Bersama Anwar, Meet Anwar 22 Disember 2011

Dari Anwar Ibrahim Club

16 Disember 2011

Program Dialog Bersama DSAI | 22 Disember 2011

Satu Program Dialog bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/Ketua Pembangkang Malaysia) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim: 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, Segambut Dalam, Segambut Dalam 51200 Kuala Lumpur

Pendaftaran: Sila isi borang kehadiran di http://aicmalaysia.blogspot.com

Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.

Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 20 Disember 2011 (Selasa).

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel di aicmalaysia@yahoo.com atau aic.msia@gmail.com


—AIC

Terima Kasih Atas Kritikan – AMK

Dari Keadilan Daily

4 Disember 2011

AMK berterima kasih dengan kritikan dari akar umbi

KUALA LUMPUR: Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN, Julailey Jemadi memuji anggota akar umbi AMK yang berani melontarkan pandangan membina kepada pimpinan tertinggi AMK sewaktu kongres sehari di Pulai, Johor 25 November lalu.

Menurutnya, segala teguran itu membantu merapatkan hubungan di antara pimpinan AMK dan ahli-ahli di peringkat akar umbi. Ia juga merupakan satu cerminan jelas semangat reformasi menyeluruh yang sentiasa ditekankan parti.

“Tahniah kepada pembahas yang melontarkan teguran dan pendangan serta kritikan membina kepada pimpinan AMK. Inilah keterbukaan yang kita harapkan agar kesinambungan dan ukhwah di antara pimpinan dan ahli disetiap peringkat bertambah kuat.

“Ini adalah pandangan anak muda yang begitu mengharapkan mekanisma baru yang boleh merubah landskap negara.

“Oleh demikian, kongress ini berjaya menyuntik kembali semangat anak-anak muda untuk terus melaksanakan reformasi total. Malah anak-anak muda inilah yang mengimbangi perjalanan parti agar tidak pincang,” kata Julailey.

Beliau juga yakin dan percaya anak-anak muda AMK benar-benar bersedia berbakti untuk parti dan peranan mereka juga tidak boleh diambil oleh pihak lain.

“Semangat anak-anak muda yang hadir dari seluruh cabang benar-benar memberi impak. Anak muda sekarang sudah bersedia dengan apa sahaja cabaran, kerana anak muda sekarang ini tidak lagi boleh di pandang enteng,” kata Julailey.

Kongres Nasional AMK berlangsung pada 25 November lalu di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru, sehari sebelum Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kelapan berlangsung selama dua hari di tempat yang sama.


—Keadilan Daily

Sila hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2011 (Khamis) dan 9 Disember 2011 (Jumaat) ini.

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!

Umno jahanamkan agenda Melayu

Dari Free Malaysia Today

2 Disember 2011

Umno jahanamkan agenda Melayu

SEREMBAN: Seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) telah menggagal dan menjahanamkan agenda Melayu dengan rasuah dan ketirisan kewangan menjangkau RM28 bilion setahun.

Sambil mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berdebat tentang isu ini, naib exco AMK PKR Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Pemuda Umno sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain.

“Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan ketika Kongres Nasional PKR di Pulai, Johor tempoh hari. Hak dan keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota PKR.

“Banding sahaja tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dengan 54 tahun pemerintahan Umno-BN. Ternyata momentum dan dasar keprihatinan rakyat oleh Pakatan begitu cepat melonjak dan konsisten,” kata Mohd Nazree kepada FMT hari ini.

Mohd Nazree yang juga merupakan Ketua AMK Negeri Sembilan berkata Formula “6 Jahanam” Pemuda Umno nampaknya tidak menjawab cabaran AMK apakah Umno-BN berani meminda Perlembagaan agar Perdana Menteri itu dipilih daripada orang Melayu sahaja.

“Ini sekadar cabaran AMK kepada Umno kerana Umno sering mencanang bahawa mereka adalah jaguh Melayu. Hari ini andai kata Melayu mencabar mereka agar putuskan secara undang-undang bahawa Perdana Menteri perlu Melayu, apakah jawapan mereka?

“Sah….. cabaran politik ini tidak mampu dijawab oleh Pemuda Umno. PKR adalah parti berbilang kaum. Kita mendukung semangat integrasi dengan baik dan tidak cauvanis seperti Umno dan rakan sekutu,” ujar beliau.

Lalu Mohd Nazree melontar lapan persoalan untuk dijawab dan didebat oleh Khairy nanti:

1. Siapakah yang menjahanamkan negara dengan rasuah selama 54 tahun?

2. Siapakah yang membenarkan Singapura keluar dari Malaysia?

3. Siapakah yang menyerahkan tanah di Genting Highlands selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong dan menukar hutan menjadi lubuk judi?

4. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan RM50 bilion saham Bumiputera sejak Merdeka?

5. Siapakah yang menyusutkan keluasan Tanah Rezab Melayu hampir 50% sejak Merdeka?

6. Siapakah yang menyerahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar kepada Singapura?

7. Siapakah yang mengagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan ketirisan berbilion ringgit?

8. Siapakah yang melepaskan telaga minyak yang bernilai puluhan bilion ringgit kepada Brunei?


—Free Malaysia Today

Jijiknya Umno

Dari Roketkini

Oleh Fairuz Azhan

1 Disember 2011

Adegan UMNO yang tak sanggup kita lihat…

Perhimpunan agung UMNO bermula secara rasminya hari ini. Namun arah tujuannya sudah pun jelas melalui suara persidangan sayap pemuda, wanita dan puteri parti semalam. Malah lebih awal lagi, api perkauman sudah pun dinyalakan.

Sebelum persidangan bermula, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan telah memulakan tembakan dengan memberi peringatan basi kepada orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, maka Melayu akan hancur musnah.

Menurutnya, tanpa UMNO, institusi diraja akan hancur dan Islam juga akan hancur kerana DAP merupakan “ejen kristianisasi”. Tidak cukup dengan itu, DAP dituduhnya tidak menghormati institusi raja kerana tidak mahu meminta atau menerima darjah kebesaran!

Kenyataan politik longkang ini datangnya dari seorang pemimpin UMNO yang hanya beberapa hari lalu dilaporkan media sebagai berkata, “apabila kita beri pandangan tertentu, kita perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini.”

Cakap tak serupa bikin itu sudah seperti menjadi budaya di kalangan pimpinan UMNO. Mungkin mereka lupa pesan nenek moyang sendiri, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

“Parti paling rasis”

Bukan sahaja tidak ada sesiapa yang menegurnya, malah Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin menyambung nada Ahmad dengan mengumumkan “jihad” untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional – dengan menghamun DAP sebagai “parti paling rasis”.

DAP yang menolak ketuanan kaum, yang mahu kepada hak dan peluang saksama, dan yang mahu kepada keadilan untuk semua, dikatakan parti paling rasis. Inikah kenyataan bernas dari seorang Menteri Pelajaran?

“Daripada soal kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP,” kata Muhyiddin tanpa memberi sebarang bukti untuk mengalas fitnahnya.

Ditambah pula: “Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.”

“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.”

Bukan sekali, malah berkali-kali fitnah. Begitu rendah sekali pandangan Timbalan Perdana Menteri terhadap orang Melayu yang disangkanya akan mudah menelan bulat-bulat pembohongannya. Oh, mungkin yang ditujukannya itu hanya kepada para perwakilan UMNO sahaja.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah ucapan Timbalan Presiden UMNO di mana lebih 60 kali nama “DAP” disebut dengan diselitkan dengan pelbagai fitnah. Memang semua pembohongan Muhyiddin dijawab oleh DAP tetapi kita sedar tidak ada satu kenyataan pun telah dan akan disiarkan oleh media massa yang hampir keseluruhannya dikawal oleh UMNO-BN.

Sopan santun perwakilan UMNO?

Mengapa para pemimpin UMNO perlu memusuhi orang lain demi mengekalkan kemandirian politiknya? Mereka sentiasa menggunakan DAP (sebagai ganti nama ‘Cina’) untuk menjadi kambing hitam. Kini untuk menambah perencah dalam hidangan mereka yang basi, mereka menambah penganut agama Kristian pula sebagai sasaran.

Tidak cukup dengan itu, bahasa sesetengah perwakilan UMNO sewaktu persidangan sayap-sayap parti juga biadap dan memalukan serta menjatuhkan maruah bangsa Melayu. Sudah tentu ada di antara 3.2 juta ahli UMNO yang merasa malu mereka menjadi anggota parti itu pada saat ini.

Seorang wakil Pemuda UMNO, mungkin kerana penguasaan kosa kata yang lemah dan terhad, telah menggelar PAS dan PKR sebagai “pondan” dan “bapok” serta menuduh sesiapa yang menyokong DAP adalah “bangsat”. Jika beginilah pemimpin muda Melayu, sukar dibayangkan nasib anak-anak Melayu di masa hadapan.

Jika berbuat salah, salahkan orang lain

Logik yang semakin pupus sifat munasabahnya pula dibawakan oleh Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal penternakan lembu, termasuk wang yang digunakan untuk membeli kondominium mewah, dengan cuba mengalihkan tumpuan kepada kes mahkamah Anwar Ibrahim.

Shahrizat mencabar Wanita PKR supaya mendesak Wan Azizah Ismail meletak jawatan kerana suaminya Anwar dikatakn telah melakukan pelbagai kesalahan. Apa pula kena-mengena Anwar dengan projek lembu beratus juta ringgit yang diberikan kepada keluarga Shahrizat yang penuh dengan pelbagai persoalan, sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara?

Dan seperti biasa, agama menjadi alat. Shahrizat yang mendapat “restu” perwakilan wanita yang mengangguk dan menyorak sokong sewaktu ucapannya itu, menggulung dengan menyatakan: “Saya menyeru semua rakyat Malaysia tak kira parti mana pun, kita orang Islam mari bersatu, jangan kita biarkan ideologi politik memecah-belahkan ukhuwah kita”.

Telenovela tahunan UMNO ini baru sahaja bermula. Saksikanlah drama hebat ini yang pasti mengundang air mata, sama ada terlalu sedih dan pedih mengenangkan nasib orang Melayu di bawah UMNO atau terlalu tidak masuk akal memikirkan kedangkalan politik UMNO masa kini yang telah menghancurkan impian ibu-ibu dan bapa-bapa kemerdekaan kita.


—Roketkini

Rakyat Tidak Gentar Ke Jalan Raya – Ketua AMK

Dari KeadilanDaily

1 Disember 2011

Rakyat tak gentar turun ke jalan – Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR 1 Dis : Angkatan Muda KEADILAN merasa kesal dengan tindakan Kerajaan yang meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 walaupun dibantah rakyat.

“Rang Undang-Undang tersebut tetap diluluskan walau pengamal undang-undang seperti Majlis Peguam membantah secara keras tentang perlaksanaan undang-undang ini.”

Menurut ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin walaupun RUU tersebut telah diluluskan ini tidak bermakna rakyat akan takut untuk mendapatkan haknya untuk berhimpun secara aman yang dijamin dalam perlembagaan.

“Saya yakin rakyat tidak akan teragak-agak dan tidak gentar untuk turun kejalan raya dalam membantah secara terang untuk berhimpun.”

“Majlis Peguam juga telah membuat kenyataan untuk terus menentang RUU yang menzalimi dan mengekang kebebasan rakyat dan pemuda pakatan rakyat akan turut serta dalam menyokong mereka.”

Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ia menghalang sebarang bentuk himpunan aman yang tidak dimaklumkan kepada polis terlebih dahulu.

Pada hari yang sama Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen membantah akta tersebut.

Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung.

Namun, selepas dibantah ramai pihak, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja.

Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga turut keluar dewan rakyat beramai-ramai kerana keengganan kerajaan menarik balik RUU tersebut.

Tindakan keluar dewan itu diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


—Keadilan Daily

Kongres AMK 2011: Video Ucapan Penggulungan Ketua AMK

Ucapan penggulungan Ketua Angkatan Muda KeADILan oleh Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin pada 25 November 2011 di Pulai Spring Resort, Skudai, Johor di bawah tema “Di Bawah Riayah Keadilan”

—Credit Kepada MinaqJinggoVideo

Kongres AMK 2011: Video Ucapan Dasar Ketua AMK

Ucapan dasar Ketua Angkatan Muda KeADILan oleh Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin pada 25 November 2011 di Pulai Spring Resort, Skudai, Johor di bawah tema “Di Bawah Riayah Keadilan”

—Credit Kepada MinaqJinggoVideo

Kongres AMK 2011: Cabaran PM Melayu, Pertembungan PKR dan Umno

Artikel dari Sin Chew memberi pendapat mengenai cabaran saya (Ketua AMK) berkenaan Perdana Menteri Melayu yang matang dan lebik baik dari beberapa artikel di media lain.

Dari Sin Chew Daily

Oleh Tay Tian Yan

Diterjemah oleh Dominic Loh

1 Disember 2011

The Battle Royale

PKR and Umno have successively held their general assemblies.

And the timing offers an excellent opportunity for people to make a comparison between the two.

PKR’s assembly was anything but momentous. Safe for the challenge by Youth leader Shamsul Iskandar that Umno amend the Constitution to ensure only Malays could become the country’s prime minister, which did manage to arouse some controversies, the assembly was otherwise largely uneventful and uninteresting.

But that does not mean PKR is devoid of its characteristics. Just the opposite, the party made a wise strategic move by holding its general assembly in Johor Bahru.

Wait a minute! JB? The stronghold of Umno? Was PKR looking for trouble?

Not exactly. The strongest point of the rival could also be its most vulnerable part.

The clash of German and Soviet tanks in Kursk during World War II is a point in question.

The Germans’ fortress was on the west of Kursk. However, they opted to launch their attack from the south and north in an attempt to encircle the Soviet troops and wipe them out.

The Soviet troops almost could not resist the 6,000-strong tank invasion from the south and north, and it was pretty clear that the Russians were very likely to be crushed anytime. But then the Germans halted their assault due to supply disruption.

Seizing the opportunity, General Georgy Zhukov mobilised his troops to counter-attack the Germans on the west. With most of their troops now bogged down in the north and south, the Germans were unable to redeploy their men to defend and were defeated, spelling a prelude to their eventual surrender.

Back to our country. Many people think that the major battlefields in the coming general election will be in Selangor, Perak and Kedah. To be honest, the place that will determine the final outcome is none other than BN’s stronghold in Johor.

States like Perak, Selangor, Kedah and Terengganu are most definitely the frontline states that will see very heavy gunfire.

While both BN and Pakatan may lose or gain some seats in these states, or perhaps some state administrations may even change hands after the election, the outcome is nevertheless unlikely to alter the parliamentary tectonic plate post-2008.

Johor is the biggest unknown. It is indeed a powerful fortress state for BN on peninsular Malaysia, but no one can tell whether it will remain BN’s most assured asset.

BN’s two other fortresses–Sarawak and Sabah–are basically heavily secured lots that are extremely unlikely to tip.

Johor provides a different picture. It is not that segregated as the two states in East Malaysia while the people have higher political awareness and better access to information.

Unmoved in March 2008 does not mean Johor will remain unmoved in the coming general election.

Moreover, the state has a relatively high ratio of Chinese population: Over 30% in most constituencies and 40% in some.

Besides Bakri that is already in DAP’s embraces, constituencies like Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Labis, Johor Bahru, Pulai, Tanjung Piai, Segamat and Sekijang are all no longer BN’s sure bets.

If BN loses this important battlefront, its hopes of retaining Putrajaya could be dashed.

The weakest part of PKR and Pakatan in general lies in its poor organisation and fighting spirit in Johor, as well as their lack of substantial support among the Malay society.

That said, it will be the parties’ strategies and real strengths that will eventually decide the final score.


—Sin Chew Daily

Kongres AMK 2011: Penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, AMK Akan Turun Ke Jalan!

Dari Malaysiakini

25 November 2011

AMK akan demo jika Anwar dipenjara

Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.

Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.

NONE“Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.

“Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).

“Apakah kita akan duduk diam?” soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.

NONESementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.

“Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya,” katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.

Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana “kuasa jalan raya” itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya.


—Malaysiakini

Kongres AMK 2011: Tingkat Sokongan Melayu Bagi Menghadapi PRU 13

Dari Malaysiakini

25 November 2011

AMK lulus usul tergempar tingkat undi Melayu

Kongres Angkatan Muda PKR hari ini meluluskan usul tergempar untuk mengadakan rancangan komprehensif bagi meningkatkan undi daripada pengundi Melayu.

Usul yang diluluskan tanpa bahas itu dikemukakan oleh ketua pergerakan berkenaan, Shamsul Iskandar Md Akin dalam ucapan penggulungannya petang ini.

Shamsul berkata, usaha itu perlu memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Di negeri Johor sendiri yang dipilih sebagai lokasi Kongres Nasional PKR Kelapan kali ini, PKR mempunyai peluang 40 peratus untuk menang di negeri itu, katanya.

“Kalau kita turun ceramah, gempur dan edar risalah boleh jadi 50-50,” katanya lagi.

Menurut kajian berkenaan, yang tidak didedahkannya, Pakatan Rakyat turut berpeluang sehingga 65 peratus di Selangor dan 51 peratus di Perak.

“(Bacaan untuk) Wilayah Persekutuan jauh lebih hebat dan kita hendak tawan Melaka, pertahan Kelantan, tawan Pahang, Perak nak tawan semula dan paling penting tawan Putrajaya,” katanya lagi.

Tambahnya, atas dasar itu jugalah PKR hadir ke negeri yang menjadi kubu kuat Umno itu dengan membawa dan membahaskan agenda Melayu.

“Sebab kita tahu bukan orang Cina dan orang India sahaja yang harus dapat keadilan.

“Sebab itu kita tidak apologetik, apa yang kita uar-uarkan adalah pengkhianatan Umno yang mendakwa menjaga kepentingan Melayu.

“Oleh itu saya usulkan supaya ada perbincangan khusus untuk rancang pelan komprehensif supaya undi Melayu pada masa akan datang kita boleh pertahan atau meningkat kepada kita,” katanya lagi.

Usul yang diluluskan itu akan dimasukkan sebagai usul untuk dibahaskan di kongres nasional PKR yang berlangsung esok.

Terdahulu dalam ucapan dasarnya, Shamsul turut menuntut supaya kerajaan melakukan pindaan undang-undang untuk membolehkan hanya kaum Melayu sahaja dilantik sebagai perdana menteri.

Beliau mengemukakan cadangan berkenaan sebagai cabaran kepada Umno yang sering ke hadapan sebagai pelindung golongan Melayu.

“Hakikatnya, Umno yang membahayakan kepentingan dan kedudukan orang Melayu.

“Maka demi menjamin benteng terakhir orang Melayu – yakni kuasa politik – tidak menjadi dagangan Umno,

“AMK mencabar Umno meminda perlembagaan bagi memasukkan syarat dan jaminan bahawa jawatan perdana menteri hanya boleh disandang oleh seorang Melayu,” katanya.

Tambahnya, alasan bahawa undang-undang berkenaan tidak perlu dipinda kerana penguasaan Umno pada waktu ini akan menjamin jawatan berkenaan dipegang oleh Melayu, juga tidak dapat diterima.

Malah, katanya, pindaan perlembagaan itu juga akan memberi keadilan kepada golongan bukan Melayu.

Apatah lagi, perkara itu tidak asing di Malaysia kerana hampir semua negeri mensyaratkan supaya orang Melayu dilantik sebagai ketua kerajaan, tambahnya.

“Ketiadaan jaminan perlembagaan membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi kerisauan orang Melayu terhadap masa depan mereka.

“Akibatnya wujud syak wasangka terhadap rakyat daripada etnik lain,” kata Shamsul lagi yang menambah keadaan itulah yang digunakan Umno untuk mewujudkan rasa tidak selamat dan suasana tegang.

Tambahnya, Umno akan berharap supaya orang Melayu sentiasa bergantung kepada mereka sebagai wira Melayu.

“Syak dan salah sangka inilah yang menyebabkan orang Melayu merasakan hak dan peluang mereka akan direbut oleh bangsa lain,” tambahnya.

Bagaimanapun, ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Shamsul tidak memberi komitmen jelas sama ada pergerakan itu akan turut meminda perlembagaan bagi usaha tersebut.

Beliau diminta menjelaskan perkara itu memandangkan PKR sendiri menganjurkan nilai meritokrasi.

Shamsul bagaimanapun sekadar mengulangi bahawa tindakan berkenaan merupakan satu cabaran kepada Umno dan AMK juga “selesa” dengan peruntukan perlembagaan sedia ada.


—Malaysiakini