Anwar Sambut Tawaran Debat Belanjawan 2012

Dari KeadilanDaily

Oleh : Nabihah Hamid

19 OKTOBER 2011

Anwar sambut baik tawaran anjuran debat dengan Najib

KUALA LUMPUR 19 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan debat terbuka antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Anwar, ia perlu disegerakan sebelum perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, berakhir bagi penggal ini.

“Saya menyambut baik, mana-mana badan NGO yang ingin menganjurkan perdebatan tersebut. Saya harap disegerakan sebelum tamat perbahasan Belanjawan ini,” kata Anwar pada sidang media di Parlimen.

Hari ini, sebuah Akademi Penulisan yang dinamakan Akademi Pak Sako, bersedia menjadi penganjur debat antara kedua tokoh itu membincangkan soal ekonomi dan Belanjawan 2012.

Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu juga membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, Anwar mencabar Perdana Menteri yang juga menteri kewangan supaya berdebat secara terbuka berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 yang dibentangkan, 7 Oktober lalu.

Belanjawan berjumlah RM232 bilion itu menerima kritikan hebat, berikutan pendapatan negara pada masa ini tidak dapat menampung hutang kerajaan yang mencecah RM437 bilion.

Pakatan Rakyat juga percaya berdasarkan realiti ekonomi, sasaran pertumbuhan 5 peratus hingga 6 peratus yang disasar Najib juga sukar untuk dicapai.

Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 pula terbatas disebabkan had keberhutangan negara (debt ceiling) kepada 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Enggan menerima hakikat itu, Najib sebaliknya menyelar Belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya gagal memahami kehendak rakyat keseluruhan, meskipun belanjawan sebanyak RM220 bilion yang ditawarkan berupaya mengekang defisit negara pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

Belanjawan Pakatan mampu menjimatkan RM14 bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada kadar defisit 6 peratus daripada KDNK, dengan rakyat mendapat 20 peratus nilai tambah.

Sebelum ini, Najib enggan menerima pelawaan debat Anwar bagi menjawab kritikan beliau terhadap Buku Jingga, satu dokumen bersama Pakatan Rakyat yang menawarkan faedah ekonomi kepada rakyat terbanyak.

—KeadilanDaily

[Ads]Pizza Baru di Pizza Hut: [Klik Sini]
[Ads]Jom join Churp Churp: [Klik Sini]
[Ads]SPM Tutor TV: [Klik Sini]

Kenyataan Media: Perjanjian Pertukaran Tahanan Hamas

بسم الله الرحمن الرحيم

The Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)

15 Oktober 2011

PRESS RELEASE ON THE HAMAS’ PRISONER SWAP DEAL

In light of the latest news about HAMAS and “Israel” reaching a prisoner swap deal, which entails releasing 1027 Palestinian prisoners in exchange for the Israeli soldier captured in 2006 in Gaza Strip, the Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) would like to congratulate the Palestinian prisoners, their families and the Palestinian people for this great national achievement.

The prisoner swap deal will result in releasing 1027 Palestinian prisoners of whom 27 are women (the total number of detained Palestinian women is 27), 315 are serving life sentences, as well as hundreds of other prisoners who have spent many years in Israeli prisons.

This great national achievement requires us to thank the Islamic Resistance Movement (HAMAS), the other Palestinian Resistance factions involved in this deal, as well as the Palestinian people who have been patient and steadfast in resisting the numerous Israeli attempts to free the Israeli soldier without paying a price. We also thank all parties involved in facilitating this deal which witnessed over 120 rounds of negotiations that ended in the Palestinian Resistance imposing over 90% of their terms on the Zionists successfully.

This great achievement, however, comes in a time where many of the remaining 5000 Palestinian prisoners are undergoing a hunger-strike in the Israeli jails. Therefore, we call upon the International Community, governmental and non-governmental bodies to keep the issue of these prisoners as a top priority on their agendas. We also call the Malaysian government to continue its leading role in condemning Israeli crimes and repression of the Palestinian people.

The Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)
15th October 2011
17th Dhul Qe’dah 1432 H

Sidang Meja Bulat Pakatan Capai Kata Sepakat Kecam Israel

TMI – KUALA LUMPUR, 4 Jun — Persidangan Pelan Tindakan Keadilan dan Keamanan untuk Gaza hari ini mengambil pendirian tegas dengan mengutuk serangan Israel ke atas misi kapal kemanusiaan Gaza sebagai satu tindakan ganas dan jenayah ke atas manusia.

Persidangan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat sini disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) (gambar) dan juga 35 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Melalui persidangan selama dua jam itu satu kata sepakat telah diperoleh dan mendesak agar tindakan Israel itu dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Pendirian bersama itu termasuk mengutuk dengan sekeras-kerasnya keganasan Israel ke atas aktivis misi keamanan berbilang warganegara, mendesak agar Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membayar pampasan sepenuhnya kepada semua mangsa yang terlibat.

Selain itu, hasil persidangan itu turut menuntut supaya barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur Freedom Flotilla sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza, menuntut semua badan-badan antarabangsa memastikan agar kepungan ke atas Gaza yang dikenakan oleh Israel dengan bantuan Mesir hendaklah ditarikbalik.

Persidangan itu juga menyokong perjuangan rakyat Palestin sebagai perjuangan keadilan untuk mendapatkan hak yang sah yang perlu didokong oleh semua masyarakat dunia merentas bangsa dan agama.

Kerajaan Malaysia juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hegemoni Israel dikekang dan negara tidak dimanipulasikan oleh mana-mana kuasa yang mempunyai kaitan dengan Israel sama ada secara langsung ataupun tidak.

Pendirian persidangan tersebut dibacakan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

50,000 Bantah Kezaliman Israel, Serah Memorandum Di Kedutaan AS

TVS – 3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang: Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan. Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO lain yang turut serta memohon untuk menyampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.

Mereka juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan Israel itu adalah disebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak Amerika Syarikat terhadap israel.

3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat

3: 20 petang: Pimpinan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah, Nasaruddin Isa dan Lim Kit Siang dilihat memasuki perkarangan kedutaan AS.

3:10 petang: Pimpinan utama berada di depan pintu masuk kedutaan AS.

3:04 petang:  Kira-kira 50,000 peserta perhimpunan tiba di depan bangunan kedutaan AS

2.55 petang: Perarakan bersambung semula dan hampir tiba di hadapan bangunan Kedutaan.

2.50 petang: Perarakan sudah berada di hadapan menara Tabung Haji. Peserta barisan hadapan berhenti menunggu peserta barisan belakang tiba untuk sama-sama bergerak ke kedutaan US.

2.47 petang: Perarakan tiba di simpang menara Tabung Haji. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid turut serta menaiki kenderaan pacuan empat roda mengepalai perarakan bersama pimpinan PAS.

2.38 petang: Peserta berarak melepasi bangunan KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

2.35 petang: Dianggarkan lebih 50,000 orang berarak menuju ke Kedutaan AS dan bergabung dengan sebahagian besar peserta himpunan yang sedang menunggu di sana.

2.20 petang: Ada  4 trak ditempatkan di hadapan bangunan kedutaan.  Wakil Aqsa Syarif Selangor menyampaikan ucapan di hadapan kedutaan melaungkan ‘Zionis Terrorist’. FRU mula memperketat kawalan. Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka berkumpul untuk mengutuk tindakan Israel.

2.28 petang: Perarakan kini berada di hadapan Hotel Renaissance menuju ke Jalan Tun Razak. Kira-kira 3 km untuk tiba di Kedutaan Amerika Syarikat. Perarakan turut diiringi polis. Sekurang-kurangnya 7 trak FRU ditempatkan di Jalan Sultan Ismail.

2.20 petang: Sekumpulan NGO sudah menghampiri Keduataan Amerika dan melaungkan ‘Hancur Yahudi’.

2.10 petang: Lebih 1,000 orang terdiri daripada NGO berkumpul di Masjid Tabung Haji dan sedia bergerak ke Kedutaan Amerika. Sebuah trak polis berada di hadapan kedutaan. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Amerika.

2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi. Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid. Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal.

(Nota: Dikemas kini berdasarkan maklumat harakahdaily dan wartawan TV Selangor di lokasi, Radzi Razak)

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Rakyat Selangor Bangkit Kutuk Zionis Israel

SK – SHAH ALAM 4 Jun – Kedegilan dan keangkuhan rejim Zionis Israel yang bertindak ganas menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza mendapat bantahan keras rakyat Selangor yang bersama-sama masyarakat dunia mengutuk serta mengecam rejim haram itu.

Pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ketika berucap pada program Solat hajat Perdana dan Pidato Khas Gaza anjuran kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor sekata dalam mengutuk tindakan kejam menyerang dam membunuh aktivis kemanusiaan yang berada di dalam kapal tersebut.

Berikut sedutan ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan pimpinan NGO.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

“Ini perjuangan yang jelas untuk kita bangkit menentang kezaliman Israel, semua orang Islam dan bukan Islam mesti terus berjuang agar kita tidak lagi dipergunakan oleh Zionia Israel. Kita perlu bersatu, kerana bila bersatulah dapat memantapkan kekuatan kita menentang kezaliman, kita berjuang untuk kembalikan keamanan bukan melakukan kekacauan sehingga boleh mecetus sesuatu yang tidak diingini”.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Badrulamin Bahron

“Kita perlu ingat Yahudi adalah musuh kita dulu kini dan selamanya. Kita kesal kenapa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diketui oleh Malaysia masih gagal melakukan sesuatu terhadap kekejam Israel, Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi senyap tanpa ada tindakan. Kita tidak mahu kerana kesilapan seseorang yang diberi amanah gagal melakukannya, seluruh rakyat menderita. Melihat kepada kebangkitan sekarang saya rasa satu kebangkitan baru dalam kita memelihara Islam agar tiada lagi rejim zionis yang berani menzalimi umat Islam”.

Timbalan Presiden PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa

“Kekejaman yang dilakukan oleh Israel jelas seperti yang dikatakan dalam sejarah Islam, Allah SWT merestui kita yang bangkit bersama-sama berjuang menentang kezalim. Kita tidak perlu tunduk kepada kuasa dunia kerana kuasa Allah SWT mengatasi segalanya, walaupun kita tidak dapat bersama-sama berjuang di Gaza mahupun di Palestin, kita masih lagi boleh berjuang untuk mereka melalu doa kita kepada Allah SWT agar rejim yang ganas itu lupus daripada muka bumi ini”.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekincan, Ng Sue Lim

“Kita mengutuk kezaliman Israel, kebelakangan ini kita nampak kezaliman Israel semakin hari semakin membara. Mereka bukan sahaja membunuh malah menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan. Walaupun saya bukan Islam, tapi bagi pihak DAP ingin secara jelas mengutuk serangan terhadap bantuan kemanusiaan dan juga terhadap rakyat Palestin mahupun Gaza. Kita bencikan kekerasan dan kezaliman”.

Wakil Rakyat Palestin, Ahmad Hussain Mohammad

“Saya begitu kagum dan bangga dengan sokongan rakyat Malaysia berikan kepada kami di Palestin, saya keliru bila berada di sini siapa sebenarnya rakyat Palestin anda semua ataupun saya. Sayu rasa hati saya walaupun kita tidak pernah berjumpa dan terpisah jauh tetapi hati rakyat Malaysia dengan Palestin beritu dekat sekali. Saya ingin ingatkan sesiapa yang mempunyai hubungan dengan Israel tidak akan selamat dunia mahupun akhirat, kita lihat Turki yang mempunyai hubungan diplomati, Israel tetap juga membunuh rakyatnya yang berada diatas kapal. Mereka tidak pernah fikirkan soal perhubungan yang telah dijalin, saya menyeru kepada sesiapa yang mempunyai hubungan segera putuskan hubungan tersebut kerana Allah SWT tidak akan memberi kerahmatan kepada kita. Israel sebenarnya bodoh sebab itulah mereka tidak mahu mendengar bantahan seluruh masyarakat dunia, kebodohan mereka semakin terserlah bila menyerang bantuan kemanusiaan. Seluruh rakyat Palestin berterima kasih dengan sokongan ini, walaupun rakyat Malaysia tidak dapat berjuang bersama-sama di Palestin cukuplah setiap langkah rakyat Palestin diiringi doa”.

Pengerak Muslim Care, Ridzuan Mohd Nor

“Ingat Yahudi bahawa tentera Nabi Muhammad SAW akan bangkit menentang kezaliman kamu, jangan ingat kamu boleh terus melakukan kezaliman keatas seluruh rakyat Palestin dan Gaza. Mereka akan bangkit mulai sekarang, mereka akan menghampiri kamu tanpa kamu sedar. Seluruh dunia sekarang benci dengan sikap kejam kamu, kami akan pastikan kezaliman yang dilakukan akan mendapat hukuman yang setimpal”.

Setiausaha Agung Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM), Nahar Md Nor

“Seluruh dunia bangkit menentang kezaliman Israel yang tidak berhati perut, bagi penentang kezaliman kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan dan membiarkan kezaliman. Kita sekarang perlu sedar bahawa saudara kita di Gaza dan Palestin memerlukan bantuan kita walaupun hanya doa. Ingat Israel yang datang kepada kamu bukan lima pahlawan tetapi lima puluh negara Islam di dunia ini yang berada di atas kapal, mereka merupakan yang tidak sanggup melihat penderitaan rakyat Gaza yang telah kamu zalimi”.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid

“Berdiri kita disini bukannya buat pertama kali tapi sudah berpuluh kali kita lakukan bagi menunjukkan rasa marah kita, tetapi Israel masih lagi terus berdiri menunjukkan kekuatan mereka. Kita semua mesti gegarkan dunia agar Israel tahu rakyat dunia sudah bosan dan bangkit menentang kezaliman yang mereka lakukan”.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni

“Kita perlu mengambil tindakan segera terhadap rejim Zionis, masih ada ruang untuk kita menunjukkan bantahan kepada kekejaman Israel. Allah SWT mencatat perjuangan yang kita lakukan dalam menentang kezaliman. Sekali kita melangkah kehadapan jangan lagi toleh kebelakang perjuangan tetap perjuangan bukannya mainan”.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Kelantan Peruntuk RM25,000 Sebulan Untuk Anak Palestin

MALAYSIAKINI – Kerajaan Kelantan membelanjakan RM25,000 sebulan di bawah skim Tabung Bantuan Pendidikan Rakyat Palestin untuk membiayai anak-anak Palestin yang belajar di beberapa institusi pendidikan tinggi di negara ini.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata setakat ini, kerajaan negeri membiayai 27 anak Palestin yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negeri termasuk 10 orang di peringkat PhD, Sarjana (12) dan Sarjana muda (lima).

“Kita mahu menggalakkan masyarakat menderma kepada tabung ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi mereka, terutama dalam membela nasib rakyat negara Islam yang ditindas oleh rejim Israel di buminya sendiri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengimamkan solat hajat yang dihadiri kira-kira 5,000 umat Islam di dataran Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan terus memungut seberapa banyak derma daripada rakyat negeri ini bagi mengisi tabung dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Katanya masih ramai rakyat Palestin yang memerlukan bantuan menerusi program itu yang membabitkan kos melebihi RM700,000.

Beliau berkata untuk tahun ini sahaja, tabung ini menyasarkan dana RM800,000 bagi membiayai 30 pelajar lagi di bawah program itu.

Bernama

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Pertubuhan Pro-Israel Tertua Dunia Isytihar Anwar Musuh Israel

TVS – Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B’nai B’rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B’nai B’rith mendesak Washington D.C memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

Ditubuhkan pada 13 Oktober 1843, pertubuhan yang mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara antara gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Tel Aviv.

B’nai B’rith mengeluarkan kecaman terhadap Anwar Ibrahim dalam satu surat rasmi kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Pertubuhan ini melahirkan kebimbangan diatas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma perunding Apco Worldwide 30 Mac lalu di Parlimen.

B’nai B’rith juga memandang serius ucapan Anwar yang mereka sifatkan anti-Israel semasa membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Manusia seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya diberi penghormatan yang sekarang ini diterimanya hasil dari hubungan baik dengan Amerika Syarikat,” tegas Presiden B’nai B’rith Dennis W. Glick.

“Serangan beliau terhadap kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak disadur dengan fitnah yang anti-Yahudi dan anti-Israel,” menurut surat itu lagi.

Anwar Ibrahim sebelum ini turut diserang portal rencana The New Ledger kerana mempersoalkan ikatan kerajaan Najib Abdul Razak dan Apco Worldwide.

Penulis terbabit, Rachel Motte, menuduh Anwar sebagai ekstremis dan membidas tindakan beliau membantah “keberanian Najib” menuruti kehendak Washington menekan Republik Islam Iran.

“Orang-orang kanan Anwar berkata kerajaan Malaysia melantik syarikat (Apco Worldwide) yang di dakwa mempunyai talian erat dengan rejim Zionis di Israel. Mereka mendakwa panel penasihatnya terdiri dari bekas ketua keselamatan kerajaan Israel dan ramai pekerjanya adalah bekas anggota Agensi Keselamatan Israel,” kata Rachel Motte.

“Anwar terus membangkitkan sentimen anti-Semitik dengan mendakwa adanya perisik Israel dalam unit Teknologi Maklumat PDRM,” menurut rencana itu lagi.

Penulis bagaimanapun tidak menampilkan bukti menunjukkan sebaliknya, mahupun bukti Apco Worldwide atau pekerjanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rejim Tel Aviv.

Anwar mendedahkan pencerobohan ejen perisikan Israel ke Bukit Aman di Dewan Rakyat 6 April lalu berdasarkan kepada laporan Pengarah Bahagian Logistik PDRM Dato’ Mahsuri Zainal.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Siri Demo Besar Anti-Israel Esok

MALAYSIAKINI – Sekurang-kurangnya dua demonstrasi besar akan diadakan di ibu negara esok oleh pelbagai pihak bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin.

Demonstrasi tersebut bagaimanapun dilangsungkan secara berasingan – satu di Masjid Kampung Baru anjuran Pemuda PAS manakala satu lagi di Masjid Negara oleh Pemuda Umno, selepas solat Jumaat.

Beberapa NGO dijangka turut menyertai demonstrasi tersebut antaranya Jemaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Di Masjid Kampung Baru kumpulan penyokong pembangkang merancang berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang bagi menyatakan menyatakan bantahan mereka kepada negara sekutu Israel itu.

Ia dijadual disertai semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dan diketuai ketua umum PKR sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad berkata satu memorandum akan diserahkan kepada kedutaan Amerika oleh pimpinan utama Pakatan.

Katanya, kira-kira 200 anggota unit amal PAS akan ditugaskan mengawal perhimpunan dan perarakan esok.

Kamaruzzaman juga berkata pihaknya turut menjemput BN untuk turut sertai dalam perhimpunan dan perarakan tersebut, tetapi mereka memilih untuk mengadakan perhimpunan sendiri.

Katanya, jemputan tersebut dibuat kepada setiausaha Pemuda Umno, Megat Firdaus Megat Junid.

Kamaruzzaman juga menafikan ura-ura yang mengatakan perhimpunan esok akan diadakan di Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji.

Sebaliknya, tambah beliau, perhimpunan akan diadakan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat sebelum berarak ke Kedutaan Amerika.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata kumpulan di Masjid Negara akan diketuai oleh Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

Katanya, semua exco pergerakan tersebut diminta menghadiri perhimpunan tersebut.

Pejabat Ketua AMK Malaysia