Kenyataan Media: Perjanjian Pertukaran Tahanan Hamas

بسم الله الرحمن الرحيم

The Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)

15 Oktober 2011

PRESS RELEASE ON THE HAMAS’ PRISONER SWAP DEAL

In light of the latest news about HAMAS and “Israel” reaching a prisoner swap deal, which entails releasing 1027 Palestinian prisoners in exchange for the Israeli soldier captured in 2006 in Gaza Strip, the Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) would like to congratulate the Palestinian prisoners, their families and the Palestinian people for this great national achievement.

The prisoner swap deal will result in releasing 1027 Palestinian prisoners of whom 27 are women (the total number of detained Palestinian women is 27), 315 are serving life sentences, as well as hundreds of other prisoners who have spent many years in Israeli prisons.

This great national achievement requires us to thank the Islamic Resistance Movement (HAMAS), the other Palestinian Resistance factions involved in this deal, as well as the Palestinian people who have been patient and steadfast in resisting the numerous Israeli attempts to free the Israeli soldier without paying a price. We also thank all parties involved in facilitating this deal which witnessed over 120 rounds of negotiations that ended in the Palestinian Resistance imposing over 90% of their terms on the Zionists successfully.

This great achievement, however, comes in a time where many of the remaining 5000 Palestinian prisoners are undergoing a hunger-strike in the Israeli jails. Therefore, we call upon the International Community, governmental and non-governmental bodies to keep the issue of these prisoners as a top priority on their agendas. We also call the Malaysian government to continue its leading role in condemning Israeli crimes and repression of the Palestinian people.

The Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)
15th October 2011
17th Dhul Qe’dah 1432 H

Fitnah II: Saksi Pendakwa Gagal Cabar Keterangan, Akui Laporan Perubatan

Dari MalaysianInsider

18 Oktober 2011

Empat saksi pendakwa gagal cabar keterangan pakar, kata peguam Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Empat saksi yang dibawa pasukan pendakwa hari ini gagal mencabar kredibiliti keterangan pakar pihak pasukan pembela yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara fizikal tidak berupaya untuk meliwat sesiapa, kata peguamnya hari ini.

Hari ini, mahkamah mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai.

Mereka hadir sebagai saksi pendakwa selepas pasukan pembela menutup pembentangan kes mereka semalam.

Saksi ketujuh pasukan pembela Dr Thomas Hoogland baru-baru memberi keterangan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran keadaan bahagian belakang yang sakit dan tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat.

Semalam, Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa empat saksi pihaknya akan mengetepikan keterangan Dr Hoogland tentang keupayaan Anwar melakukan perbuatan yang didakwa — meliwat Saiful.

Peguam pembela memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menutup kes peringkat pembelaan dan tiada bantahan jika pendakwa mahu membawa saksi-saksi baru.

Dr Hoogland sebelum ini memaklumkan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat Saiful ekoran faktor usia dan juga masalah artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.

Dr Hoogland, yang mengendalikan pembedahan ke atas Anwar di Munich, Jerman pada 2004 berkata, Anwar berhadapan dengan tiga masalah iaitu stenosis leher, artrisis dan kerosakan laluan saraf yang tidak membolehkan beliau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kuat.

Pakar itu berkata sudah pasti Anwar berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau mengadakan hubungan seks melibatkan posisi membongkok dan berlutut.

Hari ini, tiga saksi pertama memberi keterangan bahawa peguam-peguam Anwar menerima satu salinan laporan perubatan pada 16 Julai 2008 — yang diambil selepas Ketua Pembangkang itu diminta menjalani pemeriksaan perubatan ketika ditahan antara 16 dan 17 Julai 2008.

Terdapat dua laporan perubatan, yang kedua-duanya ditandatangani oleh Dr Jayaindran manakala yang kedua ditandatangan bersama oleh doktor fizik kerajaan Dr Ee Boon Leong.

Sementara keterangan tiga saksi dibuat di mahkamah terbuka manakala keterangan Dr Jayaindran pula dijalankan menggunakan kamera.

“Bukti ini tidak boleh menyangkal keterangan Dr Thomas Hoogland. Ia tidak mencabar penilaian Hoogland,” kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan.

Butiran keterangan Dr Jayaindran tidak diketahui malah Sankara pula enggan menghuraikan dengan lanjut.

“Saya tidak boleh kata banyak sebab sesi dijalankan menggunakan kamera. Tetapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ialah bukti (pendakwa) dikemukakan hari ini tidak boleh sangkal Hoogland,” kata Sankara.

Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Anwar dituduh melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Februari tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

—-MalaysianInsider

Dari KeadilanDaily

18 Oktober 2011

Fitnah II: Saksi akui dua laporan perubatan Anwar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dikejutkan dengan keterangan pegawai penyiasat dalam kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jude Blacious Pereira berhubung dua laporan perubatan Anwar.

Menurut Jude Pereira, beliau membawa Anwar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 16 Julai 2008 dengan ditemani peguam, Sivarasa Rasiah dan tiba di hospital itu pada kira-kira jam 8.30 malam.

Ketika di HKL, beliau berjumpa dengan Dr S Jeyaindran dan Dr Ee Boon Leong bagi menyerahkan borang polis untuk pemeriksaan perubatan terhadap Anwar. Pemeriksaan itu selesai jam 11.30 malam.

Beliau kemudian menerima surat dari doktor berkenaan berhubung permohonan peguam Sankara Nair, untuk mendapatkan salinan laporan pemeriksaan itu.

“Saya tanya DPP Hanafiah dan pada 24 Disember 2009, saya mengarahkan Sarjan Ahmad Abdullah untuk memberi laporan itu kepada Sankara Nair.

“Apa yang saya ada ialah salinan laporan. Laporan itu ditandatangni oleh Dr Jeyaindran sahaja dan bukan orang lain.

“Ia adalah salinan sama yang diberi kepada Sankara Nair,” kata Jude ketika memberikan keterangannya sebagai saksi balas yang dikemukakan pendakwa.

Timbalan Pendakwaraya (DPP) Noordin Hassan kemudian bertanya kepada Jude samada beliau menerima satu lagi laporan dengan dua tandatangan, yang turut mempunyai tandatangan Dr Ee Boon Leong.

“Ya, saya terima laporan dengan dua tandatangan yang diberi kepada saya oleh Dr Jeyaindran.

Ketika ditanya peguam Karpal Singh samada beliau tidak merasa terkejut atau aneh memperoleh laporan kedua yang mempunyai dua tandatangan itu, Jude mengakui ia adalah ganjil.

Namun ketika ditanya Karpal samada beliau menyiasat perkara itu, Jude berkata tidak.

Jude berkata beliau menerima laporan kedua daripada Dr Jeyaindran itu pada 21 Disember 2008.

Ketika ditanya Karpal samada beliau membekalkan laporan kedua itu kepada Sankara Nair, Jude turut menjawab tidak.

Karpal kemudian bertanya samada Jude tahu laporan dengan satu tandatangan tidak boleh diterima di mahkamah.

Jude enggan memberi sebarang komen terhadap soalan tersebut yang turut dibantah pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden.

Jude dalam keterangannya juga berkata salinan laporan perubatan pertama yang diperolehnya ditandakan sulit tetapi yang diberi kepada Sankara tidak bertanda.

Selain Jude, tiga lagi saksi balas turut dipanggil pendakwaraya iaitu Dr Jeyaindran, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zaininah Mohd Zain dan Pembantu pegawai penyiasat polis, Sarjan Ahmad Abdullah.

Mereka hadir sebagai saksi pendakwa bagi mencabar kredbiliti keterangan pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland, selepas pasukan pembela menutup pembentangan kes mereka semalam.

—KeadilanDaily

Kenyataan Rasmi Ketua Pembangkang Berdebat Dengan Perdana Menteri Mengenai Belanjawan

Kenyataan Rasmi

17 Oktober 2011

MALAYSIA BAKAL MELEWATI BATAS HUTANG NEGARA

Adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Dato’ Seri Najib Razak menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai “belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat.” Ini membuktikan Dato’ Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.

Justeru saya mengambil peluang ini untuk mempelawa Dato’ Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan. Debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada tahun 2010, saya sudahpun mempelawa Dato’ Seri Najib untuk berdebat. Wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia.

Sewajarnya Dato’ Seri Najib Razak perihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut.

Kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 ( disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55% dari KDNK Negara. Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri1963( disemak 1989) menghadkan pinjaman luar negeri pada RM 35 ribu juta pada sesuatu masa.

Selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal. Amalan ini malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi. Sebagai contoh perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan. Begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan.

Oleh itu, wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Dato’ Seri Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Laporan terkini Bank Negara Malaysia(dikemaskini 14 Oktober 2011) menunjukkan hutang negara kini berada pada RM 437 ribu juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011. Jumlah tersebut merupakan pecahan dari RM 421 ribu juta hutang tempatan dan RM 16 ribu juta hutang luar negara. Ini bermaksud negara kini sudah berada pada 51% dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara sepertimana yang ditetapkan oleh Akta 637 dan Akta 275, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM 33 ribu juta. Oleh itu berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi tahun 2011 dan defisit RM 46 ribu juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012.

Rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak 5%-6% yang diumumkan Dato’ Seri Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihanrayanya.

Oleh itu debat serta wacana awam berkaitan ekonomi merupakan sesuatu yang mendesak terutamanya ketika pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan data ekonomi yang tidak meyakinkan dan sagu hati pilihanraya yang pastinya tidak mampu melonjak ekonomi negara. Akan tetapi sekiranya Dato’ Seri Najib Razak merasakan agenda ekonomi beliau mampu memberi manfaat kepada rakyat, adalah mustahak agar beliau memperincikannya kepada umum termasuklah menyatakan alasan mengapa beliau gagal melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara menyeluruh termasuklah melaksanakan gaji minima sejagat kepada seluruh pekerja dan merungkai monopoli di sektor barangan serta perkhidmatan awam.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
17 OKTOBER 2011

Kes Fitnah II: Najib, Rosmah dan hakim: Tidak relevan atau alat BN?

Dari Malaysia Chronicle

17 Oktober 2011

Najib, Rosmah dan hakim: Tidak relevan atau alat BN?

Ada sebab penting kenapa Anwar Ibrahim mahukan hakim Kes Liwat II diketepikan. Hakim itu terlalu mentah dan masih belajar menangani kes penting seperti kes Liwat II itu. Apa yang penting, beliau yang diserap ke dalam sistem melalui saluran Eksekutif kerajaan, adalah satu yang memalukan.

Ini juga boleh dikatakan pada keputusan mahkamah yang membenarkan permintaan Najib dan Rosmah untuk tidak hadir ke mahkamah sebagai saksi diterima. Anwar menyifatkan keputusan itu sebagai pengolahan kuasa semata-mata.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bersetuju bahawa Najib dan Rosmah tidak boleh memberikan sebarang maklumat yang terkait dalam kes Liwat II sebagai sah. “Dengan ini saya membenarkan permohonan dan memerintah mahkamah untuk bersambung,” ujar Zabidin.

“Kita ada bukti yang menyokong bahawa kedua-dua mereka ada terlibat. Posisi kami ialah isu ini dirancang. Najib patut hadir dan menafikannya. Pihak pendakwaan memohon Najib dan Rosmah sebagai saksi. Sekiranya mereka dikatakan tidak relevan, kenapa mereka dimohon?” Anwar berkata kepada pemberita.

Pendakwaraya menawarkan saksi tidak relevan?

Benar, pihak pendakwarayalah yang menawarkan dua saksi itu dan pihak pendakwaraya yang sama jugalah yang cuba melindungi Najib dan Rosmah. Alasan bahawa kedua-dua mereka itu tidak relevan dalam kes Liwat II ini bohong dan salah.

Sifat utama kenapa Najib menafi dan menarikbalik kenyataannya bila disoal sekiranya beliau mengenali Saiful Bukhari Azlan menunjukkan adanya konspirasi. Apakah yang dibincangkan antara Najib dan Saiful, beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis? Apakah hubungan antara Saiful dan Najib yang membuatkan Saiful dengan mudah bertemu Najib yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di rumah rasminya untuk membincangkan soal ‘biasiswa’?

Namun, persoalan ini jauh lebih dalam lagi. Apakah yang Najib dan Rosmah lindungi dari umum? Apakah alahan mereka untuk tidak hadir ke mahkamah? Untuk menzahirkan wacana ini, mahkamah pula beroperasi memperkenankan permintaan mereka untuk tidak dipanggil hadir.

Reputnya institusi kehakiman

Ini merupakan satu misteri dan ini menunjukkan yang institusi kehakiman mula mereput. Mahkamah undang-undang seharusnya bebas dari gengaman para Eksekutif kerajaan. Ia sepatutnya menjadi benteng ampuh kepada mereka yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri, namun di Malaysia, mahkamah mempunyai wewenang untuk melangsaikan hal golongan elit negara ini dengan cara tersendiri. Mahkamah boleh dibeli atau dieram atau ditekan dan inilah yang berlaku dalam kes Liwat II.

Bukankah sepatutnya testimoni diperdengar dahulu sekiranya relevan atau tidak oleh hakim? Namun, Mohd Zabidin bertindak menyatakan testimoni itu tidak relevan sebelum sesi pendengaran atau soal-jawab dilakukan. Bukankah sepatutnya hakim bertindak untuk kepentingan umum dan menjadikan Najib dan Rosmah warganegara Malaysia, menyatakan ‘tidak bersalah’ di dalam mahkamah undang-undang? Mahkamahlah yang berkuasa untuk menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak hanya selepas testimoni mereka didengarkan.

Kerana ini, Mohd Zabidin telah bertindak diluar etik profesionalisme telah memalukan institusi kehakiman yang sepatutnya mengutamakan umum sebagai asas badan itu, lebih dari apa-apa kepentingan lain. Jika tidak, masyarakat tidak berfungsi dan semuanya akan menjadi porak-peranda.

Protes di Wall Street

Malang sekali sebuah institutsi yang sepatutnya menjadi lambang kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia telah dilacurkan. Ada ‘double-standards’ yang digunapakai oleh mereka-mereka yang duduk dikerusi-kerusi empuk hukum yang turut dihuni oleh para Eksekutif pemakan rasuah. Institusi kehakiman bukan sahaja mereput, tetapi turut merebak ke dalam semua sistem undang-undang negara.

Kenapa bantahan berbentuk protes di Wall Street, New York masih berlangsung hingga hari ini tanpa ada sebutir gas pemedih mata dilemparkan kepada pendemo? Di Kuala Lumpur 9 Julai yang lalu, warga yang mengikuti perhimpunan BERSIH 2.0 telah dihujani serangan pihak polis yang menembak 262 butir kanister gas pemedih mata.

Polis Malaysia turut menyembur air berasid menggunakan jenteranya, menembak bom asap kepada warganegara yang tidak bersenjata dan yang duduk di atas jalan tanpa melakukan aksi provokasi. Ini juga adalah pihak polis yang sama ketika Anwar Ibrahim ditumbuk sehingga lebam matanya pada kes Liwat I tahun 1998. Apa yang digeruni ialah keputusan yang akan dibuat untuk Anwar dalam kes Liwat II ini nanti.

Masa menghumban Najib dan Rosmah keluar

Jelas, cara untuk mengelakkan Najib dari dipanggil mahkamah dilakukan kerana demam pilihanraya ke-13 semakin hampir. Dengan melengah-lengahkan kes Liwat II Anwar ini, Najib boleh mengumumkan tarikh pilihanraya umum sambil memastikan kem Anwar serta Pakatan Rakyat tempang untuk turun ke padang bertemu rakyat jelata.

Inilah jawapan kepada kes Liwat II yakni untuk menghancurkan karier politik Anwar dalam apa jua cara. Namun, Najib tersalah baca firasat dan kehendak rakyat. Rakyat Malaysia tidak memerlukan Anwar untuk berhimpun pada 9 Julai yang lalu kerana rakyat melakukan ini untuk diri mereka sendiri.

Dan walaupun Najib merasakan dirinya selamat, akhir nanti rakyat jualah yang akan menghumban pasangan ‘pertama’ Malaysia ini ke dalam penjara.

—Malaysia Chronicle

Laporan Ketua Audit Negara Masih Belum Dibekal, Wujud Muslihat? – DSAI

Dari KeadilanDaily

17 Oktober 2011

Oleh Sidiqin Omar

Ada muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara – Anwar

KUALA LUMPUR 17 Okt: Selepas masuk minggu kedua Belanjawan 2012 dibentangkan pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat masih belum dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, terdapat usaha untuk menyorokkan kandungan laporan berkenaan supaya ia tidak dibahaskan.

“Bila Dewan mahu menyerahkan? Apakah ini muslihat untuk menyorok dan menangguhkan supaya kandungannya tak dapat dibahaskan?,” soal Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru itu beliau mahu Speaker Dewan Rakyat memberi jaminan bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara diserah dan dibentangkan secepat mungkin.

Ini kerana menurut Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua.

“Speaker perlu memastikan perjalanan mesyuarat. Laporan Ketua Audit Negara mesti disediakan,” tegas beliau.

Sementara itu, Timbalan Speaker II Dewan Rakyat, Tan Sri Ronald Kiandee turut mengakui Dewan Rakyat masih tidak menerima Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan meski pun telah dua minggu perbahasan Belanjawan 2012 berlangung.

“Saya pun senasib dengan Yang Berhormat sekalian, masih belum terima Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.

Hal ehwal Parlimen adalah dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang dimaklumkan kini sedang berada di luar negara.

Sementara itu, difahamkan Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan kerana dibimbangi memberi persepsi berbeza terhadap pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai rekod cemerlang.

—KeadilanDaily

Teksi: Antara Pakatan Rakyat VS BN..

Dari Merdekareview

13 Oktober 2011

Pemandu teksi pun nak dikenakan BN…

Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, “Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh”.

Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini.

Insentif yang dicadang untuk diberikan, sebagaimana yang ditawarkan oleh Najib Razak adalah:

  • Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian.
  • Subsidi kadar faedah dua peratus untuk teksi baru buatan tempatan.
  • Pemberian bantuan menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7 hingga 10 tahun dan RM1,000 lebih 10 tahun)
  • Kerajaan BN mendakwa semua insentif ini memberi manfaat kepada pemandu teksi bajet dengan penjimatan berjumlah RM7,560.

Jadi, apa pula kaitannya ungkapan Haji Bakhil dengan belanjawan BN ini?

Tampi padi untuk dapatkan beras

Pengumuman Najib selaku Menteri Kewangan itu sekadar mengurangkan sakit, seperti menelan pain killer, dan ianya bersifat sementara.

Kos-kos ini bukan sekadar kos berbentuk wang kertas kerana ia juga melibatkan birokrasi yang sangat rigid dalam proses-proses lain juga.  Karenah birokrasi juga memakan kos iaitu masa dan tenaga, dan kadang kalanya melibatkan “duit kopi”.

Dalam ilmu ekonomi, masa dan tenaga juga akan membawa makna wang, dan dalam bahasa seharian, semua orang tahu apa itu duit kopi.

Bagaimana pula dengan pemandu teksi yang tidak ada pilihan lain dalam hidup kecuali memandu teksi sebagai kerjaya mereka?  Memang tiada jaminan bahawa karenah birokrasi untuk mendapatkan kelulusan membawa teksi ini tidak berlanjutan.

Cukai jalan telah pun diketahui bahawa jumlahnya sudah berpatutan dan murah.  Ia bukan satu beban utama kepada pemandu teksi.  Ibarat kata, seperti menawarkan diskaun kepada orang tua untuk menaiki LRT dan monorel atau jika imaginasi lebih jauh menjalar, menawarkan diskaun untuk rakyat membeli helikopter, mana-mana kerajaan mana pun sanggup berbuat begitu.

Respon pemandu teksi

Tinjauan selepas pengumuman Belanjawan BN mendapati salah seorang dari ribuan pemandu teksi di Lembah Klang telah sempat mengirim SMS, katanya “lepas ni aku tak nak ‘kayuh’ lagi la, duit sewa cab aku masih sama, bajet NR tak bagi impact sangat kat ‘pilot’ macam aku ni, penat je kayuh cab orang.”

Bagi yang tidak begitu memahami bahasa SMS pemandu teksi…
“kayuh” – memandu/bawa teksi
“cab” – teksi
“NR” – Najib Razak
“pilot” – pemandu teksi

Kekecewaan pemandu teksi ini rupanya masih berterusan sekali pun insentif kerajaan BN telah diumumkan.  Kebanyakan mereka hanya pemandu, bukan pemilik.  Yang memiliki teksi ialah syarikat-syarikat; mungkin yang ada kabel politik dengan parti pemerintah.

Tanda-tanda jika sesuatu pihak itu tidak ikhlas dan tidak jujur adalah kefahamannya dalam sesuatu situasi.  Hairan bagaimana kerajaan BN yang dikatakan cukup sumber untuk mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat, telah gagal memahami dan melaksanakan keperluan utama rakyat, dalam hal ini pemandu teksi.

Tawaran Pakatan Rakyat

Bukankah Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatifnya dengan tema Kesejahteraan Untuk Semua telah menunjukkan jalan yang mudah dan jelas tentang apa yang diinginkan oleh pemandu teksi – memberi permit penuh kepada pemandu teksi.

Ini bererti PR lebih faham keperluan dan kehendak rakyat, termasuk pemandu teksi.  Bagi pemandu teksi, memiliki teksi sendiri adalah serupa seperti seorang petani atau peneroka FELDA mendapat hak milik tanah.

Pemandu teksi tidak mahu membawa kereta yang disewa dari syarikat kerana kos sewaan mahal, malah kerajaan tidak ada banyak kuasa untuk menentukan harga sewaan yang dikenakan syarikat tesebut.  Kerajaan BN seolah-olah mahu pemandu teksi makan gaji semata-mata tanpa membenarkan mereka berdikari.

Kerajaan BN yang gah dengan sebegitu ramai penasihat dan perunding, termasuk dari luar negara yang dibayar berpuluh juta ringgit tetapi berpura-pura tidak faham masalah asas dan penting bagi pemandu teksi.

Mengapa permit hak milik teksi ini begitu liat mahu diberikan kepada individu pemandu teksi?  Adakah kerana permit-permit ini hanya untuk syarikat yang sudah menjadi kuota kepada ketua-ketua bahagian UMNO?

Adakah kerana permit ini masih telah menjadi satu-satunya aset kaum Bumiputera yang mesti dipegang amanahnya oleh segelintir elit UMNO hingga menafikan hak-hak pemandu teksi Melayu sendiri?  Malah pemandu teksi berketurunan Cina, India dan lain-lain juga menggigit jari sahaja.

Sekali lagi, terbukti Belanjawan BN 2012 hanya ingin mengabui mata golongan berpendapatan rendah (baca: Melayu) untuk jangka masa yang amat singkat, sekadar untuk UMNO dan BN menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Kalau ada yang masih kurang faham dengan politik UMNO-BN, selain dari tepuk dada tanya selera, luangkan sedikit masa untuk menonton filem klasik yang berwatakkan Haji Bakhil untuk kesekian kalinya.  Mungkin ada ilham baru untuk rakyat yang semakin dihimpit tekanan kenaikan kos hidup.

*Tulisan ini dipetik dari Roketkini.com.

—Merdekareview

RM 84 juta Duit Rakyat Digunakan Untuk Menutup Imej Buruk Najib

Dari Keadilan Daily

Oleh: Nabihah Hamid

Najib bazir RM84 juta untuk tutup skandal Altantuya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikecam apabila menghabiskan RM83.88 juta wang rakyat, hanya semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan di luar negara.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof berkata, Najib terpaksa berbuat demikian akibat imejnya yang buruk di peringkat antarabangsa, termasuk kaitannya dalam skandal Scorpene dan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

“Imej Najib terjejas, jadi terpaksa melonjakkan imejnya semula dan ia bukan saja dalam negara, malah di luar negara.

“Kita tahu Najib dikatakan terlibat dengan banyak skandal seperti Scorpene, dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya serta kehakiman yang tidak bebas,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Skandal Scorpene melibatkan komisen 114 juta Euro yang dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Kes pembunuhan Altantuya- orang tengah dalam transaksi berkenaan- mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring Najib pada 2006.

Pembelian Scorpene dari syarikat Perancis, DCNS, membabitkan pemberian  komisen itu kini failkan di mahkamah tinggi Perancis.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan membayar FBC Media untuk menaikkan imej, juga dilihat  tidak bertanggungjawab ketika rakyat menderita dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang keperluan.

“Najib tidak bertanggungjawab kerana menggunakan duit rakyat bagi menutup kesilapan, ketidakcekapan dan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran beliau,”

“Rakyat membanting tulang mengisi perut mereka dengan kos hidup yang tinggi tapi terpaksa menanggung beban kerana wang rakyat digunakan hanya untuk  menanggung kos membaikpulih imej Najib,” katanya.

Semalam, dalam jawapan bertulis yang dikemukakan perdana menteri di parlimen memberitahu, kontrak selama setahun kepada FBC Media telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada 2010.

Nilai kontrak sejak 2008 itu pula didedahkan sebanyak Euro 19.6 juta atau bersamaan RM83.88 juta yang boleh digunakan untuk tujuan lebih berfaedah kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, perkara paling penting yang perlu ditimbulkan ialah tindakan kerajaan membayar perunding tersebut tanpa pengetahuan rakyat.

“Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

“Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?,” soalnya lagi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Kerajaan sebelum ini dilapor melantik FBC- Firma penerbitan TV dan Komunikasi Strategik Britain- untuk menerbitkan program TV berkaitan kerajaan Malaysia yang ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

BBC telah menggantung semua program FBC, syarikat produksi berpusat di London itu, kerana pembayaran yang dibuat kerajaan Malaysia menyalahi undang-undang Britain dan etika media.

–Keadilan Daily

Bersih 2.0: Taken to the cleaners

Political affray in Malaysia
Taken to the cleaners
An overzealous government response to an opposition rally

MALAYSIA is one of South-East Asia’s stabler nations; but a rally in Kuala Lumpur on July 9th in demand of electoral reform turned surprisingly nasty, leading to the arrest of more than 1,600 people. The police fired tear gas and water cannon into the crowd, and one man died of a heart attack. All those arrested were released fairly quickly, but Amnesty International, a London-based human-rights group, called it “the worst campaign of repression in the country for years”. The government’s reaction showed a lot of nervousness about how much opposition it can tolerate.

In fact the crackdown started a few weeks ago after “Bersih 2.0” announced that it was going to stage the rally. Bersih, also known as The Coalition for Clean and Fair Elections, is a loose alliance of NGOs and activists (bersih means “clean”). It argues that all candidates should be given access to the mainstream media and that indelible ink should be used to stop people voting more than once. It all sounds uncontroversial, but not to the government. Bersih was declared illegal on July 1st and about 200 activists were rounded up. The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in—and then withdrew the offer.

Perhaps the government was looking back nervously to the first Bersih march, in 2007. On that occasion, too, thousands protested against the Barisan Nasional (BN) coalition government and demanded reform. Subsequently, in the 2008 general election, the BN lost its largest share of votes since 1957 when it started ruling the country after the British left. The current prime minister, Najib Razak, deputy prime minister in 2007 before taking over the top job in an internal party coup, must have feared that the second Bersih rally might be a similar portent. He has to hold an election before 2013, but wants to do so earlier to win his own mandate. Opposition politicians were quick to join Bersih. The pre-eminent leader of the opposition, Anwar Ibrahim, was shoved to the ground and injured in the affray.

None of this bodes well for Malaysia. The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge. Few old laws were left untouched in the attempt to round up suspects before the march. It was reported that 30 people arrested in Penang were investigated under Section 122 of the Penal Code for the charge of waging war against the king. Dragging in the constitutional monarch, Tuanku Mizan Zainal Abidin, seemed particularly desperate, reminiscent of the abuse of the monarchy’s position in neighbouring Thailand. On the eve of the rally, the king came out with a statement reminding everyone that “street demonstrations bring more bad than good, although the original intention is good.”

Mr Najib defended the police and accused the marchers of sowing chaos. Dismissing the motives of Bersih, he cast it as a desperate attempt by Mr Anwar to grab power. The immediate upshot is that Mr Najib may choose to delay calling for an election for some time, to let things settle down. He presumably hopes that if he waits long enough, people will have forgotten about this ugly incident. But the longer-term effects are hard to judge. It might also help to unite a fractious opposition against what they portray as an assault on democracy.

from the print edition | Asia

www.economist.com

Najib Letak Jawatan !

Anwar Ibrahim: Kini Momentum untuk Gulingkan Najib Razak
Sabtu, 16 Juli 2011

TEMPO Interaktif, Jakarta – Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, merasa seperti pejuang karena kemarin semua harus dilakoninya sendiri. Ia pulang ke negaranya tanpa pengawalan dari orang-orang dekatnya. Dengan setelan kemeja panjang berwarna putih, celana panjang hitam, ditambah kacamata hitam sebagai aksen, ia menarik kopernya sendiri menghampiri Tempo yang menunggunya di depan sebuah restoran cepat saji di Bandar Udara Internasional Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten.

Tangan kanannya memegang jas warna abu-abu, sebuah majalah berita mingguan, sebuah buku, dan Blackberry. Karena situasi ramai pengunjung, wawancara ditunda sampai ia selesai melapor–juga sendirian–ke gerai maskapai Air Asia. Mantan wakil perdana menteri sekaligus menteri keuangan semasa rezim Mahathir Mohamad berkuasa ini sempat bertemu seorang pengagum yang menyalaminya sambil mendoakan keberhasilan buat perjuangannya.

“Saya ini seperti seorang marhaenis, di mana-mana banyak dukungan. Saya juga selalu menikmati makan di restoran atau di warung,” katanya, sambil menghirup kuah sayur asem, kepada Faisal Assegaf dan juru foto Yosep Arkian. Ia memilih menu nasi timbel dengan ayam goreng, sayur asem, dan tempe goreng, ditambah jus jeruk untuk makan siang yang sudah terlambat. Itu pun tidak sempat ia habiskan karena harus mengejar jadwal penerbangan yang mepet.

Kali ini, ia menegaskan bahwa sekaranglah momentum untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak setelah unjuk rasa besar-besaran pada pekan lalu. Pada kesempatan itu, kakek dua cucu berusia 64 tahun ini juga membantah tudingan dari mantan sekretaris politiknya, Ezzam M. Noor, bahwa ia seorang biseksual.

Berikut ini penuturannya selama sekitar 20 menit.

Tempo (T): Apakah sekarang momentum untuk menggulingkan Najib?

Anwar (A): Kita harus lihat bahwa unjuk rasa itu dalam keadaan cukup terbatas. Seluruh Kuala Lumpur dikepung, orang nggak dibenarkan masuk, tapi masih dapat kumpulan sebegitu ramai. Mayoritas Melayu muslim, sebagian orang-orang penting dari etnis Cina, India, golongan profesional, pengacara.

Kita menuntut pemilu jurdil dan bersih. Tampaknya Pak Najib masih menolak dan mengambil tindakan keras. Sekarang dinafikan, ini kita hanya pura-pura. Padahal, pengawal saya cedera parah di mukanya (sambil menunjuk ke wajahnya), sudah dioperasi tiga hari lalu. Begitu ramai yang ditahan, termasuk anak saya.

Kalau kita bilang mau negosiasi, mereka nolak. Dikatakan gunakan parlemen, parlemen itu digunakan sebagai stempel saja. Jadi, kita harus teruskan (demontrasi ini) karena tidak ada pilihan.

T: Kapan unjuk rasa selanjutnya?

A: Itu belum kita putuskan. Tapi, melihat kali pertama sejak 1998 di mana media internasional membuka mata. Kali ini, 100 juta ringgit yang dibelanjakan (untuk menciptakan citra Malaysia yang bagus) itu nampak pecundang.

T: Berarti momentum ini harus dipelihara?

A: Iya, saya setuju. Cuma kalau di media Malaysia diputar balik semua. Saya dituduh menjadi petualang, pengkhianat, saya sebagai agen asing.

T: Apakah Anda terinspirasi dengan unjuk rasa di Tunisia dan Mesir?

A: Benar, tapi kita masih ikut jalur konstitusi karena suasana dan situasinya berbeda. Saya berpendapat kalau bisa kita memilih cara lebih sesuai dengan iklim politik Malaysia. Tidak bermakna ikut pemilu dengan sistem yang ada sekarang.

T: Apakah Anda merasa Pemerintah Malaysia meremehkan pengaruh Anda lantaran Anda masih bebas ke luar negeri?

A: Saya telah dicekal dengan cara tudingan jahat dan fitnah jahat di mahkamah, dicekal dengan berita aib sehari-hari di media, digantung di parlemen enam bulan tanpa ruang. Mereka menggunakan hukum untuk menjatuhkan hukuman atas kasus sodomi yang direkayasa. Cara begitu sama dengan dicekal. Najib akan gunakan cara seperti Mahathir.

Kalau meremehkan saya, dia (Najib) tidak serang saya harian. Dia tidak belanja jutaan ringgit untuk kampanye besar-besaran (menjelekkan saya). Dia sudah fobia.

T: Apakah demo selanjutnya dalam bulan ini?

A: Sepatutnya harus disegerakan. Itu sudah menjadi konsensus.

T: Apakah perlu seorang martir untuk makin menguatkan demo anti-Najib ini?

A: Sudah ada seorang yang mati karena sesak napas ditembak dari dekat. Namanya Baharuddin. Saya pergi ke penguburannya. Kami ditembak dari dekat dengan gas air mata. Saya terpaksa gunakan oksigen saat di rumah sakit.

T: Ada rencana melaporkan kekerasan aparat keamanan Malaysia ke Dewan HAM ASEAN atau PBB?

A: Kalau ASEAN sukar ambil tindakan. Negara demokratis seperti Indonesia, Filipina, dan Thailand harus ke depan untuk soal ini, jangan tunggu Eropa dan Amerika.

T: Jadi, bakal melapor ke Dewan HAM PBB?

A: Kita ada rapat hari Selasa (19 Juli 2011) untuk memutuskan.

T: Apakah ada dukungan secara pribadi dari pemimpin negara lain terhadap Anda pascademo ricuh lalu?

A: Ada telepon langsung ke saya dari sejumlah pemimpin di negara muslim, Eropa, dan Amerika. Dalam soal hak asasi mereka konsisten. Obama juga memberikan dukungan, tapi dalam kasus awal.

T: Apa komentar Anda soal tuduhan Ezzam bahwa Anda seorang biseksual?

A: Itu pernyataan dari orang-orang yang sudah dibeli oleh UMNO. Kalau saya bawa ke mahkamah, tidak mungkin dengan sistem di Malaysia mahkamah tidak mungkin akan memenangkan saya. Orang-orang seperti itu upahnya tinggi dan dilindungi. Karena membuat tudingan itu, ia diangkat menjadi senator. Apakah kita harus layani? Yang saya herankan masih media masih memberi ruang terhadap orang seperti itu.

T: Tapi ia mengaku Anda pernah menggoda dia?

A: Itu pertama kali yang dibikin. Maknanya semasa digoda, sepuluh tahun ia masih melayani saya. Itu gila.

http://www.tempointeraktif.com

PM Najib perlu “walk the talk”; hadir ke mahkamah Perancis untuk melengkapkan ‘jaringan yang terputus’ (missing link) dalam penyiasatan rasuah pembelian kapal selam Scorpene !

Skandal Scorpene: Najib sendiri perlu ke Perancis bantu siasatan – AMK

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang sekiranya disapina mahkamah Perancis, malahan beliau perlu hadir untuk membersihkan namanya dalam skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas perbicaraan terbuka di negara itu berhubung pemberian komisen berjumlah 114.96 juta Euro dalam pembelian dua kapal perang berkenaan.

Menurutnya, Najib adalah individu yang lebih berwibawa untuk membantu siasatan berbanding Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau adalah penyandang jawatan itu semasa urusniaga pembelian Scorpene dilakukan pada 2002.

“Zahid berkata beliau sanggup untuk pergi, tetapi meletakkan pra-syarat iaitu hanya selepas mendapat persetujuan kabinet. Sebenarnya tidak timbul setuju atau tidak.

“Kes ini tidak terlalu sukar daripada yang sepatutnya. Sekiranya kerajaan telus, mana-mana individu yang rasuah wajib didakwa,” kata Shamsul.

Mengulas perspektif undang-undang Shamsul berkata, kenyataan Ahli Parlimen atau jawapan Menteri di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah di Malaysia.

“Ada pengakuan oleh Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa bayaran telah dibayar kepada syarikat Perimekar dalam bentuk komisen. Ini tidak termasuk ratusan juta ringgit yang dibayar berikutan pembelian peralatan ketenteraan lain seperti Eurokopter,” jelas Shamsul.

Persoalannya, kata Shamsul apakah sebarang kenyataan Ahli Parlimen dan Menteri di dalam Parlimen Malaysia turut terpakai kepada mahkamah di negara lain?

Perbicaraan di mahkamah Perancis yang bermula Julai ini akan merungkai persoalan dan mencari pihak terakhir penerima rasuah berjumlah 114.96 juta Euro, iaitu komisen dari pembelian kapal selam pertama negara.

Mengulas isu yang sama, Shamsul mempertikaikan kaedah pembelian senjata melalui orang tengah, seperti dilakukan oleh Perimekar, anak syarikat Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda bekas penasihat strategik Najib yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Apakah wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian senjata, dan mengapa kerajaan perlu membayar lebih?” soal Shamsul.
Pada 8 November 2008, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepada Parlimen bahawa (in terms of the value of commission) pembelian kapal selam ini merupakan antara yang paling tinggi di dunia.

Justeru Shamsul mempersoalkan, komisen berjumlah hampir RM 500 juta adalah tidak munasabah, bahkan wang tersebut sepatutnya digunakan bagi menampung subsidi kepada rakyat.

“Seharusnya, pembelian peralatan ketenteraan adalah secara ‘G to G’ (kerajaan dengan kerajaan), kerana urusniaga pembelian senjata membabitkan maklumat sulit keselamatan negara,” kata Shamsul.

Justeru, beliau menegaskan adalah tidak memadai sekiranya Menteri Pertahanan sekarang, iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi dipanggil membantu siasatan.

“Kehadiran Najib sendiri ke mahkamah Perancis akan melengkapkan ‘jaringan yang terputus’ (missing link) dalam penyiasatan rasuah pembelian kapal selam Scorpene,” ujarnya.

http://www.keadilandaily.com/?p=14588