Kerajaan Dicabar Pamer Perjanjian Royalti Minyak

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.

“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.

Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.

Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpunkan ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis.

Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran kerajaan Selangor di Petaling Jaya, Zaid berkata perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dan Petronas jelas menggariskan pembahagian jumlah yang berhak diterima pihak masing-masing.

“Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (yang dipertikaikan kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen,” katanya dengan analogi menarik.

‘PERKASA, Siapa hendak rampas hak Melayu?’

Sementara itu, ketika mengulas isu kepimpinan pada abad ke-21, Zaid mengambil peluang mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.

Beliau mempersoalkan kepada NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali itu berulang kali menyebut kebimbangan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam wawancara Ibrahim dengan Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia cakap sangat itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kira-kira 900 peserta perhimpunan kongres tersebut – kesemuanya berumur bawah 35 tahun – supaya tidak terikut-ikut dengan “ketakutan yang sengaja direka oleh orang politik”.

“Di Malaysia ini bumiputera (jumlahnya) besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau. Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapun,” katanya kepada peserta yang kebanyakannya berbangsa Melayu.

Sumber: Malaysiakini

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Isu Tanah TNB: Jawatankuasa Dibentuk

Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersetuju untuk membentuk jawatankuasa bersama dengan penduduk kampung baru Rawang untuk mencari penyelesaian dalam pertikaian melibatkan tanah di situ.

Keputusan untuk membentuk jawatankuasa itu dicapai pada pertemuan dengan sepuluh wakil penduduk kampung dan lapan pegawai TNB, dipengerusikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah exco kerajaan tempatan Ronnie Liu, ahli parlimen Selayang William Leong dan wakil rakyat Rawang Gan Pei Nei.

Keputusan untuk membentuk jawatankuasa bersama itu timbul berikutan tindakan TNB mengancam untuk meruntuhkan perkampungan berkenaan pada Isnin lalu, bagi membina menara kabel rentangan tinggi.

Operasi merobohkan kampung berkenaan bagaimanapun dibatalkan pada saat terakhir apabila penduduk menghalang pihak berkuasa memasuki tanah berkenaan.

Berikutan ini, kerajaan mengumumkan operasi tersebut ditangguhkan bagi membolehkan rundingan hari ini dijalankan.

Pada kejadian dua hari lalu, lebih 200 orang berhimpun di jalan masuk menuju Kampung Sg Terentang, Rawang dalam usaha terakhir mereka menghalang TNB daripada menyambung semula kerja-kerja pembinaan dalam projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kampung mereka.

Kes berkenaan pernah dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu dan mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat.

Apabila siap kelak, projek yang membabitkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.

Sumber: Malaysiakini

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Orang Asal Layak Dapat Status Bumiputera

KUALA LUMPUR, 18 MAC – Orang Asli di negara ini berhak mendapat status Bumiputera kerana mereka bukan sahaja orang Asal di negara ini, tetapi juga merupakan golongan yang paling miskin dalam strata masyarakat.


Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku kerana hanya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja mendapat keistimewaan berdasarkan peruntukkan dalam perlembagaan.

Perkara ini persoalkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN Datuk Zaid Ibrahim yang menjelaskan bahawa Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, tidak memberikan hak kesitimewaan bumiputera kepada Orang Asli di negara ini.

“Orang Asli bukan dikategorikan sebagai Bumiputera, hanya ‘Malays and the Natives of Sabah and Sarawak’ dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” tulis Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat.

Pada 17 Mac lalu, kira-kira 4,000 orang Asli berarak ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berhubung penganiyaan yang dilakukan kerajaan terhadap mereka selama lebih 50 tahun.

Mereka berhadapan dengan tindakan kejam kerajaan yang merampas tanah nenek moyang mereka untuk tujuan pembangunan yang dilakukan tauke-tauke besar BN.

“Selalu kedengaran permasalahan Orang Asal tidak diberi perhatian yang wajar. Malah kenyataan Menteri Undang-Undang Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen semalam (17 Mac 2010) menunjukkan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib mereka,” ujar Zaid.

Zaid turut membidas kenyataan Nazri ketika menjawab soalan di parlimen mengenai pengiktirafan status Bumpitera terhadap orang asal dengan menjawab ‘tidak perlu’ kerana Orang Asli termasuk dalam tiga kategori status bumiputera seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan.

“Saya terkejut. Bila pula Orang Asli ini dimasukkan dalam golongan ‘Bumiputera’? Saya terus merujuk kepada Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Tak ada pula Orang Asli diberi keistemewaan sebagai Bumiputera.

“Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya. Hanya ‘pendatang’ yang terpilih oleh Umno sahaja mendapat keistemewaan.

“Saya harap rakyat Malaysia dapat ‘bangkit’ bersama Orang Asal dan sama-sama kita bergerak dengan Pakatan Rakyat untuk membela nasib Orang Asal dan juga anak anak Sabah dan Sarawak yang selama ini telah diketepikan dan tidak diberikan layanan yang sewajarnya,” tegas beliau.

“Dalam Model Ekonomi Baru yang konon mendapat pujian itu kita harap nasib mereka yang terpinggir mendapat perhatian, bukan tertumpu hanya kepada mereka yang suka menjual nama bumiputra mereka,” tulis Zaid.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Malaysia Negara Asia Tenggara Paling Ramai

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 12 Mac –
Proksi dan kroni kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Vincent Tan menjadi hartawan terbaru Malaysia yang dinobat sebagai “billionaire” terbaru dunia bagi tahun 2010.

Dalam senarai 1,011 “billionaire” global terbaru yang diumumkan majalah Forbes semalam, Vincent yang memiliki kekayaan AS$1.2 bilion menduduki tempat ke-828 bersama lapan lagi rakyat Malaysia yang lain.

Antaranya bekas “Raja Gula” Tan Sri Robert Kuok yang menduduki tempat ke-33 dengan kekayaan bernilai AS$14.5 bilion, diikuti jutawan Tan Sri Ananda Krishnan ditempat ke-89 dengan kekayaan sebanyak AS$7.6 bilion.

Vincent merupakan kroni dan sahabat baik Dr Mahathir yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal video klip peguam kanan Datuk V.K Lingam mengenai isu mengatur perlantikan hakim yang sekaligus memusnahkan integriti sistem kehakiman di negara ini.

Selain Vincent, keputusan Suruhanjaya DiRaja yang dibentuk bagi menyiasat skandal klip video itu mengesyorkan supaya Dr Mahathir dan empat orang lagi disiasat iaitu dua bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, V.K. Lingam dan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berhubung peranan mereka dalam isu pelantikan hakim.

Bagaimanapun, Oktober tahun lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengatakan siasatan tidak menunjukkan sebarang kes penyalahgunaan kuasa sehingga memerlukan pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara terhadap kes video klip berkenaan yang menyebabkan kes itu akhirnya ditutup begitu sahaja.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

PR Runtuhkan Tembok Perkauman BN

NIBONG TEBAL 11 Mac – Politik lapok dan usang Umno-Barisan Nasional yang memainkan isu perkauman semakin jelas ditolak rakyat serta tidak memberi sebarang kesan setelah munculnya politik Pakatan Rakyat yang mengenengahkan kesatuan dan kepelbagaian kaum.

Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat telah berjaya meruntuhkan tembok perkauman yang dibina BN sejak 52 tahun memerintah dan menawarkan perubahan yang mampu menyatukan semua kaum serta membangun semula kerangka politik negara yang berasaskan prinsip keadilan dan ketelusan.

“Politik baru yang kita bawa menunjukkan Pakatan Rakyat serius untuk bersama semua kaum bagi menjayakan diri dalam agenda politik merangkumi pelbagai kaum.

“Tawaran politik Pakatan Rakyat sekaligus menolak tawaran lama BN yang melagakan pelbagai kaum agar rakyat tidak bersatu agar mereka boleh melaksanakan dasar kejahatan mereka,” katanya ketika berucap semasa ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata Umno dan BN telah lama merancang mematahkan kemaraan Pakatan Rakyat yang dilihat memberi impak besar ke atas dasar ciptaan BN dan justeru itu BN merancang pelbagai strategi berlandaskan kezaliman untuk menjatuhkan keteguhan gagasan itu.

Menurut Saifuddin lagi politik perkauman yang diamalkan BN telah memberi kesan buruk terhadap jurang perkauman negara sehingga menyebabkan perbalahan sesama kaum.

“Umno dan BN telah banyak menyentuh isu perkauman yang sensitif sehingga berlaku perbalahan yang boleh memudaratkan negara. Umno sengaja mahu merosakkan pertalian perkauman di negara ini.

“Yang hairannya tidak ada sebarang tindakan polis yang diambil dan siasatan terhadap makhluk-makhluk Umno ini walaupun mereka telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan,” jelasnya.

Tambah Saifuddin BN bimbang atas kejayaan Pakatan Rakyat menyatukan pelbagai kaum dalam satu parti sehingga berjaya menguasai politik semasa dan bakal menguasai pentadbiran kerajaan pusat kelak.

“Kejayaan kita bersatu dikhuatiri BN menyebabkan mereka tidak berdiam diri memikirkan bagaimana menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.

“Isu perkauman yang dimainkan oleh mereka kini menghantui mereka kembali setelah rakyat sedar dan terlalu benci kerana mereka telah memusnahkan negara ini dengan penyelewengan mereka,” katanya lagi.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Umno Edar VCD Fitnah Tanda Kehabisan Modal

KUALA LUMPUR 11 Mac – Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa rakaman VCD yang menunjukkan beliau sedang berjalan dan berdiri semasa beliau di Penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001 adalah satu fitnah.

“Gerombolan upahan Umno ternyata kehabisan modal. Isu pokok adalah bahawa kecederaan saya akibat dipukul oleh Ketua Polis Negara dan pimpinan Umno cuba menafikan itu seperti yang terjadi ke atas kes A. Kugan, Beng Hock dan lain-lain. Bukti MRI, dokumen rawatan dan pembedahan tulang belakang di Munich merupakan jawapan ampuh melawan fitnah murahan ini.

“Sepanjang di mahkamah 1998-2004, saya juga tidak membawa masuk kerusi roda ke dalam mahkamah. Saya mampu berjalan perlahan dan berdiri. Namun sekarang, diulang siar foto dalam simpanan polis yang pernah ditunjukkan ketika kursus Biro Tata Negara yang mempertikai tahap keuzuran saya sekaligus melindungi jenayah Ketua Polis Negara”, tegas Anwar yang dipetik daripada laman blog beliau.

Sebelum itu Malaysiakini melaporkan pengedaran VCD oleh kumpulan misteri yang dipercayai dimuatturun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan ke rumah sekitar Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.

Susulan pengedaran VCD fitnah itu, Mohd Arshad Ishak yang mewakili Gerakan Anti Liwat atau GELI membuat laporan polis kelmarin selepas beliau juga turut menjumpai VCD tersebut yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya yang juga terletak di Bandar Baru Bangi.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Selangor Sasar 2010 Hapus Kemiskinan Tegar

SHAH ALAM 9 Mac – Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor mensasarkan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri ini menjelang hujung tahun ini.

Beliau yang juga Penasihat Ekonomi Selangor langkah ini adalah langkah drastik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat untuk membebaskan golongan yang berpendapatan kurang daripada RM500 sebulan daripada cengkaman kemiskinan tegar.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan beliau akur untuk menyegera dan melipatgandakan usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri Selangor tahun ini.

“Kita mahu melihat apabila negeri Selangor mendapat keuntungan ianya diagihkan terus kepada rakyat terutamanya golongan yang miskin dan perlukan bantuan,” tegas beliau semasa berucap kepada lebih 5,000 penyokong yang berhimpun di Stadium Malawati di Shah Alam sempenan ulangtahun kedua pentadbitan Pakatan Rakyat Selangor.

Anwar berkata selama lebih 50 tahun Umno dan Barisan Nasional memerintah negeri ini golongan miskin dipinggirkan sementara kekayaan terus dikaut oleh pemimpin, kaum keluarga dan kroni Umno-BN.

“Kita tidak mahu ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan negeri ini dibolot oleh Umno dan BN yang rakus dan tamak harta. Pimpinan Pakatan Rakyat tidak rasuah dan Exco negeri juga tidak rasuah, kalau saya dapat tahu mereka dapat tanah walau seinci ini saya akan tetukan mereka dipecat serta merta,” kata Ahli Parlimen Permatang itu disambut dengan tepukan gemuruh tanda sokongan.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata kerajaan negeri akan menggunakan hasil kutipan hutang dari syarikat Talam Corporation bagi membangunkan program Mikrokredit dalam usaha membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menurut beliau, kutipan hutang bernilai RM50 juta ringgit itu bakal dijadikan suntikan permulaan untuk memastikan seluruh rakyat miskin di Selangor mendapat pembelaan tanpa mengambil kira latar belakang bangsa, agama mahupun kepartian.

“Untuk menunjukkan Kerajaan Selangor sentiasa membuat perubahan untuk ke arah pembangunan rakyat, pagi tadi kita telah mengumumkan dua lagi program hasil dari pengurusan ekonomi Selangor.

“Pertama kita telah mengumumkan kita telah dapat mula mengutip hutang Talam yang terhutang RM390 juta dahulu yang tidak boleh dikira oleh bekas Menteri Besar yang lama, boleh jadi pengalaman untuk buat kira-kira tidak begitu tinggi. Oleh sebab itu, beliau tidak nampak bahawa hutang itu dalam milik syarikat-syarikat di bawah kerajaan negeri,” katanya.

Tambah beliau program berkenaan akan dilancar dalam tempoh dua bulan lagi serta dilaksana mengikut perbankan Islam.

“Program mikrokredit ini berkonsepkan Qardhul Hassan dan kegunaan ini menunjukkan bagaimana harta-harta di Selangor yang dibiarkan, yang dilupakan atau yang digelapkan dapat kita cungkil, kita ambil dan sekarang ia menjadi alat untuk membangunkan masyarakat kita.

“Dan ini peringatan untuk ‘Datuk’ dari Sabah, kalau nak kutip hutang di Sabah ada kepakarannya di Selangor,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu lagi.

Khalid juga berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menentukan proses dan pendekatan program itu. Ia diketuai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Bagi program kedua pula, Khalid berkata, seramai 368 ketua kampung dari seluruh daerah di Selangor hari ini menerima surat kuasa atau watikah selepas menjalani enam bulan tempoh penilaian bermula Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) adalah jentera pentadbiran yang berperanan penting kepada kerajaan negeri.

“Kita berjanji dalam Pakatan Rakyat dalam konteks merakyatkan ekonomi, semua sumber-sumber negeri Selangor adalah hak rakyat yang kita akan urus dengan dengan baik kerana kita pemegang amanah rakyat.

“Dengan itu, syarikat yang kita tubuhkan untuk mengurus pasir di Selangor; Kumpulan Semesta mula mendatangkan keuntungan. Saya telah mengumumkan 10 peratus daripada keuntungan itu akan kita agihkan kepada kesemua ketua-ketua kampung dan JKKK di Selangor kerana mereka akan membawa pembangunan untuk masyarakat di Selangor. Ini Pakatan Rakyat bukan Umno, bukan BN. Bezanya terlalu besar, bagaikan langit dengan bumi,” katanya.

Jelas beliau, pelantikan itu menunjukkan mereka adalah ejen kerajaan negeri bagi memudahkan penyampaian maklumat dan membantu melaksanakan program serta projek pembangunan di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua kepimpinan kerajaan negeri dapat menguruskan khazanah ekonomi di Selangor dengan baik tanpa melibatkan rasuah, salah guna kuasa dan kronisme.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua AMK

PKR Youth To Gun For Sarawak

KUALA LUMPUR, Mac 9: PKR Youth is setting its sights on Sarawak where it is confident of being able to make a mark when state-wide elections take place, most likely within the next few months.

“There is an air of excitement in Kuching and when you travel to the rural areas, people come out and shake our hands and the first question they ask is when? The next one is will you be taking part,” PKR Youth chief Shamsul Iskandar Akin told Harakahdaily in an interview.

Indeed, the 35-year old Shamsul found it hard to contain his own enthusiasm. In the 2006 election, PKR Youth was not ready to take on the Land of the Hornbills.

It had not set up sufficient branches or built enough networks yet. But four years hence, it is a very different story.

Young Sarawakians

According to Shamsul, Sarawakians have been watching the political developments in the peninsula very closely, especially since the landmark March 8, 2008 national polls.

“The young people in Sarawak especially the professionals have been very keen to join PKR. Our recruitment rate is very healthy and this is why PKR Youth will push the top party leadership to give the young candidates in Sarawak a chance,” Shamsul said.

“Like many other Malaysians, they were inspired by the Pakatan Rakyat victory in the five peninsula states. They have been monitoring the way we run Selangor, Penang and Kedah and the difference that Khalid Ibrahim, Guan Eng and Azizan have made.

“They felt the same injustice when Umno-BN snatched Perak away from Nizar. They can empathize with the oil royalty issue and with people of Kelantan who like them have been kept backwards because of deliberate policies by the federal government to sanction corruption.”

Seat allocations

Shamsul will be meeting Sarawak chief Baru Bian soon. He plans to get 30 percent of the seats allocated to PKR reserved for Sarawak Youth candidates, who will focus on urban and suburban areas.

Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff has been specially tasked to spearhead operations and get them spruced up for electoral battle.

The Sarawak state assembly has 71 seats. The Pakatan needs to win at least 36 seats to wrest the state government from BN’s Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, led by Chief Minister Taib Mahmud.

In the last state election in 2006, PKR fielded 25 candidates, DAP 12 and PAS one. Twenty independents also tried their luck. Negotiations for seat allocation within the Pakatan are in the last lap and hopes are high that there will be a satisfying conclusion.

“I am sure we won’t have the problem of overlapping seats this time around. Dissatisfaction and infighting made us lose badly in 2006. But the stakes are higher now and everyone in Sarawak knows we have to rally together under the Pakatan umbrella if we are to oust Taib Mahmud,” Shamsul said.

Ending Taib’s stranglehold

The scandal-hit Taib has already asked BN members to prepare for polls although he declined to give any hint of when that will be. The latest is by May 2011. His PBB holds 35 of the 62 seats held by the BN.

Nonetheless, the 74-year old Taib’s stranglehold on Sarawak has been slipping, with Sarawakians increasingly unhappy at the large-scale corruption openly taking place in their state.

Despite being one of the country’s richest states in terms of natural resources, Sarawak remains one of the poorest and least developed.

“We are happy that Taib retained the presidency of PBB. He is the symbol of everything that has gone wrong in Sarawak,” said Shamsul.

“If in the past, the folk here voted for him and PBB over gifts of RM20-30, they now know better. Their sense of injury and anger against him and the BN for taking so much from them and giving back so little will drive the reform movement in East Malaysia.”

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KeADILan Youth Chief(AMK)

Sumber: Harakahdaily