Tahun harimau: Semoga bangkit nyahkan rasuah, penyelewengan

Tahun Baharu Cina yang jatuh pada tahun harimau kali ini diharapkan mampu memberi kekuatan semangat kepada raakyat Malaysia melawan rasuah dan penyelewengan yang sedang berleluasa.

Dalam perutusan Tahun Baharu Cina Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengharapkan tahun harimau ini akan mengembalikan maruah rakyat menolak kebatilan dan memilih pemerintah yang berwibawa mentadbir negara.

“Mengikut tradisi astrologi Cina, tahun ini adalah tahun Harimau. Saya juga dilahirkan pada tahun Harimau ini, yang membawa maksud tidak takut, mulia dan penuh semangat.

“Bersesuaian dengan sifat Harimau, dengan pelbagai isu dan bencana yang melanda negara kita baru-baru ini, semoga kita semua bangkit dari pandemik, komited menghapuskan rasuah kerana rasuah dan penyelewengan merupakan punca kelemahan ekonomi negara,” katanya.

Di samping itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga mengingatkan etnik Tionghua yang meraikan tahun baharu agar sentiasa menjaga keselamatan diri dengan mengutamakan Prosedur Standard Operasi bagi menghindari Covid 19.

“Kita mesti terus mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) ketika meraikan sambutan Tahun Baru Cina apatah lagi semasa negara masih mencatat kes yang tinggi dan pelbagai jenis varian baru.

“Walau apa juga keadaan yang kita hadapi sekarang ini, kita perlu sentiasa bersama, dan berwaspada dengan mengutamakan keselamatan sebagai fokus utama, kerana ia adalah usaha terbaik untuk menjadikan negara kita lebih selamat semasa pandemik Covid-19,” katanya.

Tidak lupa kepada masyarakat Tionghua di Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul juga telah menyumbang sedikit bantuan kepada mereka dalam persiapan meraikan tahun baharu.

“Sebagai Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu pengundi-pengundi saya dalam persiapan menyambut perayaan ini.

“Aktiviti pemberian cenderahati buat penduduk Cina di kawasan saya telah dijalankan sejak seminggu yang lepas lagi. Saya juga telah mengambil inisiatif untuk menyumbang sedikit perbelanjaan di Toh Kong Cai Sheng Tian dan Toh Kong Wu Sheng Kong.

“Harapan saya semoga sumbangan ini dapat digunakan dan memberi manfaat kepada komuniti cina di Hang Tuah Jaya,” katanya lagi.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/tahun-harimau-semoga-bangkit-nyahkan-rasuah-penyelewengan

Jangan beri peluang BN bermaharaja lela, pengundi Johor lebih matang – Shamsul

Rakyat Johor yang dilihat lebih matang berpolitik berbanding dua negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti Melaka dan Sarawak sebelum ini.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, rakyat Johor seharusnya keluar mengundi beramai ramai pada PRN kali ini bagi mengelakkan Umno – BN menang 2/3 kerusi DUN sebagaimana di Melaka November tahun lalu.

“Saya percaya PRN Melaka beri pengajaran pada rakyat, kalau mereka tidak keluar mengundi dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih kerajaan, maka kita akan lihat BN akan terus menguasai.

“Saya percaya ada dinamiknya tersendiri di Johor, kerana di Johor mereka (pengundi) matang dalam politik dan telah menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum lepas.

“Saya harap rakyat Johor boleh melihat isu ini akan dan berikan sokongan kepada KEADILAN dan PH,” katanya.

Mengenai pendapat penganalisis politik bahawa BN sengaja memilih untuk mengadakan PRN selepas Tahun Baharu Cina agar pengundi teras PH itu tidak pulang kali kedua ke kampung untuk mengundi, Shamsul tidak menolak pendapat sedemikian.

Katanya, BN kali ini terdesak untuk menang banyak DUN dan tidak mustahil mereka melakukan apa pun strategi demi mengunguli percaturan kuasa.

“Mungkin juga, kita tahu Tahun Baharu Cina 1 Februari dan kebanyakan pengundi Cina mereka akan balik kampung. Sudah pasti untuk balik sekali lagi akan menyukarkan.

“Saya percaya PRN akan berlaku hujung bulan Februari dan itu mungkin strategi yang mereka gunakan untuk memastikan tidak ramai akan keluar mengundi seperti di Melaka,” katanya lagi.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/jangan-beri-peluang-bn-bermaharaja-lela-pengundi-johor-lebih-matang-shamsul

‘Pertembungan politik Presiden Umno – PM, rakyat Johor dipaksakan pilihan raya’

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak mempunyai asas yang kukuh untuk diadakan pada bulan hadapan kerana mandat mentadbir negeri itu berbaki setahun lagi dan boleh disekalikan dengan Pilihan Raya Umum (PRU)

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, PRN itu dilihat lebih kepada pertembungan politik di antara Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Zahid yang bakal menghadapi keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes dakwaan penyelewengannya mungkin tidak mahu PRU dilewatkan dan merisikokan karier politik beliau, manakala Ismail pula perlukan masa yang lebih panjang bagi membuktikan beliau boleh diangkat sebagai pimpinan utama Umno dalam pemilihan nanti.

“PRN Johor ini menyaksikan rakyat jadi mangsa, akibat pertembungan kepentingan politik di antara Presiden Umno Datuk Seri Zahid yang pada hari ini diarahkan oleh mahkamah untuk memasuki pembelaan dan dalam masa sama, secara khususnya saya lihat Ismail Sabri pula sebagai PM sedang berusaha bersungguh sungguh memastikan beliau berpeluang menjadi Presiden Umno.

“Tentunya dengan PRN Johor ini, natijahnya yang boleh kita lihat akan menyebabkan PRU itu akan terus didesak untuk disegerakan. PM sahaja mempunyai kuasa untuk memanggil PRU.

“Jadi saya yakin ada dua mazhab sedang bertembung dalam kepimpinan Umno ketika ini. Satu segi saya lihat presiden Umno ingin segera buat PRU kerana kita tahu kesnya akan terus menyusul. Sekiranya beliau didapati bersalah maka beliau tidak lagi boleh bertanding dalam PRU, dan tentunya beliau sedang menjangkakan (lebih senang) Parlimen itu dibubarkan sebelum tarikh keputusan mahkamah,” katanya.

Manakala alasan bekas Menteri Besar (MB) Johor bahawa Kerajaan Negeri itu hidup di atas ehsan pembangkang sebagai dalih mengadakan PRN ditolak oleh Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.

Menurut Shamsul, Pakatan Harapan (PH) telah memberikan kerjasama yang amat baik, termasuk menyokong Belanjawan 2022 negeri Johor, dan tidak timbul isu ADUN kerajaan yang akan melompat parti meruntuhkan kerajaan atau sebagainya.

“Jadi ini yang berlaku di Johor, malah bekas MB sendiri menyatakan kerajaan beliau hidup atas ehsan pembangkang.

“Pada saya itu perkataan cukup tidak menunjukkan kematangan kerana kita lihat dalam banyak hal, baru baru ini pun, ketika meluluskan belanjawan negeri Speaker yang juga merupakan pimpinan pembangkang terus memberikan sokongan dan pada saya itu tidak menjadi isu kepada rakyat Johor,” katanya

Shamsul juga menolak pilihan raya yang dipaksakan ketika wabak Covid 19 varian Omicron sedang melanda dan mungkin membahayakan nyawa rakyat

“Waktu sekarang bukan yang terbaik (untuk PRN) kerana negara masih lagi bergulat dengan masalah pandemik dan terbaharu varian virus Omicron dan kita tentunya juga sedang penyaksikan pemulihan ekonomi.

“Maka membuat PRN waktu ini pada saya akan menyukarkan keadaan,” katanya lagi.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/pertembungan-politik-presiden-umno-pm-rakyat-johor-dipaksakan-pilihan-raya

Dedahkan syarikat pembalakan, rangka strategi Daya Tahan Negara – Shamsul

Kerajaan digesa mendedahkan nama nama syarikat pembalakan yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan banjir balak dan merosakkan banyak perkampungan di Pahang.

Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berkata, pendedahan itu wajar dilakukan bagi memudahkan rakyat yang mengalami kerugian harta benda mengambil tindakan undang undang ke atas syarikat tersebut.

“Kerajaan sewajarnya memberikan (mendedahkan) kepada kita syarikat yang diberikan kebenaran, kerana kita mahu mengalakkan rakyat memulakan tindakan saman atas kesalahan tort yang mana berlaku kecuaian sehingga memudaratkan orang ramai.

“Ini suatu yang penting untuk kita sama sama ambil tindakan tegas kerana kita tahu banjir satu perkara yang merunsingkan rakyat,” katanya dalam sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir, sesi petang tadi.

Ketua Penerangan KEADILAN itu juga bertanya mengenai aset kerajaan Malaysia yang boleh digerakkan dalam keadaan banjir adakah menckupi.

Menurut beliau, tinjauan dalam kalangan mangsa banjir mendapati rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan peralatan mereka membantu mangsa.

Begitu juga, beliau mengkritik Menteri Pertahanan yang berada di luar negara ketika bencana tetapi tidak memberi arahan yang berkesan kepada ATM walaupun dalam zaman kecanggihan teknologi telekomunikasi.

Di samping itu, Shamsul turut tidak berpuas hati berhubung masalah banjir ini ditimbulkan secara bermusim serta tiada langkah konkrit yang diambil menanganinya.

“Sesi lepas saya bangkitkan banjir di kawasan saya. Pada ketika itu saya bangkitkan rakyat naikkan bendera merah ketika yang lain naik bendera putih. Mereka bertindak begitu kerana rasa lemah terpaksa berdepan pandemik (Covid 19), (tekanan) ekonomi dan keadaan banjir berkali kali,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan Malaysia mula melihat isu isu yang diwacanakan di peringkat antarabangsa berkenan perubahan iklim bagi menjamin persediaan masa hadapan sama ada menghadapi banjir atau bencana lain.

“Sekarang ini wacana di peringkat antarabangsa bercakap mengenai daya tahan. Bagaimana kita sediakan satu strategi Daya Tahan Negara.

“Adalah (baik jika ada) satu usaha mengambil wacana wacana seperti ini, agar kita menggubal satu strategi Daya Tahan Negara dalam berdepan dengan bencana yang mendatang,” katanya.

Shamsul juga mengingatkan kerajaan agar tidak menguruskan bantuan pasca banjir dengan budaya tokenisme. Apabila berlaku bencana, katanya, diberi bantuan secara one off atau token dan kemudian rakyat ditinggalkan begitu sahaja.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/dedahkan-syarikat-pembalakan-rangka-strategi-daya-tahan-negara-shamsul

‘Hairan UPM anugerah hampir 400 PhD, universiti terbaik dunia kurang 20 penerima?’

Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena majlis Konvokesyen ke 44 pada 8 hingga 13 Januari lalu menjadi tanda tanya berkenaan bilangan graduan penerima PhD.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, terdapat keraguan dalam kalangan rakyat apabila universiti ulung dalam ranking 10 terbaik dunia menganugerahkan kepada kurang 20 penerima PhD dalam setahun tetapi UPM menghasilan 398 pelajar setahun.

“Saya tertanya tanya mengapakah begitu ramai yang dianugerahi PhD di UPM sedangkan universiti universiti di luar negara yang lebih tinggi rankingnya dalam senarai Times Higher Education misalnya, tidak menganugerahkan ijazah PhD sebanyak itu dalam setahun.

“Timbul tanda tanya bagaimanakah pelajar PhD ini dinilai sekiranya seorang pelajar memerlukan seorang profesor sebagai penyelia bagi tujuan memantau, menyemak dan meluluskan tesis yang mereka hasilkan?

“Adakah UPM mempunyai tenaga pengajar sebanyak itu atau mereka diselia oleh pensyarah yang lebih rendah taraf akademiknya?” tanya Shamsul.

Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu lagi, universiti terbaik dunia, seperti University of Cambridge hanya menghasilkan kurang sepuluh graduan PhD setahun dalam 5 tahun terakhir ini.

Oleh itu, beliau ingin penjelasan adakah kualiti PhD universiti tempatan setaraf universiti utama dunia lainnya, atau mempunyai taraf berlainan?

“Jika PhD yang dihasilkan di bawah standard universiti ulung dunia, dan kaedah penyediaan tesisnya lebih mudah maka apakah standard ini diakui dunia akademik di luar Malaysia?

“Penganugerahan PhD bukan perkara kecil. Seseorang yang memiliki PhD dianggap layak dan kompeten untuk melakukan kerja kerja yang sesuai dengan kepakarannya. Sekiranya kualiti PhD itu dikompromi maka kerja yang dilakukan kelak merisikokan organisasi yang mengupah mereka

“Justeru dalam hal ini saya mendesak Kementerian Pengajian Tinggi memantau universiti universiti tempatan yang mengeluarkan begitu banyak graduan PhD dalam setahun dan meneliti kaedah penghasilan PhD mereka, sebelum ranking universiti Malaysia merosot di peringkat antarabangsa, yang meletakkan keutamaan kepada kualiti penyelidikan,” katanya lagi.

Untuk rekod, seramai 5,695 graduan pelbagai program pengajian menerima ijazah dan diploma pada majlis konvokesyen ke 44. Iaitu Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) seramai 398, Ijazah Sarjana (Master) seramai 1,093, Bacelor (3,544) dan Diploma (660).

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/hairan-upm-anugerah-hampir-400-phd-universiti-terbaik-dunia-kurang-20-penerima

SPRM: Berkata Benar Dan Ambil Tanggungjawab! -Shamsul Iskandar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar menyuarakan kekecewaan beliau mengenai imej negara yang terus merundum berikutan isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki baru-baru ini.

Menerusi satu ciapan di Twitternya, Shamsul menyatakan bahawa keadaan semakin parah kerana isu tersebut.

“Keadaan semakin parah. Imej negara terus merudum. Pimpinan yang sepatutnya mencegah kemungkaran rasuah cuba untuk menyorok sesuatu. 

Ini mengingatkan saya tentang kata kata ‘@vaclavhavel- truth will overcome lies.’

“Berkata benarlah dan ambil tanggungjawab. ‘Country first!’,” katanya.

Pada 8 Januari, menerusi satu kenyataan bersama, enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) itu menegaskan bahawa mereka pada mesyuarat itu atau pada bila-bila masa selepas itu tidak pernah menyatakan pendapat seperti yang dinyatakan Abu Zahar.

Sebaliknya, mereka mengemukakan cadangan berasingan susulan dakwaan pemilikan saham dengan jumlah melampau berkait.

Mengulas lanjut, enam individu itu menegaskan, LPPR tiada kuasa penyiasatan susulan penubuhannya adalah sebagai Lembaga Penasihat.

Sumber: https://sumberkini.my/sprm-berkata-benar-dan-ambil-tanggungjawab-shamsul-iskandar/

Explain or resign: PKR info chief lambasts Abu Zahar following LPPR members’ collective stance

KUALA LUMPUR – Calls are getting louder for Anti-Corruption Advisory Board (LPPR) chairman Tan Sri Abu Zahar Ujang to resign after six board members moved to distance themselves from his statements made on Wednesday.

PKR information chief Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin said the revelation by six LPPR members has further complicated matters and gambled away Malaysia’s global reputation.

“Our international image collapsed when the chief commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and LPPR chairman were indifferent towards wrongdoings involving conflict of interests that possibly violated laws of the country,” he said in a statement today.

He also called for Abu Zahar to explain why he took a position to defend MACC chief Tan Sri Azam Baki while ignoring the proposals from LPPR members that are “more rational”.

Should Abu Zahar fail to provide an explanation, Shamsul said he needs to step down as chairman.

He reminded Abu Zahar that given his position, it is of importance that he speaks the truth and places the country first before self-interests.

Meanwhile, Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob’s response to the debacle did not escape Shamsul’s notice as he called for a royal commission of inquiry to look into the scandal with the hopes of saving MACC’s battered reputation.

“Without independent investigations, investors will lack confidence to invest in Malaysia, given the country’s laws appear to protect a specific class of individuals.”

Earlier today, six members of the LPPR denied that they cleared Azam of allegations of conflict of interest due to the purchase of shares using his trading account.

Despite Abu Zahar’s assertion to the press on Wednesday that the LPPR was satisfied with Azam’s explanation, the six members thought otherwise.

Instead, they recommended that the matter be referred to an independent committee, the Parliamentary Select Committee on Corruption and MACC’s complaints panel.

However, these proposals were not brought up at Abu Zahar’s press conference, they said. – The Vibes, January 8, 2022

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/51599/explain-or-resign-pkr-info-chief-lambasts-abu-zahar-following-macc-advisory-board-members-collective-stance

‘Lebih baik mansuh jawatan Duta Khas daripada potong peruntukan atlet negara’ – Shamsul

Kerajaan BN – PN jelas tidak berwawasan dalam pembangunan atlet negara yang mengharumkan nama Malaysia apabila mengurangkan peruntukan latihan altet kepada RM27.5 juta sahaja pada 2022.

Dengan pengurangan itu, dilaporkan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa mengurangkan penyertaan atlet dalam program latihan tahun ini, dan hanya 248 ditawarkan kontrak baharu berbanding 432 tahun lalu.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pengurangan peruntukan melatih atlet itu tidak wajar sama sekali memandangkan kerajaan mampu membayar lantikan Duta Khas Bertaraf Menteri yang mendapat elaun sehingga RM30,000 sebulan manakala kerajaan membayar RM48,000 sebulan untuk keseluruhan kakitangan mereka.

“Untuk apa melantik Duta Khas yang tidak diketahui bidang tugas mereka, dan rakyat pun tidak melihat mereka menyelesaikan apa apa urusan diplomatik negara?

“Mengapakah peruntukan dibazirkan untuk tujuan politik, sedangkan dana tersebut boleh disalurkan kepada program sukan.

“Sekiranya atlet yang dilatih itu memenangi pingat maka nama Malaysia akan harum, berbanding dengan Duta Khas yang tidak pernah mengharumkan nama negara ini,” kata Shamsul kepada Suara Keadilan.

Kelmarin, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dilapor berkata berikutan peruntukan yang dikurangkan majlis itu terpaksa melakukan penstrukturan semula skim bayaran elaun bagi atlet yang ditawarkan kontrak baharu untuk mengikuti program latihan tahun ini

Katanya, pembayaran akan dibuat berdasarkan pencapaian atlet di empat temasya utama iaitu Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Sebelum ini, katanya skim bayaran sama rata diamalkan, yang memenangi pingat gangsa Sukan SEA misalnya akan menerima kadar yang sama dengan pemenang emas.

Menurut Shamsul lagi, tindakan mengurangan peruntukan latihan pada tahun ini adalah tidak bertanggungjawab kerana akan merosotkan prestasi sukan negara pada masa hadapan.

Katanya, untuk melahirkan atlet bertaraf antarabangsa memakan masa bertahun lamanya. Namun, ujar beliau, terdapat pula atlet yang telah melepasi taraf tersebut digugurkan sebagaimana nasib juara dunia pertama sukan terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong.

“Alasan pengguguran itu kerana prestasi kurang memberansangkan sejak 2018 serta faktor usia

“Kalau itu alasannya mengapa tidak disediakan dana khusus untuk melatih atlet pelapis? Dengan memotong peruntukan tentunya atlet pelapis sukar dihasilkan pada masa hadapan,” kata beliau lagi.

Untuk rekod, dilaporkan hanya 178 atlet pelapis ditawarkan kontrak baharu pada tahun ini berbanding 260 tahun lalu, dan 22 bagi atlet pelapis para.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/lebih-baik-mansuh-jawatan-duta-khas-daripada-potong-peruntukan-atlet-negara-shamsul

Abu Zahar must resign, says PKR man

KUALA LUMPUR: PKR information chief Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin has called for Tan Sri Abu Zahar Ujang to step down from his current position as the Anti-Corruption Advisory Board (ACAB) chairman. 

He said this follows today’s statement by the six ACAB panel members who said that Abu Zahar’s statement of absolving Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki of any criminal conduct were his personal comments.

The six ACAB panel members said that they did not come to the same conclusion as Abu Zahar at any meeting prior to or after the special press conference held on Wednesday.

Shamsul questioned Abu Zahar’s move of not following the entire ACAB’s recommendations, adding that the conflicting statements by both sides have resulted in confusion.

“Clearly, Abu Zahar absolving Azam in regard to the purchase of shares through his (Azam) trading account (in 2015) was not agreed by other ACAB panels and it was his (Abu Zahar) personal opinion. null

“The country’s image is at stake. International ratings will plummet when the head of an anti-corruption commission and the chairman of the commission’s advisory board are leaning towards misconduct involving conflicts of interest and possibly violating several national Acts and laws.

“With the denial statement of the six ACAB members, it is clear that they have distanced themselves from Abu Zahar. 

“If Abu Zahar can’t provide an explanation, then it is better for him to resign as the chairman of the ACAB. Abu Zahar needs to speak the truth, take responsibility and put the country before his personal interests,” Shamsul said in a statement today. 

The Pakatan Harapan’s Hang Tuah Jaya Member of Parliament at the same time urged Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob to propose to the Yang di-Pertuan Agong to set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the scandal. 

Shamsul said this was important to prevent the country from being viewed negatively by the international community. 

“Without an independent and convincing investigation, foreign and local investors will be afraid to invest in this country where the law appears to only protect certain groups.” 

At a press conference on Wednesday, Azam said that his superiors were informed when he allowed his brother to buy shares using his trading account in 2015. He was head of the MACC’s investigation division at the time.

Sumber: https://www.nst.com.my/news/nation/2022/01/761388/abu-zahar-must-resign-says-pkr-man

Anggota LPPR hilang kepercayaan, Abu Zahar perlu letak jawatan

Penafian 6 anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bahawa mereka berpendirian seperti Tan Sri Abu Zahar Ujang yang berpuas hati terhadap penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM kelmarin, menjejaskan kredibiliti Pengerusi LPPR itu.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pembelaan Abu Zahar terhadap Ketua Pesuruhajaya SPRM sebelum ini menggunakan platform LPPR terbukti hanya pendapat peribadi beliau

“Ternyata tindakan Abu Zahar membela Tan Sri Azam Baki berhubung pemilikan saham tidak dipersetujui oleh anggota LPPR lainnya, dan merupakan pendapat peribadi Abu Zahar sendiri.

“Dalam hal ini imej negara telah diperjudikan. Penilaian antarabangsa akan merudum apabila ketua sebuah suruhanjaya anti rasuah dan pengerusi lembaga penasihat suruhanjaya berkenaan cenderung ke arah salah laku yang melibatkan pertindihan kepentingan (conflict of interest), serta dikhuatiri melanggar beberapa akta dan undang undang negara,” kata Shamsul dalam kenyataan petang ini.

Tegas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, dengan penafian 6 anggota LPPR itu, jelas mereka telah hilang kepercayaan dan menjauhkan diri dari Abu Zahar. Pengerusi LPPR, katanya, perlulah menjelaskan mengapakah beliau ‘membersihkan’ Azam Baki serta enggan mengikuti saranan anggota lain yang mencadangkan tindakan lebih relevan.

“Sekiranya Abu Zahar tidak memberi penjelasan munasabah maka lebih baik beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi LPPR. Abu Zahar perlu bercakap benar, mengambil tanggungjawab dan mendahulukan negara berbanding kepentingan peribadinya,” ujar beliau.

Kegawatan terbaharu ini juga, kata Shamsul, menimbulkan desakan betapa perlunya dibentuk suruhanjaya siasatan khas bagi menyelesaikan kontroversi pembelian dan pemilikan saham Azam Baki yang tidak lagi boleh disiasat oleh pihak polis atau SPRM secara bersendirian kerana telah menjadi skandal nasional yang mengemparkan.

“Dalam hal ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak punya pilihan lain bagi mengelakkan SPRM dipandang negatif oleh rakyat, selain beliau mengusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM secara terperinci.

“Tanpa siasatan bebas dan meyakinkan, pelabur asing dan pemodal tempatan akan gentar untuk menanam modal di negara ini yang mana undang undang seolah olah melindungi golongan tertentu,” katanya lagi.

6 anggota LPPR yang menyatakan pendirian tidak bersekongkol dengan Abu zahar adalah Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Te and Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Selain tidak bersetuju dengan tindakan Pengerusi LPPR itu membersihkan nama Azam, mereka juga menyatakan telah memberi beberapa cadangan yang lebih sesuai dalam menangani perkara berkenaan

Menurut mereka, dalam perbincangan bersama Abu Zahar, dicadangkan agar hal berkenaan dirujuk kepada satu jawatankuasa bebas; Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tentang rasuah atau panel Jawatankuasa Aduan SPRM.

Sumber: https://www.suarakeadilan.my/post/anggota-lppr-hilang-kepercayaan-abu-zahar-perlu-letak-jawatan