Presiden PAS Terjun Laut Selamatkan Mangsa Lemas

Malaysiakini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.

Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan ‘hero’ Hadi di blognya.

Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.

“Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban,” kata Herman ketika dihubungi.

Salah sebuah foto berkenaan (kiri) menunjukkan Hadi – berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.

Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.

Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.

Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.

“Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.

“Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa,” kata Herman dalam tulisannya.

Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.

“Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.

“Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau,” katanya.

Pejabat Ketua AMK

Dakwaan Anwar ada RM3 bilion tiada asas

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5212213.asp

SHAH ALAM – Dakwaan mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki sumber kewangan sebanyak RM3 bilion disifatkan sebagai tidak berasas.
sam sinar harian
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan selanjutnya diambil ke atas Anwar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau mahu bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil untuk menjelaskan dakwaan tersebut.

“SPRM sendiri pun tidak ambil tindakan ke atas Anwar. Ini bermakna Anwar tiada kes. Jadi mengapa Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion,” katanya, semalam.

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed yang mahukan Anwar perjelaskan dakwaan itu, Shamsul Iskandar berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak perlu berbuat demikian.

“Yang buat dakwaan adalah Abdul Murad, bukan Anwar. Ini bermakna, Mohd Zin perlu dapatkan penjelasan daripada Abdul Murad betul atau tidak dakwaan itu,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata, permintaan Mohd Zin yang mahukan Anwar tampil seolah-olah mempunyai makna yang tersirat.

“Saya dapat rasakan bahawa mereka sengaja memainkan isu ini bagi menutup skandal besar calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang pernah terlibat dalam politik wang. Mereka beranggapan bila isu ini dimainkan media, rakyat akan lupa skandal politik wang calon BN itu sendiri,” katanya.

Pejabat Ketua AMK

Profil calon Pas : Saudara Zulkefly Mohamad, suci lagi menyucikan !

Saya baru tiba dari Bagan Pinang, Teluk Kemang. Malam tadi calon Pas (Pakatan Rakyat) telah diumumkan. Ramai pimpinan utama KEADILAN yang hadir termasuk pimpinan AMK Pusat. Program dibuat di Bilik Gerakan Utama DAP. Ini baru namanya 1 Pakatan !

Saya begitu teruja apabila sahabat karib saya, saudara Zulkefly Mohamad diumumkan oleh YB Tuan Guru Presiden Pas sebagai calon untuk rakyat di kawasan Bagan Pinang. Pada hemat saya pengundi di Bagan Pinang begitu bertuah kerana sepanjang pengetahuan saya, saudara Zul merupakan seorang yang kuat bekerja. Lihat sahaja program-program penerangan yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan yang dipimpin oleh beliau. Sikap kuat bekerja ini yang diharapkan dapat membantu rakyat di Bagan Pinang yang telah lama diabaikan oleh wakil rakyat BN yang lalu.

Saya yakin, calon pilihan Pas (Pakatan Rakyat) untuk pengundi Bagan Pinang jauh lebih baik dari ‘surat khabar lama’ Isa Samad !

Profil Zulkefly Mohamad Bin Hj Omar (http://zulkeflyomar.blogspot.com)

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 – HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN – 1 PENGGAL – (2005 – 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 – 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 – 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 – 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 – 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 – 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI ‘NO INCINERATOR’ BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

Apakah kerajaan BN akan benarkan ruang udara negara dicerobohi oleh Tentera Udara Amerika Syarikat ?

href=”http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090917173739/Article/”>

Laporan Berita Harian ini mengejutkan. Walaupun hanya pertunjukan udara oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, ianya boleh dijadikan peluang oleh mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat-tempat strategik negara. Saya agak sceptical tentang pertunjukan udara ini memandangkan ianya dilakukan oleh pasukan ketenteraan sebuah negara ! Bagi saya ruang udara negara mesti dilindungi dengan cermat bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat dipelihara daripada anasir-anasir luar.

Thunderbirds beraksi di Malaysia 3 Oktober

KUALA LUMPUR: Skuadron demonstrasi pertunjukan udara Angkatan Tentera Amerika (USAF), Thunderbirds, akan mempertontonkan persembahan formasi aerobatik dan penerbangan solo mereka yang menarik dalam lawatan mereka ke sini pada 3 Oktober ini.

Pertunjukan udara yang menampilkan pesawat Thunderbirds F-16 dan C-17 itu akan berlangsung di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

“Kedutaan Amerika dengan bangga ingin mengumumkan tentang lawatan USAF Thunderbirds ke Kuala Lumpur dengan kerjasama TUDM,” menurut kedutaan Amerika di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan aerobatik RMAF Sukhoi juga akan mempertontonkan kehebatan mereka dalam pertunjukkan sehari itu, dan orang ramai boleh menontonnya secara percuma.

Thunderbirds yang berpangkalan di Nellis Air Force Base, Las Vegas, Nevada, sentiasa mengadakan pertunjukkan mereka di Amerika dan serata dunia. – Bernama

AL FATIHAH : ADUN Permatang Pasir kembali menemui Khaliknya

YB Pak Hamdan
YB Pak Hamdan bersama DS Kak Wan

Saya menerima pesanan ringkas daripada Cikgu Hassan, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan sekitar jam 8.30 pagi memaklumkan bahawa YB Dato’ Hamdan telah kembali ke rahmatullah.

Saya kemudiannya menghubungi YAB Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang dan beliau dengan nada sedih memberitahu saya Pak Hamdan meninggal pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Pengalaman terakhir bersama beliau ialah ketika kempen Pilihanraya Kecil Penanti yang lalu di mana saya bersama-sama arwah terlibat di dalam program bantuan faqir miskin. Saya turut mendengar ucapan beliau yang dengan penuh semangat menyeru para pengundi khususnya “orang lama” di Penanti untuk keluar mengundi dan tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang di Pulau Pinang.

Apa pun, budi baik, jasa dan khidmat Allahyarham YB Dato’ Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pak Hamdan) akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke Tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Anak itik terenang-renang
Renang mari dalam perigi
Adat budi dikenang-kenang
Budi baik dibawa mati

AL FATIHAH

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Oleh: Annuar Ismail
[www.amkpp.com]

PULAU PINANG – 31 Julai ADUN Permatang Pasir, YB Dato’ Mohd Hamdan Abdul Rahman atau dikenali dengan panggilan timbangan Pak Hamdan meninggal dunia awal pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Allahyarham telah dimasukan ke IJN seminggu yang lalu bagi menjalani rawatan susulan pembedahan.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Perhubungan Keadilan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Zahrain Mohamamed Hashim dan sedang menuju ke IJN ketika ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), YB Yusmadi Yusoff juga terkejut dengan berita ini dan menyifatkan Allahyarham adalah pemimpin senior yang begitu tenang dan komited dalam perjuangan PAS sepanjang era reformasi.

Allahyarham memenangi pilihanraya di Permatang Pasir selama 3 penggal bersama-sama Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh.

Kemenangan Allahyarham di Permatang Pasir dengan kelebihan 5433 undi majoriti mengatasi Ahmad Sahar Shuib.

Beliau juga merupakan pencadang semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dicalon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ogos tahun lepas.

AMKPP merakamkan perasaan dukacita dan ucapan Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Dato’ Pak Hamdan dan pemimpin PAS Pulau Pinang.

Jenazah beliau dijangka sampai di Permatang Pasir jam 2.00 petang ini dan akan disemadikan disini selepas solat jumaat.

Kemenangan, satu pengiktirafan golongan muda

Nyza Ayob
Wed | Apr 08, 09 | 2:15:16 pm MYT
http://www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) – Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berpandangan referendum rakyat khususnya referendum golongan muda telah memberi pengiktirafan kepada calon muda, S. Manikumar yang akan membawa mandat rakyat Bukit Selambau dan keseluruhan rakyat negeri Kedah.

Beliau menegaskan kemenangan tersebut juga merupakan perjuangan untuk melakukan perubahan kerana calon yang dipilih bukan sekadar wakil rakyat tetapi bertanggungjawab melakukan perubahan pentadbiran pada politik negara.

Sementara itu, Shamsul Iskandar juga berpendapat kemenangan tersebut juga terus memperkasa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah serta mengubah sebuah pentadbiran yang ‘bobrok’ dan korup.

“Ini juga membuktikan pengaruh Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi relevan dalam politik Malaysia yang mana Bukit Selambau serta Bukit Gantang menguburkan beliau,”katanya. – mks._

Pejabat Ketua AMK

Malam Amal Gaza-Palestin

Madani Gaza

Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar akan menghadiri Malam Amal Madani Gaza-Palestin yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff di Kompleks Sukan Balik Pulau, pada 31 Januari ini jam 8 malam.

Program berkenaan akan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Fairus Khairuddin serta pidato madani akan disampaikan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Khalid Jaafar.

Malam Amal Madani ini juga akan diserikan dengan penampilan istimewa dari penyanyi Yasin dan rakanya.

Seluruh rakyat dijemput hadir!
Pejabat Ketua AMK Malaysia

Makan malam bersama Skuad di Bukit Antarabangsa

Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa, 6 Disember lalu telah mengorbankan 4 nyawa. Saya bersama keluarga serta pimpinan Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Disamping itu, saya secara peribadi melahirkan rasa simpati kepada penduduk bukit Antarabangsa yang terperangkap akibat pembangunan yang tidak terancang.

Selain itu, tahniah kepada anggota Skuad Angkatan Muda KeADILan (Skuad AMK) yang turut mengambil bahagian dalam tugas sukarelawan untuk membantu penduduk Bukit Antarabangsa.

Saya sendiri telah ke Bukit Antarabangsa bagi melihat sendiri kawasan dan bersama-sama Skuad AMK serta berkerjasama dengan para sukarelawan lain untuk membawa keluar para penduduk yang terperangkap.

Pada 9 November lalu, saya juga berkesempatan untuk menghadiri majlis majlis makan malam kesyukuran yang diadakan bagi meraikan petugas Skuad AMK bertempat ‘kem’ Skuad AMK, berhampiran dengan Atheneum Kondominium.

Tahniah Skuad!

Gambar pada 9 November



Gambar hari pertama tanah runtuh

‘Dari Blog Ke Blog’ di Sinar Harian

Saya dimaklumkan oleh adi pagi ini melalui sms yang kenyataan media saya semalam ada dikeluarkan dalam ruangan ‘Dari Blog Ke Blog’ di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Kelihatan penangan blog betul-betul mengesankan. Apapun tahniah daripada saya buat Sinar Harian kerana secara tidak langsung mengiktiraf penilaian kritis dan kritikal yang disumbangkan oleh para bloggers di Malaysia.

Secara peribadi saya melihat pemberitaan Sinar Harian agak seimbang, khususnya edisi Negeri Selangor yang banyak menyiarkan aktiviti kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Meskipun ada banyak ruang untuk penambahbaikan, ini satu etika kewartawanan yang dialu-alukan, menghormati suara rakyat yang memilih kerajaan Pakatan Rakyat dengan menyiarkan berita yang seimbang dan jelas.

Saya setuju dengan RockyBru, yang langkah positif sebegini wajar diikuti oleh akhbar-akhbar lain.