Berbillion Aset Haram Maharaja Sarawak, Taib Mahmud didedahkan?

Dari http://www.stop-timber-corruption.org

5 Disember 2011

“Billions of illicit assets”: Abdul Taib Mahmud, the Godfather of Sarawak

Research by the Bruno Manser Fund (BMF) has uncovered the vast dimensions of the Malaysian Taib family’s illicit assets. According to the Swiss organization, the inner family circle of Malaysian potentate Abul Taib Mahmud has a stake in over 400 companies around the globe and holds illicit assets worth several billion US dollars.

Abdul Taib Mahmud (“Taib”) has been Chief Minister, Finance Minister and Planning and Resources Management Minister of Malaysia’s largest state, Sarawak, since 1981. He has been long criticized for corrupt practices and abuse of office but Malaysian authorities have failed to take action against him, despite an ongoing investigation by the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC). Taib is a key supporter of Malaysian Prime Minister Najib Razak’s ruling Barisan Nasional coalition.

In Malaysia alone, Taib, his four children, eight siblings and his first cousin Hamed bin Sepawi have a stake in 332 companies worth several billion US dollars. The Taib family’s share in 14 large companies’ net assets alone has been calculated at 1.46 billion US dollars (4.6 billion Malaysian Ringgits). The three largest Taib family-linked companies are the 84% Taib-owned Cahya Mata Sarawak (net assets 2.4 billion Ringgits), the 25% Taib-owned Custodev Sdn Bhd (net assets 1.6 billion Ringgits) and the at least 35% Taib-owned Ta Ann Holdings Bhd (net assets: 1.4 billion Ringgits).

Cahya Mata Sarawak is a construction conglomerate listed on the Kuala Lumpur stock exchange (KLSE 2852) that has benefited massively from a cement monopoly and from untendered public contracts awarded by the Taib-led Sarawak state government. Ta Ann Holdings Bhd (KLSE 5012), which is chaired by Taib’s first cousin, Hamed Sepawi, is an internationally active logging company. Since its foundation in the 1980s, Ta Ann has been granted more than 675,000 hectares of logging and plantation concessions by the Taib government. Privately-held Custodev Sdn Bhd is a Sarawak-based property development company. Achi Jaya Holdings (net assets 550 million Ringgits), which is wholly owned by the Taib family, holds a monopoly over log exports from the timber-rich state.

“We consider these corporate interests of the Taib family to be illicit assets”, said BMF director Lukas Straumann today. “There are many clear indications that Taib has abused his public office to build a corruption and fraud-based billion-dollar empire.”

“We are shocked to see that the Taib family has so shamelessly enriched itself while the people of Sarawak have to struggle with widespread poverty and an appalling lack of infrastructure and government services.”

Apart from Malaysia, the Taib family also has stakes in at least 85 companies in 25 countries and offshore jurisdictions, namely Australia (22 companies), Bermuda (1), the British Virgin Islands (7), Brunei Darussalam (1), Cambodia (1), Canada (9), the Cayman Islands (1), Fiji (3), Hong Kong (7), India (2), Indonesia (3), Jersey (1), the Kingdom of Saudi Arabia (1), Labuan (1), New Zealand (5), the People’s Republic of China (2), the Philippines (1), Singapore (2), Sri Lanka (1), Thailand (2), the United Arab Emirates (1), the United Kingdom (4), the United States of America (6) and Vietnam (1).

The Bruno Manser Fund is calling on anti-corruption and anti-money-laundering authorities worldwide to investigate the Taib family’s business activities and freeze Taib family assets in their countries.

Business leaders and corporations are advised not to conduct business with Taib family corporations for legal and reputational reasons.

All documents can be found online under: www.stop-timber-corruption.org/resources


http://www.stop-timber-corruption.org


Pengumuman:

Mari hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Disember 2011 (Khamis) dan 13 Disember 2011 (Jumaat) ini (Tarikh baru yang ditunda).

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!

Empangan Bengoh S’wak: Kos melimpah RM58 juta

Dari Malaysiakini

31 Oktober 2011

Empangan Bengoh S’wak: Kos melimpah RM58 juta

Perancangan yang tidak sempurna mengenai penempatan semula penduduk pribumi yang menghuni sekitar Empangan Bengoh di Sarawak mungkin menyebabkan kelewatan berpanjangan bagi projek yang menalan perbelanjaan RM310.65 juta itu.

NONEWalapun jemaah menteri masih mempertimbangkan beberapa pilihan, Ketua audit Negara dalam laporan 2010 menganggarkan bahawa kelewatan tersebut boleh menyebabkan kos tambahan  sehingga RM58.37 juta lagi.

Menurut laporan itu, kelewatan adalah kerana sebahagian daripada 1595 pribumi yang terjejas dengan projek itu tidak mahu menerima pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Empangan yang 97.3 peratus siap, tidak boleh diisi dengan air mengikut jadual sehingga semua penduduk pribumi sekitar kawasan itu dipindahkan.

Jika tidak diisi dengan air, peralatan mekanikal dan elektronik empangan itu tidak boleh diuji mengikut jadual.

NONESejumlah RM30.87 juta telah diperuntukkan untuk pampasan dan perolehan tanah tetapi 26 orang telah menolak tawaran sebanyak RM1.44 juta setiap seorang.

Sehingga Mei 2011, RM800,000 telah dibayar daripada jumlah RM11.78 juta yang diperuntukkan bagi pampasan bagi bangunan itu.

“Skim penempatan semula penduduk pribumi di Bengoh sepatutnya diselesaikan lebih awal selaras dengan pembinaan dan jadual mengisi air … supaya kerajaan tidak perlu menanggung kos tambahan.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memastikan bahawa kelewatan ini tidak menyebabkan kerosakan teknikal kepada peralatan mekanikal dan elektronik yang tidak boleh dipasang itu,” petik laporan itu.

—Malaysiakini

Balak Sarawak: Penan Bangkit Lagi!

Dari Malaysiakini

18 Oktober 2011

Penan di Baram buat sekatan balak lagi

Masyarakat Penan sekali lagi dilaporkan membuat sekatan dalam usaha untuk menghalang kayu balak dikeluarkan daripada penempatan mereka di kawasan pertengahan Baram.

Menurut NGO, Dana Tabung Bruno Manser (BMF), kira-kira 70 masyarakat dari perkampungan Ba Abang dan Long Kawi membuat sekatan ke atas jalan pembalakan berhampiran sungai Ba Bunau. Tindaklan itu bagi menghalang syarikat Interhill yang berpangkalan di Miri daripada mengeluarkan balak.

NONE“Mengikut maklumat daripada masyarakat tempatan, sekatan telah didirikan pada Khamis lalu, dan telah dihadiri oleh lebih daripada 70 penduduk pribumi Penan,” kata NGO itu.

BMF, dalam kenyataan satu akhbar semalam, berkata bahawa sekatan itu didirikan di kawasan yang dituntut sebagai tanah adat (NCR) masyarakat Ba Abang.

NGO yang berpangkalan di Switzerland dan diasaskan bagi memperingati aktivis alam sekitar, Bruno Manser yang hilang di Sarawak pada tahun 2000, berkata bahawa masyarakat Penan menuduh Interhill “melakukan pembalakan secara agresif dan merosakkan alam sekitar sejak beberapa bulan yang lalu”.

“Usaha oleh masyarakat untuk berunding dengan Interhill didakwa telah gagal. Interhill pernah  dituduh melakukan tindakan yang sama pada tahun 2009.

“BMF difahamkan bahawa Interhill telah meminta bantuan polis dan Jabatan Perhutanan untuk membubarkan sekatan tetapi masyarakat Penan berkeras meneruskan protes mereka,” kata BMF lagi.

NONEBeberapa sekatan-sekatan yang dilakukan oleh masyarakat Penan terhadap pembalak sebelum ini lazimnya didakwa disambut dengan pelbagai ugutan oleh pihak berkuasa.

Pada tahun 2009, enam masyarakat Penan dari Baram tengah telah a memfailkan kes tuntutan tanah NCR dan meminta lesen pembalakan yang dikeluarkan oleh kerajaan diisytiharkan batal dan tidak sah.

Kes-kes itu masih belum selesai dibicarakan di Mahkamah Tinggi Miri.

azlan

—Malaysiakini

Sabah dan Sarawak terus Dipinggir BN

Dari Roketkini

17 Oktober 2011

BN terus pinggirkan Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 17 OKT – Walau pun Bajet Barisan Nasional 2012 diwarwarkan sebagai bajet rakyat berpendapatan rendah oleh para pengampu mereka, rakyat miskin kekal menderita dengan janji-janji palsu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata, projek-projek dalam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri dua tahun lalu telah gagal mencapai matlamatnya.

Beliau memberi contoh-contoh kegagalan BN yang menyebabkan tekanan hidup semakin memburukkan keadaan rakyat berpendapatan rendah, terutama rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Di Sabah yang didakwa kubu kuat BN:

* Sehingga September lalu, 180,48 km jalan bertar telah siap atau telah diperbaiki. Bagaimana pun, sasaran sebenarnya ialah 366,67km, iaitu hanya mencapai 49 peratus.

* Hanya 3,463 isi rumah luar bandar dan pedalaman telah mendapat bekalan air bersih, gagal dan jauh dari sasarannya, iaitu 18,063 – hanya mencapai 19 peratus.

* Hanya 1,080 isi rumah luar bandar dan pedalaman yang telah menerima bekalan elektrik sedangkan sasarannya adalah 4,509 rumah, iaitu cuma mencapai 24 peratus.

Di Sarawak yang juga dikatakan kubu kuat BN:

* Sehingga September lalu, 112,84 km jalan tar telah siap atau yang telah diperbaiki sedangkan sasarannya adalah 222.95km, iaitu hanya mencapai sasaran 51 peratus.

* Sebanyak 8,823 rumah luar bandar dan pedalaman telah menerima bekalan air bersih, berbanding sasarannya, iaitu 13,024, yakni mencapai sasaran 68 peratus sahaja.

* Hanya 4,360 isi rumah luar bandar mendapat bekalan elektrik sedangkan sasarannya ialah 21,792, iaitu hanya mencapai 20 peratus.

Menurut Teo, enam menteri yang terlibat dalam enam NKRA hanya pandai membuat pengumuman tanpa ada hasil sebenar.

“Pencapaian sebenar enam NKRA itu, sehingga September 2011 langsung tidak mencapai sasaran utama Perdana Menteri, apatah lagi ianya adalah lebih rendah daripada apa yang diunjurkan sehingga akhir tahun ini.

“Setiap tahun, kerajaan persekutuan menaburkan pelbagai janji, tetapi berapa ramai di antara mereka yang hanya bercakap sahaja? Berapa ramai daripada mereka yang kedengaran seperti hebat tetapi langsung tidak praktikal?

“Setelah lebih dua tahun, berapa banyak projek-projek bercita-cita tinggi ini telah dapat telah dilaksanakan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, melalui jawapan di Parlimen baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon berkata tahap pencapaian projek-projek itu adalah sekadar ‘memuaskan’.

Justeru, Teo mengingatkan Rakyat Malaysia dengan janji Najib dalam Bajet 2011 tahun lepas yang kononnya mahu membina enam lebuh raya yang mana sehingga hari ini belum dilaksanakan.

Malah, jelas beliau lagi, dalam pembentangan Bajet 2012 Najib baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan pula tambahan lima projek lebuh raya baru yang akan dibina.

“Sehingga tahun 2011 akan berakhir, tidak satu pun lebuh raya yang dijanjikan itu telah dibina,” katanya, mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji-janji Barisan Nasional.

Lebuhraya yang sepatutnya dibina itu ialah Lebuh raya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu, Lebuh raya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuh raya Segamat-Tangkak, Lebuh raya Central Spine dan menaik taraf jalan Kota Marudu-Ranau.

—Roketkini

Karpal: Najib Cabul Undang-Undang Pilihan Raya

MALAYSIAKINI – Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam ‘pembelian undi’ pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Keputusan Rasmi : DAP Berjaya Rampas Parlimen Sibu

MALAYSIAKINI – 10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

“SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

“Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi,” katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang “sesuatu yang tak kena sedang berlaku” dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 – dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.

“Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam.”

Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.

9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 – yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.

Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.

“Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi,” katanya kepada Malaysiakini.

9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.

8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP – 18,570
BN – 15,980
Bebas – 201

Majoriti 2,590

Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP – 18,211
BN – 14,267
Bebas – 138

Majoriti 3,944

Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka – kubu kuat BN – belum tiba.

8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP – 17,120
BN – 13,841
Bebas – 137

Majoriti 3,279

7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP – 16,786
BN – 13,656
Bebas – 136

Majoriti 3,130

7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.

DAP – 16,538
BN – 13,490
Bebas – 136

Majoriti 3,048

7.40malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP – 16,178
BN – 13,156
Bebas – 134

Majoriti 3,022

7.35malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP – 15,981
BN – 13,061
Bebas – 134

Majoriti 2,920

7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP – 15,655
BN – 12,838
Bebas – 132

Majoriti 2,817

7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP – 14,83
BN – 12,049
Bebas – 129

Majoriti 2,236

7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP – 11,901
BN – 9,850
Bebas – 99

Majoriti 2,091

7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP – 10,773
BN – 9,229
Bebas – 97

Majoriti 1,544

6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.

6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP – 9,188
BN – 8,274
Bebas – 89

Majoriti – 914

6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.
DAP – 8,888
BN – 8,050
Ind – 87

Majoriti – 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP – 7,026
BN – 6,243
Bebas – 52

Majoriti – 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

“Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita,” kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. “Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang.”

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN – 4,303
DAP – 2,434
Ind – 41

Majoriti – 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Beberapa
peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

5.25 petang:
Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.

Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.

5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.

BN – 3,493
DAP – 1,396
Bebas – 33


5.00 petang:
Proses pengundian selesai.

4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi.

4.30 petang:
Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi. Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira.

BN – 2,959
DAP – 1,029
Bebas – 18

Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.

4.20 petang:
Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.

DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18

Terdapat 110 saluran di Sibu.
3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.

3.30 petang: Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.

DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.

Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.

3.15 petang:
Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN.

Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.

3.10 petang: Selepas 21 pusat pengundian ditutup – di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang – pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.

“Keputusan daripada lapan pusat pengundian – DAP ketinggalan 540 undi,” katanya dalam laman Twitter.

“Masih dapat ditebus – tetapi bergantung pada keajaiban Sibu.”

2.50 petang:
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal “tidak baik”.

“Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.

“Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor.

“Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi,” tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.

12.31 tengah hari:
Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.

2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.

DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.15 petang: “PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!” tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP
Teo Nie Ching dalam laman Twitter.

1.41 tengah hari:
Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.

12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies – NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu – sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.

– Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari.

– Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang.

– Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang.

– Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

– Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.

12.30 tengah

hari: Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal. [Baca berita penuh]

Shafie bagaimanapun menafikannya.

12.10 tengahari: Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.

Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.

Katanya, beliau tidak melihat “artikel yang baik tentang dirinya ditulis.”

12.00 tengahari:
Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.

Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.

Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak “BN” dan “Undi nombor satu” setiap kali pemilih melinatas.

Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.

Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.

Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.

11.59 pagi:
Menurut Zentrum Future Studies – NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu – sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.

10.50 pagi:
Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.

Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.

Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.

10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.

Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.

10.34 pagi:
Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.

10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.

10.10 pagi
Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.

Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.

“Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan ‘Hidup Narawi’ di depan menteri-menteri (BN).

“Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi,” katanya.

10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.

9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.

Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.

“Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih,” katanya selepas membuang undi bersama insterinya.

Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.15 pagi:
Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.

Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.

Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air “pasang” di beberapa sungai.

“Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh,” katanya.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.
TERDAHULU

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

Manakala 2,537 pengundi pos – yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis – mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.

Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.

Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

2.30 Petang – Zentrum: BN 50.6, Pakatan 49 peratus

MALAYSIAKINI – Zentrum Future Studies – NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu – melibat penguasaan antara pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

2.30 petang: BN kembali di depan dengan 50.6 peratus undi berbanding Pakatan Rakyat 49 peratus. Manakala calon bebas pula hanya mendapat 0.4 peratus sokongan.

12.30 tengah hari: Sokongan untuk BN dan Pakatan kini seimbang, masing-masing dilihat berpeluang meraih kemenangan di Sibu.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

11.30 pagi: BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2 peratus dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Cuaca Baik, Pengundian Di Sibu Bermula

MALAYSIAKINI – 9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.
Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.
TERDAHULU

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

Manakala 2,537 pengundi pos – yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis – mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.

Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.

Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Politik Perkauman Sebati Dengan Umno-BN

SUARAKEADILAN – SIBU 14 Mei – Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menjelaskan Barisan Nasional adalah sebuah parti yang mengamalkan politik perkauman di negara ini malah menyokong badan bukan kerajaan yang memperjuangkan sentimen agama dan kaum.

“Rakyat kena tahu gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional hanyalah sandiwara semata-mata, pada hakikatnya tidak. Ini dapat dibuktikan dengan rancangan perhimpunan ‘Bangkit Melayu’ sempena 13 Mei di Kuala Terengganu.

“Perhimpunan untuk membangkitkan semangat orang Melayu itu dilihat telah bercanggah dengan keharmonian negara ini. Lagi satu kita kena telitikan kenapa pihak polis tidak menghalang perhimpunan tersebut sedangkan bila kita anjur perhimpun pelbagai amaran diberikan malah kita juga ditangkap.

“Umno-BN selain mengamalkan politik perkauman, mereka juga mengamalkan kekerasan kepada rakyat.

Jadi di sini perlu ada perubahan jangan biarkan mereka senang lenang mengamalkan politik perkauman dan kekerasan,” dalam ucapannya di pentas DAP di Rejang Park semalam.

Dr Hatta berkata lagi Pakatan Rakyat mahukan politik kesejahteraan rakyat bukan politik perkauman.

“Politik Pakatan dengan BN jauh berbeza, kita mengamalkan politik kesejahteraan rakyat bukan politik kotor Umno-BN. Lihat bagaimana mereka mainkan isu negara Islam di sini dengan harapan masyarakat Cina takut untuk mengundi DAP.

“Isu negara Islam telah lama tidak digunakan, tetapi BN mengambil kesempatan ini bagi menakutkan pengundi Cina di Sibu. Masyarakat Cina di sini kena faham betul-betul apa yang mereka katakan itu semuanya tipu, kita dapat duduk bersama DAP dalam membincangkan segala hal demi kesejahteraan rakyat negara ini.

“Pengundi di sini perlu tolak sepenuhnya politik kotor BN jangan bagi bagi mereka terus menjajah negara yang kita cintai ini. Saya datang ke sini bagi membantu calon kita dari DAP untuk menang. Kerusi ini amat penting bagi rakyat Malaysia dan juga Sibu kerana suara dari DAP dapat menentang segala keputusan BN di dalam parlimen,” jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan perubahan besar yang bakal berlaku di Sibu adalah amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tahu rakyat Sibu sudah muak dengan pemerintahannya.

“Kemenangan calon DAP ini dapat memberi tanda kepada Najib bahawa rakyat Sarawak khususnya di Sibu telah muak dengan pemerintahan Najib dan BN. Rakyat sekarang sudah bangkit dan akan menghalau BN dari tanah Sarawak pada pilihan raya negeri nanti,” kata Dr Hatta lagi.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Undi Pakatan Rakyat Pasti BN Bawa Pembangunan

SUARAKEADILAN – SIBU 14 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat takut kehilangan undi kaum Cina di Sibu apabila sanggup menabur RM18 juta untuk sekolah Cina dan mubaligh – sesuatu yang tidak pernah dilakukan SUPP-Barisan Nasional selama lebih 40 tahun mewakili kawasan parlimen ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata perkara ini amat mengejutkan sehingga pengerusi persatuan sekolah Cina di Sibu berkata kepada beliau ini pertama kali jumlah sebesar ini diterima masyarakat Cina sepanjang 40 tahun lalu.

“Mengapa Perdana Menteri sendiri berkempen dalam pilihan raya kecil sampai turun ke Sibu sebanyak dua kali? Mengapa beliau sanggup beri berjuta-juta kepada sekolah Cina di sini? Jawapannya senang kerana tidak mahu undi Cina lari kepada Pakatan Rakyat sebagaimana berlaku di Rasa, Hulu Selangor baru-baru ini.

“Mengapa jutaan ringgit ini tidak dicurahkan kepada penduduk Melayu di DUN (Dewan Undangan Negeri) Nangka? Adakah orang Melayu sudah kaya-raya dan tidak perlukan bantuan daripada kerajaan pusat? Jawapannya juga mudah kerana walaupun tidak diberi bantuan atau dibuat pembangunan di kawasan Melayu, orang Melayu tetap setia menyokong BN dulu, kini dan selamanya. Inilah masalah yang menghantui rakyat Melayu-Melanau. Mereka telah menjadi mangsa kepada propaganda BN bahawa jika tidak menyokong BN tidak ada pembanguna di kawasan mereka. Setelah lebih 40 tahun tidak ada juga pembangunan, tidak juga selesai masalah tanah dan kehidupan daif mereka masih tida berubah,” kata Loke pada ceramah di markas PAS di Kampung Hilir di sini malam tadi.

Loke menjelaskan untuk merubah keadaan hidup mereka yang telah diabaikan BN sekian lama, masyarakat Melayu perlu berani mebuat perubahan dan memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada DAP pada pilihan raya kecil 16 Mei nanti.

“Kalau nak tengok perubahan di DUN Nangka ini undi Pakatan Rakyat 16 Mei ini dan lihat apa perhatian BN akan beri kepada kawasan ini. Mahu tudak mahu mereka akan membawa pembangunan kepada kawasan ini kerana mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka. jadi Pakatan Rakyat boleh diibaratkan pembawa habuan kepada rakyat,” kata Loke lagi.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Dapsy mengingatkan pengundi Sibu bahawa undi mereka bernilai tinggi dan oleh itu jangan mensia-siakan undi yang ada pada tangan mereka.

“Kita kena pandai menggunakan undi yang ada pada tangan kita supaya seperti pengundi Cina di Hulu Selangor, duit RM3 juta dapat tapi undi Pakatan Rakyat,” kata beliau lagi.

Pejabat Ketua AMK Malaysia