Kongres AMK 2011: Martabat Raja Perlembagaan Semula agar Tidak Diperguna Untuk Politik

Dari Malaysiakini

25 November 2011

‘Martabat semula raja berperlembagaan’

Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menuntut supaya institusi raja berperlembagaan dimartabatkan semula agar tidak dipergunakan sebagai alat politik oleh parti pemerintah.

Dalam ucapan dasarnya di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini, Shamsul berkata institusi beraja harus dilihat berwibawa dan mengambil peranan aktif untuk menyekat tindakan melampau pemerintah.

NONEKatanya lagi, raja tidak seharusnya sekadar menjadi simbol tetapi turut mengambil peranan untuk memberi perlindungan kepada golongan lemah dan membela golongan tertindas.

“Institusi raja-raja harus mampu menjadi pengimbang dan penegak ketertiban dengan mengambil peranan aktif menyekat sebarang tindakan melampau permerintah atau sebarang cubaan melibatkan istana untuk kepuasan serakah politik.

“Raja cuba diheret sama bagi memperkuatkan agenda perkauman. Tindakan ini telah mencemar fungsi dan peranan raja untuk menjadi penegak keadilan.

“Padahal, menjalankan keadilan itu merupakan tugas asasi raja sebagaimana terkandung di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi kepada lebih 2,000 perwakilan di kongres itu.

Shamsul Iskandar membangkitkan isu yang sering dianggap tabu itu dalam kongres kelapan PKR yang kali pertama diadakan di Johor Bahru, sejajar dengan usaha PKR untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri yang menjadi kubu kuat Umno itu.

NONEShamsul juga berkata, soal reformasi institusi beraja tidak sepatutnya menjadi isu tabu kerana soal membincangkannya bukanlah bermakna tidak mengasihi raja.

“Hormat dan kasih kita itu membuatkan kita percaya bahawa perlu ada reformasi agar raja berperlembagaan dapat memainkan peranan yang benar-benar berkesan di negara ini,” katanya.

Tambahnya, raja dan Yang di-Pertuan Agong perlu disediakan dengan ilmu dan pengalaman sebagai prasyarat sebelum diangkat ke jawatan berkenaan, memandangkan raja perlu memenuhi tuntutan jawatan berkenaan sebagai ketua agama Islam.

Katanya lagi, raja sepatutnya mampu menjadi simbol ketuanan rakyat dengan mengambil peranan sebagai “penaung kepada semua rakyat dan tidak terhad kepada orang Melayu.”


—Malaysiakini

Kongres Angkatan Muda KeADILan 2011

ATURCARA KONGRES NASIONAL TAHUNAN
ANGKATAN MUDA KEADILAN 2011
(25 NOVEMBER 2011).
PULAI SPRING RESORT, JOHOR BAHRU

“DI BAWAH RIAYAH KEADILAN”

7:00 – 9:00 A.M :
Pendaftaran Perwakilan & Pemerhati

7:15 – 9:00 :
Jamuan Pagi

8:20 :
Ketibaan Ahli MPWP dan Ahli MPAMKP

8:45 :
Ketibaan Timbalan Presiden disambut oleh Pimpinan Wanita & AMK

9:00 – 10:30 :
Upacara Perasmian Dewan Persidangan

10.40 :
Perarakan masuk Pimpinan AMK & Perwakilan untuk sesi Persidangan

10:45 :
Persidangan Kongres AMK bermula

10:45 – 11.45 :
Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

11:45 – 12:00 :
Pengerusi Tetap Memulakan Kongres Nasional Tahunan AMK

12:00 – 12.30 P.M :
Membentangkan Minit Mesyuarat Kongres AMK 2010
Membentangkan Laporan Tahunan AMK
Membentangkan Laporan Kewangan AMK

12:30 – 12.45 :
Sidang Media

12:45 :
Makan Tengahari Solat Zohor/Solat Jumaat(Lelaki)

2:00 – 2:10 :
Persembahan 1

2.10 :
Pengerusi Tetap Meneruskan Sidang

2:10 – 4:10 :
Perbahasan Ucapan Dasar Serta Usul

4:10 – 4.25 :
Minum Petang

4:25 – 5:30 :
Sambungan Perbahasan Ucapan Dasar Serta Usul

5:30 – 6.00 :
Pemilihan 30 Perwakilan AMK Ke Kongres Nasional

6:00 – 6:45 :
Ucapan Penggulungan (Naib Ketua, Timbalan)

6.45-6.50 :
Persembahan Khas

6.50-7.10 :
Ucapan Penangguhan Oleh Ketua AMK Malaysia

7:00 :
Persidangan Kongres Nasional AMK Ditangguh

“MEMIMPIN HARAPAN RAKYAT”

—TEAM KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA

Jelajah Pemuda Pakatan Dengan Bas, Keretapi

Dari KeadilanDaily

22 November 2011

Jelajah Pemuda Pakatan naik bas, keretapi

PETALING JAYA 22 Nov: Pemuda Pakatan Rakyat akan menggunakan kaedah terbaru dalam usahanya mendekati pengundi di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, antara kaedah tersebut ialah jelajah mengunakan pengangkutan awam bagi menyebarkan risalah penerangan kepada rakyat.

“Dalam Jelajah Anak Muda (JAM) Pakatan Rakyat ini, kita akan berhubungan terus dengan rakyat dengan menaiki pengangkutan awam termasuklah keretapi dan bas dalam program yang bermula 4 Disember ini.

“Selain mengedar risalah dalam jelajah itu, kita juga akan mendapatkan respon rakyat secara terus dengan fokus utama menjawab segala persoalan mengenai isu semasa yang berbangkit,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat di pejabat KEADILAN, Petaling Jaya hari ini.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, Zairil Khir Johari mewakili pemuda DAP dan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat lain turut hadir dalam sidang media berkenaan.

Menurut Shamsul, Jelajah itu akan dilancar pada 4 Disember depan di Stadium Melawati, Shah Alam serentak dengan pelancaran jentera pilihanraya Pakatan Rakyat diperingkat pusat.

“Pada malam itu juga kita akan umum maklumat mengenai JAM dari semasa ke semasa dan jelajah ini akan berterusan sehinggalah Parlimen dibubarkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap golongan pengundi muda mendapat maklumat mengenai program berkenaan secara langsung dari Pemuda Pakatan Rakyat.

“Kita sedia maklum, penerangan Pakatan Rakyat kerap digelapkan media arus perdana dan sebab itu perlunya rakyat khasnya anak muda terlibat dan tahu akan program ini.

“Isu utama ialah penerangan isu semasa yang selama ini kita diserang Umno BN di media arus perdana, namun pada masa sama menafi hak kita untuk menjawabnya di media milik kerajaan,” jelasnya.


—Keadilan Daily

PR Sudah Bersedia Menghadapi PRU 13, Lancar Jentera Pada 14 Disember ini

Dari Keadlian Daily

15 November 2011

Pakatan Rakyat lancar jentera pilihan raya 14 Disember

KUALA LUMPUR 15 Nov: Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya di Stadium Melawati Shah Alam pada 14 Disember depan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelancaran jentera pilihan raya itu katanya, sebagai antara persediaan Pakatan berdepan pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menjelaskan, ia akan turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan termasuk Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Selepas pelancaran itu, jentera penerangan akan terus bergerak ke seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pakatan di pejabat ketua pembangkang di parlimen hari ini.

Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Kit Siang, Abdul Hadi dan anggota majlis pimpinan Pakatan.

Saifudin menegaskan, buat permulaan, jentera pakatan akan difokuskan pada negeri-negeri yang ditadbir gabungan itu.

“Selepas itu, jentera akan menjelajah pula di negeri-negeri tumpuan untuk kita tawan termasuklah Johor, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Menurutnya, selain merapatkan pimpinan dengan rakyat, jentera pilihan raya itu juga akan berdialog dengan rakyat setempat agar segala penerangan sampai kepada sasaran.

“Kita akan terangkan, kejayaan dasar-dasar yang kita amal di negeri yang kita perintah yang lazimnya tidak disiar di media arus perdana.

“Kita juga akan menerangkan isu semasa termasuklah skandal kondominium lembu (National Feedlot Corporation) yang gagal dijawab oleh pentadbiran (perdana menteri) Datuk (Seri) Najib,” katanya.

Sementara itu, Anwar dalam sidang media berkenaan berkata, Pakatan Rakyat sedia menyokong pindaan undang-undang bagi memastikan dakwat kekal digunakan pada PRU akan datang.

Anwar berkata, sebelum ini peguam negara memberi alasan kononnya dakwat kekal tidak dapat digunakan pada PRU lalu kerana ia memerlukan pindaan undang-undang.

“Walaupun begitu, kami mendesak agar cadangan itu segera dibawa ke parlimen dengan segera dan kami sedia menyokong pindaan itu.

“Namun kita berharap ini bukanlah helah untuk melengah2kan penggunaan dakwat kekal krn jika pindaan usul ini hanya dilulus selepas PRU, ia tiada makna lagi,” katanya.


—Keadilan Daily

[Video] Ledang: Isu-isu Semasa – Ketua AMK

Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar Md. Akin menyampai ceramah berkaitan isu-isu semasa seperti ekonomi, Laporan Ketua Audit Negara, Kes Fitnah 2, Buku Jingga dan lain-lain di Parlimen Ledang, Johor.

UKM4: AUKU Bercanggah Dengan Perlembagaan, AUKU Harus Dimansuhkan Segera – Shamsul

Dari KeadilanDaily

31 Oktober 2011

Mahkamah buktikan Auku mesti dimansuhkan segera- AMK

KUALA LUMPUR 31 Okt: Angkatan Muda KEADILAN menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan Seksyen 15 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin.

“AMK melihat keputusan ini memberikan titik noktah kepada hayat Auku agar ia dimansuhkan sepenuhnya, sebagaimana yang diperjuang secara istiqamah oleh gerakan mahasiswa zaman berzaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shamsul, Seksyen 15 AUKU merupakan ‘perangkap yang sengaja dipasang’ pemerintah untuk mengekang suara mahasiswa.

“Sekian lama mahasiswa dipasung minda mereka dengan peruntukan AUKU yang tidak munasabah, dan hari ini, AUKU terbukti bercanggah dengan Perlembagaan.

“Ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Umno-BN yang bermati-matian mempertahan Auku untuk mengekang kebebasan mahasiswa beraktivisme,” katanya.

Dalam keputusan hari ini, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Auku sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti itu diperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenar rayuan UKM4 walaupun seorang lagi hakim, Low Hop Bing berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September lalu menolak saman pemula yang dikemukakan empat mahasiswa itu bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka kerana didakwa terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.

Empat mahasiswa itu yang kesemuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco).

—KeadilanDaily

Program #JUMPARakyat Ketua AMK 29 dan 30 Oktober 2011

29 Oktober 2011, Sabtu (Sarawak):

Jam 10.00 pagi:
Sidang Media Program JUMPA Rakyat di Sarawak

Jam 11.00 pagi:
Program JUMPA Rakyat di Lambir (Parlimen Sibuti)

Jam 1.00 petang:
Program JUMPA Rakyat di Kampung Pasir, Senadin (Parlimen Miri)

Jam 3.00 petang
Dari lapangan terbang Miri bertolak ke Kuching

Jam 9.00 malam:
Ceramah Perdana JUMPA Rakyat di Petra Jaya

30 Oktober 2011, Ahad (Sarawak dan Melaka):

Sebelah siang:
Program JUMPA Rakyat di Satok

Jam 10.00 pagi:
Mesyuarat AMK Negeri Sarawak

Jam 9.00 malam:
Ceramah Perdana & JUMPA Rakyat di Bukit Katil, Melaka

b/p:
Shamsul Iskandar Mat Akin
Ketua Angakatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

Demo Solidariti #AzizBari, Ratusan Hadir Menuntut Penarikan Gantung Tugas Prof Dr. Aziz Bari

Dari Malaysiakini

21 Oktober 2011

Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari

Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

NONEPerhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid di UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan dipelihara.

Mereka yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa “memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti” dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

NONETindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

NONE“Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

“Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.

Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera “bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani”.

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui “tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik”.

NONE“Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik,” kata mereka dalam satu memorandum.

Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

—Malaysiakini

[Iklan]

Mari Anak Muda Berdialog Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim Ahad ini.

YOUNG GRADUATE DIALOGUE SESSION WITH DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
SESI DIALOG GRADUAN MUDA BERSAMA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Pengangguran?
Polisi Kementerian Pengajian Tinggi?
Polisi Ekonomi Malaysia?
Belia dan Politik?
Mari Bincangkan Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tarikh: 23 Oktober 2011 (Ahad)
Masa: 2.00 – 5.00 petang
Tempat: Shah Village Hotel, Petaling Jaya.(http://www.shahsresorts.com/petalingjaya/map.htm)

Hanya had kepada 100 peserta untuk program ini.

UNTUK PENGESAHAN PENYERTAAN SILA ISI BORANG DI:
http://meetanwaribrahim.blogspot.com/2011/10/young-graduate-dialogue-session-with.html

Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi:

email:
meet.anwaribrahim@gmail.com

atau

Penganjur:
Syafiq Sunny (Twitter: @fiqsunny)
017-2793252

Saifullah Zulkifli (Twitter: @saifullahmaslul)
013-3005461

Takut ke Mahkamah: PM Najib dan Rosmah ikut skrip Mahathir

Kenyataan Media
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

7 Oktober 2011

Keputusan Pembatalan Sapina PM Najib Bukti Skrip Ulangan Konspirasi Fitnah

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Dato’ Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi kes Fitnah 1 tahun 1998.

AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu “prejudge” pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Dato Sri Najib didakwa terlibat.

Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas ‘turun naik’ kenyataan Dato’ Sri Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008. Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Datuk Seri Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku 2 hari selepas pertemuan dengan Dato’ Sri Najib !

Tiga tahun berlalu, ini masih belum dinafikan. Dan sekiranya Dato’ Sri Najib melihat beliau tidak relevan sebagai saksi, mengapakah beliau ditawarkan sebagai saksi di peringkat pertama? Bagaimana pulakah dengan keterangan Datin Sri Rosmah yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk mengatakan kedua mereka ini tidak relevan menjadi saksi sekiranya mereka direkodkan keterangan masing-masing.

Perkembangan ini, secara tidak langsung, membuka satu ruang dan asas baru kepada pihak peguambela untuk memfailkan semula permohonan untuk membatalkan hakim berikutan ketetapan yang tidak konsisten dengan fakta-fakta kes yang berkaitan.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia