24 Jam Menjelang PRK DUN Machap…

InsyaAllah..andai tidak ada aral melintang esok kita akan menyaksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai ADUN Machap yang baru.kami di KeADILan masih tegar menyatakan kesepakatan kami untuk membantu DAP di dalam siri-siri kempen yang dianjurkan di bawah pimpinan KeADILan Negeri Melaka dan KeADILan Bahagian Alor Gajah khususnya.

24 jam menjelang pilihanraya kecil ini esok,saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang menarik perhatian saya di Laman M@rhaen..

Artikel nukilan Tun Telanai itu boleh dibaca di sini.

Ingat, ini hanya sekelumit yang didedahkan, dan skop penyelewengannya hanya di Melaka,negeri kedua terkecil di Malaysia. Bagaimana agaknya di Selangor, Sarawak, dan negeri-negeri lain?

Pendedahan ini wajar menjadi iktibar bukan sahaja buat pengundi Machap, tetapi juga rakyat Malaysia seluruhnya.

Nahdah perubahan di Malaysia  akan bermula di Machap, dan bakal menyusul di Ijok!

Selamat Mengundi!

Ali Rustam, Jangan Mengarut Lagi!

semalam saya turut berceramah bersama Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung keADILan di Hutan Percha sempena kempen pilihanraya kecil DUN Machap yang akan berlangsung 3 hari lagi. kehadiran yang amat memberangsangkan menunjukkan segala dakyah BN melalui propaganda media mereka tidak memberikan kesan ke atas kesedaran rakyat di Machap.

Saya menegaskan di dalam ucapan saya semalam yang Machap perlu menjadi medan rakyat untuk menilai dan membalas setiap penderitaan mereka hasil daripada percaturan dasar songsang yang dilaksanakan oleh BN. inilah ruang yang perlu dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat di Machap untuk menunjukkan protes mereka, dan manifestasi rakyat Malaysia keseluruhannya atas kesusahan rakyat selama ini di bawah  pentabdiran Pak Lah khususnya.

Saya menyelar tindakan Datuk Wira Mohd Rustam yang mengatakan bahawa isu-isu yang ditegaskan oleh pembangkang adalah isu-isu lapuk dan basi.saya ingin bertanya pada rakyat, apakah kenaikan harga minyak isu basi? apakah derita rakyat menghabiskan duit untuk membayar tol itu isu basi? apakah inflasi yang disebabkan kenaikan harga minyak yang tak kunjung surut itu isu basi? apakah mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan penjawat awam, pimpinan kerajaan malahan calon BN sendiri itu isu basi?

Sedih! Wahai Ali Rustam yang budiman, janganlah mengarut lagi!

Mereka makin pening, rakyat semakin sedar!

Siri Kempen KeADILan Sempena PRK DUN Machap

Berikut adalah aturcara ceramah anjuran KeADILan sempena kempen Pilihanraya Kecil DUN Machap 2007. Kepada penduduk sekitar Melaka khususnya di Machap dan Alor Gajah, kehadiran anda adalah amat dialu-alukan.Sebarang informasi dan maklumat lanjut boleh didapatkan daripada Sdr Bakar Ninggal, Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya keADILan Bahagian Alor Gajah (017-3566907).InsyaAllah saya akan berada di semua siri ceramah tersebu..

Bersama kita buktikan yang kuasa rakyat akan bermula di Machap!

9 April (Isnin)

Ceramah, 9:00pm

1) Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub
2) Bendahari Agung Tan Sri Khalid Ibrahim
3) Ketua Penerangan Tian Chua
4) Timbalan Setiausaha Agung Dr Xavier Jayakumar
5) Pemangku Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin

10 April (Selasa)

Lawatan pengundi, 3:00pm
1) Presiden Dr. Wan Azizah
2) Ketua Wanita Fuziah Salleh
3) Bendahari Agung Tan Sri Khalid Ibrahim
4) Ketua Penerangan Tian Chua
5) Pemangku Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ceramah, 9:00pm
1) Ketua Wanita Fuziah Salleh
2) Pengerusi GERAK Ezam Md Nor
3) Bendahari Agung Tan Sri Khalid Ibrahim
4) Ketua Penerangan Tian Chua
5) Pemangku Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin

11 April (Rabu)

Ceramah, 9:00pm

1) Penasihat Anwar Ibrahim
2) Naib Presiden Sivarasa Rasiah
3) Bendahari Agung Tan Sri Khalid Ibrahim
4) Ketua Penerangan Tian Chua
5) Pemangku Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin

Sekilas Pandang – Plihanraya Kecil DUN Machap

Laporan Malaysiakini menyiarkan yang Parti Keadilan Rakyat telah memutuskan untuk membantu calon DAP, Liou Chen Kuang yang akan bertempur dengan calon MCA di dalam Pilihanraya Kecil DUN Machap yang akan diadakan pada 12 April nanti. komitmen kita jelas, memupuk solidariti di kalangan parti-parti alternatif.

Saya amat terkilan apabila dimaklumkan yang kelompok mahasiswa daripada beberapa IPTA sekitar Melaka dikerah untuk ‘membantu’ calon BN di dalam menghadapi pilihanraya ini. Program yang dianjurkan atas nama Kementerian Pengajian Tinggi ini bukan sahaja mengerah mahasiswa untuk sama-sama membantu calon BN, tetapi juga diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk memantau mana-mana siswa/siswi IPTA yang menyokong pembangkang yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor UKM. Ini antara intipati pendedahan Sdr Lutfi Othman, Editor Harakahdaily.

Aduhai…Baculnya Umno/BN sudah sampai ke satu tahap yang amat menjelekkan!

Jangan Kita Lupa .. Deklarasi Permatang Pauh

Saya kira ramai yang semakin melupakan amanat perjuangan reformasi yang satu ketika menjadi pegangan dan anutan gerakan reformasi.saya terpanggil untuk kembali meningkatkan kembali pemahaman kita mengenai Deklarasi Permatang Pauh.

Moga bermanfaat buat kita,penjana gerakan reformasi!

Deklarasi Permatang Pauh
12 September 2008

Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “ tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami ” ;

Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.

Malaysiakini: Samy Vellu Diberi 7 Hari Lagi

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMPKR) hari ini memberi lanjutan tempoh tujuh hari lagi kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu untuk mendedahkan semua perjanjian konsesi lebuhraya seperti yang dijanjikannya.

Sebelum ini, pergerakan itu memberi tempoh seminggu, yang berakhir hari ini, kepada Presiden MIC itu untuk berbuat demikian. Perkara itu dinyatakan oleh Naib Ketua AMPKR, S Manikavasagam, selepas pemangku Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin menyerahkan memorandum kepada Samy Vellu di pejabat menteri berkenaan di Kuala Lumpur pagi ini.

Katanya, jika menteri itu masih membisu, pihaknya akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menyiasat Samy Vellu.

“Saya minta beliau usah hanya pandai bercakap, kami mahu beliau mendedahkannya untuk pengetahuan orang ramai. Lihat AMPKR, apabila kami bercakap kami buktikan,” katanya.

Teruskan membaca “Malaysiakini: Samy Vellu Diberi 7 Hari Lagi”

AMK Sahut Cabaran Samy Vellu!

Memandangkan bacul Samy Vellu masih tidak surut,maka saya dan kepimpinan AMK mengambil keputusan yang tegas untuk menyahut cabaran beliau untuk mendedahkan harga Tol SMART dan juga menyerahkan Memorandum Desakan Rakyat kepada Samy Vellu. Esok, Selasa 20 Mac 2007 jam 11 pagi kami pimpinan AMK Pusat akan ‘berkunjung’ ke Kementerian Kerjaraya untuk sama-sama melakukan ‘kunjungan hormat’ ke atas Samy Vellu..

Harapnya beliau bersedia,bukan sekadar bersembunyi di balik pintu!

Boikot Atau Tidak?

pemergian mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam turut membawa signal yang pilihanraya kecil akan diadakan untuk mengisi kekosangan kerusi DUN Machap yang ditinggalkan oleh beliau.Rabu 21 Mac 2007 SPR akan mengisytiharkan tarikh penamaan calon & tarikh pilihanraya kecil (PRK) DUN Machap

DAP telah menegaskan yg tidak akan memboikot PRK ini, dalam erti kata lain, akan meletakkan calon memandangkan kerusi DUN Machap adalah kerusi tradisi DAP.

ada juga spekulasi yg menyatakan keADILan berminat bertanding di DUN Machap,pun begitu amsih belum diputuskan secara rasmi.Persoalannya kini,setelah kita melihat kepada inisiatif boikot PRK DUN Batu Talam, apakah perlu untuk kita teruskan boikot, atau memilih untuk bertempur demi rakyat kali ini?

Takziah Buat Keluarga Mendiang Poh Ah Tiam

saya ingin mengucapkan takziah ke atas keluarga mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam, Ketua Perhubungan MCA Melaka yang juga Exco Kerajaan Tempatan Negeri Melaka yang meninggal dunia lewat petang Khamis lepas kerana menghidap penyakit kanser. meskipun berbeza lapangan dan anutan politik,jasa-jasa mendiang tetap kekal di dalam ingatan semua.sekalung takziah buat keluarga mendiang.

.

Bantah Penahanan Tian Chua Di IPD Ampang Malam Ini!

Saya dimaklumkan yang Sdr Tian Chua, Ketua Penerangan KeADILan telah ditahan polis bersama sekumpulan aktivis dan penduduk tempatan yang turut sama membantah perobohan Kampung Berembang, Ampang hari ini.

Tambah mengejutkan yang Tian Chua juga didakwa atas tuduhan cubaan membunuh so bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan. apa yang melucukan, dakwaan itu dibuat hanya kerana Tian melanggar penghadang jalan yang disusun oleh pemaju,dan pemaju mendakwa yang Tian melakukan cubaan membunuh ke atas pemaju terbabit!!

Bersama-sama kita berkumpul di IPD Ampang Taman Dagang pada jam 8 malam ini untuk menyatakan sokongan kepada Tian dan bantahan ke atas tuduhan karut ini!