Guan Eng.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kesungguhan mereka untuk menegakkan kebenaran yang diuar-uarkan dalam media.”

Pada saya, itu satu helah politik Umno untuk lari daripada berhadapan dengan isu sebenar dan mengelak dari debat ini dilakukan untuk mencari kebenaran.”Yang menganjur dan mengajak berdebat datang dari Pemuda Pakatan Rakyat kepada Pemuda Umno, tapi mereka ingin melarikan diri dengan mencabar Lim Guan Eng pula,” katanya.

Sekreteriat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini melontar cabaran kepada Pemuda Umno untuk berdebat isu ’Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran’ pada 7 Mac depan di Ekspo Seberang Jaya

Shamsul berkata, Umno sebenarnya tidak berminat mencari kebenaran dalam isu kepentingan Melayu Pulau Pinang sebaliknya bermain politik dengan memberi alasan remeh.Sebelum ini, katanya, Umno Pulau Pinang lantang membangkitkan pelbagal isu Melayu dan mengecam pentadbiran Guan Eng tetapi mereka membisu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan statistik dan fakta sebenar.”

Kalau mereka tidak berani berdebat, terbukti mereka ini pengecut dan mencari publisiti murahan untuk mendapatkan populariti. Apakah tiada bijak pandai dalam Pemuda Umno untuk berdepan Pemuda PR?” katanya.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ada ‘Kemungkinan’ Teoh Dicekik Sebelum Jatuh

Malaysiakini

Ketua Patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor hari ini disoal bertubi-tubi oleh dua peguam berhubung terdapat kemungkinan Teoh Beng Hock dicekik atau dijerut sebelum jatuh daripada Plaza Masalam pada 16 Julai tahun lalu.

Beliau disoal oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo dan peguam yang dilantik kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar sama ada terdapat kemungkinan itu bagi merungkai misteri seputar kematiaannya, sehari sebelum perkahwinannya.

Menjawab soalan Gobind yang juga ahli parlimen Puchong, Dr Shahidan bersetuju bahawa Teoh kemungkinan beliau dicekik atau diseksa sebelum jatuh dari tingkat 14 plaza tersebut.

“Senario itu kemungkinan boleh berlaku, tetapi kebarangkaliannya rendah,” katanya, yang melakukan pembedahan kali kedua pada 22 November lalu.

Shahidan diminta oleh Malik dan Gobind supaya menjelaskan kesan tanda merah (yang tercalar di leher Teoh dari kiri kekanan) selepas ditunjukkan sekeping gambar daripada bedah siasat yang pertama. Kesan itu jelas seperti yang dinyatakan dalam laporannya.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Usul Royalti Minyak Ke DUN Kelantan

TvSelangor

KOTA BHARU 28 FEB: Satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.

“Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat DUN negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Hari ini, kerajaan Kelantan menjemput semua ADUN termasuk dari Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Saghir Mohd Noor.

Husam, yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berkata melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan perlu mendapat sokongan DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa ke DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus keuntungan minyak di Kelantan diberi kepada negeri dan lima peratus lagi diberi kepada Pusat.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri itu tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan Pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974 iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam berkata, kedua-dua tokoh itu dijemput untuk memberikan taklimat kerana mereka merupakan antara tokoh terlibat dalam perjanjian Akta Petroleum 1975.

Mengulas mengenai kesediaan kerajaan negeri menyertai Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, Husam berkata:

“Kita tidak terima. Jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram.”

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

AMK Desak SPRM Siasat Harta Dr Mahathir Dan Menteri Umno-BN

suara-keadilan.com
Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 28 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak menyiasat harta mantan Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas menteri dan menteri Umno dan Barisan Nasional dan jika perlu mengambil langkah yang sama seperti negara jiran Thailand yang merampas harta dan aset bekas Perdana Menteri negara itu.

Ini kerana penulis Barry Wain yang juga bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa Dr Mahathir telah membazirkan wang rakyat sehingga RM100 bilion ketika beliau menjadi Perdana Menteri dari 1981 sehingga 2003.

Jumaat lalu Mahkamah Agung Thailand telah membuat keputusan merampas harta bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan keluarganya yang berjumlah 46.3 bilion baht (RM4.7 bilion) daripada sejumlah 76.6 bilion baht (RM7.8 bilion) yang dibekukan oleh kerajaan Thailand semasa itu.

Panel hakim yang membuat keputusan itu berkata jumlah wang yang dirampas dianggap sebagai kekayaan tambahan daripada penyalahgunaan kuasa oleh beliau semasa memegang jawatan tersebut.

Thaksin didapati bersalah kerana menyalahguna kuasa sebagai ketua kerajaan dalam memberikan keistimewaan kepada konglomerat telekomunikasi Shin Corp dan mahkamah juga mendapati beliau merupakan pemilik sebenar Shin Corp.

Ini menyalahi undang-undang kerana pada ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Mengulas perkara itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta SPRM menjalankan tugas mereka menyiasat Dr Mahathir dan menteri-menteri Umno-BN berhubung salahguna wang rakyat.
Ini berikutan pindaan akta SPRM yang baru yang membolehkan siasatan serta dakwaan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kerajaan dalam tempoh 10 tahun setelah bersara.

“Sudah tiba masanya SPRM membuka kertas siasatan terhadap dakwaan Barry Wain terhadap Dr Mahathir.

“Walaupun sumber tersebut datang daripada pihak ketiga tetapi ia akan menjadi kayu pengukur menguji kewibawaan politik SPRM dalam melaksanakan undang-undang dengan tegas dan adil.

“Jika kandungan buku tulisan Barry Wain itu tidak benar, sewajarnya Dr Mahathir mengambil tindakan menyamannya. Pemimpin Umno-BN takut akan ada banyak skandal terbongkar jika mereka di dakwa dimahkamah. Yang peliknya sehingga kini Kementerian Dalam Negeri tidak mengharamkan buku tersebut,” jelas Shamsul.

Beliau menyelar SPRM yang seolah-olah menumpukan kes penyalahgunaan kuasa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sahaja tetapi enggan mengambil tindakan terhadap ramai pemimpin tinggi Umno-BN yang korup walaupun berpuluh-puluh laporan rasuah telah dibuat.

“Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru sepatutnya Datuk Abu Kassim Mohamed mengembalikan integriti dan kepercayaan rakyat terhadap suruhanjaya itu tanpa mengira sesiapa, samada daripada kalangan Pakatan Rakyat mahupun Umno-BN”, tegas beliau lagi.

Pejabat Ketua AMK