Kongres AMK ke 6: Ayoh anak muda Malaysia, kita berwacana di Kota Bharu

KONGRES NASIONAL TAHUNAN AMK 2009

A. PENDAFTARAN PERWAKILAN DAN PEMERHATI

i. Tempat
Perasmian Bersama Wanita : Kelantan Trade Center, Kota Bharu
Persidangan Kongres : Dewan Persidangan Kongres Tahunan AM 2009 Perdana Resort, Pantai
Cahaya Bulan, Kelantan

ii. Tarikh Dan Masa Pendaftaran : 27 Mei 2010 Khamis (4:30 pm–9:00 pm)
: 28 Mei 2010 Jumaat (8:00 am–9:30 am)

B. BERSAMA KONGRES AMK & WANITA (27 MEI 2010)

MASA : ATURCARA

4:00 – 8:30 mlm : Pendaftaran Perwakilan dan Pemerhati
8:00 – 8:40 mlm Perwakilan Mengambil Tempat
(Dikendali oleh Urusetia Protokol Wanita Dan AMK)
8:40 – 9:00 mlm : Exco Wanita dan AMK mengambil tempat di pentas utama
9:00 – 9.10 mlm Ketibaan YB Senator Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat
(Diiringi Biro Politik Wanita dan AMK bersama Paluan Kompang)
9:00 – 9.10 mlm : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9.10 – 9.30 mlm : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Parti
9.30 – 9.35 mlm : Bacaan Doa
9.35 – 9.40 mlm : Ucapan Ketua AMK
9:40 – 9.45 mlm : Ucapan Ketua Wanita
9.45 – 10.45 mlm : Ucapan Perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita Dan Angkatan Muda Kali ke 6
Oleh: YB Dr. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat
10.45 – 11.00 mlm: Sidang Media oleh Timbalan Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK
11.10 – 11.30 mlm: Jamuan Ringan

C. ATURCARA KONGRES NASIONAL TAHUNAN AMK 2009(28 MEI 2010), PERDANA RESORT, PANTAI CAHAYA
BULAN, KELANTAN

MASA ATURCARA
8:00 – 9:30 am : Pendaftaran
Perwakilan ,Pemerhati & Pemerhati khas masuk ke dalam Dewan
Dikendali oleh Urusetia Protokol AMK
9:15 – 9:30 am : MPP AMK mengambil tempat di pentas utama
Tetamu Jemputan memasuki Dewan serta mengambil tempat
9.30 – 9:40 am : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9:40 – 9:50 am : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Parti (arus perjuangan)
9:50 – 10:20am : Persembahan Pembukaan Dikir Barat
10: 20– 11:20am : Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Sdr. Shamsul Iskandar Md Akin
11:20 – 11:30 am : Pengerusi Tetap Memulakan Kongres Nasional Tahunan
11:30 – 12:00 pm : Membentangkan Minit Mesyuarat Kongres AMK 2008
Membentangkan Laporan Tahunan AMK
Membentangkan Laporan Kewangan AMK
12:00 – 12:15 pm : Sidang Media
12:00 – 2:00 pm : Rehat & Solat Jumaat
2:00 – 2:15pm : Pengerusi Tetap Meneruskan Sidang Kongres
2:15– 3:30pm : Perbahasan Ucapan Dasar serta Usul
3:30 – 4:00pm : Amanat YAB Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
4:00 – 4:15pm : Minum Petang
4:15 – 5:30pm : Perbahasan Ucapan Dasar serta Usul
5:30 – 6:00 pm : Pemilihan 30 Perwakilan AMK Ke Kongres Nasional
6:00 – 7:00 pm : Penggulungan (Naib Ketua , Timbalan & Ketua AMK)

Ketua Pembangkang Tetap Anwar

SUARAKEADILAN – SHAH ALAM 18 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Pembangkang di parlimen berdasarkan kesepakatan KEADILAN, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat

Mengulas kedudukan Anwar, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Fook menegaskan pendirian DAP jelas dalam isu tersebut.

“DAP secara jelas menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang dan Pakatan.

“Tidak timbul isu bilangan kerusi dan jika kenyataan yang mempertikaikan ianya jelas perangkap Umno-Barisan Nasional.

Anthony juga meminta Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan supaya tidak menjaga tepi kain orang sebaliknya menyelesaikan masalah yang bergelumang dalam Umno dahulu.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari KEADILAN juga berkongsi pendapat yang sama.

“Tiada isu tentang jawatan tersebut kerana ini adalah keputusan bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan tidak ada sesiapa yang mempersoalkannya,”

“Sebagai contoh, kita boleh mengambil kerajaan negeri Perak sebelum ini secara bersama memilih Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar,” tambahnya.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Krai pula, Dr Hatta Ramli pula berkata PAS menyokong sepenuhnya Anwar sebagai ketua Pembangkang dan ini telah dipersetujui secara bersama.

“Tidak timbul isu sama ada kita mahu tukar Ketua Pembangkang atau tidak?,” soal Hatta.

Selepas PRK Sibu, kedudukan kerusi parlimen di kalangan parti Pakatan Rakyat ialah 29 dimenangi DAP, KEADILAN 24 manakala PAS 23.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Tamrin Sifatkan Rais Sebagai Hipokrit

SUARA KEADILAN – KUALA LUMPUR 30 Apr – Anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai hipokrit apabila mempertikai kehadiran beliau pada dua ceramah kempen pilihan raya kecil Pakatan Rakyat di Hulu Selangor minggu lalu.


Ketika ditemuramah Suara Keadilan, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam selama dua penggal berkata berbanding Rais beliau tidak pernah meninggalkan Umno dan juga tidak bertindak membakar ‘jambatan’.

“Tidak pernah dalam sejarah karier politik, saya tinggalkan parti tetapi Rais pernah berada di dalam parti Semangat 46 dan berkata beliau telah membakar jambatannya dengan Umno.

“Semasa di luar Umno beliau memaki hamun, mencerca dan menyerang begitu hebat sekali semua pemimpin Umno termasuk Najib dan isterinya Rosmah.

“Apabila dia perlukan jawatan Menteri kembali Rais sanggup mencium tangan yang membina jambatan yang dibakarnya,” kata Tamrin di pejabatnya hari ini.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi MARA dan Exco Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu sebagai seorang politikus yang licik tetapi gagal sebagai seorang anggota Kabinet.

“Rais akan berbuat apa sahaja dan cakap apa sahaja untuk memuaskan hati ketuanya asalkan jawatan dan kepentingan dia terjamin.

“Semasa menjadi Menteri Luar beliau gagal mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Putih sehingga kita hilang pulau itu kepada Singapura.

Tamrin mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang memetik Rais sebagai berkata bahawa tindakan beliau menyertai ceramah Pakatan Rakyat diibarat seperti ‘mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan’ serta tidak mencerminkan perjuangan ayahnya, Tun Abdul Ghafar Baba.

“Sekarang ini Umno pandai bercakap mengenai perjuangan Tun Ghafar tetapi apabila sahaja ayah saya tidak lagi berada dalam kerajaan tidak ada pemimpin Umno yang peduli atau datang melawatnya. Mereka hanya datang ziarah disaat Tun Ghafar menghembuskan nafas terakhir beliau. Begitulah Umno melayan dan mengiktiraf jasa dan sumbangan Tun Ghafar. Dia hanya penting ketika pegang jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan,” kata Tamrin dalam nada kesal.

Menyentuh mengenai kehadirannya pada ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Buaya dan Stadium Kuala Kubu Baharu, Tamrin berkata beliau mengkagumi ketokohan Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak dalam Pemuda Umno lagi.

“Saya dengar Tuan Guru Nik Aziz akan berada di Sungai Buaya jadi saya pergilah. Kebetulan Datuk Seri Anwar, kawan lama saya, ternampak saya dan memperkenalkan saya kepada hadirin dan menjemput saya ke atas pentas. Apabila Tuan Guru tidak datang saya kembali keesokan malamnya untuk mendengar ceramah beliau di stadium. Baru sekarang saya dapat berpeluang untuk mendengar ceramah Tuan Guru setelah menunggu sekian lama.

“Terpulang kepada pucuk pimpinan parti sekiranya mereka ada niat untuk pecat saya. Saya sedia menerima apa juga keputusan dengan hati terbuka,” kata beliau lagi.

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semangat Menjana Kemenangan di PRK Hulu Selangor

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor

18hb April 2010

Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semangat Menjana Kemenangan di PRK Hulu Selangor

Angkatan Muda Keadilan Selangor yakin tindakan keluar parti ahli PKR yang kononnya mendakwa dirinya Ketua dan Timbalan AMK Cabang Shah Alam langsung tidak memberikan kesan kepada jentera dan kekuatan AMK di Hulu Selangor. Sebenarnya individu tersebut sudah lama tidak aktif dalam gerak kerja parti semenjak 2 tahun lebih. Malahan jawatan tersebut telah dipangku oleh individu lain.

AMK Selangor yakin ianya sebahagian perancangan jijik UMNO/BN untuk menghilangkan kenyakinan rakyat kepada PKR. Namun tindakan tersebut sebenarnya langsung tidak memberi kesan apa-apa kepada keyakinan pengundi Hulu Selangor kepada calon berwibawa Datuk Zaid Ibrahim.

Tindakan jijik keluar parti itu sebenarnya episod ulangan yang digunakan oleh UMNO/BN yang sudah ketandusan idea-idea pembaharuan dan gagasan membela rakyat. Justeru isu lapok yang dibawa ialah fitnah, adu-domba dan keganasan politik lantaran penolakan total rakyat kepada Barisan Nasional sebelum ini.

AMK Selangor menegaskan calon yang ditampilkan oleh Parti Keadilan Rakyat adalah individu yang akan membawa suara pembelaan rakyat ke Parlimen. Integriti tinggi dan berprinsip yang dibawa oleh Datuk Zaid Ibrahim mencerminkan gagasan pembaharuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat.

Rakyat di Parlimen Hulu Selangor amat bertuah Datuk Zaid Ibrahim adalah insan hebat yang memegang prinsip dan memahami denyut nadi perjuangan rakyat pelbagai agama dan bangsa serta menjadi harapan baru kepada suara rakyat Hulu Selangor. Justeru untuk membawa agenda Selamatkan Malaysia, beliau adalah individu yang paling layak membawa obor perjuangan rakyat ini.

Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor

Hulu Selangor : Search for the right candidate

ANALYSIS
By JOCELINE TAN

The hottest action in the coming Hulu Selangor by-election has been behind the scenes as would-be candidates and their supporters lobby their respective leaders.

HULU Selangor has not seen this much political activity in years.

The number of people and cars that flooded the area when Datuk Seri Najib Tun Razak was there last weekend has been the talk of villagers.

It was the first time many of them had seen the Prime Minister in the flesh.

Even the fact that Najib took a bath in the home of a Felda settler is being talked about. After all, how often does the Prime Minister bathe in one’s house?

Some of the Chinese reporters joked that it was a pity the Malays did not believe in gambling because the owner of the house in the Pandamaran Chinese new village that Najib visited during the Chinese New Year, struck the lottery three times, two of which were first prize wins.

The level of activity in Hulu Selangor will increase even more over the next few weeks. But the real action is actually happening behind the scenes.

There has been intense lobbying on both sides on the issue of candidates. Although whoever wins will have only about two years on the job, the win will be a staging point for them to contest the next general election.

The lobbying on the Barisan Nasional side initially included both MIC and Umno until Najib put his foot down on MIC getting the seat.

But the word on the ground is that the candidate may not necessarily be MIC deputy president Datuk G. Palanivel, the only name nominated by the MIC.

MIC information chief and Putera MIC coordinator P. Kamalanathan is apparently being considered as well.

The Barisan leadership is now weighing the merits and demerits of the two men. Palanivel, 61, has the experience and stature. But he had spent four terms as Hulu Selangor MP before his 2008 defeat and, given the way the locals talk about him, it seems like he has accumulated quite a bit of baggage.

It is no secret that his political career hinges on whether he contests and wins the seat.

Kamalanathan, 44, a public relations consultant, is a relatively fresh face.

He was born in Kuala Lumpur but has lived in Rawang since he was a year old which probably makes him the most local of all the local faces being touted for the seat.

PKR has no shortage of names for the seat and the lobbying on this side has been even more intense than that in Barisan.

“A by-election is the best battle to get into. The national machinery is there, money pours in and there is no shortage of campaigners and ceramah speakers,” Selangor state assembly Speaker Teng Chang Khim said.

But the lobbying has narrowed down to three names: Hulu Selangor PKR treasurer and neurosurgeon Dr Halili Rahmat, party coordinator and lawyer Datuk Zaid Ibrahim and PKR Youth chief and lawyer Shamsul Iskandar.

Dr Halili has emerged as the clear favourite although some claimed he is rather reluctant, having lost twice before – first in Kuala Kubu Baru and then Batang Kali.

Dr Halili had jokingly told some friends: “Ini macam kahwin dua; mula-mula seronok, kemudian banyak masalah” (it is like having two wives, fun in the beginning, lots of problems later on).

He was probably thinking of his busy medical practice and the fact that this will be a short-lived term.

Dr Halili, reportedly the first Malay neurosugeon in the country, is from a kampung in Batang Kali. He is also fiercely loyal to Datuk Seri Anwar Ibrahim and they are said to be related or what the Malays term as bau-bau bacang (reminiscent of the bacang fruit or distant relative).

Zaid and Shamsul, on the other hand, are very keen.

Zaid has his eye on the PKR elections scheduled for later this year and a shot at the parliamentary seat would boost his prospects. For Shamsul, this could be the stepping stone to bigger things.

Their problem is that they lack the local boy factor – Zaid is a Kelantanese while Shamsul is from Negri Sembilan.

Although Anwar will have the final say, Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim will also have a big say because he will be controlling the campaign machinery and funds.

It has not gone unnoticed that Khalid has appointed himself the election director for Hulu Selangor rather than assign it to Fuziah Salleh, who is the national election director or Abdullah Sani, who is Selangor election director.

Khalid is said to favour Zaid who also enjoys the tacit support of DAP leaders. The question is how far Khalid is prepared to push for Zaid as the man.

PKR has had the upper hand in most of the previous by-elections. But Hulu Selangor is still very much Barisan territory and PKR will be going in as the underdog.

The party has been rocked by resignations and its leader is fighting sodomy charges in court. A win will salve its wounds.

But this is one battle that the Barisan not only intends to win but is confident of doing so. However, both sides will first have to get past the politics of picking the perfect candidate.

www.thestar.com.my

Office of Keadilan Youth Chief (AMK)

Anwar Mimpi Ngeri Umno-BN

Datuk Halik Zaman

Kita sudah jangkakan kematian Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan yang akhirnya boleh di kategorikan sebagai macam mati katak. Tiada untung ruginya kepada kerajaan dan negara.

Mereka mati pun tidak menguntungkan dan hidup pun tidak membongkar sesuatu kerugian. Kenapa mereka mati? Kerana terdapatnya sesetengah individu yang tidak suka mereka hidup lagi.

Pasal Anwar Ibrahim, berbagai ‘torture’ dan tekanan batin  yang beliau terima semasa hidupnya. Andainya Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan di hidupkan dari mati pun mereka tidak sanggup untuk hidup sekali lagi seandainya mereka tahu nasib mereka akan bersamaan seperti insan yang bernama Anwar Ibrahim. Sebab itu Anwar kalau mati jadi WIRA  semasa hidupnya beliau di pesona. Gigihnya semangat waja sebagai pejuang bangsa dan Negara. Matinya pun ditaburi bunga raya.

Tuduhan liwat yang Anwar hadapi bukanlah satu isu yang baru dan bukanlah suatu perkara yang pertama kali berlaku, sebaliknya ini ialah kali yang kedua selepas percubaan pertama agak  gagal dan mendukacitakan kerajaan Umno di bawah Mahathir.

Lantas Anwar di aibkan, dihina, dituduh dengan berbagai tuduhan, dikeji, dicerca, ditangkap, dicederakan sehingga mata lebam hampir buta. Isteri dan anak-anaknya diaibkan dimata masyarakat. Kalau isteri dan anak-anaknya bukan seorang Islam, mereka sudah lama ambil jalan singkat. Bukan ditingkat 15 bangunan SPRM, tapi dibangunan KL Tower dan satu persolan akan timbul, “Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawapannya ada dihati anda.”

Ikut fikiran logik, kes liwat Anwar akan berakhir di mana? Bukan juga dipenjara Sungai Buloh. Semua rakyat tahu sebelum hakim-hakim Malaysia memberi keputusan “rumah sementaranya di Sungai Buloh”. Sebab rakyat pun tahu fungsi fungsi hakim Malaysia seperti satu cerita purbawara ‘correct, correct. correct’. Ia telah dijadikan jenaka oleh dunia. Dunia ketawa melihat kita.

Kes liwat Anwar, tidak akan berakhir di Penjara Sungai Buloh sahaja. Salah kalau ada para pemimpin Umno menganggap bila Anwar  dipenjara akan berakhirlah pengaruh Anwar dalam sejarah politik Malaysia. Banyak lagi cabaran demi cabaran yang hebat hebat akan para pemimpin Umno hadapi kerana rasa simpatinya rakyat Malaysia atas derita yang ditanggung oleh Anwar selama ini.

Kali ini bukan ikut senario 1998 tapi ikut senario 2010 di mana generasi muda kini sudah bisa berfikir dan sudah bisa mengundi. Generasi muda hari ini fikiran mereka tidak mudah dikongkong dan mereka bebas memberi keputusan sendiri dalam PRU-13 nanti.

Kerajaan Umno nak guna kuasa mahkamah pun rakyat sudah tahu? Fungsi mahkamah nak ikut cakap siapa?. Tidak elok mengheret mahkamah kemedan politik. Lebih baik gunakan kuasa sendiri kerana sendiri ada punya kuasa. Heret sahaja Anwar ke padang Dataran Merdeka ikut cara wayang’cowboy.

Buat pesta ramai ramai. Jemput semua Ahliahli  Kabinet, Ketua Polis Negara dan kroni kroni semua. Tembak sahaja Anwar sampai mati. Tutup cerita.

Ikut  formula George Bush di Iraq. Gantung sahaja Saddam Hussein sampai mati. Iraq akan aman damai hingga hari ini.

Itu negara Iraq dah amankan? Kerana Saddam Hussein sudah mati digantung negara Iraq pun aman damai hari ini walaupun AMAN tidak pernah wujud dalam kehidupan rakyat Iraq. Kalau formula  George Bush lah yang membawa perdamaian dinegara yang bergolak itu, kita fikir orang yang berfikiran begitu bukan sahaja ‘senile’ tapi gila diluar kawalan.

Sumber: Suara-Keadilan

Terkini: Kecoh di Parlimen: Strategi PR menjadi !

Kuala Krau
– membangkitkan standing order 36(12) bahawa Pokok Sena mengatakan UMNO APCO(yang mengelirukan dewan)

Speaker
Speaker meminta Kuala Krau membuat usul tanpa notis
Lebih suara bersetuju, usul Kuala Krau disetujukan.

PJU
Speaker pada pagi tadi telah mengatakan bahawa ruling tersebut adalah kali terakhir diguna pakai.
Adakah keadaan ini boleh digunakan semula?
Speaker berkata selepas kejadian pagi tadi, 26(1)P atau 37() terpakai iaitu Speaker harus membuat keputusan there and then. Maka usul yang dibangkitkan oleh Kuala Krau tadi

Beruas bangun…kecoh…Speaker arahkan Beruas tarik balik perkataan double standard.

Beruas
-Tidak mengatakan Speaker double standard
-Tetapi, menjelaskan hari yang lalu beliau membangkitkan bahawa beliau juga inginkan sesuatu bagi notis 14 hari, tapi hari ini tidak perlu. Adakah ini double standard?

Kubang Kerian
-Cuba menjelaskan bahawa Kuala Krau mengelirukan dewan dgn engaitkan Pokok Sena dengan isu APCO yang dibangkitkan oleh Permatang Pauh.

Kelana Jaya, Kuala Krau, Tumpat, Kubang Kerian, Shah Alam, bangun meminta penjelasan.

Speaker minta Pokok Sena tarik balik perkataan APCO-UMNO

Teruskan membaca “Terkini: Kecoh di Parlimen: Strategi PR menjadi !”

Saya jawab Musa Hassan tentang isu Asiasoft

Mr. Izhak Naskar dan Dr. Ido Schechter (siapa mereka ?) ketika pelancaran bursa saham syarikat TIS di Bursa Saham Tel Aviv pada 3 Disember 2006

Semalam didedahkan di dalam Parlimen oleh YB Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa wujudnya perisik-perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tentunya pendedahan ini telah menggemparkan rakyat dan juga negara setelah isu perlantikan syarikat milik zionis Israel, APCO Worldwide Sdn. Bhd. dengan bayaran sebanyak RM 23 juta oleh PM Najib dibongkar.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008. Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

“Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel,” katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut. Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

“Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

“Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.
Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

“Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan,” katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

Apa yang menarik ialah respons awal daripada Musa Hassan. Beliau dilaporkan berkata kalau ada bukti, tolong berikan kepada saya. Pada saya ini jawapan politik. Sepatutnya beliau mempunyai perasaan bertanggungjawab dengan mengarahkan segera perkara ini disiasat. Saya cadangkan Musa Hassan membaca tulisan ini yang telah diletakkan di dalam blog pada 21/8/2008 lagi. Mungkin maklumat ini belum lagi diketahui oleh Musa atau beliau buat-buat tidak tahu !

The Royal Malaysian Police (PDRM) is in the process of computerising its operations so that it is better-equipped to solve and reduce serious crimes such as Bloggers slandering the Deputy Prime Minister’s wife and whatnot. The computerisation program entails various phases as the two-page chart below shows.

Three companies have been short-listed to undertake this work — Master Plan Consulting Sdn Bhd, System Protocol Information Sdn Bhd and D. G. Kom Sdn Bhd. But these three companies were given different phases of these contracts on condition that they all sub-contract the work to Asiasoft (M) Sdn Bhd.

Who are the people behind Asiasoft and how come they wield immense power in the police force? And what is the Israeli link? Let us examine the facts.

Master Plan Consulting Sdn Bhd (357303-V)

The company is owned by Raja Azlina Binti Raja Abdul Jalil (3 million shares) and Ahmad Firdaus Bin Abdul Halim (2 million shares). They are both Directors of the company. The company has RM26 million in assets and RM6.6 million in liabilities with a paid up capital of RM5 million.

System Protocol Information Sdn Bhd (603787-M)

The company is owned by Aswadi Anuar Bin Shamsudin (350,000 shares) and Mohd Supardi Bin Abdul Majid (150,000 shares). The Directors are Aswadi and Raziah Binti Sidek who share the same residential address and therefore could be husband and wife. The company has about RM2.3 million in assets and RM1.8 million in liabilities with a paid up capital of RM500,000.

D. G. Kom Sdn Bhd (87537-V)

The company is owned by Saki Almahdaly Holdings Sdn Bhd (6,075,000 shares), WYN Resources Sdn Bhd (1,215,000 shares), PFB & Anak-anak Holdings Sdn Bhd (405,000 shares) and Prodaya Sdn Bhd (405,000 shares). The Directors are Syed Abd Kadir Bin Ibrahim, Dato’ Mohammad Radzi Bin Salleh and Nor Azman Bin Abdul Karim. The company’s assets are RM26 million against liabilities of RM19 million with paid up capital of RM7.6 million.

Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H)

The company is owned by Bees System Sdn Bhd (350,000 shares) and Asiasoft (Singapore) Pte Ltd (15,000 shares). The Directors are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Lim Tze Kuang and Lim See Hui. The assets of the company are RM4 million against liabilities of RM1.8 million with a paid up capital of RM500,000.

Bees System Sdn Bhd (422358-V)

The company is owned by Lim See Hui (12,500 shares) and Lim Tze Kuang, Lim Mee Yoke, Lim Moi Lan, Lim Mooi Kim and Lim Mee Chin (who own RM2,500 shares each). The Directors are Lim Mooi Kim, Lim Mee Yoke, Lim See Hui, Lim Mee Chin and Seow Bee Ching @ Chee Bee Ching. The company’s assets are RM7.7 million against liabilities of RM4.8 million with a paid up capital of RM25,000.

Asiasoft (Singapore) Pte Ltd

Toh Kian Hong, the Singaporean Director of Asiasoft (M) Sdn Bhd, is also a Director of Asiasoft (S) Pte Ltd. The other Directors are Izhak David Nakar (Israeli), Ido Schechter (Israeli) and Shoshani Eliahou Moshe (Israeli with Singapore PR). The company is wholly-owned by Asiasoft Global Pte Ltd.

Asiasoft Global Pte Ltd

The Directors of the company are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Izhak David Nakar (Israeli) and Ido Schechter (Israeli). The shareholders are Toh and Top Image System Limited (Israel).

Top Image Systems Limited

You can read about the company in the following link: http://www.topimagesystems.com/

Izhak David Nakar (Israeli passport number 10902695)

Izhak David Nakar founded Top Image Systems Limited and served as Chairman of the Board and CEO from inception until May 2001. In 2005, he was re-elected as the Chairman of the Board and in this position is responsible for TIS’s strategic M&A activity.

Mr. Nakar served in the Israel Air Force from 1970 to 1987, where he led various large-scale highly technical development projects, including leading a development team that worked in cooperation with the U.S. Air Force. He received his B.Sc. in Computer Science from Bar Ilan University in 1982, and an MBA from Tel-Aviv University in 1984. Mr. Nakar is a recipient of the “Israel Defense Award,” bestowed annually by the President of Israel, for the development of high-tech systems in the field of intelligence for the Israeli Defense Force. He also received the “Man of the Year Award” in Business and Management (‘95-’96) in recognition of his business accomplishments and contributions to the growth and development of Israeli high-tech companies.

In 1998, Mr. Nakar founded NIR4YOU Capital, a privately held investment company specializing in early stage investments in high–tech companies. NIR4YOU Capital has 14 companies on its portfolio including: ForesCout, e-mobilis, TopGuard, Matearis, Video Codes, SundaySky, Secur DI, MomSense, etc. Three of the 14 companies were sold to large enterprises, including SAP and Microsoft. In 2004 Mr. Nakar was elected as a Board member of the Israel-Japan chamber of Commerce.

(http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )

Ido Schechter (Israeli passport number 56626252)

Dr. Schechter has been with Top Image Systems Limited for 9 years and is serving as the Company’s CEO since January 2002. Prior to that, Dr. Ido Schechter was the Company’s Vice President of Sales and Marketing from August 1996. From January 1995 until August 1996, Mr. Schechter served as General Manager of Super Image, an affiliate of the Company; which operates a form processing service bureau.

From August 1993 to December 1994, Mr. Schechter oversaw the start-up of automatic form processing services at Israel Credit Cards, Ltd. From 1991 to 1993, Mr. Schechter was a research scientist at the Horticultural Research Institute of Ontario, Canada. Mr. Schechter is the recipient of eight Honors and Scholarships, has published or presented more than twenty-five articles and is a Captain in the Israeli Air Force. Mr. Schechter received his Ph.D. and M.Sc. in Plant Physiology from the University of Guelph in Ontario, Canada and his B.Sc. from the Hebrew University in Israel.

sumber : www.tranungkite.net

Pejabat Ketua AMK

Maklumat terkini tentang Pilihanraya Kecil Hulu Selangor di http://p094.blogspot.com

Assalammualaikum dan Salam Reformasi, vanakkam, 你好嗎﹖Nei hou maa, hasil inisiatif rakan-rakan blogger Angkatan Muda Keadilan Malaysia, maklumat terkini mengenai perkembangan kempen Keadilan dan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor boleh didapati di http://p094.blogspot.com/. Sila layari laman ini dan tolong sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

P/s: Tahniah pengundi Hulu Selangor yang mempunyai akses internet yang tinggi. Jangan salah pilih blog, takut nanti jadi goblog !

Pejabat Ketua AMK

Ayuh Nyahkan Pengaruh Zionis Dari Malaysia

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
6 April 2010

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dua individu berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 30 Mac lepas bersabit perkaitan Apco Worldwide Sdn Bhd dengan pimpinan Zionis, Israel.

Kedua individu tersebut ialah Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Umno, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Keterlibatan kedua individu ini secara langsung ataupun tidak memberikan impak yang sangat besar buat negara, dalam konteks keselamatan khususnya. Apatahlagi pembuktian konkrit di Parlimen mengenai perkaitan tokoh Zionis di dalam Apco yang dilantik sebagai perunding komunikasi Malaysia langsung tidak dinafikan secara imperikal oleh mana-mana pihak daripada kerajaan Malaysia khususnya Umno.

Dato’ Sri Najib sebagai pemimpin negara seharusnya sedar akan risiko yang diambil dengan membenarkan Apco terlibat untuk menasihati beliau dalam hal ehwal komunikasi dan image building, pun begitu kelihatan obsesi ke atas slogan 1Malaysia hanya mencetus polemik yang berpanjangan apabila wujud ‘acuan Zionis’ di dalam gagasan yang sedang dicanangkan saban waktu oleh beliau.

Hubungan baik Khairy dengan Omar Mustapha, Pengarah Ethos & Company yang dahulunya merupakan Penasihat kepada Najib (sewaktu menjawat Timbalan Perdana Menteri) boleh memberi petunjuk mengapa Khairy bermatian mempertahankan Ethos dan Omar yang bertanggungjawab menghubungkan kerajaan Malaysia dan Apco. AMK percaya bahawa hubungan baik sama sekali tidak boleh diguna pakai untuk menghalalkan susupan masuk puak Zionis di dalam pentadbiran negara.

AMK mengulangi gesaan Ketua Pembangkang betapa wujud keperluan untuk sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat keterlibatan ini, demi menjamin keselamatan negara tidak digolok gadai demi melampiaskan nawaitu politik Umno semata-mata.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia