Ex-Gratia vs Mohon Maaf

Saya menyambut baik langkah Kerajaan yang akan memberikan pampasan secara ex-gratia kepada pejuang-pejuang Keadilan di zaman pemerintahan Mahathir Mohamad dahulu iaitu YAA Tun Salleh Abas dan rakannya yang lain baru-baru ini. Walau bagai mana pun keengganan pihak Kerajaan yang berkuasa sekarang untuk tidak menyampaikan perkataan maaf kepada pejuang-pejuang Keadilan tersebut amat mengejutkan serta dianggap sebagai satu tindakan yang sombong dan tidak sepatutnya berlaku walhal kesilapan tersebut telah dilakukan secara nyata di zaman pemerintahan Mahathir Mohamad dan diketahui bukan setakat rakyat Malaysia malah di seluruh dunia.

Saya ingin menegaskan bahawa ketidakadilan yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad tidak hanya berlaku pada tahun 1988 sahaja, sebaliknya ketidakadilan yang dilakukan oleh regim Mahathir Mohamad juga berlaku pada tahun 1998 bila mana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimalukan dan dianiaya oleh regim Mahathir Mohamad melalui agensi-agensi Kerajaan pada masa itu. Masyarakat Malaysia sedia maklum bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, diserbu, ditangkap, dipukul dan dihina di mahkamah dengan pelbagai tuduhan.

Sepatutnya Perdana Menteri pada masa kini, Hj. Abdullah Ahmad Badawi turut juga membetulkan kesilapan dan penganiayaan yang dilakukan oleh regim Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah penganiayaan yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh regim Mahathir Mohamad tersebut melampaui batas-batas kemanusiaan yang sukar diterima oleh semua golongan masyarakat.

Saya mengingatkan Hj. Abdullah Ahmad Badawi untuk membaca keputusan PRU 12 dahulu sebagai signal ketidakpuasan hati rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mengenai kegagalannya membetulkan segala kesilapan yang telah dilakukan oleh regim yang terdahulu terutamanya mengenai isu penganiayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selain dari kesilapan dan kezaliman lain yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional secara umumnya terhadap seluruh rakyat Malaysia.

Saya ingin menegaskan bahawa Hj. Abdullah Ahmad Badawi hendaklah lebih berani dan tegas di dalam menidakkan sebarang bentuk kezaliman, penganiayaan dan sebagainya demi memastikan kemakmuran dan kekayaan negara dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan juga darjat.

Saya berjanji bahawa pihak kami akan terus memastikan setiap satu kesilapan, penganiayaan dan kezaliman yang pernah dilakukan oleh regim Mahathir Mohamad dan juga di bawah regim Hj. Abdullah Ahmad Badawi terhadap mana-mana rakyat Malaysia tanpa mengira kaum akan ditebus dan dituntut penghukuman yang sewajarnya.

Perginya Adlan Benan Ke Rahmatullah

Di saat gerakan reformasi menjangkau usia 10 tahun, penggerak reformasi dan KeADILan dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Adlan Benan Omar, bekas Setiausaha Pemuda KeADILan dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan satu ketika dahulu.

Beliau pergi meninggalkan kita pada jam 3.45 petang tadi. Jenazahnya kini berada di No 31 Jalan Putra Bestari 2/4D Putra Heights, Subang Jaya.

Allahyarham adalah tokoh intelektual muda dalam KeADILan. Daya fikir Allahyarham akan sentiasa menjadi kenangan dan kekal menjadi kehilangan besar buat gerakan reformasi pasca pembebasan Anwar Ibrahim.

Al Fatihah..

Lawatan Kerja DSAI Ke Melaka

mel1 mel2
Minggu lepas saya berkesempatan mengikuti program lawatan kerja Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Melaka. 3 program yang telah diatur sempat saya ikuti, antaranya ialah kunjungan hormat DSAI dan pimpinan KeADILan Melaka menemui Cikgu Sim, tokoh Dong Jiao Zong dan pendidikan Cina yang tersohor di Melaka. Lawatan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan antara KeADILan dan penggerak pendidikan Cina yang berpusat di Melaka, dan mereka bertambah yakin dengan perjuangan kesaksamaan yang dibawa KeADILan tanpa mengira kaum dan bangsa.

mel3 mel4
Kemudiannya program minum petang DSAI bersama masyarakat di Jasin. Ratusan warga Cina dan India yang hadir menyambut kedatangan DSAI dan ini telah memberi kekuatan baru kepada KeADILan khususnya di Jasin dengan sokongan berterusan masyarakat majmuk di sana.

mel5 mel6
Ketiga adalah program tazkirah ABIM Melaka di Taski Al-Huda, Bukit Baru. Ramai yang mungkin tidak tahu, sewaktu DSAI menjadi Presiden ABIM, Taski ini pernah menganjurkan Tamrin Qiyadi yang turut dihadiri oleh DSAI. Di Dalam pertemuan ini, DSAI menjelaskan mengenai masalah perlaksanaan DEB dan mencadangkan orang melayu Islam menerima gagasan Agenda Ekonomi Malaysia yang lebih adil dan segar.

24 Jam Menjelang PRK DUN Machap…

InsyaAllah..andai tidak ada aral melintang esok kita akan menyaksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai ADUN Machap yang baru.kami di KeADILan masih tegar menyatakan kesepakatan kami untuk membantu DAP di dalam siri-siri kempen yang dianjurkan di bawah pimpinan KeADILan Negeri Melaka dan KeADILan Bahagian Alor Gajah khususnya.

24 jam menjelang pilihanraya kecil ini esok,saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang menarik perhatian saya di Laman M@rhaen..

Artikel nukilan Tun Telanai itu boleh dibaca di sini.

Ingat, ini hanya sekelumit yang didedahkan, dan skop penyelewengannya hanya di Melaka,negeri kedua terkecil di Malaysia. Bagaimana agaknya di Selangor, Sarawak, dan negeri-negeri lain?

Pendedahan ini wajar menjadi iktibar bukan sahaja buat pengundi Machap, tetapi juga rakyat Malaysia seluruhnya.

Nahdah perubahan di Malaysia  akan bermula di Machap, dan bakal menyusul di Ijok!

Selamat Mengundi!

Ali Rustam, Jangan Mengarut Lagi!

semalam saya turut berceramah bersama Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung keADILan di Hutan Percha sempena kempen pilihanraya kecil DUN Machap yang akan berlangsung 3 hari lagi. kehadiran yang amat memberangsangkan menunjukkan segala dakyah BN melalui propaganda media mereka tidak memberikan kesan ke atas kesedaran rakyat di Machap.

Saya menegaskan di dalam ucapan saya semalam yang Machap perlu menjadi medan rakyat untuk menilai dan membalas setiap penderitaan mereka hasil daripada percaturan dasar songsang yang dilaksanakan oleh BN. inilah ruang yang perlu dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat di Machap untuk menunjukkan protes mereka, dan manifestasi rakyat Malaysia keseluruhannya atas kesusahan rakyat selama ini di bawah  pentabdiran Pak Lah khususnya.

Saya menyelar tindakan Datuk Wira Mohd Rustam yang mengatakan bahawa isu-isu yang ditegaskan oleh pembangkang adalah isu-isu lapuk dan basi.saya ingin bertanya pada rakyat, apakah kenaikan harga minyak isu basi? apakah derita rakyat menghabiskan duit untuk membayar tol itu isu basi? apakah inflasi yang disebabkan kenaikan harga minyak yang tak kunjung surut itu isu basi? apakah mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan penjawat awam, pimpinan kerajaan malahan calon BN sendiri itu isu basi?

Sedih! Wahai Ali Rustam yang budiman, janganlah mengarut lagi!

Mereka makin pening, rakyat semakin sedar!

Siri Kempen KeADILan Sempena PRK DUN Machap

Berikut adalah aturcara ceramah anjuran KeADILan sempena kempen Pilihanraya Kecil DUN Machap 2007. Kepada penduduk sekitar Melaka khususnya di Machap dan Alor Gajah, kehadiran anda adalah amat dialu-alukan.Sebarang informasi dan maklumat lanjut boleh didapatkan daripada Sdr Bakar Ninggal, Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya keADILan Bahagian Alor Gajah (017-3566907).InsyaAllah saya akan berada di semua siri ceramah tersebu..

Bersama kita buktikan yang kuasa rakyat akan bermula di Machap!

9 April (Isnin)

Ceramah, 9:00pm

1) Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub
2) Bendahari Agung Tan Sri Khalid Ibrahim
3) Ketua Penerangan Tian Chua
4) Timbalan Setiausaha Agung Dr Xavier Jayakumar
5) Pemangku Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin

10 April (Selasa)

Lawatan pengundi, 3:00pm
1) Presiden Dr. Wan Azizah
2) Ketua Wanita Fuziah Salleh
3) Bendahari Agung Tan Sri Khalid Ibrahim
4) Ketua Penerangan Tian Chua
5) Pemangku Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ceramah, 9:00pm
1) Ketua Wanita Fuziah Salleh
2) Pengerusi GERAK Ezam Md Nor
3) Bendahari Agung Tan Sri Khalid Ibrahim
4) Ketua Penerangan Tian Chua
5) Pemangku Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin

11 April (Rabu)

Ceramah, 9:00pm

1) Penasihat Anwar Ibrahim
2) Naib Presiden Sivarasa Rasiah
3) Bendahari Agung Tan Sri Khalid Ibrahim
4) Ketua Penerangan Tian Chua
5) Pemangku Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin

Sekilas Pandang – Plihanraya Kecil DUN Machap

Laporan Malaysiakini menyiarkan yang Parti Keadilan Rakyat telah memutuskan untuk membantu calon DAP, Liou Chen Kuang yang akan bertempur dengan calon MCA di dalam Pilihanraya Kecil DUN Machap yang akan diadakan pada 12 April nanti. komitmen kita jelas, memupuk solidariti di kalangan parti-parti alternatif.

Saya amat terkilan apabila dimaklumkan yang kelompok mahasiswa daripada beberapa IPTA sekitar Melaka dikerah untuk ‘membantu’ calon BN di dalam menghadapi pilihanraya ini. Program yang dianjurkan atas nama Kementerian Pengajian Tinggi ini bukan sahaja mengerah mahasiswa untuk sama-sama membantu calon BN, tetapi juga diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk memantau mana-mana siswa/siswi IPTA yang menyokong pembangkang yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor UKM. Ini antara intipati pendedahan Sdr Lutfi Othman, Editor Harakahdaily.

Aduhai…Baculnya Umno/BN sudah sampai ke satu tahap yang amat menjelekkan!

MATB KeADILan Bahagian Jasin 31 Mac ini

InsyaAllah pada Sabtu (31 Mac 2007) ini keADILan Bahagian Jasin akan menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian (MATB), difahamkan antara kelompok bahagian terakhir yang menjalankan MATB pada tarikh akhir ini. Mesyuarat akan dimulakan sekitar 8.00 malam dan bakal dirasmikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung keADILan.

Sebelum itu juga akan diadakan satu Majlis bersama komuniti India di seluruh Jasin pada waktu petang di mana Datuk S. Nallakarupan akan menjadi tetamu kehormat majlis ini.

Kepada masyarakat setempat, kehadiran anda semua adalah sangat dialu-alukan.

Takziah Buat Keluarga Mendiang Poh Ah Tiam

saya ingin mengucapkan takziah ke atas keluarga mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam, Ketua Perhubungan MCA Melaka yang juga Exco Kerajaan Tempatan Negeri Melaka yang meninggal dunia lewat petang Khamis lepas kerana menghidap penyakit kanser. meskipun berbeza lapangan dan anutan politik,jasa-jasa mendiang tetap kekal di dalam ingatan semua.sekalung takziah buat keluarga mendiang.

.

Trauma Dengan Poster Gong Xi Fa Cai!!

cny

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kawan-kawan Angkatan Muda di semua peringkat dan juga para pengundi di Bahagian Jasin. Untuk kali ini, di bahagian Jasin, saya telah sediakan beberapa keping banner ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang disertakan gambar para pimpinan iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Dr Syed Husin Ali.

Saya telah meminta Setiausaha Bahagian, Puan Mahani Masban untuk mendapatkan permit penggantungan. Beliau maklum pada saya kesukaran dan halangan yang beliau terpaksa hadapi untuk mendapatkan permit tersebut. Setelah berusaha selama 3 hari, barulah berjaya dilakukan. Kadang-kadang saya geleng kepala apabila mengenangkan tindakan pemerintah yang senantiasa menyekat proses demokrasi daripada disuburkan hatta sehingga “trauma” apabila melihat banner tersebut.

Karut memang karut,tapi itulah realitinya di Malaysia…