PRU Semasa Haji Satu Kesalahan – Dr. Asri


Dari Malaysiakini

21 Jun 2012

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan

Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.

“Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.

“Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

“Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari.

Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar “memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas”.

Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya
berlangsung pada tempoh masa sama.

Mufti Perlis sependapat, S’gor sedikit berbeza

Seruan itu dibuatnya kerana PAS memerlukan ahli-ahlinya untuk
menggerakkan jentera kempen sewaktu pilihan raya.

Turut mengulas perkara itu sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang berpendapat pilihan raya pada musim haji tidak wajar kerana ia bakal melemahkan umat Islam.

Menurutnya, langkah itu jika dilaksanakan adalah satu tindakan tidak adil kepada umat Islam dan akan menyebabkan umat Islam lemah dari segi politik.

“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang politik,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pula mengambil pendirian sedikit berbeza apabila berpendapat haram bagi mereka yang pertama kali berpeluang menunaikan haji menangguhkannya demi mengundi dalam pilihan raya.

“Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib.

“Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi… sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah,” beliau dipetik sebagai berkata.


— Malaysiakini

Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Melaka.


Dari http://pasmelaka.blogspot.com/

11 Jun 2012

Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat

Semalam telah berlangsungnya Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang telah mengumpulkan seramai 300 orang pemuda Pakatan Rakyat di Melaka. Kehadiran mereka diwakili oleh tiga warna tema baju yang berlainan iaitu merah, kuning dan hijau bagi setiap parti.

Kehadiran wakil pemuda pusat bagi setiap parti masing-masing membuktikan mereka bersatu untuk datang ke Melaka bagi melihat jentera Pakatan Rakyat yang paling cepat dibentuk jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Berikut ialah wakil bagi ketua-ketua pemuda negeri dan pusat yang telah hadir sama dalam pelancaran jentera semalam:
Law Bing Haw – Ketua AMK Melaka
Yuhaizad Abdullah – Ketua Pemuda PAS Melaka

YB Tiey Kok Kiew – Ketua DAPSY Melaka
Shamsul Iskandar Md Akin – Ketua AMK Pusat
YB Anthony Loke – Ketua DAPSY Pusat
Ustz Nik Abduh Nik Abdul Aziz – Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat


http://pasmelaka.blogspot.com/

Daftar Pemilih SPR Masih Boleh Dicabar – Ketua AMK


Dari Selangorku

11 Jun 2012

Shamsul: Daftar Pemilih Masih Boleh Dibawa Ke Mahkamah

SHAH ALAM, 11 JUN: Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih boleh dicabar di mahkamah kerana daftar pemilih terbaru masih belum digazetkan lagi.

Demikian beritahu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada TVS ketika ditemui di Dewan Siviks MBPJ, Petaling Jaya semalam.

“Ia boleh dilakukan kerana daftar pengundi baru yang ada telah wujud banyak bantahan, yang ini belum digazetkan lagi. Saya ingat ini dapat dilaksanakan.

“Saya juga dapat tahu perjalanan semakan di Selangor sedang berjalan dengan laju supaya ia dapat di atasi,” kata beliau.

Shamsul yang juga merupakan pengamal undang-undang memberitahu daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Jadi saya percaya usaha Kerajaan Selangor ini berkisar dengan kesalahan dalam Akta Pilihan Raya seperti siapa yang sepatutnya mengundi tetapi dibenarkan mengundi,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun menurut Shamsul satu kajian mendalam boleh dijalankan bagi mengenal pasti peruntukan khas yang membolehkan samada Kerajaan Selangor atau pengundi memfailkan kes terhadap penipuan yang wujud dalam daftar pemilih.

Pada tahun 2002, satu pindaan terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya iaitu seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) telah dibuat bagi membolehkan daftar pemilih yang telah digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

“Undang-undang yang menghalang daftar pemilih dicabar di mahkamah adalah daftar yang drakonian, tidak lojik.

“Apa yang penting lagi, pendirian Kerajaan Selangor bahawa sekiranya daftar pemilih tidak bersih mereka tidak bercadang mengadakan pilihan raya di mana saya rasa itu satu cabaran kepada SPR untuk membersihkan daftar itu sendiri.

“Dengan adanya bukti-bukti ini, tentunya SPR akan terkesan dengan tindakan Kerajaan Selangor,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, Kerajaan Selangor dalam usaha memastikan daftar pemilih SPR bersih dari unsur penipuan telah menjalankan kempen ‘Selangorku Bersih’.

Kempen yang sedang rancak dijalankan itu turut melibatkan pemimpin Kerajaan Negeri dan juga tempatan bagi mengenal pasti pengundi-pengundi sebenar di kawasan mereka.

Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM 5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku sebagai inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan.


—Selangorku

Undi Mahasiswa Penentu Hala Tuju Negara – Ketua AMK


Dari Keadilan Daily

4 Jun 2012

Undi mahasiswa penentu hala tuju negara – Shamsul

KUALA LUMPUR 4 Jun: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mahasiswa perlu membuat pilihan dan keputusan yang tepat dalam menentukan hala tuju pentadbiran negara.

Katanya, ia penting supaya hak dan kebebasan mahasiswa dikembalikan semula selepas sekian lama dinafikan kerajaan Umno Barisan Nasional.

“Mahasiswa mesti membuat keputusan menjelang pilihan raya bagi memanfaatkan setiap undi. Jika tidak, mereka akan terus berada di bawah legasi Umno dan mahasiswa akan terus ditekan,” kata Shamsul.

Beliau berkata demikian dalam forum Tawaran AMK kepada Mahasiswa Malaysia dalam PRU 13 yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCH), 30 Mei lalu.

Forum berkenaan bertujuan menjelaskan tawaran Pakatan Rakyat kepada mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Shamsul dalam pada itu mengajak mahasiswa bersama Pakatan Rakyat dan memahami tawaran yang diberikan kepada mereka oleh parti itu.

“Apa yang penting, apabila mesej dapat disampaikan pada golongan sasaran ini, baru akan ada keterbukaan dan ketika itulah mereka harus membuat pilihan dan tampil bersama-sama dalam perjuangan,” katanya dalam forum selama satu jam setengah itu.

Turut menjadi ahli panel dalam forum itu ialah Naib Ketua AMK, Nazree Mohd Yunus; Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Haziq Abdul Aziz dan Pengasas Legasi Mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris, Adam Adli.

Manakala Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Saifullah Mohd Zulkifli pula bertindak selaku moderator.


— Keadilan Daily

PRU13: 1 Manifesto Untuk Pakatan Rakyat


Dari Malaysiakini

25 Mei 2012

Pakatan Rakyat guna satu manifesto untuk PRU13

Pakatan Rakyat akan menggunakan satu manifesto sahaja dan mengutamakan isu ekonomi dan pendidikan sebagai strategi memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata ketiga-tiga parti terbabit telah membincangkan pembahagian kerusi di peringkat nasional dan menyelesaikan banyak pertindihan kerusi kecuali sebilangan kecil, termasuk satu di Kedah, yang dijangka selesai Jun ini.

“Majlis Presiden parti menetapkan garispanduan mengenai peruntukan kerusi dan saya yakin dengan semangat muafakat yang kuat dalam PR (Pakatan Rakyat, PRU kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PR dan Barisan Nasional,” katanya.

Kerusi yang sememangnya dimenangi parti komponen Pakatan Rakyat (pada pilihan raya lepas) tidak akan diminta untuk dirundingkan (pembahagiannya), katanya kepada pemberita selepas melancarkan SISMEP 3.0 dan penyerahan bahan-bahan kempen pilihan raya kepada semua pengarah pilihan raya PKR di Kedah dan Perlis di Alor Setar hari ini.

Azmin yang juga pengarah pilihan raya PKR berkata sebanyak 13 juta risalah pilihan raya telah dicetak untuk diedarkan kepada pengundi dengan memberi tumpuan pengundi muda di seluruh negara.

Beliau yakin Pakatan Rakyat mampu mempertahan Kedah kerana sokongan pengundi muda yang semakin melonjak.


— Malaysiakini

Program Ketua AMK Di Melaka Pada 30 Mei 2012

Perasmian Bilik Gerakan Dan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAKATAN RAKYAT Parlimen Bukit Katil

Ceramah Umum Dan Persembahan LIVE Nyanyian Lagu Tema Pilihanraya PAKATAN RAKYAT PRU Ke 13

Penceramah:
-YB Nga Kor Ming(MP Taiping & ADUN Pantai Remis)
-YB DR. Mohd Hatta Ramli(MP Kuala Krai)
-YB DR.Yaakob Sapari(Ahli Exco Selangor)
-YB Goh Leong San(ADUN Kesidang)
-SDR. Shamsul Iskandar(Ketua AMK)
-SDR. Adly Zahari(Pesuruhjaya PAS Melaka)

Tarikh:30-05-2012 (Rabu)
Masa:8.00pm
Tempat:Pusat Servis DAP DUN Ayer Keroh
Alamat:63-2,Jalan BBI 1,Taman Bukit Beruang Indah,Bukit Beruang,75450 Melaka.

—Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Program Ketua AMK Pada 19/5/2012

Program Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin:

Sabtu (19 Mei 2012):

10.00 pagi:
Program pelancaran jentera pilihanraya Negeri Sembilan
-Program penerangan peranan dan tugas AMK
(Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Sembilan)

2.30 – 6.30 petang:
Program pelancaran jentera pilihanraya Melaka
-Program penerangan peranan dan tugas AMK
(Ibu Pejabat KEADILAN Melaka)

5.30 petang:

Program Hi-Tea bersama Datuk Ambiga
(Markaz PAS Merlimau)

9.00 – 12.00 tgh malam:
Ceramah 1 bersama Rafizi Ramli (Pengarah Strategi KEADILAN)
(Ledang)

Ceramah 2 bersama YB Zuraidah Kamaruddin (Ketua Wanita KEADILAN)
(Gadek, Melaka)

‘Flag Off’ Konvoi Pilihanraya & Kenduri Rakyat Bersama Pimpinan KEADILAN N.Sembilan

Program ‘Flag off’ Konvoi Pilihanraya dan Kenduri Rakyat bersama Pimpinan KEADILAN

Tarikh: 19 Mei 2012
Masa: 1.00 – 3.00 petang
Tempat: Perkarangan Pejabat KEADILAN Negeri Sembilan

Bersama:

1) YB Azmin Ali (Timbalan Presiden KEADILAN)
2) Datuk Kamarul Baharin (Pengerusi MPN Negeri Sembilan)
3) YB Zuraidah Kamaruddin (Ketua Wanita KEADILAN)
4) Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK))
5) YB Dr. Mansor Othman (Naib Presiden KEADILAN)
6) Rafizi Ramli (Pengarah Strategi KEADILAN)

“Semua Dijemput Hadir”

“Reformasi!”

“Membujur Lalu Melintang Patah!”

— Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Tolak Panel Siasatan Bersih 3.0 Yang Dikepalai Tun Haniff – AMK


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

11 Mei 2012

Pelantikan Tun Haniff Omar: AMK mengajak rakyat Malaysia untuk tolak hasil siasatan panel Bersih 3.0

Sejarah perundangan dilengkapi dengan penegasan bahawa ‘keadilan itu bukan sekadar perlu dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan’.

Memperlihatkan kepada prinsip ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpandangan bahawa pelantikan mantan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar selaku Pengerusi Panel Siasatan Bebas Bersih 3.0, adalah satu langkah terkebelakang, menempangkan proses keadilan dan membuktikan kerajaan BN terdesak untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Malah, AMK berpandangan pelantikan ini sebenarnya hanyalah satu strategi mainan media Umno-BN. Ini bertujuan untuk terus-menerus mengalihkan pandangan rakyat daripada menekankan soal reformasi sistem pilihanraya, dengan memfokuskan kepada isu siasatan yang ‘bebas’ di bawah panel yang diketuai oleh individu yang ‘tidak bebas’.

AMK menggariskan tiga (3) sebab mengapa kredibiliti Tun Haniff selaku Pengerusi Panel ini boleh dipertikaikan:

1. Sebagaimana yang telah disiarkan oleh media beberapa hari lepas, sikap prejudis beliau kononnya Bersih 3.0 didalangi oleh pihak pro-komunis, adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab malah keluar daripada norma realiti politik negara. Kenyataan tanpa fakta, digembar gembur secara bersistematik, memperlihatkan Bersih 3.0 seolah-olah satu gerakan yang ‘kotor’. Dan inilah persepsi awal yang diperlihatkan oleh beliau sebelum memimpin panel yang akan dinanti-nantikan oleh rakyat apakah resolusi lanjut yang bakal dihasilkan.

2. Tun Haniff juga tidak pernah kita lupakan dengan kalimah keramat beliau di mana beliau tidak pernah menjumpai ayat di dalam Al-Quran yang mengharamkan judi. AMK tidak berminat untuk tahu apa iktiqad pegangan beliau, tetapi dalam keadaan prinsip keadilan asas di dalam Al-Quran pun masih gagal beliau fahami, bagaimana beliau mampu mengemudi sebuah panel yang bertanggungjawab menyiasat gerakan Bersih yang menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya Malaysia?

3. Bersih 3.0 menyaksikan keganasan pihak polis berada pada tahap yang paling parah dalam sejarah penyuraian perhimpunan aman yang berlaku di Malaysia. Bagaimanakah seorang mantan Ketua Polis Negara, mampu mengheret institusi yang pernah beliau pimpin selama 20 tahun ke kancah pengadilan? Ini persepsi dan realiti yang sedang membelenggu rakyat ke atas kredibiliti beliau kini.

AMK berharap Tun Haniff boleh kembali menyemak artikel tulisan beliau di dalam The Star pada 12 Februari 2006, tatkala beliau memberikan respon balas mengenai cadangan penubuhan IPCMC :

The IPCMC must have the confidence not only of the public but also of the police. Thus, appoint the right people to be commissioners; this is absolutely vital.

Dalam kes siasatan Bersih ini, Panel harus meraih keyakinan rakyat, bukan keyakinan polis. Maka, melantik pihak yang tepat sebagai Pengerusi adalah sesuatu yang maha penting. Terbukti, Tun Haniff bukan individu yang sesuai. Maka AMK berpandangan, sewajarnya beliau, atas integriti selaku bekas Ketua Polis Negara, mengundur diri secara terhormat. Begitu juga dengan ahli-ahli panel yang lain.

AMK dengan tegas mengajak rakyat Malaysia untuk menolak hasil siasatan Bersih 3.0 sekiranya Pengerusi dan ahli-ahli panel yang tempang kredibilitinya terus dikekalkan !


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia