Ceramah Pasca #901 di Hulu Kelang

Ceramah Pasca 901: Anwar Bebas

Lokasi: Dewan AU5, Lembah Keramat, Hulu Kelang, Selangor.
Tarikh: 12 januari 2012
Masa: 9.00 malam (Selepas Isyak)

Penceramah:

1) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin – Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia
2) YB Saari Sungib – ADUN Hulu Kelang, Timbalan YDP PAS Selangor.
3) Sdr. Hanipa Maidin – AJK PAS Pusat, Peguam

*Dijemput hadir beramai-ramai bagi mendengar hal berkaitan isu-isu semasa

Tawaran Jingga Untuk Rakyat Malaysia! – Pakatan Rakyat

Dari: Keadilan Daily

11 Januari 2012

Tawaran Jingga untuk rakyat 14 Januari ini

(Oleh: Nabihah Hamid)

PETALING JAYA 11 Jan: Manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan dikemukakan pada konvensyen Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di Alor Setar, Kedah 14 Januari ini.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat di sidang media hari ini mendedahkan bahawa manifesto berkenaan akan dibentangkan melalui beberapa kertas kerja yang memfokuskan isu rakyat.

“Konvesyen ini adalah konvesyen yang penting dalam memberitahu rakyat tentang tawaran pakatan melalui Tawaran Jingga yang akan dilancar dalam manifesto,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah mengenai pembaharuan memulihkan perkhidmatan awam oleh exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan isu ‘Federalisme’, oleh Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula akan menyampaikan kertas kerja mengenai anti-monopoli dan Pengerusi Biro Felda Kebangsaan KEADILAN, Suhaimi Said akan membentangkan kertas kerja tentang reformasi Felda.

Menurut Mahfuz, dengan tema ‘Bersihkan Malaysia’, konvensyen kali ini lebih memfokuskan gerak kerja dan strategi bersama tiga parti dalam persediaan pilihan raya umum akan datang

“Konvensyen ini akan memberikan rakyat Malaysia gambaran bagaimana Pakatan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu dalam negara untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, iaitu satu keluarga yang berbilang kaum,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Manakala Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Konvensyen ini akan mengumpulkan dan menampil pelbagai pendapat terutamanya dari badan NGO dan Mahasiswa.

“Ini merupakan satu tempat di mana kelompok-kelompok yang datang dari badan bebas serta mahasiswa untuk menyuarakan pendapat mereka,” kata beliau.

Menurut Ketua Pemuda Dap, Anthony Loke Siew pula, Pakatan akan bekerja keras mengatur strategi bersama dalam konvesyen ini untuk persediaan pilihanraya.

“Kita akan lebih kuat dan mengaturkan lebih strategi. Tawaran jingga ini banyak memfokuskan kepada isu-isu masalah rakyat seperti Felda, monopoli, penjawat awam dan sebagainya.

“Ini akan memberi rakyat apa yang kita mampu tawarkan untuk rakyat dalam menawan Putrajaya,” atanya pada wartawan.


—Keadilan Daily

2 Hari Menjelang #BebasAnwar901: AMK di Kota Raya

Petang ini (Sabtu, 7 Januari), Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama AMK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengedar risalah Bebas Anwar 901 di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman(TAR) dan kawasan sekitar.

Rapat Umum bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di
Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru.
Ahad, 8 Januari 2012
8.30 malam

Ayuh ramai-ramai bersama mendengar amanat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Dan jangan lupa, 9 Januari 2012 ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk solidariti terhadap
Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!


—Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

3 Hari Menjelang #BebasAnwar901: DSAI di Lembah Klang

Berikut adalah jadual jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hari ini:

6 Januari 2012 (Jumaat):

1) Solat Jumaat di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang, Selayang

2) 8.30 malam: Lembah Pantai (Dewan Gasing Indah, Petaling Jaya)

3) 10.30 malam: Kelana Jaya (Stadium 3K, Subang Jaya – Berhampiran Sunway Lagoon)

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

4 Hari Menjelang #BebasAnwar901: DSAI Jelajah Pantai Timur

Berikut adalah jadual jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hari ini:

5 Januari 2012 (Khamis):
1) Bentong, Pahang – 9.30 pagi
2) Balok, Indera Mahkota, Pahang – 12.00 tgh hari
3) Dungun, Terengganu – 2.30 ptg
4) Kuala Terengganu, Terengganu – 4.30 ptg
5) Pondok, Pasir Putih, Kelantan – 8.30 mlm
6) Machang, Kelantan – 10.00 mlm

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

#BebasAnwar901 – 5 Hari Lagi: Malam ini DSAI di Melaka

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Sebaran

3 Januari 2012

Ceramah Perdana Anwar malam ini (4 Jan) di Bukit Baru, Melaka

Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan turun ke Melaka pada 4 Jan (Rabu) untuk memberi penerangan tentang kes fitnah liwat dan isu politik nasional terkini.

Ceramah perdana ini akan berlangsung pada jam 9 malam bertempat di No.9397 Taman Sin Hoe, Bukit Baru.

Naib Ketua Biro Penerangan KeADILan Meleka Freddie Lim dalam satu sidang media semalam menyeru agar orang ramai dialu-alukan hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Turut hadir dalam sidang media adalah Exco Angkatan Muda Pusat Farhan Ibrahim dan Ginie Lim, Naib Bendehari KeADILan Melaka Gue Teck.

Farhan Ibrahim mengatakan bahawa KeADILan juga akan melancarkan kempen “Lawan Fitnah, Tolak Konspirasi” pada malam tersebut bagi mobilisasi penyokong dan orang awam untuk hadir ke mahkamah di Kuala Lumpur pada Isnin depan, 9 Jan.

Ginie Lim turut mengecam tindakan keganasan polis menzalimi mahasiswa UPSI baru-baru ini dan menyeru agar masyarakat menolak pemerintahan Barisan Nasional sebagai tanda sokongan kepada kumpulan mahasiswa yang berani memperjuangkan demokrasi dan kebebasan akademik ini.

KeADILan Melaka di bawah pimpinan Shamsul Iskandar pada Ahad lalu (1 Jan) telah mengedarkan risalah kes fitnah liwat di sekitar kawasan Bukit Baru dan mengajak agar orang ramai turun ke ceramah perdana pada Rabu ini. Respon orang awam menggalakkan dan dijangka ramai orang daripada pelbagai lapisan masyarakat akan hadir bersama pada malam itu.

—KEADILAN MELAKA

Ceramah Isu Semasa 30 Disember 2011

Ceramah Perdana Isu Semasa #BebasAnwar901

Tarikh: 30 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Dewan Orang Ramai Blok A, Taman Melati (Cabang Wangsa Maju)

Penceramah:
YB Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang, Ketua Wanita PKR)
Sdr. Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK) Malaysia)
Datuk Dr. Tan Keek Kwong (Penyelaras PKR Cabang Wangsa Maju)
Sdr. Ishak Surin (YDP PAS Batu)

Semua dijemput hadir untuk mendengar hal berkaitan isu-isu semasa dan isu DS Anwar

—Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

Jadual Program #BebasAnwar901

Jadual Program #BebasAnwar901

“Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi!”

27 Disember 2011 (Selasa):
Ceramah penerangan di Sungai Petani, Kedah (AMK)

28 Disember 2011 (Rabu):
Pelancaran kempen #BebasAnwar901 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur

29 Disember 2011 (Khamis):
Ceramah penerangan:
1) Langkawi, Kedah (PKR Cabang)
2) Bagan Datoh, Perak (PKR Cabang)

30 Disember 2011 (Jumaat):
Ceramah penerangan:
1) Dewan Serbaguna, Block A1, Taman Melati, KL (Berhampiran LRT) (AMK Wilayah)
2) Petaling Jaya Selatan, Selangor (AMK Selangor)

Countdown #BebasAnwar901 di seluruh negara

31 Disember 2011 (Sabtu):
Ceramah penerangan:
1) IOI Mall, Puchong, Selangor (AMK Selangor)
2) Kota Raja, Klang, Selangor (Dr. Aziz Bari, Chegubard, Prof Dr. Abu Hassan)

2 Januari 2012 (Isnin):
Forum (Live Streaming) bersama pimpinan dan NGO (akan diumum kelak)

3 Januari 2012 (Selasa):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Ledang, Johor – 9.00 mlm
2) Muar, Johor – 11.00 mlm

4 Januari 2012 (Rabu):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Tampin, Negeri Sembilan – 9.00 mlm
2) Bukit Katil Melaka – 11.00 mlm

5 Januari 2012 (Khamis):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Bentong, Pahang – 9.30 pagi
2) Balok, Indera Mahkota, Pahang – 12.00 tgh hari
3) Dungun, Terengganu – 2.30 ptg
4) Kuala Terengganu, Terengganu – 4.30 ptg
5) Pondok, Pasir Putih, Kelantan – 8.30 mlm
6) Machang, Kelantan – 10.00 mlm

6 Januari 2012 (Jumaat):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Lembah Pantai, Kuala Lumpur – 9.00 mlm
2) Kelana Jaya, Selangor – 11.00 mlm

Demo(Selepas solat Jumaat):
Masjid Kg Baru

8 Januari 2012 (Ahad):
1) Program solat hajat dan doa di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Rapat Umum Gergasi di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur

*Sebarang pertukaran jadual program akan dikemaskini dari masa ke masa


— Team Mobilisasi #BebasAnwar901 dan Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK)

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Kempen #BebasAnwar901 “Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi”: Setengah juta risalah edar.

Dari: Keadilan Daily

26 Disember 2011

Kempen tolak fitnah II: Setengah juta risalah diedar

KUALA LUMPUR 26 Dis: KEADILAN mencetak 500,000 risalah untuk diedarkan kepada orang ramai bagi menangkis fitnah jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang keputusan perbicaraan pada 9 Januari depan.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip, risalah berkenaan sudah diedar kepada orang ramai sejak Khamis lalu di lokasi-lokasi strategik.

“Lokasi pengedaran risalah ini kita tumpukan ditempat tumpuan orang ramai seperti di kawasan perhentian bas, KTM Komuter, LRT, Monorel dan mana-mana kawasan kunjungan rakyat.

“Kedai-kedai makan juga antara lokasi yang dipilih untuk mengedarkan risalah ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Penyebaran risalah itu sebahagian usaha kepada kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ yang dilancarkan AMK bersama Pemuda Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pada 28 Disember ini.

Dengan tema #bebaskanAnwar901 , ia bakal menggerakkan sokongan besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari keputusan perbicaraan dibacakan, 9 Januari nanti.

Menurut Rozan, risalah penerangan yang menerangkan mengenai bukti dan fakta sepanjang perbicaraan itu akan dicetak dan ditambah dari semasa ke semasa sekiranya tidak mencukupi.

“Pada mesyuarat dua hari lalu, pimpinan AMK negeri bersama sekumpulan NGO turut menyatakan persetujuan bersama menyebarkan risalah ini atas dasar memperjuang prinsip Keadilan terhadap Datuk Seri Anwar,” katanya.

Selain itu, katanya, AMK turut mengadakan penerangan ringkas mengenai kandungan risalah itu dalam ceramah kelompok bagi memastikan mesej sampai kepada sasaran.

“Saya sendiri memimpin penyebaran risalah di kawasan Tol dengan waktu edaran difokuskan pada awal pagi dan lewat petang dengan sasaran kepada mereka yang baru hendak pergi dan balik kerja.

“Jika adanya halangan dari Polis dan pihak tertentu ketika edaran risalah ini berlangsung, kami sudah menyediakan strategi lain untuk mengedarkannya,” katanya.


—Keadilan Daily

Konvensyen Pakatan: Umum Manifesto Bersama

Dari: Malaysian Insider

24 Disember 2011

Pakatan akan umum ‘manifesto bersama’ di konvensyen kebangsaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pakatan Rakyat akan mendedahkan manifesto bersama parti perikatan itu pada konvensyen kebangsaan bulan depan di mana pemimpin tertinggi percaya ia akan menekankan dan membantu menyatukan persediaan mereka dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan manifesto Pakatan Rakyat berbentuk “mudah, ringkas” dan “halus” untuk memberikan dan menjelaskan maklumat penting apa yang ditawarkan gabungan tiga parti itu kepada rakyat.

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan Pakatan Rakyat berkemungkinan akan mengadakan konvensyen kebangsaan yang terakhir di Kedah pada 14 Januari depan untuk merangka strategi pilihan raya mereka.

“Sekarang, ia (manifesto bersama) akan diperkenalkan semasa konvensyen kebangsaan. Butirannya belum dimuktamadkan tetapi kami kerap bertemu untuk menyiapkan semuanya,” kata Pengarah Straregik PKR Rafizi Ramli.

“Manifesto ini akan mengandungi dasar-dasar yang paling penting dan matlamat tiga parti dalam Pakatan Rakyat…ia akan diperhalusi. Kami tidak boleh membawa begitu banyak mesej semasa pilihan raya, jadi pengundi akan mudah faham dengan apa yang ditawarkan kami iaitu sebagai satu gabungan dan bakal kerajaan,” tambahnya.

Manifesto Pakatan Rakyat akan “menyatukan” kedua-dua Rangka kerja Bersama dan Buku Jingga, menurut Rifizi.

Buku Jingga yang dibentuk secara bersama menawarkan beberapa aspek utama dalam tempoh 100 hari selepas menawan Putrajaya termasuk memberikan elaun bulanan RM500 kepada guru yang akan membelanjakan kos keseluruhan sebanyak RM3.2 bilion setiap tahun.

Ia juga turut akan mengambil langkah tertentu untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA), memansuhkan sistem tol serta menawarkan akses perkhidmatan Internet tanpa wayar di kawasan bandar dan luar bandar.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan transformasi dalam pentadbiran termasuk memansuhkan ISA, menggubal undang-undang perhimpunan aman serta membenarkan pelajar berumur 21 tahun ke atas untuk menyertai politik luar kampus.

“Ia seperti manifesto pilihan raya. Kami akan memberikan tumpuan tentang apa yang kami ketengahkan seperti bagaimana kempen Tony Blair pada 1999 yang memberikan fokus kepada beberapa kisu utama,” kata Rafizi.

Bekas perdana menteri UK Blair berjaya memimpin Parti Buruh memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum 1997 negara itu dan melaksanakan beberapa manifesto termasuk memperkenalkan gaji minimum, Akta Hak Asasi dan Akta Kebebasan Maklumat.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab untuk merangka manifesto bersama itu terdiri darida Rafizi, Nurul Izzah Anwar, Saifuddin Nasution Ismail, Chua Tian Chang, Dr Dzulkefly Ahmad, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, Tony Pua, Liew Chin Tong, Teresa Kok dan Anthony Loke.

Rafizi menegaskan manifesto itu dirangka pada masa yang tepat, menambah bahawa ia menunjukkan walaupun PKR, PAS dan DAP berlainan idealogi namun berjaya disatukan secara bersama seperti satu perjanjian.

“Kami tidak menang pilihan raya hanya kerana sokongan penyokong kami…kami memerlukan manifesto ini untuk ditawarkan kepada pengundi. Isu-isu yang dibangkitkan seperti gaji, kos sara hidup yang tinggi. Ini akan menarik perhatian generasi muda,” katanya.

Dijangkakan konvensyen itu akan menjadi tumpuan, Rafiziz berkata perbicaraan liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumukan pada 9 Januari turut akan mempengaruhi suasana.

Keputusan perbicaraan kes liwat Anwar yang telah mengambil masa selama dua tahun itu dijangka akan berakhir pada 9 Januari yang melibatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.


—Malaysian Insider