Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung dengan situasi semasa di Sabah dan pembubaran DUN negeri Sabah.

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Mantan Timbalan Menteri Industri Utama & Ketua Penerangan KEADILAN Pusat
Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung dengan situasi semasa di Sabah dan pembubaran DUN negeri Sabah.
Selepas kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, spekulasi calon yang akan bertanding di kerusi itu bertiup kencang sama ada di pihak Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN).
Walaupun Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar meminta tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung calon BN di kerusi tersebut, perkara itu terus menjadi sebutan.
Nama bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Mohd Taib turut disebut-sebut calon layak untuk bertanding jika MIC dengan rela hati membenarkan UMNO bertanding di kerusi itu.
Tetapi, adakah MIC akan memberikan kerusi Hulu Selangor kepada UMNO?
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang sejak awal lagi mahu Timbalan Presidennya, Datuk G Palanivel bertanding di kerusi tersebut.
Malah, Samy menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Ia adalah kerusi MIC sejak tahun 1990 dan termaktub melalui persefahaman antara parti komponen BN seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan beliau kelmarin akan mendengar ‘denyut nadi rakyat’ untuk pilih calon.
BN katanya akan membuat kajian segala perkembangan dan yang penting adalah kemenangan untuk BN.
Belum sempat kajian dibuat, beberapa NGO politik di kawasan Hulu Selangor menolak cadangan agar MIC bertanding di kawasan itu.
Mereka mahu calon UMNO bertanding untuk menentang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mereka mahu calon tempatan yang juga generasi muda antaranya bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Harumaini Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Isa Abu Kasim.
Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), nama yang mula diperkatakan ialah Syed Shahir Syed Mohamud (Timbalan Pengerusi PKR Selangor), Dr Badrol Amin Bahrom (Naib Ketua Perhubungan PKR Selangor), Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), dan Datuk Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR cabang Hulu Selangor).
Manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Rebin Birham mencadangkan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin untuk bertanding di kerusi tersebut.
Turut disebut nama Datuk Ismail Kamus yang tewas di tangan di Palanivel pada PRU 2004 untuk bertanding kerana sebelum PKR, Pas telah bertanding di kerusi tersebut.
Namun, walau siapa calon yang disebut-sebut, walau sebanyak mana pun spekulasi dibuat, ia adalah keputusan pucuk pimpinan kedua-dua parti.
Oleh itu, siapa calon yang dimahukan penduduk Hulu Selangor? Tepuk dada tanya selera.
Pejabat Ketua AMK
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
4 Januari 2009
BN Mula Tabur “Rasuah Politik” Di Kuala Terengganu
Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius tindakan Barisan Nasional (BN) yang mula menyogok rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu dengan ‘rasuah politik’ yang terlampau.
Tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di DUN Wakaf Mempelam, dan juga kenyataan Menteri Besar Terengganu yang berjanji untuk meneruskan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu ternyata adalah satu bentuk eksploitasi wang rakyat demi menjamin kemenangan BN yang semakin terdesak.
AMK tegas berpendapat bahawa dana kerajaan negeri dan persekutuan yang datang daripada kutipan cukai rakyat tidak wajar diseleweng sewenang-wenangnya oleh BN hanya kerana mereka memegang tampuk kuasa ketika ini.
Apa yang mengejutkan ialah kenyataan MB Terengganu bahawa sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
AMK mempersoalkan tindakan MB Terengganu dan BN yang ternyata mengamalkan demokrasi selektif mengikut nafsu serakah mereka, hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa. Apakah rakyat boleh dinafikan dengan pembangunan hanya kerana mereka tidak mengundi BN?
Melihat kepada sogokan demi sogokan yang diberikan oleh BN ini, maka AMK menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memainkan peranan yang aktif dan tegas dalam membanteras kegiatan ‘rasuah politik’ yang berleluasa berlaku di Kuala Terengganu pada ketika ini.
AMK juga akan mengambil tindakan drastik untuk mengemukakan laporan kepada polis dan SPRM agar tindakan ini dapat dikekang daripada berlaku berterusan.
BN perlu sentiasa akur, bahawa rakyat dan pengundi bukan semudah itu untuk digula-gula dan diperbodohkan dengan sogokan pembangunan, sebaliknya rakyat akan terus celik untuk menghenyak BN untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dilapah sejak sekian lama.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia