Laporan Polis Terhadap PM Najib dan Khairy Jamaluddin berkenaan perlantikan syarikat milik Zionis, APCO

Pemuda Pakatan Rakyat akan membuat satu laporan polis terhadap PM Najib Tun Razak dan Khairy Jamaluddin berkaitan dengan perlantikan syarikat perunding komunikasi yang didokong oleh Zionis iaitu APCO Worldwide. Perlantikan syarikat ini dikhuatiri akan mendedahkan segala maklumat sulit berkaitan dengan keselamatan negara (national security) kepada negara asing seperti Israel. Laporan polis akan dipimpin oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tempat : IPD Dang Wangi (di sebelah stadium)
Masa : jam 11 pagi
Tarikh : 6 April 2010 (Selasa)

Semua rakyat Malaysia termasuk wakil-wakil media dijemput untuk hadir bersama.

Pejabat Ketua AMK

Seluruh Dunia tuntut gugurkan pertuduhan terhadap Anwar: Peguam Negara tunggu apa lagi ?

145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar

BANGKOK 2 Apr – Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendedak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.

Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.

Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai.

“Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.

IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak,” tegas IPU.

Badan itu juga meminta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang.

IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010.

Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.

IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889.

Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.

www.suara-keadilan.com

Pejabat Ketua AMK

Ceramah Perdana “Selamatkan Malaysia” bermula di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Malam tadi, 4 April 2010 saya turut mengambil bahagian di dalam ceramah perdana, Selamatkan Malaysia yang telah berlangsung di dewan sama yang dihadiri oleh PM Najib Razak pada 3 April 2010 iaitu di Dewan Orang Ramai Kampong Sungai Tengi Ulu Bernam, Selangor. Kawasan ini dahulu ketika Pilihanraya Umum 2008 merupakan kawasan hitam buat Parti Keadilan Rakyat. Walau bagaimanapun semalam telah menyaksikan ribuan penduduk tempatan dan tentunya pengundi yang telah hadir mendengar ucapan bersemangat YB Dato’ Seri Anwar dan juga YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor. Penceramah-penceramah lain termasuk YB Zuraidah, YB Azmin Ali, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Yaakob Sapari dan YB Saari Sungib. Berikut disertakan gambar-gambar sekitar program tersebut:

Anwar memberikan penegasan terhadap usaha Tan Sri MB Selangor merakyatkan ekonomi buat rakyat Selangor, termasuk air percuma, skim mikro kredit RM 50 juta dan lain-lain

Anwar: Saya cabar PM Najib untuk jawab kenapa lantik APCO, syarikat milik Zionis untuk menasihati kerajaan ?

Ribuan hadirin khusyuk mendengar penerangan oleh Dato' Seri Anwar dan Tan Sri Khalid Ibrahim

04042010: Selamat Ulangtahun ke 11, Parti Keadilan Nasional

Hari ini ialah hari ulangtahun ke 11, Parti Keadilan Nasional (sekarang Parti Keadilan Rakyat) dan juga bermulanya wadah rasmi Reformasi. Bersempena dengan hari ulangtahun ini, disertakan ucapan Saudara Anwar Ibrahim, selepas dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998, jam 9.15 malam

Allhamdulillahirrabil`alamin, wassalatuwassallamuala ashrafil anbia iwalmursalin Wa`ala alihi waasahbihi ajma`in …

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullah kita mengucap syukur setinggi-tingginya kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat berhimpun pada malam ini. Saya sebagai sahabat kepada rakan-rakan semua mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas semangat yang ditunjukkan, kasih sayang yang ditunjukkan dan persaudaraan yang tulen. Seperti mana yang kita maklum, saya telah menerima surat daripada Perdana Menteri Datuk Sri Dr. Mahathir Mohammad menyatakan bahawa semua jawatan saya digugurkan dalam kerajaan, berkuat kuasa 5.30 petang tadi. Maknanya saya DIPECAT dari semua jawatan kerajaan.

Allhamdulillah saya, Azizah dan keluarga terima ini sebagai satu perkembangan biasa dengan sabar dan oleh kerana jawatan adalah satu amanah maka kita tidak harus terlalu gusar. Tetapi cara tindakan itu saya pertikai. Saya memang dapat perkembangan, maklumat, sikap serta tindakan agak lama.

Sejak surat layang mula diterbitkan tahun lalu, satu tahun lebih yang lalu, ia berkembang dengan begitu meluas kerana didokong oleh tokoh-tokoh penting di dalam kerajaan termasuk satu dua tokoh yang cukup dekat dengan Perdana Menteri. Tetapi saya ambil sikap `husnuzzan’ baik sangka, tidak menuduh sesiapa selain daripada yang terbukti.

Pada masa itu Peguam Negara yang sama menggesa saya mengambil tindakan tegas kepada orang-orang yang terlibat menyebarkan. Perdana Menteri menasihatkan kes itu ditutup. Nyata di antara lain kerana nama-nama yang dikaitkan itu melibatkan VVIP dan wang yang dikeluarkan juga banyak dan saya juga menerima surat pengakuan daripada orang dikatakan menandatangani, menafikan dengan sekeras-kerasnya dan bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak terlibat.

Jadi dengan itu kes ditutup. Tetapi pada masa itu laporan polis mengesahkan tindakan-tindakan yang diambil itu mempunyai kaitan politik yang cukup hebat. Dan mereka juga memberi ingatan kepada saya tahun lalu bahawa kalau orang-orang berkenaan sanggup melakukan tindakan seperti ini mereka tidak diberhentikan, maka mudah untuk langkah-langkah berikutnya. Dan pada masa itu saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa mereka sedang mencari dua pelacur atau GRO yang akan diminta mengaku mengadakan hubungan seks dengan saya, untuk mengaibkan saya. Itu tahun lalu.

Kemudian saudara tahu perkembangan politik negara kita di mana saya menghadapi masalah, dengan beberapa keputusan yang melibatkan korporat-korporat besar tertentu, melibatkan keluarga dan saya terpaksa bertegas di dalam beberapa pekara; walaupun saya menunjukkan sikap yang cukup bertanggung-jawab sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri dan Menteri Kewangan. Di dalam kabinet saya tidak melepaskan kemarahan saya di luar daripada saluran tertutup, terutama berdepan dengan Perdana Menteri.

Tetapi pandangan-pandangan ini sudah tentulah tidak menimbulkan rasa senang. Ini melibatkan juga beberapa keputusan utama, projek-projek utama, PERWAJA umpamanya, pembelian MISC, KONSORTIUM PERKAPALAN dan beberapa yang lain yang diketahui umum.

Semasa Perdana Menteri bercuti saya memilih untuk membentangkan Akta Pencegahan Rasuah yang cukup ketat, dan yang cukup tegas, kerana rasuah ini bermaharajalela di negara kita. Orang-orang yang mempunyai kedudukan mengumpul kekayaan. Jadi saya menganggap sebagai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dan kerajaan harus menunjukkan ketegasan. Jadi saya menghubungi Perdana Menteri yang pada masa itu bercuti di London.

UNDANG-UNDANG RASUAH CUKUP KETAT

Teruskan membaca “04042010: Selamat Ulangtahun ke 11, Parti Keadilan Nasional”

Bebaskan Malaysia Daripada Kezaliman Umno-BN

TAIPING 28 Mac – Malaysia kini terbahagi kepada dua – satu Malaysia untuk Perdana Menteri dan isteri beliau sementara satu lagi untuk rakyat bawahan.

Gejala ini menurut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa kepada satu keadaan di mana golongan elit pemerintah bebas melakukan apa sahaja termasuk merampas harta rakyat tanpa disabitkan dengan undang-undang negara manakala golongan rakyat biasa ditindas dan dikenakan hukum walaupun untuk kesalahan yang kecil.

“Umno bercakap pasal Melayu dan mempertahankan Islam tapi ahli keluarga pemimpin Umno, Mirzan anak Dr Mahatir bukan setakat botol arak, kilang arak terbesar di Filipina, San Miguel, dibeli tetapi di mana ustaz Umno saya nak tanya. Kenapa senyap?

“Tetapi apabila tiga gadis Melayu minum arak mereka disebat, dikenakan tindakan. Kalau nak laksanakan hukum syariah tidak ada diskriminasi, ini kalau puak kaya Umno minum arak sampai muntah kedarah, beli kilang arak tidak apa, rakyat biasa miskin buat salah sikit hukum, kenakan tindakan undang-undang. Hukum apa ini? Sebab itu saya katakan ada dua Malaysia – satu untuk Najib dan Rosmah dan satu lagi Malaysia untuk rakyat miskin yang boleh dipijak, ditindas.

“Kes qazaf begitu juga, sanggup ustaz Umno nak lawan supaya kes qazaf ini tidak di bawa ke mahkamah syariah. Islam jenis apa yang mereka perjuangkan? Malah fatwa Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi pun puak-puak ni nak lawan dan perlecehkan, mereka ini memang sejahil-jahil manusia,” kata Anwar semasa pelancaran program Gempita Perak Ke Putrajaya di Simpang, Taiping semalam.

Tambah Anwar Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membawa banyak perubahan serta membela nasib rakyat miskin tetapi telah disabotaj oleh Umno da Barisan Nasional.

“Di Parlimen saya nyatakan senarai tanah yang diluluskan kepada pekebun Cina dan juga Melayu dan India. Adalah fakta ini dilaporkan oleh akhbar seperti Utusan? Mereka tuduh saya ejen Cina dan kita dengan cakap DAP di Perak tetapi mereka tidak laporkan kita beri tanah kepada Cina miskin tetapi kita juga beri tanah lebih banyak kepada Melayu miskin.

“Umno beri gunung di Genting kepada tauke judi nombor satu, Lim Goh Tong, kenapa tidak bersuara? Lepas itu beri Bukit Tinggi kepada tauke judi nombor dua pula, Vincent Tan, ustaz, pemimpin Umno tak bising pun, pulau diberi kepada jurtwan Cina, Francis Yeoh, kenapa Umno senyap. Mereka ini bukan Cina ka?

“Umno kata dia pejuang Melayu tapi Melayu jenis apa? Hanya untuk kroni dan kauk keluarga mereka. Keluar senarai Melayu terkaya di Malaysia, kita tengok yang tersenarai Syed Mokhtar, seorang kroni Umno, lepas tu nama Nazir, adik Perdana Menteri dan juga Mokhzani anak Dr Mahathir. Ada kita lihat nama orang Melayu biasa dalam senarai tersebut? Semuanya anak beranak pemimpin dan kroni Umno.

“Begitu juga dengan Ketua Pemuda Umno, berapi-api kata pejuang Melayu dan tuduh kita dengan bermacam-macam fitnah tapi umur baru 30 tahun sudah ada beratus-ratus juta. Mana dapat semua wang itu?,” kata Anwar kepada lebih 300 penyokong.

Anwar yang dalam lawatan sehari ke Perak juga mengambil kesempatan membidas beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan menjadi anggota Bebas yang dianggap beliau telah mengkhianati kepercayaan dan amanat rakyat.

“Bagaimana mereka tergamak mengkhianati amanat rakyat. Rakyat menyokong mereka dengan keringat dan airmata kerana yakin mereka akan membawa perubahan di bawah Pakatan Rakyat. Disebabkan oleh tekanan dan pujuk rayu Umno dan BN mereka sanggup tinggalkan perjuangan dan bersama-sama bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perasuah. Macam mana mereka boleh tunjukkan muka mereka kepada rakyat?

Ketua Pembangkang berkata atas alasan yang beliau sebutkan perlunya Malaysia dan rakyat negara ini diselamatkan daripada terus berada di bawah cengkaman umno-BN.

“Negara kita tidak lagi selamat. Baru-baru ini Menteri Pertahanan Zahid Hamidi kata ada kakitangan kementerian beliau terlibat jual rahsia keselamatan negara tapi tidak mengapa mereka bukan pengkhianat sebab sudah dipulihkan. Begitu juga beli kapal selam ambil komisyen RM540 juta akhirnya kapal selam tak boleh menyelam, beli jet Sukhoi komisyen RM400 juta, beli jet F5-E enjin boleh hilang. Umno tidak lagi boleh menjaga keselamatan negara kerana terlalu banyak rasuah dan penyelewengan sebab itu mereka serang saya tidak henti-henti kerana saya dedahkan segala keburukan mereka kepada rakyat,” kata Anwar lagi.

Sebelum itu Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustafa Kamil Ayub dalam ucapan beliau menaruh keyakinan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin hampir mencapai kejayaan.

“Misi kita ke Putrajaya adalah ‘unstoppable’, tidak boleh dihalang atau disekat lagi. Ini diyakinkan dengan kenyataan bahawa 49.7 peratus pengundi Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat pada PRU 2008. Kita harap bermula di Perak kita akan ambil kembali Perak pada pilihan raya akan datang dengan kemenangan lebih besar dan begitu juga dengan kerajaan pusat,” kata beliau.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Program Ketua AMK Ahad, (28/03/2010)

Ketua AMK akan membuat lawatan kerja ke negeri Perak pada hari ini, Ahad, 28/03/2010. Berikut adalah program beliau yang telah disusun:

1000am: Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang Gopeng
0200pm: Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang Ipoh Timur
0500pm: Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang BatuGajah
0900pm: Ceramah Umum di Lenggong

Dijemput kepada semua anak muda yang berhampiran untuk turut serta di dalam setiap program beliau. Jom ikut AMK !

Pejabat Ketua AMK

Jom join Program Ketua AMK (25/03/2010-27/03/2010)

Berikut adalah jadual program Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia :

1. Ceramah Umum : Selamatkan Malaysia Daripada Israel;
Tolak Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim

25/03/2010 (Khamis), 9 malam
Markaz Pas, Taman Rakyat, Dungun, Terengganu
Penceramah:
YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat
YB Ustaz Haji Wan Hassan, ADUN Sura
Shamsul Iskandar Mohd Akin

2. Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang,
Angkatan Muda dan Wanita Kemaman, Terengganu

26/03/2010 (Jumaat), 2.30 petang

3. Ceramah Umum : Selamatkan Malaysia daripada Israel;
Tolak Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim

26/03/2010 (Jumaat), 9 malam
Pejabat Keadilan, Kemaman, Terengganu

4. Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda
Keadilan Cabang Muar, Johor

27/03/2010 (Sabtu), 10 pagi
Pejabat Keadilan Cabang Muar

5. Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Bukit
Katil, Melaka

27/03/2010 (Sabtu), 3 petang
Warong Reformasi, Air Molek, Bukit Katil, Melaka

6. Minum Petang bersama Angkatan Muda Keadilan Cabang
Tangga Batu, Melaka

27/03/2010 (Sabtu), 6 petang
Pejabat Keadilan Klebang, Tangga Batu, Melaka

7. Makan Malam dan Ceramah DAP Peringkat Negeri
Melaka

27/03/2010 (Sabtu), 8 malam
Dewan Pay Fong, Melaka
Tetamu Kehormat : YAB Saudara Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau
Pinang

Rakan-rakan anak muda dijemput bersama di dalam setiap program saudara Shamsul. Jom join !

Pejabat Ketua AMK

Anwar Berucap Di “Anwar Ibrahim London Lecture” 18 Mac

PETALING JAYA 17 Mac – Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama pada siri syarahan yang dikenali sebagai “Anwar Ibrahim London Lecture” dengan tajuk “Religion & Pluralism in a Divided World” (Agama & Pluralisma dalam dunia yang tidak bersatu” yang akan diadakan di kotaraya London pada 18 Mac.

Anwar yang baru-baru ini dilantik sebagai Presiden Kehormat Kumpulan Kebertanggungjawaban yang berpusat di London dan juga Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan yang berpangkalan di Beirut, Lebanon akan menyampaikan syarahan tersebut di Sheikh Zayed Theatre, London School of Economics and Political Science (LSE).

Sejak tahun 2004 Anwar telah memberi syarahan di Kolej St. Anthony di Oxford, Fakulti Pengajian Antarabangsa Lanjutan di Universiti John Hopkins dan Fakulti Perkhidmatan Luar Negeri di Universiti Georgtown.

Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 – 1998.

Beliau turut berperanan sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1991-1998.

Anwar juga pernah menjawat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983, Menteri Pertanian pada 1984 serta Menteri Pendidikan pada 1986.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa pada tahun 1998.

Dalam tempoh tersebut Anwar berperanan beliau menyokong penuh inisiatif pembatalan dan penangguhan hutang terutamanya bagi negara-negara miskin di benua Afrika.

Majlis ini adalah percuma dan dibuka kepada umum tetapi penyertaan adalah terhad. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila emel kepada events@lse.ac.uk atau menalipon 020 7955 6043.

Bagi pertanyaan media sila hubungi Pejabat Media untuk tempahan tempat duduk atau emel kepada pressoffice@lse.ac.uk

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia