AMK: Portfolio agama diberi perhatian khusus kerana serangan Umno-BN

Dari: Keadilan Daily

20 Januari 2012

AMK: Portfolio agama diberi perhatian khusus kerana serangan Umno-BN

SHAH ALAM 20 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyokong keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengambil alih portfolio agama dari Exco terdahulu, kata ketua Penerangannya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Exco baru, Saifullah berkata, beliau yakin keputusan itu hasil pertimbangan dan perbincangan yang mengambilkira pelbagai aspek.

Ini kerana katanya, Umno-Barisan Nasional sering menggunakan isu agama seperti isu kuil, murtad, pentauliahan dan sebagainya sebagai modal untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Setelah hampir 4 tahun kerajaan negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat, persoalan agama menjadi persoalan runcing yang sering menjadi perbahasan besar di kalangan pimpinan parti politik dan masyarakat akibat daripada tindakan terdesak Umno Selangor.

“Justeru adalah wajar aspek-aspek yang melibatkan portfolio agama ini diberi perhatian khusus kepada pimpinan tertinggi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri yang baru pada 18 Januari lalu bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS ekoran tindakannya merugikan parti Islam itu.

Menteri Besar Selangor turut melakukan rombakan dengan mengambil alih pentadbiran hal ehwal Islam manakala Ahmad Yunus bertanggungjawab terhadap portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan.

Menurut Abdul Khalid, beliau mengambil alih portfolio itu kerana setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau dapat mempengerusikan dan melihat perkembangan serta pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


— Keadilan Daily

Selangor: Respon Terhadap Najib

KENYATAAN MEDIA

Oleh: Yahya Sahri

18 Januari 2012

RESPON KEPADA AMANAT PM NAJIB:
Siapakah yang menderita sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor?

Sebenarnya, yang menderita adalah kalangan pemimpin Umno dan segelintir pemimpin MCA/MIC/Gerakan kerana sejak Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baharu di Selangor pada 9 Mac 2008, kalangan pemimpin Umno terutamanya (baik yang bertaraf MP, Adun, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan mahupun barisan pemimpin di peringkat bawahan) semakin sukar untuk “membolot” kekayaan negeri Selangor bagi faedah diri, isteri dan anak-anak, ahli keluarga mahupun rakan-rakan rapat mereka.

Malahan kini, dilaporkan, terdapat kalangan pemimpin Umno yang tidak mampu lagi memberikan angpow kepada para pengikut sempena sambutan Tahun Baru Cina , Adilfitri atau perayaan-perayaan lain di Selangor khususnya.

Sesungguhnya, kita yakin, sebahagian besar rakyat Selangor daripada pelbagai keturunan dan lapisan berasa senang hati hidup dalam pemerintahan kerajaan sekarang Pakatan Rakyat – yang diterajui Parti Keadilan Rakyat, di Selangor. Mereka semakin menikmati pelbagai bantuan hasil pembangunan dan kemajuan negeri Selangor yang disalurkan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Seorang guru berijazah yang tinggal di rumah sendiri di Bestari Jaya bersama keluarga dengan gembiranya mengatakan, sejak tiga tahun lebih ini beliau tidak perlu membayar bil air bernilai RM11.40 setiap bulan kerana semuanya ditanggung oleh Kerajaan Negeri sekarang.

Seorang ketua keluarga di Kg. Sg Yu bersyukur kerana pada tahun 2010 sudah mendapat geran milikan tanah yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar, walhal sejak lebih 18 tahun urusan pemberian geran tersebut hanya “tinggal janji” ketika Selangor diterajui oleh Umno/BN.

Seorang ustaz yang juga ahli JK Surau dan masjid di Sungai Leman, melahirkan tanda syukur kerana suaru dan masjid di situ menerima pelbagai bantuan daripada Adun Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam.

Di Pasir Panjang, keluarga kepada seorang warga emas yang meninggal dunia melahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mendapat bantuan “khairat kemaian” berjumlah RM1000 pada hari bapanya meninggal, dan baki RM1500 dua minggu kemudian.

Seorang pemaju perumahan, dengan bangga melahirkan rasa puas kerana beliau tidak perlu “menderma” ribuan RM kepada pemimpin Umno untuk mempengaruhi Pejabat Daerah bagi meluluskan permohonan untuk memulakan projek perumahan di Balakong sebagaimana amalan Kerajaan Umno/BN dahulu.

Demikian, antara ribuan “rasa syukur”, “rasa puas” dan “ucapan terima kasih” rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang kerana mereka menerima bantuan dan layanan adil daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebaliknya, percayalah, sekiranya negeri Selangor kembali dikuasai oleh Umno/BN, semua atau hampir semua bantuan dan program untuk rakyat menerusi agenda MES itu bakal lenyap daripada diperoleh dan dinikmati oleh sebilangan besar rakyat Selangor. Dan pada masa sama, perlahan-lahan golongan pemimpin Umno/BN, termasuk keluarga dan rakan-rakan rapat mereka bakal kembali membolot hasil daripada limpahan kemajuan dan pembangunan negeri Selangor ini yang sedang ditadbir urus oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan telus, bertanggungjawab, adil, berhemah dan mesra rakyat.

Kita harap, rakyat Selangor, berfikirlah dan bertindaklah dengan bijak semasa pilihan raya ke-13 yang bakal dihadapi tidak beberapa lama lagi. Barisan kepemimpinan Pakatan Rakyat Selangor pula memang komited meneruskan segala usaha gigih untuk menyejahterakan rakyat Selangor dengan melaksanakan pelbagai program, skim dan insentif yang dirancang menerusi MES dan slogan Selangorku, dan pada masa sama memperbaik segala kelemahan dan kekurangan yang demi kepuasan hati majoriti rakyat.

Akhir kata, kepada rakyat Selangor (sama ada ahli atau penyokong Umno/BN, mahupun ahli-ahli/kalangan penyokong Keadilan, PAS, DAP, marilah renungkan persoalan ini:

Ø Adakah rakyat Selangor pada ini “terus termakan bujukan dan habuan” jangka pendek daripada PM dan kalangan pimpinan Umno/BN, yang sebenarnya mahu rakyat membantu mereka merampas Selangor pada PRU Ke-13?

Ø Mahukah rakyat Selangor membiarkan kalangan pemimpin Umno/BN yang rakus ini kembali berkuasa dan membolot semula harta dan kekayaan negeri ini yang berjaya dikumpul oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, yang bernilai ratusan bilion ringgit untuk agihkan kepada seluruh rakyat, sedangkan nanti rakyat terbanyak kembali dipinggirkan apabila Umno/BN memerintah negeri Selangor jika menang manoriti pada PRU Ke-13?

Ø Relakah rakyat Selangor bersubahat dengan pemimpin yang rasuah dan yang mengamalkan pemerintahan untuk kepentingan diri, keluarga (nepotisme) dan rakan rapat (nepotisme)? Bagi orang Islam khususnya, adakah anda sanggup bersubahat dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan zalim?

Sekali lagi, wahai rakyat Selangor, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah, antara ‘amanat dan janji Najib’ dengan pelbagai program kebajikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sedang dikecapi oleh rakyat di Selangor sekarang, dan insya-Allah bantuan berganda bakal diterima selepas PRU Ke-13 nanti.

Jangan “untung segenggam rugi seguni selepas PRU Ke-13…” akibat terpesona dengan kata-kata Datuk Seri Mohd Najib yang dikenal sebagai pemimpin yang ‘bukan lelaki sejati’!


YAHYA SAHRI
Ketua Cabang Tg.Karang Parti Keadilan Rakyat
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat

Ceramah Pasca #901 di Hulu Kelang

Ceramah Pasca 901: Anwar Bebas

Lokasi: Dewan AU5, Lembah Keramat, Hulu Kelang, Selangor.
Tarikh: 12 januari 2012
Masa: 9.00 malam (Selepas Isyak)

Penceramah:

1) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin – Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia
2) YB Saari Sungib – ADUN Hulu Kelang, Timbalan YDP PAS Selangor.
3) Sdr. Hanipa Maidin – AJK PAS Pusat, Peguam

*Dijemput hadir beramai-ramai bagi mendengar hal berkaitan isu-isu semasa

Jadual Program #BebasAnwar901

Jadual Program #BebasAnwar901

“Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi!”

27 Disember 2011 (Selasa):
Ceramah penerangan di Sungai Petani, Kedah (AMK)

28 Disember 2011 (Rabu):
Pelancaran kempen #BebasAnwar901 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur

29 Disember 2011 (Khamis):
Ceramah penerangan:
1) Langkawi, Kedah (PKR Cabang)
2) Bagan Datoh, Perak (PKR Cabang)

30 Disember 2011 (Jumaat):
Ceramah penerangan:
1) Dewan Serbaguna, Block A1, Taman Melati, KL (Berhampiran LRT) (AMK Wilayah)
2) Petaling Jaya Selatan, Selangor (AMK Selangor)

Countdown #BebasAnwar901 di seluruh negara

31 Disember 2011 (Sabtu):
Ceramah penerangan:
1) IOI Mall, Puchong, Selangor (AMK Selangor)
2) Kota Raja, Klang, Selangor (Dr. Aziz Bari, Chegubard, Prof Dr. Abu Hassan)

2 Januari 2012 (Isnin):
Forum (Live Streaming) bersama pimpinan dan NGO (akan diumum kelak)

3 Januari 2012 (Selasa):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Ledang, Johor – 9.00 mlm
2) Muar, Johor – 11.00 mlm

4 Januari 2012 (Rabu):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Tampin, Negeri Sembilan – 9.00 mlm
2) Bukit Katil Melaka – 11.00 mlm

5 Januari 2012 (Khamis):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Bentong, Pahang – 9.30 pagi
2) Balok, Indera Mahkota, Pahang – 12.00 tgh hari
3) Dungun, Terengganu – 2.30 ptg
4) Kuala Terengganu, Terengganu – 4.30 ptg
5) Pondok, Pasir Putih, Kelantan – 8.30 mlm
6) Machang, Kelantan – 10.00 mlm

6 Januari 2012 (Jumaat):
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1) Lembah Pantai, Kuala Lumpur – 9.00 mlm
2) Kelana Jaya, Selangor – 11.00 mlm

Demo(Selepas solat Jumaat):
Masjid Kg Baru

8 Januari 2012 (Ahad):
1) Program solat hajat dan doa di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Rapat Umum Gergasi di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur

*Sebarang pertukaran jadual program akan dikemaskini dari masa ke masa


— Team Mobilisasi #BebasAnwar901 dan Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK)

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Aktiviti Ketua AMK (18 – 20 November 2011)

Jumaat (18 November 2011):
Ketua AMK, Sdr. Shamsul Iskandar menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Tua, Batu Cave, Gombak bersama-sama ADUN Batu Cave, YB Amiruddin Shari

YB Amiruddin Shari dan Sdr. Shamsul Iskandar minum-minum selepas ceramah di Kampung Sungai Tua, Gombak

Sabtu (19 November 2011):
Ketua AMK beramah mesra dan bersama-sama peminat-peminat Arsenal menonton perlawanan bola sepak di Herris, Damansara Perdana.

Sdr. Shamsul Iskandar dan AJK AMK Pusat, Sdr. Zafril bersama 'Hardcore' Arsenal
Bersama penyokong-penyokong Arsenal yang meriah

Ahad (20 November 2011):
Ketua AMK bersama-sama Naib Presiden PKR, N. Surendran merasmi dan melancarkan Bilik Gerakan DUN Ayer Keroh, Melaka.

N. Surendran, Naib Presiden PKR dan Sdr. Shamsul merasmikan Bilik Gerakan Ayer Keroh
(Dari kiri) Naib Presiden PKR, N. Surendran, Ketua AMK, Sdr. Shamsul dan ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Teong
Antara yang hadir ke perasmian bilik gerakan Ayer Keroh, Melaka
Antara yang hadir ke perasmian bilik gerakan Ayer Keroh, Melaka

—Team Ketua Angkatan Muda KeADILan

Bersama Ketua AMK: Ceramah Isu-Isu Semasa Parlimen Gombak

Ceramah Isu-Isu Semasa DUN Batu Cave, Parlimen Gombak

Lokasi: Dewan Orang Ramai Kg. Sungai Tua (menuju Ulu Yam dan belakang Masjid Jamek Sungai Tua)
Tarikh: 18 Novemver 2011 (Jumaat, Hari ini)
Masa: 9.30 Malam

Barisan Penceramah:
1) Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin – Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia
2) YB Amiruddin Shari – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves
3) Ustaz Hasbullah – Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor

Mari ramai-ramai penduduk sekitar dan warga ibu kota menghadirkan diri ke majlis ceramah ini bagi mendengar isu-isu semasa.

-Team Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

DUN Selangor: Satim dan Pemimpin Umno Seleweng Harta Negeri!

Dari TV Selangor

16 November 2011

Penyelewengan Satim dan Barisan Nasional Dibongkar MB

SHAH ALAM, 15 NOV : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.

Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit.

Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

“Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

“Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,”jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

“Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.

“Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium,” katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.

Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

“Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,”kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.


—TV Selangor

GST? Inflasi?

Warga Lembah Klang dijemput untuk mendengar sebuah forum yang bertajuk “Forum GST dan Inflasi”. Berikut adalah butiran program tersebut:

Tajuk: FORUM GST DAN INFLASI
Tarikh: 21/11/2011, ISNIN (TARIKH BARU)
Masa: 8.30 PM
Lokasi: AUDITORIUM MPAJ, MENARA MPAJ, JALAN PANDAN UTAMA, PANDAN INDAH

Ahli Panel:
1) YB NURUL IZZAH (AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI, NAIB PRESIDEN PKR)
2) YB TONY PUA (AHLI PARLIMEN PETALING JAYA UTARA, SETIAUSAHA PUBLISITI DAP)
3) YB DR. DZULKIFLY AHMAD (AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR, AJK PUSAT PAS)
4) SDR. RAFIZI RAMLI (PENGARAH STRATEGI PKR)

Diharap dapat memenuhi program ini untuk mendengar informasi terkini mengenai kedudukan ekomoni kita yang sebenar.

MEMIMPIN HARAPAN RAKYAT

—TEAM KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)

Perpaduan Kaum akan Memenangkan Pakatan Rakyat – Ketua Pembangkang

Dari Malaysia Chronicle

15 November 2011

Anwar: Kekalkan perpaduan hadapi PRU13

AMPANG, 14 Nov: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti perlu memastikan perpaduan antara kaum dikekalkan.

Beliau yang berucap sewaktu perasmian bilik gerakan utama pilihanraya Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa hari ini memberitahu selain perpaduan kaum setiap jentera perlu bekerja keras bagi memastikan setiap undi di perolehi dari setiap penduduk.

“Kalau kita ingin memastikan kemenangan pada PRU13 nanti perkara utama adalah kekalkan perpaduan kaum dan adakah kita sudah pasti perpaduan kaum ini telah kita patuhi sepenuhnya.

“Ingat Malaysia milik semua dan jangan hanya kita pentingkan diri sendiri, kita jangan ikut apa yang Umno lakukan kerana mereka hanya memperjuang satu kaum sahaja malah tidak menghiraukan kaum lain,” jelasnya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh meminta setiap jentera perlu kerja dengan lebih kuat lagi bagi memastikan setiap undi diperolehi dari mereka yang berdaftar.

“Selain perpaduan kaum perlu dipertingkatkan dalam masa yang sama kita kena kerja lebih kuat dalam memastikan undi menjadi milik kita.

“Kita tahu apa yang telah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) lakukan yang mana terdapat peningkatan nama-nama baru di dalam daftar pemilih mereka, melihat dari apa yang berlaku kita akan rasa sukar untuk kita perolehi kemenangan tetapi kalau kita bekerja kuat itu bukan satu yang mustahil.

“Peringkat atas setiap pemimpin akan bekerja tetapi saya harap peringkat jentera perlu pastikan kerja kita juga melebihi apa yang kita buat sebelum ini,” sambungnya lagi.

Dalam pada itu beliau juga telah mengumumkan kemasukan bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Brid. Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab ke dalam PKR bagi memastikan kekuatan jentera parti pada pilihanraya nanti.


—Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat bakal kekal di Selangor, KL, rampas Perak dan beri cabaran sengit di Johor

Dari Malaysian Insider

15 November 2011

Pakatan ahead in Perak, Selangor, KL, internal poll shows

KUALA LUMPUR, Nov 15 — Pakatan Rakyat (PR) is expected to secure a majority of the federal votes in Perak, Selangor as well as Kuala Lumpur, an internal PKR poll shows.

Fifty-one per cent of respondents from Perak said they would vote for the federal opposition, along with 57 per cent in Selangor and 61 per cent in Kuala Lumpur, where PR holds 10 of the 11 parliamentary seats.

File photo of Pakatan Rakyat leaders at their convention in Shah Alam in December 2009. A recent poll shows the coalition will do well in the next general election in several states.
PR is also expected to win 40 per cent of the votes in Johor, traditionally a Barisan Nasional (BN) stronghold, according to the survey obtained by The Malaysian Insider.

This is despite Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim scoring net negative approval ratings in all but one of the four states.

The de facto PKR leader only achieved a net positive two points in Selangor with an approval rating of 44 per cent, while support was lukewarm in Kuala Lumpur (net negative one point) and weaker in Perak (net negative 16 points) and Johor (net negative 17 points).

In comparison, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak scored net positives of two, six, 10 and 34 points for Kuala Lumpur, Selangor, Perak and Johor respectively.

The survey also found that support for current Perak and Johor mentris besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir and Datuk Abdul Ghani Othman respectively were split along racial lines.

Abdul Ghani was very well-regarded by Malay voters (net positive 44 points) but failed to strike a chord with Chinese ones (net negative 23 per cent).

Likewise, Zambry, seen positively by the Malays (net positive 27 per cent), was shunned by the Chinese (net negative 34 per cent).

Former Perak Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin and Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, in contrast, were more popular with the Chinese but scored net positives with Malay voters as well.

Nizar, who was removed from his post during the 2009 Perak constitutional crisis, received net positive approval ratings of six and 18 points from Malay and Chinese voters respectively.

Khalid’s support among Malays was a touch lower at net positive three points but relatively higher among the Chinese at net positive 22 points.

The survey, released to PKR last month, was conducted between August 22 and September 15 and polled 1,000 voters in Kuala Lumpur, Selangor, Perak and Johor.


—Malaysian Insider