Pinjaman Pelajaran Selangor dibuka!

Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor akan membuka permohonan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor mulai 2 Februari 2009.
Tarikh tutup pada 1 April 2009.
Borang permohonan berharga RM3 boleh diperolehi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor
Maklumat lanjut sila hubungi : 03-55447480/7481/7482

Ayuh Rakyat Malaysia, Jom Bantah !

Saya menjemput seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap Bahasa Melayu dan masa depan pendidikan Malaysia, jom sertai Perhimpunan Aman membantah pengajaran pelajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris serta Sidang Media yang akan diadakan menurut butiran berikut :

Tarikh : 31 Januari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 3 petang
Tempat : Dataran Kompleks SOGO, Jalan TAR, Kuala Lumpur

Cetak dan Edar
Penting : Cetak dan Edar

Pertandingan Mencipta Logo AMK

pertandingan mencipta logo AMK

Biro Strategi dan Perhubungan Antarabangsa menganjurkan pertandingan mencipta logo untuk Angkatan Muda Keadilan(AMK). Anda boleh menghantar penyertaan anda ke info@bsia.my. Had umur untuk penyertaan ialah 35 tahun dan kebawah dan kami mengalu-alukan penyertaan daripada anak anak muda. Berikut ialah butir-butir penyertaan :

Tema : Biru Keadilan dan Merah(Simple dan Menarik)
Tarikh tutup : 15 Febuari 2009
Hadiah : Blackberry Pearl

lebih lanjut, lihat disini

Malaysia Di Luar Dunia

1. Semalam, saya berceramah di rumah saudara Rasyeed Khan, Anjung Batu, Melaka. Beliau merupakan bapa saudara kepada Adnan Mansor (orang UMNO panggil Tengku Adnan). Di kampung, beliau lebih dikenali dengan nama Rashid Maidin. Mungkin ada kaitan dengan sifat beliau yang agresif di dalam oposisi.

2. Tetamu yang hadir berceramah bersama saya ialah YB Puan Haniza Talhah, Timbalan Speaker Negeri Selangor dan juga ADUN Taman Medan dan YB Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Kota Anggerik.

3. Kedua-dua “orang kuat” Selangor semalam telah memberikan penerangan kepada rakyat Melaka bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor khususnya Keadilan melaksanakan dasar-dasar yang prihatin dan mesra rakyat, antaranya perlaksanaan sistem Kafalah, Tabung Wawasan Selangor (TAWAS) dan pemberian air percuma.

4. Ada 2 isu penting yang saya utarakan. Pertamanya mengenai pengurusan air di Melaka. Kerajaan Negeri Melaka telah menjadikan air sebagai barang dagangan. Ini terbukti apabila Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan memajak aset air pada kadar sewa tahunan RM26 juta kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) milik Kerajaan Persekutuan dengan jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan menghadapi kerugian berikutan pelaksanaan inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air,sebaliknya bakal memberi banyak manfaat kepada negeri dan rakyat.

5. Perstrukturan itu melibatkan mengambilalih aset air bernilai RM889 juta dan hutang kerajaan negeri Melaka berjumlah RM770 juta oleh PAAB serta pembayaran lebihan RM119 juta dalam tiga ansuran RM39.7 juta dalam tempoh tiga tahun. SAMB dijangka memperoleh pendapatan RM142 juta dan keuntungan kasar RM11 juta setahun.

6. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pula menambah bahawa inisiatif itu akan menjadikan operator air negeri entiti aset ringan yang membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rawatan dan pengagihan air, sekali gus dapat menyediakan perkhidmatan air lebih berkesan. Beliau berkata, dengan sebagai satu-satunya pihak mengurus infrastruktur air negara, segala penjimatan kononnya akan diagihkan kembali kepada rakyat menerusi kadar tarif air yang berpatutan. Sebagai rakyat kita punyai asas yang kukuh untuk meragui kebenaran kenyataan ini.

7. Saya juga menyentuh mengenai kegawatan ekonomi dunia yang akan memberikan kesan besar kepada negara. Walau bagaimanapun, kita hairan bagaimana Menteri Kewangan terus-terusan menyatakan bahawa fundamental ekonomi kita masih kukuh. Di dalam keadaan seluruh dunia berhempas pulas memikirkan masalah kegawatan ekonomi, Malaysia dengan selamba menyatakan bahawa ekonomi kita baik dan tidak terkesan dengan kegawatan ekonomi dunia. Mungkin kedudukan Malaysia agaknya berada di luar dunia !

Ketua AMK Di Sungai Koyan Parlimen Cameron Highlands

Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Pusat telah menghadiri majlis Hari Raya AidilAdha dan Ceramah Umum di dataran Felda Sg. Koyan 1, Kuala Lipis bersama sama dengan Penasihat PKR Pahang, Dato’ Fauzi Abdul Rahman dan Bendahari Dewan Pemuda Pas Pahang, Ustaz Junaidi.

Di dalam ucapannya Sdr. Shamsul Iskandar telah menegaskan bahawa Penduduk FELDA secara amnya sedang dihimpit dengan kemelut kemerosotan harga komoditi Sawit dan getah pada masa ini dan akan memberi kesan langsung tehadap kos sara hidup masyarakat FELDA terutamanya golongan yang berumur sekitar 30 ke 40 tahun.

petikan: AMK Pahang