Ali Rustam khianati Islam di Melaka ? Penyelewengan Wang Zakat !

Majlis Agama Islam Melaka – Pengurusan Hartanah Majlis Agama Islam Melaka

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menetapkan objektif untuk memastikan semua harta wakaf dan baitulmal diletak hak di atas nama MAIM selaras dengan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) Tahun 2002. Pada keseluruhannya pengurusan hartanah MAIM adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kerugian kepada MAIM dan kaedah pengurusan hartanah yang tidak teratur. Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM. Projek pembangunan secara usaha sama dengan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) telah gagal kerana RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada bulan Jun 2004. Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama ini telah mengakibatkan MAIM mendahulukan wang zakat sejumlah RM13.85 juta untuk pembangunan Kompleks MAIM. Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan. Manakala, kos projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka telah ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal berjumlah RM1.80 juta. Pemantauan yang tidak berkala dan berterusan oleh pihak MAIM telah mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.

Sumber: Laporan Audit Negara

Melaka Maju 2010: Harga Air Naik !

KUALA LUMPUR: Ketika Pakatan Rakyat Selangor berusaha memberikan air percuma dan bermatian ingin mengambil alih konsesi air bagi mengembalikan hak kepada rakyat, kerajaan BN di Melaka pula sewenangnya menaikan tarif air tanpa membuat sebarang pengumuman.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keputusan menaikkan tarif air sebanyak 5 hingga 25 sen merupakan satu tindakan zalim kerajaan pimpinan Datuk Seri Ali Rustam kepada rakyat negeri itu.

“Kezaliman dan tindakan yang diambil kerajaan negeri Melaka ini bercanggah dengan slogan yang diuar-uarkan ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

“Saya mewakili rakyat Melaka merasa kesal kerana kerajaan menambah beban ekonomi kepada mereka tanpa memikirkan kesusahan yang ditanggung rakyat.

“Di bawah BN, rakyat sering dihidangkan dengan kenaikkan harga termasuk keperluan harian dan petrol, tetapi tidak pula mencari jalan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat,” ujarnya yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Sementara itu, Shamsul menyeru rakyat Melaka supaya mengambil pengajaran dan iktibar atas tindakan zalim itu, dalam membuat keputusan memilih kerajaan pada pilihan raya umum nanti.

“Saya ingin rakyat Melaka mengambil iktibar terhadap komitmen dan kurangnya prihatin daripada BN. Rakyat perlu buka mata dan bandingkan sama ada masih ingin memilih BN atau Pakatan Rakyat (PR) bagi PRU 13 nanti,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama juga tidak menolak berlaku penyelewengan dalam Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) berikutan kenaikkan tarif air kerana syarikat tersebut pernah mengalami masalah sebelum dilantik semula oleh kerajaan pusat bagi mengambil alih pengurusan air di negeri itu.

“Ini semua kerana ada masalah dalam pengurusan yang tidak dilakukan dengan efisyen dan wujud penyelewengan.”

“Rekod sebelum ini, syarikat tersebut memang bermasalah sehingga kerajaan Melaka terpaksa menjual kepada kerajaan pusat, tetapi kerjaan pusat memberi semula kepada syarikat tersebut untuk urus tadbir air Melaka,” katanya.

Dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, mengesahkan memang terdapat ‘penyelarasan’ terhadap tarif air berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat.

BN, PR trade ‘Jewish’ jibes as campaign unfolds

www.themalaysianinsider.com
By Adib Zalkapli

HULU SELANGOR, April 18 — The first day of the official Hulu Selangor campaign saw the main contenders, Barisan Nasional and Pakatan Rakyat, exchange allegations of Jewish links against each other in the race for the majority Malay vote.

Malays form more than half of the 64,500 voters who will have to pick between BN, PR and two independents contesting the April 25 by-election, the 10th since Election 2008.

A BN campaigner from Johor, Rosdi Amir slammed Datuk Seri Anwar Ibrahim, claiming it was ironic that the opposition leader himself was linking the ruling BN government with Israel for hiring communication consultant, APCO Worldwide.

“His media adviser is an Pakistani-American, who is funded by the Jews,” Rosdi bluntly told his audience in Kampung Pasir Kerling without giving any names, while campaigning for P. Kamalanathan.

Kamalanathan is facing PKR’s Datuk Zaid Ibrahim and independents Johan Md Diah and V.S. Chandran for the seat left vacant by the death of PKR MP Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, who won by a narrow 198 votes in Election 2008.

Speaking in the constituency located more that 7,000 kilometres from Tel Aviv, Rosdi alleged that Anwar’s tenure as visiting professor at an American university was funded by Jewish groups.

“[More] proof that he is funded by the Jews was when he was appointed as lecturer John Hopkins University with the financial assistance from the Jews,” he added.

He claimed that Anwar would end up as a ‘Jewish puppet’, should he takes over the government.

“They like to manipulate weak leaders from various countries,” Rosdi said.

Citing more Jewish links for PR, he accused DAP of being under Jewish control as it is a member of the Socialist International.

Rosdi described the International Jewish Labour Bund, World Labour Zionist Movement, Israeli Labour Party and New Movement-Meretz, all members of the Socialist International as the backbone of the organisation.

“Do we want them or their friends to become our leaders,” said Rosdi, a practicing lawyer.

“I’m only presenting facts here,” he told the all-Malay crowd while showing his prepared notes.

Some 300 metres away at a PKR-organised rally, Anwar used Tun Dr Mahathir Mohamad’s criticism of APCO to support his argument against what he called a company with strong links to the Israeli military.

“Strangely today, Dr Mahathir too disagrees with APCO but Umno Youth leaders are trying very hard to defend it,” Anwar told the Malay-majority crowd.

Dr Mahathir has been waging a campaign against Israel for its occupation of Palestinian territories and has disapproved the use of APCO by the Najib administration for public relations work.

PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin also repeated accusations that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s government is close to the Israelis.

“For the first time in the history of our country the government hires Jews, Zionists as consultants,” said Shamsul before hundreds of party loyalists.

“They accused Anwar of being a Jewish agent but they hired a Jewish company, when we showed the contract in Parliament, they chose to be silent,” he told the crowd.

The government’s alleged link with the Israelis was first raised by Anwar in Parliament last month when he said Najib’s 1 Malaysia was a carbon copy of Ehud Barak’s One Israel, claiming APCO was behind both campaigns.

But APCO has denied the allegations and Anwar has been referred to the powerful rights and privileges committee in parliament for making the accusations.

“Let us save our country from leaders who are conspiring with Zionists,” said Shamsul.

BN is already facing the risk of losing Malay votes after Najib announced that Petronas has stopped supplying gasoline to Iran ahead of further global sanctions.

The prime minister, however, denied the reports saying that the transaction was a one-off sale and there has been no more request.

Pejabat Ketua AMK

Ceramah Perdana “Selamatkan Malaysia” bermula di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Malam tadi, 4 April 2010 saya turut mengambil bahagian di dalam ceramah perdana, Selamatkan Malaysia yang telah berlangsung di dewan sama yang dihadiri oleh PM Najib Razak pada 3 April 2010 iaitu di Dewan Orang Ramai Kampong Sungai Tengi Ulu Bernam, Selangor. Kawasan ini dahulu ketika Pilihanraya Umum 2008 merupakan kawasan hitam buat Parti Keadilan Rakyat. Walau bagaimanapun semalam telah menyaksikan ribuan penduduk tempatan dan tentunya pengundi yang telah hadir mendengar ucapan bersemangat YB Dato’ Seri Anwar dan juga YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor. Penceramah-penceramah lain termasuk YB Zuraidah, YB Azmin Ali, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Yaakob Sapari dan YB Saari Sungib. Berikut disertakan gambar-gambar sekitar program tersebut:

Anwar memberikan penegasan terhadap usaha Tan Sri MB Selangor merakyatkan ekonomi buat rakyat Selangor, termasuk air percuma, skim mikro kredit RM 50 juta dan lain-lain

Anwar: Saya cabar PM Najib untuk jawab kenapa lantik APCO, syarikat milik Zionis untuk menasihati kerajaan ?

Ribuan hadirin khusyuk mendengar penerangan oleh Dato' Seri Anwar dan Tan Sri Khalid Ibrahim

PKR NEGERI SABAH SIAP SEDIA DAFTAR GENERASI MUDA

Saudara Ahmad Thamrin, Pengerusi MPN Keadilan Sabah

PKR Sabah akan menggembleng tenaga Ketua-Ketua Cabang, AMK dan Srikandi serta semua Ketua Penerangan Negeri dan Cabang dimestikan turun padang di tempat masing-masing untuk memberi penerangan kepada generasi muda yang mencapai usia 21 tahun hendaklah mendaftar nama mereka di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri atau daerah.

Ahmad Tamrin menggesa semua Ketua Ketua Cabang, AMK, Srikandi dan Ketua-Ketua Penerangan PKR dalam Mesyuarat yang diadakan petang tadi bertempat di Pejabat PKR Negeri Kota Kinabalu.

“Generasi muda perlukan perubahan pentadbiran Negeri dan Negara, maka generasi muda mestilah berani bersedia sebagai pemangkin untuk merubah Kerajaan yang zalim kepada sebuah Kerajaan yang betul-betul mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan menolak kepimpinan yang bercorak ala hitler atau ala pimpinan yang berselindung di sebalik telunjuk orang lain,” sindir Ahmad Tamrin, sinis.

Tamrin menyatakan, “Misalnya kalau esok, saya memimpin Negeri atau Negara mengikut telunjuk isteri, maka saya adalah seorang pemimpin yang tidak cekap dan saya perlu dibuang dari memimpin Negeri atau Negara,” tegas Tamrim.

Menjawab satu pertanyaan kata Ahmad Tamrin, “Saya tidak berniat untuk menuding jari kepada siapa-siapa yang berselindung di bawah telunjuk isteri, saya cuma kata ‘misalnya’ tapi kalau saya yang termakan cili, tentu saya sendiri yang terasa pedasnya.”

Bercakap mengenai kempen mendaftar pengundi muda yang berusia 21 tahun, Tamrin berkata “Gerakan secara besar-besaran akan dibuat dari rumah ke rumah untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja Sabah betapa pentingnya mereka mendaftar nama sebagai pengundi jika mereka berhasrat mahu merubah Kerajaan”.

“Mengubah corak pemerintahan UMNO/BN hari ini adalah di tangan muda-mudi kita, citarasa muda-mudi kita hari ini tidak kepada UMNO yang jadi tunggak Kerajaan kerana UMNO dianggap oleh muda-mudi sekarang sebagai sebuah parti politik tradisi yang sudah luput tempoh.”

Turut hadir dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri ialah Ketua Angkatan Muda Nasional, Shamsul Iskandar Akin.

Laporan : DATUK HALIK ZAMAN

Pejabat Ketua AMK

Jom Heboh Di Kelantan Ada Kelainan

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.

Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

“Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.

“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.

Sumber: Harakahdaily

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

UMNO suspek utama usaha sabotaj program Anwar di Melaka !

PKR kesal usaha sabotaj Anwar

CHENG – Pakatan Rakyat (PR) Melaka, khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, mengutuk tindakan sesetengah pihak yang didakwa cuba mensabotaj lawatan dan ceramah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Melaka Jumaat lalu.

Malahan, tindakan yang dianggap mereka sebagai satu provokasi itu dimulakan seminggu sebelum program berkenaan, di mana pelbagai risalah dan cakera padat (CD) mengutuk Anwar dan kepimpinan PKR diedarkan.

Barisan kepimpinan PKR negeri mendakwa, poster program ditampalkan di beberapa lokasi turut diturunkan sebanyak tiga kali oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Wanita PKR Negeri, Mahani Masban, yang juga merupakan koordinator program berkata, tindakan paling dikesali adalah maklumat pada poster program diubahsuai.

Ia menurutnya, termasuk tarikh dan hari program, di mana tarikh sebenarnya iaitu 5 diubah menjadi 6 Mac.

“Selain itu, beberapa nombor telefon untuk dihubungi orang ramai turut ditukar nombornya. Ini merupakan satu tindakan untuk mensabotaj lawatan Anwar ke Melaka.

“Sekiranya sebelum ini, ada yang melabelkan PR sebagai lemah dan diambang perpecahan, tetapi tindakan ini menunjukkan mereka yang lemah dan ketandusan idea,” katanya semasa satu sidang media di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan PKR Negeri, Mohd Khairi Ismail; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Hairiz Nordin; Timbalan Ketua Penerangan Freddie K H Lim; Ketua Pemuda Pas Jasin, Aminuddin Abdul Jalil serta Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Jasin, Zainuddin Abdul Latif.

Selain tindakan menurunkan serta mengubah maklumat pada poster program, menurut Mahani, sekumpulan anak muda turut menaikkan kain rentang mengutuk Anwar di sekitar Jasin, termasuk di Sungai Rambai, Merlimau dan Umbai.

Menurutnya, beliau difahamkan, tindakan mereka menaikkan kain rentang itu turut nyaris mencetuskan pergaduhan, tetapi tindakan pantas pihak polis berjaya mengelakkan sebarang k:emungkinan.

“Kami amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini dan berharap ia tidak berulang,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Mahani, pihak yang bertanggungjawab menaikkan kain rentang berkenaan diberi tempoh 24 jam untuk menurunkannya.

“Sekiranya mereka gagal melakukannya, kami akan membuat laporan polis mengenainya. Saya yakin mereka ini tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian, selain kain rentang yang dinaikkan itu berbaur hasutan,” katanya.

Sumber: www.sinarharian.com.my

Pejabat Ketua AMK

Selangor Kurangkan Bebanan Rakyat

TvSelangor

SHAH ALAM 28 FEB: Dalam situasi kemelesetan ekonomi Malaysia belum pulih, kerajaan Selangor tidak pernah mengabai tanggungjawabnya untuk memastikan bebanan rakyat dikurangkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sangat komited dalam merakyatkan ekonomi negeri ini dengan memastikan semua rakyat menerima hak sama rata.

“Saya mendapati masyarakat merasakan bahawa program merakyatkan ekonomi adalah program untuk mereka. Oleh sebab itu, saya hendak memperingatkan, Selangor adalah untuk kita semua dan rakyat Selangor berhak kepada kekayaan dan sumber ekonomi Selangor,” katanya.

Abdul Khalid menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah kerajaan terbaik di negeri ini berbanding 50 tahun di bawah cengkaman pentadbiran Barisan Nasional yang sarat gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kita tidak ada penyelewengan, tidak ada rasuah, tidak ada usaha untuk melambat-lambatkan keputusan untuk rakyat. Sempena Chap Goh Mei ini, kita berazam membawa pembangunan yang terbaik di Malaysia,” katanya.

Sejak mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, kerajaan Pakatan Rakyat giat memperkasakan kebajikan rakyat melalui program MES walaupun dibebani pelbagai masalah warisan BN.

Antara bentuk bantuan dalam program MES ini ialah Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Pusat Khidmat Krisis Sehenti OSCC, Bekalan Air Percuma bagi 20 meter padu pertama, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dan Program Penempatan Hasil Bahan Mineral dan Galian.

Lebih 10,000 orang ramai hadir pada Majlis Sambutan Chap Goh Mei di bandar I-City Shah Alam sekaligus membuktikan rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri.

Pejabat Ketua AMK

Mohd Shah Cadang Sambut Raya Tahun Ini Di Melaka

Malaysiakini

Pemandu di Jabatan Penuntut Malaysia, Mohd Shah Saemin yang mati dipercayai akibat ditikam dan dibelasah dengan tukul di Sydney, Australia pernah memberitahu keluarganya bahawa beliau mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama keluarganya di Melaka.

Bapa Allahyarham, Saemin Mongjin, 69, berkata kali terakhir anaknya itu pulang menyambut Aidilfitri ialah tiga tahun lalu.

“Kira-kira tiga hari lepas, Allahyarham ada menghubungi ibunya (Misnah Kasri, 60,) untuk bertanya khabar dan sempat berbual bersama saya,” katanya kepada pemberita di Melaka.

Mohd Shah, 43, yang sudah menjadi warga Australia dan menetap di Sydney sejak tiga tahun lepas dilaporkan mati dalam satu serangan yang dipercayai berlaku selepas satu kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun punca kematian sebenarnya masih menjadi misteri kepada pihak berkuasa di sana.

Saksi dilaporkan sebagai berkata mereka melihat dua lelaki mengejar Mohd Shah di sebatang jalan raya, sebaik saja mangsa sampai di rumahnya di Leichhardt, sejurus selepas tengah malam Isnin.

“Kami percaya telah berlaku satu kemalangan jalan raya sejurus sebelum serangan itu berlaku,” kata Pemangku Supt Shayne Woolbank seperti yang dipetik agensi berita Australian Associated Press.

Saemin berkata beliau mengetahui tentang kematian anaknya itu selepas dihubungi rakan Allahyarham kira-kira 3 pagi tadi, yang menyatakan anaknya meninggal akibat kemalangan jalan raya.

“Pihak Konsulat Malaysia tempat anak saya bekerja juga menghubungi saya kira-kira pukul 7 pagi semalam bagi memaklumkan perkara yang sama, katanya.

Beliau berkata jenazah Allahyarham yang dijangka tiba dalam tempoh dua atau tiga hari lagi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak Paya di Melaka.

Allahyarham pernah bertugas dengan sebuah syarikat perkapalan selepas menamatkan pengajian di Akademi Laut Malaysia di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, pada awal 80-an.

Saemin berkata anaknya kemudiannya menetap di Australia dan bekerja dengan sebuah rumah kebajikan selama lapan tahun sebelum menjadi pemandu.

Beliau berkata Allahyarham pernah berkahwin dengan wanita Australia yang memeluk Islam tetapi kemudiannya berpisah tanpa mempunyai anak.

Pejabat Ketua AMK

Jangan Bongkak Dengan Allah!

Harakahdaily

Oleh : Anak Melaka

Paras Empangan Durian Tunggal kini berada pada 73 peratus kapasiti, iaitu turun hampir 10 peratus berikutan cuaca panas yang melanda beberapa kawasan kini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menasihati rakyat Melaka supaya tidak risau kerana jumlah air yang ada pada masa ini adalah memadai untuk kegunaan mereka.

Menurutnya, ini kerana selain air yang disimpan di dalam ‘bundle storage’ sebagai bekalan, paras air di Empangan Jus, iaitu 74 peratus daripada kapasitinya, adalah cukup untuk menampung permintaan.

Kita sebagai rakyat menyanjung usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu air ini. Cuma kita ingatkan diri kita jangan bongkak dengan Allah. Kuasa Allah mengatasi kuasa makhluk.

Kemarau adalah salah satu dari bala Allah ke atas hambaNYa.
Di Melaka terlalu banyak maksiat yang berlaku. Namun saya melihat kerajaan negeri buat ‘dek’ sahaja dengan gejala yang berlaku.

Zina. khalwat berlaku berleluasa (kalau tidak takkan 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka pada tahun 2009). Pusat pelacuran, pub, kelab malam, rumah urut, kedai arak, kedai nombor ekor, pusat judi tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.

Ustaz-ustaz yang mengajar di masjid dan surau dihalang dari mengajar kerana dikatakan tiada tauliah sedangkan mereka lulus dari Al Azhar dan IPTA kita sendiri. Masjid-masjid ditadbir sesetengah oleh jahil dan fasik.

Saya ingatkan diri saya dan semua kita supaya memuhasabahkan diri kita. Kerajaan negeri yang berkuasa juga kena muhasabah dirinya sendiri apakah selama ini kerajaan sudah memainkan peranan mencegah kemungkaran dan menegakkan makhruf.

Kita bimbang bila bala Allah datang semua kita terlibat sama. Minta dijauhkan Allah.

Pejabat Ketua AMK