Ke Istanbul, Turki menelaah pilihanraya kerajaan tempatan (23-30 Mac 2009)

Saya, YB Norazan dan Saudara Zakaria Hamid akan berangkat ke Istanbul, Turki malam ini. Kami akan pulang pada 30/3/3009 sehari selepas penamaan calon untuk pilihanraya kecil. Walaupun di tanah air kempen untuk pilihanraya kecil sedang rancak, di Turki juga parti-parti politik sedang berkempen untuk pilihanraya kerajaan tempatan (municipal election).

Berikut adalah laporan akhbar Zaman Today yang memberikan gambaran kepada kita tentang pilihanraya tersebut. Mungkin ilmu yang akan dipelajari di sana boleh dikongsi dengan rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan pula pilihanraya kerajaan tempatan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Beberapa pembahagian tugas telah dibuat sempena lawatan kerja saya ke Istanbul. Operasi Angkatan Muda Keadilan bagi pilihanraya kecil di Bukit Selambau akan dipimpin oleh Saudara Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Malaysia, manakala di Bukit Gantang pula akan dipimpin oleh Saudara Khairul Anuar aka Jonah, Naib Ketua AMK Malaysia.

Saudara Zulfikar Ali Ariffin, Setiausaha AMK Malaysia pula akan membantu mengendalikan jentera pilihanraya AMK di Batang Ai. Kepada saudara-saudaraku selamat berjuang. Lawan tetap lawan !

TURKEY 29 Mar 2009 Municipal election a test for governing party’s platform

The party of Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, the Justice and Development Party (AKP), is expected to take its national lead into the municipal election, which will be seen as a referendum on national issues. The campaigns in 81 provinces, among which there are 16 metropolitan municipalities to be won, can be expected to reflect the Islamist-secularist divide in Turkey, which is a constitutionally secular country with a population overwhelmingly composed of Muslims.

The AKP’s main rivals are the secularist center-left Republican People’s Party (CHP) and the pro-Kurdish Democratic Society Party. The CHP is the oldest political party in Turkey. The Islamists defeated the CHP-Democratic Left Party alliance in the 2007 general election, turning the country away from its secular roots.

According to Turkey’s Zaman Today in Sep 2008, the AK Party holds 12 metropolitan and 58 regular municipalities. The CHP, which is the main opposition party, holds eight, two of them metropolitan (Izmir and Mersin). The DTP holds the Diyarbakir Metropolitan Municipality and the Batman, Sirnak, Hakkari and Tunceli municipalities. The Nationalist Movement Party (MHP) holds the Kastamonu, Gümüshane, Igdir and Nigde municipalities. The DSP holds the Eskisehir Metropolitan Municipality and two other cities, namely Ordu and Bartin. The True Path Party (DYP) holds only Elazig, while the Felicity Party (SP) holds Mardin and the mayor of Ardahan is an independent.

Zaman Today noted that recent public opinion polls that put the incumbent AK Party in first place with around 50 percent popular support.

Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ Ke seluruh Malaysia

Perlancaran Bilik Gerakan AMK di Bukit Gantang
Perlancaran Bilik Gerakan AMK di Bukit Gantang

http://buletinonline.net

Bukit Gantang – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan melancarkan kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ (Say No To Najib) ke seluruh negara bermula 21 dan 22 Mac depan.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kempen itu perlu diadakan memandangkan Najib akan mendapat ‘political score’ dengan menerajui ke tiga-tiga kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Kita merasakan, sebab dalam pilihanraya kecil di tiga tempat ini sudah pasti Najib akan mengetuai jentera pilihanraya, dan yang akan dapat ‘political score’ adalah Najib,

“beliau (Najib) akan menggunakan ‘political score’ itu untuk menekan, supaya dipercepatkan transisi itu (peralihan kuasa) dipercepatkan,”katanya kepada Buletinonline selepas menutup program latihan pilihanraya kepada petugas AMK disini kelmarin.

Beliau berpendapat peralihan kuasa kepada Najib belum tentu akan berlaku dan beliau tidak yakin ia aakan berlaku.

“Pendirian AMK tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri,”katanya yang menegaskan banyak perkara dakwaan berkaitan penyelwengan dan salah laku tidak dijawab oleh Najib.

Beliau berkata dalam soal rasuah pembelian Eurocopter, AMK telah memfailkan kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia sebelum ini.

Namun katanya, tidak ada apa-apa penafian atau pengakuan yang dibuat oleh Najib berkenaan dakwaan rasuah itu.

“Transaksi pembelian Eurocopter telah selesai, pelantikan kontraktor pembekalan telah selesai, pembelian Eurocopter hanya ditangguhkan, bukan dihentikan,”ujarnya.

Selain kes itu, Shamsul berkata, dakwaan terbaru akhbar Perancis ‘Liberation’ menambahkan lagi keyakinan AMK bahawa Najib terbabit dengan skandal pembelian kapal selam.

“Kita telah membuat pihak polis, dan polis berjanji mereka, akan membuat penyiasatan terhadap perkara itu, kerana ia adalah penemuan baru,”katanya.

Beliau berkata Najib juga tidak membuat penafian atau pengakuan terhadap kenyataan bersumpah Fauzi Muda yang membaitkan Najib dengan cubaan membeli (ADUN) dengan nilai RM50 juta.

“Sebab itu kita mengatakan, kita tidak boleh terima, pertama kali dalam sejarah, kita ada seorang bakal perdana menteri yang rosak akhlak dan moralnya,

“kalau orang yang didakwa bersih ‘Mr. Clean’ Abdullah Ahmad Badawi, tidak begitu (not very clean) dan ditolak oleh rakyat, apa jaminan terhadap Najib (yang dituduh melakukan penyelewengan),”tegasnya.

Pejabat Ketua AMK

KT buktikan rakyat tolak Najib (Altantuya) !

Saya dan rakan-rakan pimpinan AMK merakamkan sekalung tahniah ke atas calon Pakatan Rakyat dari Pas, Hj Abdul Wahid Endut yang telah memenangi kerusi P36 Permatang Pauh di dalam Pilihanraya Kecil yang berlangsung semalam seterusnya mengurangkan satu kerusi Barisan Nasional.

Kemenangan ini membuktikan kehilangan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional seterusnya menyampaikan mesej rakyat menolak calon Presiden Umno Najib Abdul Razak untuk memimpin negara ini.

Selepas Tsunami politik negara, pilihanraya umum ke 13, 8 Mac 2008, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat kedua setelah rakyat menolak kepimpinan BN di Permatang Pauh Ogos tahun lepas.

Pilihanraya kecil ini turut membuktikan kekuatan silaturahim yang wujud dalam Pakatan Rakyat bagi memenangkan wakil Pas di kerusi Kuala Terengganu.

Dari apa yang dilihat, amanah besar yang diberikan hasil daripada kemenangan ini, adalah harapan baru rakyat Kuala Terengganu terhadap Pakatan Rakyat. Harapan untuk perubahan. Harapan untuk selamat dari rasuah. Harapan untuk memulihkan kemelut ekonomi dan harapan untuk urus tadbir negara yang baik.

Saya yakin harapan itu dapat dilaksanakan oleh YB Hj Abdul Wahid yang telah dipilih oleh Rakyat Kuala Terengganu; rekod pengalaman beliau 18 tahun sebagai Adun tidak akan menghampakan amanah rakyat Kuala Terengganu.

Saya turut berbangga dengan dengan prestasi pengundi muda yang berani mengambil keputusan untuk memilih Hj Abdul Wahid Endut sebagai suara mereka di Parlimen.

Seperti di Permatang Pauh, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih buat Khairy Jamaluddin dan Ezam Mohd Nor yang telah berjaya menimbulkan kebencian rakyat sekali lagi terhadap Umno dengan isu-isu yang tidak mampu menyakinkan rakyat. Tentunya ‘sumbangan’ mereka berdua telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Skuad Angkatan Muda KeADILan diatas komitmen yang jitu bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat.

Terus berjuang !

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Shamsul cabar Wan Farid debat

Semalam, AMK telah menganjurkan Pentas Pemuda di Dun Ladang. Turut hadir selain Shasmsul Iskandar ialah,Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ramai penceramah muda yang berkempen antaranya YB Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP (DAPSY), YB Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), YB Yusmadi Yusoff Ketua AMK Pulau Pinang , Ustaz Badrul Amin dan lain-lain.

Di dalam ceramah tersebut yang diadakan di padang Flat Bukit Kecil di Kuala Terengganu, beliau telah mencabar secara terbuka di hadapan kira-kira 10,000 hadirin untuk berdebat dengan Wan Farid mengenai laungan kempen Mesra Rakyat sempena pilihanraya ini. Beliau menuntut penjelasan mengenai ketirisan wang royalti sebanyak RM 1.6 Billion (Ringgit Malaysia Satu Ribu Enam Ratus Juta !) milik rakyat Trengganu yang tidak tahu hilang di mana.

Semasa persidangan Parlimen Malaysia baru-baru ini, Tan Sri Amirsham, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa menjawab soalan YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, YB Menteri telah menyatakan bahawa sebanyak RM 7 billion wang royalti telah diserahkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Trengganu. Walau bagaimanapun, Dato’ Seri Idris Jusoh, mantan Menteri Besar Trengganu telah menafikan dengan mendedahkan bahawa yang diterima oleh kerajaan Negeri Trengganu hanya sebanyak RM 5 billion.

Nah, persoalannya, mana perginya RM 2 billion ? Kalau di ambil kira RM 400 juta yang telah diserahkan oleh Dato’ Seri Najib kepada Menteri Besar Trengganu beberapa hari sebelum pilihanraya kecil Kuala Trengganu, maka jumlah yang masih lagi hilang ialah RM 1.6 billion. Jumlah yang besar ini akan dituntut oleh rakyat Trengganu untuk dikembalikan.

Shamsul menegaskan bahawa isu royalti tidak boleh dipolitikkan. Ianya melibatkan kepentingan rakyat yang mengatasi kepentingan politik kepartian. Justeru, kita mesti meletakkan titik noktah kepada isu royalti ini. Yang paling baik ialah menggunakan pilihanraya kecil ini bagi menerangkan ke mana bocornya wang rakyat ini.

Macama mana Wan Farid, ada berani ka ?

Pejabat Ketua AMK Malaysia
http://www.shamsuliskandar.com

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

5 Januari 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menahan Ketua AMK Terengganu, Sdr Fariz Musa dan lima lagi ahli Skuad AMK Terengganu yang sedang menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Penahanan Fariz yang juga Tmbalan Ketua AMK Pusat jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal oleh BN yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang menghairankan ialah,apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam? Apakah calon BN, yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan sebelum beliau melepaskan jawatan untuk dinamakan sebagai calon PRK Kuala Terengganu esok?

AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu.Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?

AMK mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu? Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.

AMK juga ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak. Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK akan gempur habis-habisan PRK Kuala Terengganu

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Hrkh) – Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan mengadakan gerak gempur menyeluruh di Kuala Terengganu sebagaimana dilakukan ketika menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dahulu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Teruskan membaca “AMK akan gempur habis-habisan PRK Kuala Terengganu”

Permatang Pauh Bukti Rakyat Tolak Politik Desperado dan Pembunuhan Karakter

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) merakamkan sekalung tahniah ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah memenangi kerusi P44 Permatang Pauh di dalam Pilihanraya Kecil yang berlangsung pada hari ini.

Kemenangan yang lebih besar berbanding keputusan PRU-13 pada 8 Mac 2008 yang lepas membuktikan bahawa rakyat menolak politik desperado ciptaan Umno-BN yang melakukan pembunuhan karakter paling dasyat di dalam sejarah politik negara. Seluruh instrumen kerajaan digerakkan hanya untuk menghadapi seorang manusia bernama Anwar bin Ibrahim. Dan ternyata, kaedah itu ditolak oleh rakyat tanpa kompromi.

AMK melihat kemenangan ini juga menjawab segala dakwaan songsang yang dilemparkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak yang membangkitkan sentimen rakyat semata-mata untuk memastikan kemenangan Umno-BN.

AMK ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat para petugas dan penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat khususnya yang bertungkus lumus menggerakkan jentera tanpa mengira waktu demi memastikan kemenangan KeADILan dicapai pada hari ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan buat Khairy Jamaluddin dan Ezam Mohd Nor yang berjaya menimbulkan kebencian rakyat terhadap Umno dengan kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah dan penuh unsur-unsur perkauman sempit. Dakyah mereka yang menjadi jajaan media arus perdana begitu hebat sehingga mengakibatkan Umno sendiri menerima padah kerana kedangkalan mereka yang berpanjangan !

AMK juga ingin menegaskan bahawa AMK akan meneruskan tindakan mahkamah ke atas Khairy yang gagal menarik balik kenyataan berkenaan tajaan AS kepada KeADILan yang jelas bermotif fitnah dan palsu semata-mata.

Kini, masanya telah tiba. Permatang Pauh melahirkan harapan baru buat rakyat Malaysia, ke arah memerdekakan Malaysia dari cengkaman politik dan ekonomi sempit ciptaan Umno-BN.

Dari Permatang Pauh, langkah akan terus diorak menuju Putrajaya, insyaAllah.

Siapa Punya Kerjani !!

Laporan dari http://www.suarakeadilan.com

Sabtu, 23 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, P44 Permatang Pauh
PERMATANG PAUH, 23 OGOS (SK) – KETUA Angkatan Muda KeADILan bersama-sama beberapa orang lagi menahan seorang pemuda yang berpakaian Pemuda Umno Kepala Batas di Seberang Jaya petang ini sewaktu pemuda berkenaan sedang memasang banner berunsur perkauman.

Turut bersama Pemuda Umno berkenaan adalah 10 helai pemidang yang berunsurkan perkauman dan fitnah.

Antaranya ialah pemidang yang bermaksud Israel akan membuka sebuah kedutaan di Kuala Lumpur kelak sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negara serta satu banner yang mengatakan menunjukan Hadi Awang akan mejadi Perdana Menteri.

Menurut Shamsul Iskandar ketika dihubungi sebentar tadi, beliau sedang dalam perjalanan ke Balai Polis bagi menyerahkan pemuda berkenaan kepada polis.