PENAMAAN CALON P44 PERMATANG PAUH

Saudara-saudara semua dialu-alukan untuk datang beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan terhadap calon pilihanraya Parlimen Permatang Pauh (P44), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada proses penamaan calon yang dijadualkan pada hari Sabtu / 16 Ogos 2008 pada jam 8.00 pagi di Maktab Tuanku Bainun, Penanti.

Turut mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim esok ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin Pakatan Rakyat.

ANWAR RASMI BILIK GERAKAN AMK PERMATANG PAUH

Laporan dan gambar dipetik dari http://www.wrlr.blogspot.com

Sunday, August 3, 2008
Dato Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan dan merasmikan bilik gerakan AMK Permatang Pauh yang terletak berhampiran dengan pekan Permatang Pauh semalam.Turut hadir ialah Ketua AMK Pusat Sdr Shamsul Iskandar ,naib ketua AMK pusat Sdr Khairul Anwar (Jonah) ,para Exco-Exco pemuda dan juga pemuda bahagian.

Turut hadir ialah Pressiden PKR Datuk Seri Wan Azizizah dan puteri,serta calon PKR Permatang Pauh merangkap penasihat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Majlis yang bermula sekitar jam 9 malam itu mendapat sambutan dan sokongan padu kepada kepulangan anak tempatan untuk bertanding.

Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan AMK Sdr Jonah dimana beliau mengajak para pemuda agar bersatu dan memberi tumpuan agar serangan UMNO yang sedang menggila pada masa kini ditepis dan adalah bertujuan untuk mengalihkan tumpuan supaya isu yang berkaitan dengan permasaalahan rakyat tidak diberi perhatian, dan pilihanraya kecil ini tidak diberi laporan.

Sementara itu ketua AMK pusat Sdr Shamsul Iskandar pula mengulas betapa sokongan kepada DSAI dan kemenangannya akan memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk beliau melangkah ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

“Namun dalam kesibukan kita berkempen kita harus berhati-hati, kita tidak mahu ada permainan kotor dalam pilihanraya ini. Jika ada permainan kotor atau pengundi hantu, saya melantik saudara dan tuan-tuan agar menjadi “Ghost buster” “penangkap hantu.Kita cabar SPR menjadikan Permatang Pauh sebagai asas bagi menggunakan dakwat kekal dalam undi ”

Sdr Shamsul juga mengulas mengenai loporan yang dibuat oleh pihak hospital PUSRAWI dimana beliau merasakan bahawa apa yang berlaku kepada kes Linggam seakan-akan sama dengan apa yang berlaku kini.

“laporan yang dibuat dikatakan sebagai laporan palsu. Apabila ditanya kepada pengarah hospital perubatan PUSRAWI, sama sahaja nadanya macam kes Lingggam nampak macam laporan dari pihak hospital kami, tetapi bukan laporan yang kami punya.Malah saya mendapat maklumat bahawa kemungkinan DSAI akan ditangkap sebelum pilihanraya ini berjalan.Walau DSAI ditangkap , saya menyeru kepada semua supaya jika sekali pun DSAI ditangkap, kita akan tetap menyokong beliau.Malah laporan yang ada pada peguam negara belum dibaca , maknanya orang ramai rakyat Malaysia akan memperlekeh UMNO/BN malah rakyat akan membuka mata jika Anwar Ibrahim ditangkap , jangan main macam budak-budak ”demikian jelas Sdr Shamsul lagi.

Sementara itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah yang berucap selepas itu menyeru semua yang ada di pekan Sama Gagah dan seluruh Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia berpakat untuk menyokong Sdr Anwar. Datuk Seri Wan Azizah mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan rakyat keatas beliau selama menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh selama ini.

“kita mesti sokong Dato Seri Anwar Ibrahim supaya beliau berjaya melangkah ke Putrajaya dan perjuangan harus diteruskan dan kita sama-sama membantu beliau untuk semua rakyat Malaysia” demikian ucapan ringkas beliau untuk memberi laluan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memulakan ucapan beliau dengan mengajak rakyat agar bersatu, kerana negara ini adalah negara rakyat dan sebagai negara rakyat, maka kita harus bersatu

“Negara ini bukan negara UMNO/BN punya ini adalah negara kita, negara rakyat.Saya ingin masuk ke Parlimen kerana apabila saya cakap di luar ramai yang tak dengar,malam ini(semalam) saya akan menyentuh bab ekonomi kerana BN kata saya cakap kosong”

Anwar seterusnya menjelaskan betapa sokongan kepada BN selama ini tidak juga dapat membantu rakyat. Bagaimana mungkin BN/UMNO bercakap untuk membantu rakyat dan orang Melayu.

“Ini soal rakyat, kita nak tentu macamana negeri ini boleh maju dan rakyat maju .Ini bukan soal Anwar.Dia(BN) mau hukum orang Melayu, kerana kempen mereka(BN) menyatakan orang Cina dan India sudah naik tocang .Saya punya kempen dan setiap kempen saya semua kaum datang, Melayu ,Cina dan India hadir. Saya orang Melayu, saya tak boleh tinggai Melayu, kita mahukan kerjasama kaum antara Melayu ,Cina dan India , saya mahu Melayu faham, dan kaum-kaum lain juga faham.Melayu senang ,Cina senang dan India pun senang. Jika dulu semua sokong BN maka kerana itu, masa susah BN minta tolong Melayu, masa senang dia hentam Melayu”, kata Anwar lagi.

Anwar juga menjelaskan bagaimana dalam kempen-kempen BN sekarang ini mereka nyatakan bahawa mereka (UMNO )mahu orang Melayu dijaga, namun bagi saja bukan sahaja kaum Melayu dijaga dan agama dipelihara,malahan saya mahu orang Melayu kuat(maju) dan juga agama dipelihara dan orang Cina dan India juga diberi bantuan dalam bidang perniagaan dan lain-lain yang sepatutnya.

“UMNO kata Malaysia mesti jaga kaum Melayu, tetapi saya kata Melayu mesti mau kuat depa kata ekonomi kukuh, kukuh bagaimana sehingga .ekonomi pelabur tak mau datang, orang Cina mau berniaga, untung banyak kita cukai siki.kita tak boleh tipu masa mau bayar cukai, ini untuk negara Ini kita kena ubah kerajaan supaya ekonomi kita lebih baik” demikian tegas Anwar lagi.

Anwar juga menjelaskan bahawa kempen mereka sekarang ialah mempersoalkan kenapa orang Permatang Pauh mahu menyokong Anwar kerana dulunya menyokong Wan Aziziah, malah kalau beliau bertanding di tempat lain pun mereka akan gaduh .

“Mereka kata saya takut mau lawan tempat lain Apa lagi yang mereka mau buat kepada saya, saya sudah merengkok dalam penjara, keluar penjara saya lawan, seluar semua sudah londeh periksa semua depan belakang, dan kini saya tak buat apa pun mereka mahu hentam saya “,

Dato Seri Anwar seterusnya menegaskan kepada rakyat bahawa jika ingin memilih ketua, pilihlah ketua yang baik .malah menjelaskan pada setiap kali pilihanraya kecil akan berlaku perubahan.misalnya di Ijok, dimana secara berjenaka beliau berkata 40 traktor semasa di Ijok di Permatang Pauh 100 traktor akan dihantar.

“Kenapa mereka mahu membawa ekonomi dan kemajuan semasa piliharaya?orang Permatang Pauh sudah bijak,mereka dah pandai berpolik dan matang dalam memilih pemimpin. Orang Melayu, Cina , India mau angkat ketua mesti pilih yg baik Ijok 40 traktor ,Permatang Pauh 100 traktor.mau makan pergi makan di markas UMNO/BN mau kerja datang markas Keadilan’, demikain jelas Anwar secara berjenaka”

Beliau seterusnya merasmikan pembukaan Bilik Gerakan Pemuda PKR…..

Tahniah Buat Rakyat Malaysia!

Setelah tamat pilihanraya umum ke-12 Sabtu lepas, baru kini saya berkesempatan untuk melayari blog ini.

Alhamdulillah, KeADILan mencatatkan kemenangan besar, yang sama sekali tidak diduga oleh Umno-BN. 31 kerusi Parlimen, dan mengepalai Kerajaan Negeri Selangor, serta bersama-sama pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan, jelas membuktikan rakyat telah berani untuk menyatakan hak mereka.

Meskipun saya yang diamanahkan parti untuk bertanding di Parlimen Dungun tewas, tetapi saya terima itu sebagai keputusan rakyat. Tidak dinafikan, puluhan bas yang masuk ke Terengganu 2 hari sebelum pilihanraya amat mengejutkan ramai pihak, tetapi saya percaya bahawa itu adalah penguat semangat untuk saya, dan kepimpinan KeADILan Terengganu bekerja keras untuk menyebarkan kefahaman kepada rakyat untuk sama-sama bangkit, keluar daripada kepompong penindasan Umno-BN.

Alhamdulillah, penerimaan rakyat Dungun kepada saya amat baik. Gerak kerja PAS juga sangat terbuka menerima kehadiran saya sebagai calon. Malah, rakyat menerima baik setiap risalah, profil calon, manifesto parti yang diserahkan kepada mereka oleh kami. Cuma rezeki tidak berpihak kepada saya dan kepimpinan PAS serta KeADILan negeri.

Apapun, penambahan kerusi DUN yang berjaya dihasilkan adalah bukti bahawa perjuangan ini membuahkan sesuatu hasil yang positif.

InsyaAllah, saya akan berada di Dungun untuk bersama-sama mendampingi masyarakat di sana, agar 2012 nanti Dungun dan Terengganu bakal menjadi milik kita.

Saya sedang merangka pelbagai program penambahbaikan gerak kerja AMK di seluruh Malaysia, khususnya di negeri-negeri yang dimenangi pakatan pembangkang agar AMK boleh menjadi agen untuk memperkemaskan sistem penyampaian kerajaan negeri kepada rakyat.

Sekali lagi, tahniah buat sekalian rakyat Malaysia. Buat kepimpinan negeri-negeri yang telah menang, serta Ahli-ahli Parlimen yang mencatatkan kejayaan, jangan hampakan rakyat yang menaruh sepenuh kepercayaan buat kita.

Sama-sama kita bekerja keras untuk merealisasikan harapan baru untuk Malaysia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Salam Juang Daripada Parlimen Dungun!

Teman2,

Sudah lebih daripada 2 minggu saya berkampung di Dungun, demi memastikan suara rakyat Dungun dapat diperjuangkan di Parlimen melalui wadah KeADILan.

Alhamdulillah, meskipun Umno Dungun memainkan sentimen kenegerian bahawa ‘rakyat Dungun perlu menolak calon luar’, sambutan rakyat sangat menggalakkan di keempat-empat DUN.

Saya mempunyai keyakinan bahawa Parlimen Dungun dan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 DUN boleh ditawan oleh pakatan PAS dan KeADILan.

Meskipun pelbagai jenis penipuan yang berlaku sedari awal sehingga ke saat-saat akhir hari mengundi oleh BN dengan restu SPR, gerak kerja KeADILan dan PAS sangat optimis bahawa rakyat Dungun untuk memastikan hak mereka tidak diragut oleh hantu-hantu tajaan Umno-BN.

Doakan kami yang sedang berperang di Parlimen Dungun ini untuk meraih kemenangan yang berharga.

Wang sudah ditabur dan ‘hantu’ pun telah tiba di Dungun ini semata-mata untuk memastikan kezaliman berterusan.

MP dan ADUN terdahulu kaya raya, walaupun baru sepenggal menang dengan mahligai bernilai RM1.2 juta tetapi masih ada rakyat yang tidak pernah menikmati bekalan elektrik dan air bersih selama 20 tahun di sini.

Berbekal semangat pendekar, “sekali menghunus keris, pantang menyisipnya kembali”, kami akan terus berjuang untuk pastikan KeADILan dan PAS menang.

“biar miskin harta benda tapi besar jiwa raga”..

Salam juang!!

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Sekilas Informasi Mengenai Parlimen P039 Dungun

P39 DUNGUN
Jumlah Pengundi: 64,851
Peratusan Kaum: M: % C: % I: % B/Sab: % B/Swk: % L: %
1. Matulidi Jusoh (muka baru)
2. Shamsul Iskandar Yusri Mohd. Akin (PKR)
Penyandang: Datuk Rosli Mat Hassan (BN)
(Majoriti: 4,896 undi)

N25 BUKIT BESI
Jumlah Pengundi: 11,520
Peratusan Kaum: M: % C: % I: % B/Sab: % B/Swk: % L: %
1. Nordin Othman (Pas)
2. Datuk Din Adam (BN)
Penyandang: Datuk Din Adam (BN)
(Majoriti: 2,290 undi)

N26 RANTAU ABANG
Jumlah Pengundi: 16,499
Peratusan Kaum: M: % C: % I: % B/Sab: % B/Swk: % L: %
1. Datuk Za’abar Mohamed Adib (BN)
2. Azman Shapawi Abdul Rani (Pas)
Penyandang: Datuk Za’abar Mohamed Adib (BN)
(Majoriti: 945 undi)

N27 SURA
Jumlah Pengundi: 16,123
Peratusan Kaum: M: % C: % I: % B/Sab: % B/Swk: % L: %
1. Mohd Rosli Harun (BN)
2. Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas)
Penyandang: Ahmad Kamal Abdullah (BN)
(Majoriti: 169 undi)

N28 PAKA
Jumlah Pengundi: 20,709
Peratusan Kaum: M: % C: % I: % B/Sab: % B/Swk: % L: %
1. Mohd Ariffin Abdullah (BN)
2. Satiful Bahari Mamat (Pas)
Penyandang: Mohd Ariffin Abdullah (BN)
(Majoriti: 1,444 undi)

Calon KeADILan Bagi Parlimen 039 Dungun

Assalamualaikum WBT.

Pertamanya, saya ingin memohon maaf atas kelewatan kemaskini blog ini, memandangkan saya kini sepenuh masa berada di Dungun, kawasan yang diamanahkan oleh kepimpinan PAS dan KeADILan untuk saya tandingi bagi Pilihanraya Umum ke-12 kali ini.

Amanah ini pastinya sesuatu yang amat berat, dalam keadaan saya memikul beban untuk mengembalikan kuasa pemerintahan rakyat kepada rakyat semula melalui tertegaknya kerajaan negeri BA menggantikan kerajaan Umno dibawah pimpinan Idris Jusoh kini.

Penelitian saya, Terengganu sepanjang 4 tahun di bawah pemerintahan BN, tidak berubah apa-apa. Malah, kalangan rakyat yang saya dekati di Dungun banyak menceritakan bagaimana wujudnya double-standard yang ketara di kalangan pimpinan BN dalam menaburkan janji. Janji-janji mereka semuanya manis, tetapi tidak ada apa-apa kesan pun.

Sangat menyedihkan, di beberapa kawasan seperti Setiu dan Kemaman, bendera BN lebih banyak daripada lampu jalan! Inilah hasil Islam Hadhari tajaan Umno Terengganu demi menawan Terengganu untuk memuaskan nafsu mereka.

InsyaAllah, saya akan memastikan khidmat saya akan terus ditabur di Dungun. Samada saya menang atau tidak, itu terserah kepada Allah SWT melalui nawaitu pengundi di hari mengundi kelak. Perjuangan ini tidak mengenal asal usul, sebaliknya lebih memberi penumpuan kepada usaha membangunkan rakyat tanpa memilih bulu dan ideologi.

Doakan kemenangan saya dan rakyat di Dungun, dan Malaysia seluruhnya!

Shamsul Iskandar Mohd Akin